Demang sedar kisah piramid dalam artikal lepas agak berat dan mungkin juga menimbulkan polemik. Malah Demang terbaca satu artikal baru-baru ini yang menolak sistem piramid yang didakwa tidak adil kepada manusia.
Terima kasih kepada yang sudi memberi pendapat. Bagi yang enggan memberi komen, Demang tidaklah sampai menghukum ‘diam tanda setuju’.
Perbezaan adalah satu hikmah.
Pagi tadi Demang pulang ke rumah sebentar kerana menghantar putera Demang yang kurang sihat. Maka Demang mengambil kesempatan menjengah ‘rumah baru’ Demang yang sedang disiapkan. Sebenarnya bukan rumah betul-betul. Kami sekadar menaiktaraf bilik kami sebab saiz lamanya agak sempit. Apabila siap kelak, bilik baru tersebut hampir sebesar rumah PPRT. Itu sebabnya Demang katakan ‘rumah’.
Itulah kebaikannya tinggal bersama mertua di dalam sebuah kampung. Boleh buat ‘rumah di dalam rumah’.
Ketika Demang tiba, seorang lelaki India sedang memasang bingkai jendela sambil dibantu isterinya. Seorang lelaki Cina sedang memotong dinding bilik bacaan bagi menambah keluasannya. Sementara itu lelaki Melayu yang mengetuai proses pembinaan tersebut menyiapkan bahagian siling kamar.
Selain itu Demang dapati tugas-tugas tertentu telah diagih-agihkan kepada beberapa pihak lain. Contohnya untuk pendawaian elektrik, menggali lubang tandas, pemasangaan jeriji tingkap, peralatan tandas, dan sebagainya. Masing-masing dengan tugas dan kepakaran masing-masing.
Ibu mertua Demang sempat memberi komen: “wah, muhibah betul tukang-tukang rumah kita…” Yang beliau maksudkan ialah kerana mereka terdiri daripada pelbagai kaum.
Memang betul pun. Demang tumpang seronok melihat suasana mereka bekerja. Sesekali terdapat juga usik mengusik dan senda gurau sesama mereka. Tambahan pula lelaki Melayu yang menjadi ‘kontraktor utama’ kami tu agak kelakar orangnya.
Semasa berbuka puasa petang tadi bapa mertua Demang beritahu: “Ah Kuang minta tambahan RM1500 sebab mereka tersilap kira kos yang dijanjikan dulu.”
“Kesian nengokkan diorang tu. Kita pun pernah susah dulu.” Ibu mertua Demang menyampuk.
“Tak apalah. Bagikan aje. Tapi bukan ke Abang Ali tu yang jadi ketua?” Tanya Demang.
“Dia tu nampak je seloroh dan tak kesah. Tapi dalam hal macam ni dia malu nak berterus terang. Lagipun si Kuang tu yang pegang duit. Kuang tu dah lama berkawan baik dengan Abah,” bapa mertua Demang menjelaskan.
******************
Barangkali secebis kesah manusia di sudut kecil negara kita ini boleh kita renungkan sebentar. Bagi Demang ia ada kaitan dengan artikal ‘Piramid’ yang baru Demang siarkan itu.
Sebagai pegawai kerajaan, alhamdulillah pendapatan Demang cukup untuk kami sekeluarga. Tambahan pula isteri Demang juga bekerja. Kami tinggal bersama ibu bapa (sebelah isteri). Bapa mertua Demang bukan orang kaya dan hanya pemandu ambulan yang telah bersara. Namun rezeki beliau agak murah di samping rajin berusaha sebagai agen hartanah.
Kata orang agen hartanah boleh jadi kaya raya, namun Demang tak percaya sangat sebab bapa mertua Demang masih menggunakan ‘motor cup’ buruknya sehingga kini. Duit simpanannya pun tak banyak walaupun dia selalu menguruskan jual beli tanah/bangunan bernilai jutaan ringgit. Melalui perbualan dengan beliau, Demang dapati komisyen yang diterima walaupun kelihatan besar namun setelah ditolak segala kos dan pengurusan serta dibahagikan antara pihak yang terlibat (ramai) sebenarnya tidak seberapa.
Yang Demang tahu, duitnya banyak dipinjam orang.
Selain itu sesekali Demang dan isteri dijemput ke program motivasi dan sebagainya. Selain berbakti, kami mendapat tambahan pendapatan melalui usaha tersebut.
Dalam pada itu ada satu lagi usaha Demang iaitu membuat promosi produk keluarga Demang melalui internet iaitu sejenis minyak untuk perubatan tradisional. Namun Demang tak masukkan dalam sumber pendapatan sebab hasilnya terus disalurkan kepada ibu Demang di kampung. Lagipun cuma perusahaan kecil-kecilan. (nanti Demang ceritakan).
Kenapa Demang ceritakan ini?
Jika kita imbas artikal ‘piramid’ Demang, didapati air mengalir terus dan dimanafaatkan di setiap peringkat. Wang yang ada pada Demang bertukar tangan ke pihak lain untuk dimanafaatkan pula oleh mereka. Seterusnya ia akan berpindah pula kepada pihak lain mengikut giliran dan keperluan.
Kata seorang teman lama Demang yang mengulang kata-kata seorang ustaz: “duit yang di dalam poket kita pun belum tentu menjadi rezeki kita. Mungkin kita cuma tolong simpan sahaja sebelum diserahkan kepada orang lain.”
Bagi Demang, jika kita berada di puncak, gunakan peluang tersebut untuk mengumpul pahala dengan berbuat sebanyak mungkin kebajikan. Perlu diingat bahawa kebajikan bukan sekadar memberi sedekah malah menyediakan pekerjaan juga merupakan fardhu kifayah.
Itulah jihad seorang Muslim.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
16 comments:
salam tuan..
berkenaan muhibbah tu, semasa saya bekerja sebagai salesman dahulu pun, team kami digelar team muhibah..sebab kami bertiga-melayu,cina,inda. ramai yg jeles,haha..
apa yang menarik ialah, dari segi pergaulan-semua tiada masalah malah boleh bahu-membahu..namun bila masuk bab politik-hai, memanglah amat menyedihkan..
apa yang penting-pergaulan sesama rakyat tidak bermasalah, cuma atas kepentingan politik,maka timbul bermacam permusuhan..
ini sekadar pendapat peribadi..TQ.
Wah besarnya rumah Demang. Nanti dapatlah beraya di rumah baru Demang.
Saya gembira kerana berlaku perubahan dalam masyarakat kita. Demang kata tukang India dan isterinya sudang memasang bingkai jendela. Pada suatu masa dulu tukang India hnaya pakar dalam menggali lubang tandas sahaja. OLeh kerana perubahan ini maka haruslah ada rasa syukur.
Sebagai orang lama ibu mentua Demang meneruskan tradisi kesantunan Melayu. Banyak memberi dari menerima. Tidak membesarkan peerakra kecil. Dalam perasan belasnya. Kadang-kadang kesantunan kita diambil kesempatan oleh orang lain.
Selamat menduduki rumah baru.
Asas perpaduan ialah perkongsian. Oleh itu kitaperlu belajar hidup berkongsi.
Salam dari saya,
Cikgu jangan risau. Saya akan sendkan saudara tips yang kita akan kungsi nanti. Tetapi saudara perlukan sedikit masa selepas sembahyang.
Chegu,
Muafakat bawa berkat, cikgu.. Kita ini rakyat biasa; susah senang kita merasa bersama.. Perpaduan itu lahir dari keikhlasan; bukan politik..
Che
ha cikgu, silalah ke blog saya. Ada artikal baru.
http://www.sedinginsalju.blogspot.com//
Ini orang politik, selalu berjuang ikut emosi. Nanti, habis semua punah-ranah.
Ye... Muhibbah...
Tentang pengagihan kerja tue macam ada dalam modul BTN jer...
Hehe
suka saya dengar cerita ini, dan teringat kisah jihad ekonomi dan jihad bisnes oleh tan sri muhammad ali hashim.
:-) mungkinkah artikel dari sinar harian yang saudara baca? hee
Encik, itu blog mutiara melayu Pulau Pinang apa pasai tak boleh komen punya? macammana nak contact dia mai aku nak sound sikit. Apa pasai tak boleh tulis komen? kalau nak tulis, janganlah tak bagi orang komen, leceh betoi.
Salam buat demang,
Saya sampaikan salam wak jono buat Cikgu. Wak Jono minta kalau ada masa kunjungilah blog wak jono di http://kealamtaknyatatapiada.blogspot.com/
mountdwella,
waalikum salam. Nanti sy ke sana.
Sedinginsalju,
Ada kwn gelarkan blog tu 'blog no komen'.
Demang pun ingat nak komen tadi, tapi tak dibenarkan.
Rezwan,
Ye ke mcm modul BTN? sy tulis 'on the spot' je... tak de rujukan.
danielle,
Sinar Harian? entah le. Maybe sy ada terbaca kot..?
che eduardo,
2-3 hari lepas saya & wife berselisih dgn TYT Melaka yg diiring pengawal keselamatan. Kata isteri saya: "kesian TYT, ye... tak de privacy langsung." Demang bersyukur dgn kehidupan sekarang.
tico,
Alhamdulillah. Mak mertua saya kata, di rumah tu dulu hanya ada sebuah jamban yg dah robek di belakang rumah dan bilik air yg tak berbumbung. Sekarang hampir setiap bilik ada tandas sendiri.
johari,
politik tu perlu, tapi ramai lak yg eksploitasi politik utk kepentingan diri.
Hidup kat dunia ni bukan lama sangat.
Azli,
Buku Psikosemantik tulisan You tu dah tiba petang semalam. Saya dah baca hampir separuh. Idea yg sgt menarik dan patut dibaca oleh sesiapa shj. Nanti SMS kan no acc, saya nak bayar. (Saya ingat nak beli beberapa buah lagi utk bagi pada adik2 saya).
Kepada semua pengunjung,
Marilah kita berdoa agar beberapa peristiwa dan isu semasa yg kadang kala mengelirukan kita sekarang akan menjadikan kita lebih matang dalam berpolitik dan berjuang utk negara.
Marilah kita bertekad untuk menjadi dan melahirkan lebih ramai negarawan daripada pelbagai kaum di Malaysia.
Teruskan perjuangan.
Oh, jadi memang sahlah tak boleh komen no? la, rugilah encik kan?
salam ckgu!
brgkali ada rahsia menarik pd cikgu sehingga mountdweller perkenalkan cikgu pd saya..slmt dtg ke blog saya!
Salam,
Kalau dengar dari artikel ni, dengar dari komen tuan-tuan dan puan-puan, nampak yang negara kita tak ada apa-apa masalah tentang hubungan antara kaum. Nampak baik jer. Saya di Kelantan lagilah.
Walaubagaimana pun dalam kepala saya telah tersemat tiga perkara tentang tiga kaum utama di negara kita ini. Saya sentiasa ingat tapi saya tak mengamalkan. Apa dia?
1. Orang Melayu menganggap cina kafir, makan babi, tak leh kawan, india pula jahat, pengotor dan pemabuk.
2. Orang Cina pula mengatakan Melayu bodoh, india pengotor, jahat dan pemabuk,
3.Orang India pula mengatakan Melayu bodoh, Cina penipu dan sebagainya.
Inilah yang diterapkan dalam kepala anak-anak kecil. Mula-mula saya tak percaya perkara ini. Tetapi setelah saya mengalaminy sendiri, barulah saya sedar yang perkara-perkara ini berlaku.
Saya mengajar di sekolah Chung Hwa(Brunei) selama hampir 10 tahun. Satu ketika saya ditanya oleh seorang student Cina dari Ting 5A. Katanya, "Cikgu, saya nak tanya satu soalan tapi Cikgu jangan marah". Saya kata, "tanyalah". Dia kata, "Cikgu betul ker mak saya kata orang Melayu Bodoh?"
Berdesit telinga saya mendengar soalan itu. Mengelegak darah muda saya. Kalau bukan murid yang bertanya, sudah tentu orang tu dah berterabur giginya. Tetapi sebagai Cikgu saya sembunyikan perasaan saya tu.
Saya jawab,"Awak tengok Cikgu ni bodoh ker, kalau cikgu bodoh kenapa Board of Director Sekolah mengambil saya mengajar di Sekolah Cina?"
Dia jawab, "Cikgu taklah, tapi orang lain."
Kesimpulannya, masih ada masyarakat yang begini dalam negara kita tak kira dari bangsa Melayu, Cina mahupun India.
Tok Janggut,
Jika benar perkara tersebut berlaku maka bersedialah kita untuk musnah bersama.
Wak Jono,
Saya dah singgah semalam. Unik dan menarik. Saya dah pautkan dgn waadat.
Assalamualaikum Cheguman,
Memang benar apa yang Cheguman sarankan. Rezeki kita mesti kita kembangkan kepada lain lain pihak dan tidak semestinya dengan bersedekah sahaja.
Dengan menjalankan perniagaan pun kita melebar dan meluaskan 'rezeki rezeki' mereka yang tertentu.
Contohnya: Cheguman besarkan rumah. Upah pekerja, tak kiralah siapa. Perkerja mesti beli dulu alat alatan bertukang, pekedai pula beli barangan dari kilang, kilang membuat barangan mesti ada ambil pekerja, kilang itu menyara kehidupan pekerjan2nya..dan seterusnya.
Begitu juga dalam perniagaan perniagaan lainnya.
Dan saya juga setuju bahawa wang yang dalam poket atau bag duit kita pun belum tentu siapa seterusnya akan jadi pemiliknya!!
Allah swt yang menentukannya..WaAllahuAlam
Post a Comment