Pernahkah anda melihat gunung yang kuncup ke bawah? Atau payung dan bumbung yang terkangkang ke atas? Bagaimana jika menara Petronas dibina dengan puncaknya besar dan tapaknya kecil?
Lihatlah pepohon yang tirus ke atas dan kembang di bawah. Gali lagi ke dasar dan lihatlah akarnya yang merebak pada medan yang lebih luas.
Itulah bentuk piramid.
Dari mana air mengalir?
Bumi adalah permukaan yang luas, menadah hujan yang cucur dari langit. Lautan pula menjadi kolam takungan bagi semua air yang mengalir dari segenap ceruk. Sinar suria menghangatkan cecair dan menyejatnya menjadi wap lalu mengapung ke langit. Awan-awan yang terbentuk berada di segenap pelusuk bumi termasuk perbukitan dan pergunungan. Sejurus ia memberat dan berderai menjirus puncak gunung. Airnya mengalir menempuh keluk-keluk sungai, menuruni lurah, lembah dan denai sebelum kembali bergenang di laut.
Di manakah anda? Di puncak, di lereng, di kaki gunung atau di laut?
Air menunaikan fitrahnya dengan mengalir dan terus mengalir memenuhi aras. Sebahagiannya meresap ke bumi dan meruap ke langit. Tak kurang juga yang dihirup haiwan dan diserap akar tumbuhan. Semuanya menikmati hak dan ketentuan masing-masing.
Sekali lagi, di manakah posisi anda?
Bagi yang berada di puncak, anda adalah pengguna primer. Anda adalah raja. Tiap titis hujan akan menimpa atas jemala anda terlebih dahulu. Minum lah sepuasnya. Serap lah sebanyak yang boleh dan gunakan selagi terdaya. Jika mahu, kepung dan takunglah ia.
Meskipun demikian, samada rela atau terpaksa air akan mengalir terus meninggalkan anda. Samada ia telah anda manafaatkan atau merupakan lebihan yang tak larat anda guna, ia tetap akan tiba pada pihak lain yang berada di aras lebih bawah. Kelompok ini lebih ramai dan mereka menanti giliran selepas anda.
Semakin rendah aras semakin ramai penghuninya. Masing-masing melangut menanti habuan. Itulah hak menurut keperluan.
Cuba periksa, pada aras manakah anda sekarang?
Adakah anda bersendirian di kemuncak sana atau bergaul dalam kelompok tengah yang sederhana ramai? Atau anda berada dalam kelompok teramai di bahagian dasar?
Di mana sekali pun anda berada air akan tetap mengalir dan hanya sedikit yang mampu anda takung. Selebihnya akan terus mengalir untuk dijamah makhluk lain.
Di bahu anda ada amanah dan tanggungjawab. Anda adalah khalifah di bumi ini.
Jangan cuba-cuba menterbalikkan piramid ini.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
10 comments:
amanah sebagai khalifah adalah sangat berat, apatah lagi untuk menegakkan kebenaran.
Benar Azli. Nampak memang mudah tapi mereka yg di puncaklah yg pertama-tama akan mengadap Allah kelak.
Ha, amanah ni penting. Tapi, mengapa ada yang sanggup mengkhianati amanah orang? Nilah leceh ni.
Wah cik demang, dah hapuskan varification code, tak takut satni spammers masuk mai kah?
Sedingin Salju,
Tak pa... leceh la nak taip code tu. Kita tengok dulu. Klu berlaku 'something' kita taruk semula. Alaa, hidup ni bukannya lama. Kita bersangka baik je la...
Salam Demang
Tuan hamba berbicara tinggi. Hamba suka bicara seperti ini. Bicara begini.
Hamba suka akan bentuk piramid sekiranya hamba seorang pembesar negeri. Lagi lebar tapak piramid lagi kukuh kedudukan hamba.
Tetapi sebagai rakyat biasa bentuk seperti ini terlalu membebankan. Terlalu banyak beban yang hamba terpaksa tanggung kerana hiraki hamba yang terbawah.
Hamba sedang fikirkan bentuk apa yang sesuai untuk seorang rakyat jelata seperti hamba ini.
Pernahkah tuan hamba Demang Lebar Daun terpikir akan bentuk corong, bentuk telinga, bentuk kanta cembung. Puncaknya besar dan tapaknya tirus. Semua bentuk ini berfungsi sekira bahagian yang besar menghala ke atas
Andainya ada bentuk begini, alangkah senangnya hidup hamba. Segala yang dari atas akan mengalir ke tadahan. Dan tadahan itu adalah kita rakyat jelata.
Berbicara tentang bentuk, teringat cerita orang Melaka sewaktu pertama kali melihat peluru meriam Portugis. Bentuk yang bulat. Orang Melaka terlalu hairan dengan bentuk senjata ini . Lalu seorang bertanya. " Jika senjata ini membunuh di mana tajamnya. " Waktu itu bagi orang Melaka hanya senjata yang tajam sahaja boleh membunuh.
Ini hanya cerita sahaja tuan hamba Demang Lebar Daun. Tidak berniat meperlekehkan sesiapa.
Akhirul kalam, apa jua bentuk ada hikmahnya.
Selamat berkenalan.
Akhirul kalam, apa jua bentuk ada hikmahnya.
Selamat Berpuasa
http://ayamdenlapeh.blogspot.com/
Pandangan menarik sdra tico. Saya dah lihat blog sdra dan terdpt sesuatu yg menarik di situ.
Saya link drpd waadat ke blog sdra.
Assalamualaikum Cheguman,
Jejak saja di tanah air cerita politiknya macam tu juga. Malah sekarang bertambah berceramuk, mana yang bercakaran sesama sendiri belum lagi yang memang pun 'batu api'.
Blog Cheguman mengenai BTN menarik hati saya dan teringat lagi apa yang kita lalui sejak dari dulu. Lim Kit Siang memang pandai menangguk di air yang keruh dan pada dia INI lah masa yang sesuai.
Cheguman sedar tak betapa blog-blog mereka terlalu tidak adil pada kerajaan,sentiasa mengapi apikan sentimen kebencian rakyat pada kerajaan seolah olah sejak Lim Kit Siang berada di bumi kita ini, membesar, dewasa, kahwin, beranak pinak dan bercucu cicit hidup dia begitu sengsara dan tidak ada satu kebaikan pun kerajaan Malaysia pada dia dan keturunannya.
Tapi sayang. Lebih lebih SEKARANG ini, apa sahaja Lim Kit Siang dan DAP buat ramai Orang Melayu sendiri yang tak kisah. Kalau nak hentam Pak Lah pun hentamlah, Najib ke hentamlah, tidak ada orang Melayu yang mahu mempertahanankan pemimpin yang dipilih secara rasmi menjadi pemimpin negara.
Dan tidak pula Blog Lim Kit Siang atau DAP di pantau. Mereka boleh dan bebas tulis apa sahaja atas dasar demokrasi dan hak rakyat. Perkataan RAKYAT ini amat kuat kuasanya.
RAKYAT mengaburkan orang ramai bahawa perjuangan LKS dan DAP buat untuk mereka tapi untuk semua walhal sejarah mencatitkan betapa wawasan mereka untuk Malaysian Malaysia amat jauh sekali dari apa yang majoriti rakyat Malaysia impikan.
Saya pun turut sedih macam Cheguman jugak. Orang macam LKS boleh tuduh macam macam pada dasar kerajaan atas alasa mahu betulkan keadaan untuk rakyat padahal dia lah batu api selama ini. Apa nak buat, sekarang geng baik dia pun alim alim belaka. Jadi orang macam kita ini cakap pun tak laku.
Di manakan kita dalam piramid yang Cheguman katakan?? Sama samalah kita mahasabah diri dan pandai pandailah betulkan keadaan jika kita tersalah selama ini.
Ini juga pandangan peribadi saya. Saya rasa jika Orang Melayu tidak bersatu sesuatu yang tidak baik akan berlaku yang diluar jangkaan kita. Lima puluh satu tahun, kita telah berusaha untuk meletakkan diri kita tahap kita ke tahap di mana kita berada sekarang.
Dan terletak di tangan kita sendirilah , tindak tanduk kita sendiri untuk menentukan bakal haluan kita yang seterusnya. Kesiankanlah anak cucu cicit kita. Ambilah tindakan dengan fakta dan bukan dengan emosi dan perasaan bila buat sesuatu keputusan.
WaAllahuAlam.
Selamat kembali ke tanah air, Makcik.
Pengunjung yg dihormati,
Semalam saya terima satu SMS panjang lebar drpd seorg rakan bangsa melayu dgn gembira menyindir ketidakmampuan pemimpin negara menangani karenah drpd pemimpin kaum tertentu.
SMS panjang tersebut saya jawab dgn 4 patah perkataan yg saya pernah saya dengar entah drpd siapa:
"jong pecah yu kenyang"
Nampaknya SMS balas drps saya tersebut tidak berjawab sampai hari ini. Selalunya berbalas2 SMS panjang.
"Jong pecah yu kenyang", hakikat yang menyedih dan memedihkan..
Waliyazubillah..
Salam.
Post a Comment