Walaupun khabar angin tidak boleh dipercayai namun amat sukar memujuk hati agar usah percaya! Manakan tidak, banyak peristiwa telah terungkai bermula dengan hanya sebuah khabar angin.
Desas desus yang sedang bertiup kencang sekarang ialah sekumpulan ADUN di Perak sedang bersedia untuk mengadap baginda sultan bagi mempersembahkan ‘sembah derhaka’ terhadap Nizar.
Demang percaya tak seorangpun akan terkejut apabila ADUN BN yang seramai 29-1 orang mengemukakan ‘sembah derhaka’ tersebut. Namun apabila gerombolan tersebut turut meliputi ADUN DAP yang sepatutnya berterima kasih pada Nizar yang menghadiahkan pada mereka tanah selama 999 tahun, Demang percaya ramai yang tidak mahu percaya.
Syy... dengar sini baik-baik..
.
Apakah tujuan penubuhan DAP? Demang rasa ramai yang dah tahu dan tak perlulah Demang menceritakan lagi perkara yang semua orang sudah tahu itu.
Syy... dengar sini baik-baik...
Kenapa DAP seolah bersama PAS? Sejak bila DAP bersetuju dengan perjuangan PAS? Jika DAP sudah bersetuju dengan perjuangan PAS, apa perlunya DAP masih beroperasi? Sebagaimana kata para pembangkang: kalau ancaman komunis sudah tiada, apa perlunya ISA?
Dalam perjuangan mereka, DAP sudah faham sangat yang orang bukan Melayu tidak boleh menjadi MB melalui saluran biasa. Namun undang-undang tersebut bukan pemusnah impian dan harapan DAP. Peluang yang diperolehi daripada PRU-12 dimanipulasi sebaik mungkin. Adakah keputusan PRU-12 itu suatu kebetulan? Adakah satu kebetulan majoriti orang bukan Melayu beralih kepada pembangkang? Bukankah PAS dan sebahagian PKR itu juga orang Melayu? Apa yang mereka perlukan daripada Melayu PAS dan Melayu PKR?
Syy... dengar sini baik-baik strategi mereka seterusnya:
Semua manusia mahukan kebaikan dan penambahbaikan. Dalah hukum ekonomi kapitalis (pasaran bebas), pasaran ditentukan oleh penawaran dan permintaan.. Peraturan tidak ada! Yang ada hanyalah keperluan dan keinginan. Dalam pasaran bebas firma-firma berusaha menawarkan produk & perkhidmatan terbaik.
Adakah sistem itu sistem yang terbaik? Demang jawab, YA! Jika tidak masakan ia mampu menewaskan sistem-sistem lain bikinan manusia termasuk sosialis yang begitu menarik hati rakyat (kaum buruh)?
Mahu tidak mahu, akuilah bahawa pasaran bebaslah sistem terbaik buat masa ini. (akan datang soal lain).
Tahukah anda kenapa ada kereta yang baik tetapi ada sedikit kelemahan dan ada pula kereta yang lebih mahal dengan keselesaan yang lebih baik. Anehnya kedua-dua kereta itu dikeluarkan oleh pengeluar yang sama!
Jawabnya mudah: untuk menonjolkan perbezaan dan untuk merangsang pembeli agar mengeluarkan sedikit lagi peruntukan bagi membeli kereta yang lebih mahal. Jika tidak mampu, berangan-angan sajalah sendirian. Apapun, memiliki kereta hebat itu memang menjadi idaman semua orang.
Maka ditawarkanlah Nizar dengan seeba serbi kelemahan. Maka orang ramai pun berkata: itulah MB Melayu... itulah pemimpin Melayu... itulah Melayu....
Ramailah yang masih menyanyikan: “biarkan... biarkan...”
Penyingkiran Nizar merupakan kemenangan peribadi DAP bagi membuktikan orang melayu tidak sesuai jadi pemimpin.
Saya yakin, selepas ini mereka akan lancarkan muslihat untuk gulingkan MB yang baru pulak.
Cuma mereka lupa, mereka sekadar merancang tetapi Allah maha perancang. Mereka lihat keputusan SPM, STPM dan universiti banyak dijuarai oleh bukan melayu lantas mereka terleka dan lupa betapa intelektual/ulama' melayu di seluruh pelusuk negara. Adakah mereka itu akan diam sahaja?
Mereka lupa walaupun golongan ulama' tidak berada di barisan hadapan ketika perjuangan kemerdekaan, namun tarikh kemerdekaan telah dirujuk kepada ulama' oleh Tunku Abdul Rahman.
Takkanlah tarikh sahaja yang dirujuk..! Demang percaya, banyak perkara lagi yang pemimpin Melayu saling merujuk kepada ulama’. Cuma kita tak hebohkan...
Lihat... permainan siapa yang akan menang nanti..
Wallahu’alam.
Meja Kerja 3 morha
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Lihat semula file² yang kita ada tadi:
*...ada TIGA file*
File 1: *Cadangan Target Lokasi*
File 2: *Hari Ke...
4 years ago
5 comments:
Assalamualaikum Cheguman,
InsyaAllah, sama-sama kita tunggu nanti apa episode seterusnya di Perak.
Saya berseru pada semua melayu, tolong hapuskan Dap dari muka bumi ni. Mereka ni bahaya ibarat virus w32 dan trogen horse.
salam cheguman,
betapa ramai yang selalu igtkan poket sendiri,sampai terlupa bende penting lain yang nanti tergadai.
Harap-harap yang memimpin xbegitu.pasal yang tergadai kelak, kita-kita juga yang merasa.
Takut juga saya..
Siapa saja tolak Islam perlu dihapuskan dengan hikmah dan berlunaskan undang undang.
Mari kita rujuk ulama yang benar benar pewaris khazanah nubuwwah.
terima kasih komen special cheguman hari tu.
Maaf lambat respon. Sibuk dengan bisnes sikit sekarang.
Bila nak datang lagi daerah sini ?
jemput lah ke rumah...
hehehe
Salam..
Salam bro,
Anwar kini menyedari Zaman 'bulan madu'nya kian berakhir.
Bulan March nanti rasmi ianya akan berakhir. Pendekar mula menunjukkan karismanya.
Sila mencemar duli ke blog Kumbang..
http://analisisringan.blogspot.com/
Post a Comment