Beberapa hari sebelum raya Demang memenuhi undangan KJfc untuk berbuka puasa bersama Ketua Pemuda Umno yang menjadi idola mereka. Demang tiba tepat ketika waktu berbuka bersama isteri setelah merentas lebuhraya selama satu jam lebih.
Nampaknya impian kami untuk melihat satu ‘jamuan mewah’ tidak menjadi kenyataan kerana majlis atas inisiatif Bro Jinggo dan anak buahnya itu diadakan secara sederhana.
Dalam sesi dialog yang diadakan secara terbuka selepas itu hadirin diberi peluang seluas-luasnya untuk mengemukakan apa sahaja persoalan dan dijawab terus oleh KJ.
Banyaklah persoalan dikemukakan dan dijawab satu persatu oleh beliau. Antaranya beliau menafikan secara bersumpah mempunyai pegangan ke atas Air Asia, terminal baru penerbangan tambang murah, dan dakwaan pengambil alihan Petronas.
Demang pernah bersemuka dengan Mukhriz dan ini kali pertama berdepan dengan KJ. Demang nampak kedua-dua tokoh muda itu merupakan aset yang amat bernilai pada negara jika diganding dengan baik. Terpulang kepada para penyokong masing-masing untuk menerima antara satu sama lain. Jika mahu melihat penguasaan orang Islam dalam politik negara ditamatkan, maka bolehlah teruskan persengketaan. Ia akan bermula di Bagan Pinang.
Demang serius. Jika tidak betul-betul, kerusi DUN Bagan Pinang diserahkan oleh pengundi kepada PAS, maka pembangkang akan mempunyai 16 kerusi. Seterusnya Anwar yang licik itu akan mendapatkan dua adun MCA dan MIC bagi mencukupkan kuota seterusnya menubuhkan kerajaan baru di negeri beradat Perpatih itu.
Maka kita akan melihat kedudukan kuasa politik di NS dikuasai DAP dengan 10 kerusi, PKR 4, PAS 2, BEBAS 2.
Manakala jika mengikut pecahan kaum; Cina 12, India 2, Melayu 2.
Ataupun jika mengikut pecahan agama; Budha 12, Hindu 2, Islam 2.
Bak kata Nabil, ”lu pikir la sendiri”
Selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir bathin.image peta Andalusia
from terraviva.com
2 comments:
Fakta kerusi sedia ada mengikut pecahan ethnik dan juga mengikut pecahan ugama dibawah BN dan andaian bawah pembangkang seperti dibuat itu sebenarnya patut dibentang dengan terang dan mudah difahami.
Cuma kalau bawa fakta begitu kena bijak. Jangan salah sasaran. Takut berlipat balik (Back fire).
Tahniah dan TK>
Demang setuju dgn Che Leh. Nampaknya Che Leh bijak melihat dari dua sudut yang bertentangan.
Post a Comment