Kata seorang sahabat, dah banyak kali pembangkang untung sebab wakil rakyat mereka meninggal dunia maka kali ini giliran UMNO pula.
Seorang lagi sahabat menyatakan pemilihan kali ini akan lebih terasa debarannya bahkan sudah ada yang menganggap PRK ini bakal mencerminkan sokongan sebenar rakyat samada terhadap BN ataupun pembangkang.
Jika dilihat pada statistik, majority pengundi adalah terdiri daripada kaum Melayu iaitu sekitar 66%. Pengundi cina mewakili lebih 20% dan selebihnya adalah pengundi kaum India. Pada pilihanraya terbaru (PRU12) UMNO yang mewakili BN mendapat majority 2333 undi menewaskan pencabarnya.
Jika mengikut pada tradisi PRK, para pengundi akan memulangkan kerusi kepada parti yang memegangnya sebelum itu Ertinya cuma orangnya sahaja yang berubah manakala parti tetap sama. Persoalannya, adakah teori tersebut masih berjalan? Tambahan pula dalam keadaan BN yang dilihat tidak begitu stabil?
Demang berpendapat, jika PRK di tempat-tempat lain sebelum ini boleh dijadikan petunjuk maka BN wajar berasa gusar. Manakan tidak, semasa PRK Bukit Gantang kita dapat saksikan secara solid undi kaum cina berpihak kepada PAS (di Kuala Sepetang majoriti pengundi adalah Cina dan semasa pengiraan didapati hampir 2000 undi di situ menyebelahi PAS).
Begitu juga di Permatang Pasir didapati sebuah peti undi dari kawasan Cina, hampir kesemuanya (1800 undi) diberikan kepada PAS juga,
Bagaimana pula dengan pengundi kaum India? Demang percaya ia tidak jauh berbeza dengan pengundi Cina.
Sebagaimana yang dinyatakan di awal tadi, terdapat lebih 30% pengundi bukan Melayu berada di Bagan Pinang. Itu sebabnya Demang katakan bahawa UMNO wajar berasa gusar.
Kenapa kaum bukan Melayu begitu berminat kepada pembangkang? Inilah yang perlu kita fikirkan.
Demang Lebar Daun adalah salah seorang contributors blog PRK Bagan PinangfOTO: BLOG N21BAGANPINAG.BLOGSPOT.COM/
No comments:
Post a Comment