Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, September 28, 2009

Hadiah buat Najib


Jika kita rakyat Malaysia belum sempat memberikan sebarang hadiah untuk Perdana Menteri baru kita ini maka Demang cadangkan jadikan kemenangan di Bagan Pinang kelak sebagai hadiah istimewa untuk beliau.

Semasa hari raya baru-baru ini Demang sempat berbual dengan seseorang yang sebelum ini agak lantang mengkritik DS Najib. Sehingga Demang rasakan kali ini pasti akan ada perdebatan atau isu yang akan beliau bangkitkan berkenaan Najib. Namun telahan Demang meleset. Beliau dengan nada perlahan berkata: “Saya bimbang Najib akan penat sendiri.”
“Kenapa?” tanya Demang.

“Cuba lihat. Najib bergerak di atas dan di bawah sedangkan berapa ramai orang UMNO yang benar-benar memahami apa yang sedang dilakukan oleh Najib?” ujarnya dengan satu soalan.

Demang bersetuju dengan kebimbangan beliau. Memang ramai yang bersemangat dan sanggup berjuang namun Demang percaya belum ramai yang benar-benar memahami hasrat Najib di sebalik ‘1 Malaysia’.

Nada yang hampir sama Demang dengar melalui perbualan dengan beberapa teman yang sebelum ini menentang kepimpinan PM sebelum ini (Paklah). Mereka melihat DS Najib adalah tokoh terbaik bagi membawa negara ke puncak kejayaan; terutamanya dalam merealisasikan Wawasan 2020.

Soal Perkauman
DS Najib menegaskan bahawa orang Melayu dan bumiputra mesti menerima dengan ikhlas dan terbuka kaum-kaum lain iaitu Cina dan India. Jika orang Melayu dan bumiputra enggan menerima kaum-kaum tersebut, lakukannya 52 tahun yang lalu. Tetapi itu tidak pernah berlaku malah pemimpin Melayu bersama-sama pemimpin kaum Cina dan India berusaha bagi mencapai kemerdekaan.

DS Najib juga memberikan ‘jalan’ yang praktikal: “orang Melayu dan India boleh jadikan orang Cina sebagai aset bagi meluaskan dagangan ke China. Begitu juga orang Cina dan Melayu boleh menggunakan orang India untuk mengembangkan pasaran ke India.

Orang Melayu? Sebagai orang Islam, produk orang Melayu mempunyai pasaran yang amat luas di negara-negara Islam dan di negara-negara yang mempunyai penganut Islam yang tinggi. Berapa ramai ummat Islam di seluruh dunia sekarang?

Marilah kita tinggalkan zaman alibaba dan berkongsilah dengan ikhlas.

Sebenarnya kita belum menggunakan sepenuhnya aset yang kita miliki. Kenapa sibuk berebut kek yang sedikit? Kenapa tidak kita perbesarkan kek tersebut?

Mari kita mulakan sesuatu yang baru. Selepas PRU 12, kajian yang dibuat menunjukkan rakyat mahukan satu perubahan yang drastik. Satu anjakan paradigma dalam urus tadbir negara.

Rakyat memang mahukan perubahan. Perlu diingat, perubahan tidak semestinya bermaksud menukar kerajaan yang ada. Apa gunanya jika hanya baju yang bertukar sedangkan isinya sama sahaja? Menggantikan Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat (pakatan yang tidak disahkan) bukanlah satu cara yang bijak. Ibarat kita meminta sekelompok pemuda yang aktif bersorak di luar padang bola bagi menggantikan kesebelasan utama yang sedang dibolosi beberapa gol.

Bukankah kita masih ada masa lagi untuk menang bersama-sama?

;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;;

logo 1 Malaysia ditemui di http://dun31baganpinang.blogspot.com/

Support Demang

No comments:

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)