Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, September 7, 2009

Rumusan entri semalam

Dua entri mutakhir Demang sebenarnya adalah bagi melihat rupa-wajah yang mewakili sebahagian kecil rakyat Malaysia yang tidak berpuas hati dengan keadaan di sekeliling mereka.

Entri pertama memaparkan SMS antara Demang dan kawan lama yang tidak berpuas hati dengan kerajaan. Manakala entri kedua Demang siarkan sebuah email seseorang yang tidak berpuas hati dengan kaum lain. Lebih tepat lagi, kaum bumiputra.

Benarkah itu yang mereka marahkan? Atau mungkinkah mereka sedang memarahi diri sendiri yang gagal mencapai impian peribadi? Lantas mencari apa sahaja objek di sekeliling untuk dilampiaskan kemarahan?

Maksud Demang begini; jika tindakan kerajaan itu tidak disukai rakyat, bagaimana mereka boleh mendapat sokongan majoriti dalam setiap pilihan raya? Hal ini bermakna majoriti rakyat menyokong kerajaan BN sejak dahulu hinggalah sekarang.

Kenapa rakyat tetap menyokong walaupun banyak pendedahan dibuat terhadap salah laku pemimpin BN?

Jawabnya mudah iaitu majoroti rakyat tahu bahawa setiap manusia atau kumpulan manusia ada kelebihan dan kelemahan masing-masing. Jasa BN terlalu banyak sedangkan yang membuat onar segelintir sahaja. Itu pun sudah menerima hukuman masing-masing termasuk disingkir daripada semua jawatan. Contohnya seorang timbalan perdana menteri pernah dipecat apabila gagal membela diri atas tuduhan salah laku seks.

Bagaimana dengan tuduhan bahawa orang Melayu sudah benci kepada UMNO?

Jika tuduhan tersebut benar, sudah tentu PAS memenangi majoriti kerusi yang ditandingi. Realitinya PAS cuma memperolehi 23 kerusi parlimen Tak banyak bezanya dengan PRU sebelum ini. Memanglah meningkat jika dibandingkan PRU12 yang melihat UMNO menyapu hampir semua kersi yang ditandingi. PAS bukan sahaja jauh ketinggalan berbanding UMNO malah tercorot dalam senarai parti pembangkang utama.

Bagaimana dengan PRK yang sering dimenangi pembangkang sejak akhir-akhir ini?

Hal tersebut tidak menghairankan kerana semua kawasan tersebut adalah kubu kuat pembangkang. Contohnya DUN Permatang Pasir adalah kubu Anwar Ibrahim selama 28 tahun! Cuma kali ini jumlah undi majoriti mereka telah berkurangan.

Jika kita lihat isu email seorang bukan melayu yang marah-marah itu pula, kita perlu kaji sebab sebenar kemarahan beliau. Padahal sejak sebelum merdeka hingga kini kaum bukan Melayu sentiasa mendapat lebih daripada kaum bumiputra sendiri. Bukankah kaum cina yang menguasai ekonomi negara selama ini?

Memanglah ada yang tertinggal tidak kira daripada kaum mana sekalipun dan di negara mana sekalipun. Barangkali lelaki tersebut termasuk kelompok yang tertinggal. Atau beliau bercita-cita untuk membela nasib kelompok yang tertinggal itu. Perjuangan itu tidak salah. Namun perlu dilakukan dengan berhemah. Jika kerajaan tidak dapat membantu, maklumlah banyak lagi yang perlu dilakukan, maka carilah jalan lain untuk sementara waktu. Kaum cina mempunyai begitu ramai hartawan bertaraf dunia. Kemana perginya program kebajikan mereka untuk golongan miskin dari kaum sendiri?

Kesimpulan yang Demang buat ialah majoriti rakyat tetap menyokong kerajaan BN. Jika masih ada yang menentang, cuba selidik, barangkali mereka mempunyai masalah peribadi. Contohnya kemiskinan keluarga sejak kecil, sering tersisih dari kawan-kawan, egoistik, infrioriti complex, kecewa dalam percintaan kerana status keluarga, dan sebagainya.

Jangan kita tertipu dengan persepsi yang mengatakan orang Melayu tidak lagi menyokong kerajaan. Orang bukan Melayu? Ya, mereka sedang sepakat menyokong pembangkang.

1 comment:

Unknown said...

Salam Demang.

Kerana kita bernama manusia, maka kita tetap lemah dan punya nafsu yang memang tidak akan terpenuh sehingga bila-bila pun.

Hanya Iman yang membuatkan kita akan sentiasa berpuas hati dan tawakkal.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)