Ahli Parlimen Hulu Selangor, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, 71, meninggal dunia akibat barah otak di kediamannya di Kajang jam 9.27 malam ini.
Setahu Demang Allahyarham merupakan MP PKR dan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti tipis (+-200 undi) mengatasi calon BN daripada MIC.
Walaupun Demang tidak menetap di Selangor namun oleh kerana ibu bapa berada di sana, agak kerap juga Demang ke negeri itu. Malah kaum kerabat Demang memang ramai di Selangor. Maklumlah, datuk Demang yang pernah menjadi kadhi di Kuala Selangor mempunyai empat isteri. Maka ramailah bapa dan emak saudara sehingga Demang pun tidak pasti bilangan mereka. Namun tidak kurang 30 orang di sebelah bapa dan 10 orang di sebelah ibu.
Agak-agaknya berapa ramai sepupu Demang di Selangor?
Demang bukan nak bercerita tentang kaum kerabat Demang namun dari perbualan Demang dengan beberapa orang bapa saudara, mereka sudah serik dengan PKR di Selangor.
Malah ada yang berterus terang mengaku tersilap kerana memberi peluang PKR menjahanamkan Selangor.
Demang lihat peluang PKR untuk kekal di kawasan tersebut memang sulit apatah lagi dalam keadaan sekarang.
foto sekadar hiasan:
pkr jpg
550 x 828 | 93k megaobzor.com
2 comments:
sempat ugak nak tanya2 saudara mara demang.. baru lagi kot atau dah lama dah demang tanya...
sy pun ada seaudar mara dari selnagor.. lebih 50 kot..
seramai yg memilih menetap disana..
diorang berpuas hati je..
hahahaha....
agak2 r nak tipu orng demang oiii..
citer ni tiba2 je ada.. kui3
demang hanya kaki sembang..
Pertama, sy dapati Bangmi sering ikuti blog ni tetapi bukan pengunjung lama. Tu sbb Bangmi tak tahu yg cerita bapa sedara sy menyesal undi PKR pernah sy tulis sblm ni. Klu bangmi baca dgn tertib bangmi akan faham maksud sy tadi dan tidaklah tersilap beri komen..
Kedua, bangmi sering tersasar dgn mesej yg nak disampaikan. Sy harap bangmi lebih rajin membaca, bergaul, dan berfikir agar penaakulan bangmi lebih baik. Bangmi juga perlu mengelak drpd memberi komen dlm soal agama dan politik sbb sekali imbas pun pembaca lain boleh melihat tahap pengetahuan bangmi yg agak rendah.
Terima kasih krn rajin baca Waadat. Harap bangmi tidak patah semangat dgn respon sy. Maklumlah, setiap hari makin ramai pembangkang yg kembali menyokong kerajaan.
Post a Comment