Jika ditanya siapakah ketua kerajaan negeri paling kreatif, inovatif dan produktif sekarang, sudah tentu Demang jawab Ali Rostam, Ketua Menteri Melaka.
Nak tahu kenapa? Datang le sendiri ke Melake... Jangan sekadar dengar cerita orang. Dan, jangan lupa untuk bermalam kerana tidak sempurna kunjungan jika tidak meredah jalanraya utama dari Ayer Keroh hingga ke Klebang (merentas Bandar Melaka dan banda hilir) pada waktu malam.
Baru-baru ini beliau merasmikan tapak jualan dengan satu konsep baru yang unik: jualan dari boot kereta persendirian. Bukan sahaja konsepnya menarik,, barang-barang yang dijual pun unik dan menarik. Sesiapa sahaja boleh menjual dari but kereta sendiri dengan caj parking RM1 SAHAJA. Lihat
sini.
5 comments:
Salam Cheguman,
Memang benar, beliau salah seorang pemimpin yang berjiwa rakyat, sentiasa berputar fikiran 'whats next for the rakyat'..
Sepatutnya orang Melaka bersyukur..
Semalam, 3 Okt, saya berniaga di sana. Sampai di tapak kul 7.45pagi...
Sedihnya tak ramai yg berniaga seperti sebelum ni ...dlm 35-40 gerai shj, manakala pengunjungnya terlalu kurang.....
Kul 12 tghari peniaga dah mula berkemas dan balik....
Kenapa jadi camni? Idea bagus, may be lokasi jauh dari komuniti dan may be promosi slow. Insyaallah, Ahad ni akan cuba sekali lagi.....
tapak car boot sales nie kat ne...???
Salam. Untuk ke sana, jika daripada MITC, ambil jalan ke Masjid Tanah. Kira2 1KM drpd MITC, ada simpang ke kiri dan ada tanda arah di situ. Berhampiran tapak parking kargo, berhampiran UTEM lama.
Saya mencari peniaga yang berminat untuk berniaga versi "Carboot sale" di Nilai sempena karnival iCEPS7 Universiti sains Islam Malaysia yang akan diadakan pada bln Oktober 2011, tempat dataran Nilai @ Stadium Tertutup Nilai, terdapat aktiviti lain seperti concert, pameran, sukan lasak dan lain2. kepada peniaga yang berminat Click link untuk maklumat lanjut :)
http://atishakirastory.blogspot.com/2011/08/usim-iceps7-carboot-sale-terus-dari.html kami yakin pengunjung memang ramai.
Post a Comment