Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, September 21, 2010

eksperimen yang gagal



Dr Ramdhan membina sebuah kolam di belakang rumahnya. Pelbagai spesis ikan dimasukkan ke dalam kolam itu.

Setiap hari, apabila berkelapangan beliau akan bersantai di situ memerhatikan dunia akuistik yang dibinanya. Tenang dan senang hati beliau melihat ikan-ikan berenang-renang di dalam air yang jernih.

Dr Ramdhan berusaha menjadikan kolam itu sebagaimana habitat semulajadi untuk haiwan peliharaannya. Beliau mahu ikan-ikan itu hidup dengan gembira dan bahagia.

Pada suatu hari Dr Ramdhan membeli seekor ikan kelisa yang cantik. Beliau memasukkan ikan itu ke dalam kolamnya. Beberapa hari kemudian beliau mula menyedari ikan-ikan kecil semakin berkurangan. Setelah dihendap, tahulah beliau bahawa ikan kelisa yang baru dibeli telah membaham seekor demi seekor ikan-ikan itu.

Keharmonian kolam telah tergugat. Ia sudah tidak selamat lagi untuk didiami.

Dr Ramdhan berasa kecewa. Beliau berfikir cara terbaik untuk ikan-ikannya. Beliau sayangkan semua ikan-ikan itu termasuk Kelisa yang membuat onar. Tambahan pula ikan Kelisa tersebut dibelinya dengan harga yang amat mahal.

Seluruh isi kolam itu belum menyamai harga seekor ikan Kelisa!

Dr Ramdhan mengambil keputusan untuk memberi pengajaran pada si kelisa. Dia membeli sebiji balang kaca dan memasukkannya ke tengah-tengah kolam. Ikan kelisa dikurung di dalam bekas kaca tersebut dan diberi makan.

Dengan kata lain si kelisa telah dipenjarakan.

Walaupun dia masih berada di dalam kolam namun dia tidak boleh bergerak bebas. Dia hanya mampu melihat ikan-ikan lain berenang dan bermain, menjelajah ke seluruh ceruk kolam.

Dr Ramdhan berharap ikan Kelisa itu akan insaf dan mengubah sikapnya.

Setelah seminggu, Dr Ramdhan melepaskan ikan kelisa dari penjaranya. Dia percaya hukuman itu sudah cukup memberi kesedaran dan pengajaran.

Namun beberapa hari kemudian Dr Ramdhan mendapati kejadian lalu berulang kembali. Ikan-ikan kecil kembali menyusut. Sudah beberapa kali Dr Ramdhan menyaksikan sendiri si kelisa membedal ikan lain dengan lahapnya.

Si kelisa diberkas dan dijatuhkan hukuman penjara sekali lagi. Kali ini hukuman dilanjutkan selama sebulan. Dr Ramdhan berharap si kelisa akan merasa serik.

Sayangnya selepas dibebaskan sikap Kelisa langsung tidak berubah. Bahkan selepas hukuman ditambah sehingga tiga bulan pun tidak mampu mengubah tabiatnya yang ketagihan memakan ikan lain.

Akhirnya Dr Ramdhan mengambil keputusan baru. Dia mengeluarkan balang kaca dari dalam kolam dan menyerahkan ikan itu kepada isterinya.

Tengahari itu juga Dr Ramdhan sekeluarga makan nasi berlaukkan asam pedas tempoyak ikan kelisa!

Mesej:
kalau dah DAP tu, DAP jugak. Maka kita wajib menghindarkan rakyat Malaysia daripada bercampur dengan mereka.

Ada segelintir rakyat Malaysia berpendapat kita boleh cuba memberi peluang kepada kerajaan baru memerintah negara. Namun perlu diingat bahawa negara bukan boleh dijadikan eksperimen. Dalam tempoh tersebut macam-macam boleh berlaku. Bahkan perlembagaan juga boleh dipinda.

Ingat, Singapura itupun dulunya milik kita. Sekarang? Satu persatu tanah dan pulau dituntutnya dan terlepas daripada tangan kita.

Ya. Ikan kelisa memang cantik dan nampak baik!

6 comments:

Anonymous said...

Artikel yg menarik..Mohon izin utk sy copy paste kt blog saya..

(@adei)

irs-Hursaini said...

Salam Cg Man..
Semakin berbisa terjahan dari cg,
harap sihat walafiat selalu..

irs-hursaini
irs-hursaini.blogspot.com

C L J said...

Apakah seorang Anwar itu serupa dengan seekor kelisa ???

Cheguman said...

Silakan adei.

Terima kasih Husaini.

Kadang2 lebih bahaya dari itu CLJ.

Anonymous said...

Cg tau tak dlm hati setiap pengundi yg mengundi PR pd PRU12 dulu??? Bencinya kpd BN tak pernah padam dan sampai skrg mereka bertekad.. Apa nak jadi, jadilah. Tak kiralah sapa yg perintah Malaysia asalkan jgn BN !!!Camner nak perbetulkan balik.

Cheguman said...

Anon,
Kita tahu bahawa sebahagian drpd punca kemarahan rakyat hanyalah kerana persepsi, maka tanggungjawab kita lah untuk perbetulkan.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)