Pagi ini Demang menghadiri mesyuarat agung sebuah yayasan guru bertaraf eksklusif di selatan tanahair.
Demang katakan eksklusif kerana melihat tokoh-tokoh hebat bidang pendidikan berada dalam carta organisasi yayasan tersebut dengan dinaungi Menteri Pelajaran.
Sebaik tiba, seperti biasa Demang yang mewakili kelab guru di sekolah Demang bergegas ke tempat pendaftaran. Demang ditanya status keahlian. Setelah tersipu-sipu malu kerana tidak tahu status keahlian sendiri dan terkial-kial untuk cuba mengingatinya Demang diminta memberikan nombor KP.
Setelah menyemak dalam komputer, rupa-rupanya Demang berstatus 'ahli aktif'.
Sebenarnya Demang hadir sebagai wakil kelompok kecil sekolah Demang.
Persoalannya, jika Demang yang dikira ahli aktif pun terlupa kewujudan yayasan elit tersebut, bagaimana halnya ahli yang tidak aktif dan guru-guru yang belum menjadi ahli?
Sementara menanti ketibaan tetamu kehormat, hadirin diberi taklimat ringkas mengenai kursus PTK yang rupa-rupanya turut melibatkan yayasan tersebut. Banyak juga pihak yayasan mengeluarkan belanja untuk guru-guru menduduki peperiksaan itu.
Menariknya (kalaupun tidak mengejutkan), guru-guru yang tidak menjadi ahlipun turut menerima faedahnya.
Demang serta merta teringat betapa ramainya rakyat Malaysia yang terlupa bahawa mereka adalah warganegara yang saban masa menikmati faedah yang dirancang dan dilaksanakan kerajaan. Walaupun mereka tidak kering bibir mengutuk kerajaan.
Lebih buruk lagi apabila ada pula segelintir ahli politik yang tidak putus-putus mengajak rakyat menafikan sumbangan kerajaan pada kesejahteraan negara. Rakyat yang sepatutnya diberi bimbingan yang positif untuk mencintai negara telah dikelirukan dengan perlbagai tohmahan tanpa fakta.
Memanglah setiap kerajaan ada kelemahan dan kekurangannya namun apa yang diperolehi rakyat Malaysia sebenarnya jauh lebih baik daripada negara lain terutama negara-negara yang dianggap setara. Malah terdapat beberapa kebajikan yang dinikmat kita tidakpun diperolehi di negara maju.
Dalam pada itu Demang ingin mencatatkan sedikit di sini betapa Demang amat terkilan dengan peperiksaan UPSR tahun ini yang diadakan begitu rapat dengan perayaan besar ummat Islam.
Untuk peringatan, Perkara 3 Perlembagaan Malaysia meletakkan Islam sebagai agamanya.
Persoalan besar Demang ialah tidak adakah tarikh lain untuk dilaksanakan peperiksaan penting tersebut? Kalau nak Demang ulang, adakah ini ciri-ciri sabotaj, atau khianat?
Ada teman yang bertanya, apa beza sabotaj dengan khianat? Mudah sahaja; jika orang lain yang melakukannya, itu adalah sabotaj manakala jika orang sendiri, itulah pengkhianat!
Semoga kita tidak termasuk golongan pengkhianat.
Mungkin pihak yayasan perlu mencelah sedikit dalam hal ini.
No comments:
Post a Comment