Mubahalah cari kebenaran selepas seseorang dikait dengan sesuatu tuduhan
Sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/islambenarkansumpahlaknat/article
KUALA LUMPUR: Islam membenarkan umatnya melakukan sumpah laknat bagi tujuan mencari kebenaran selepas seseorang itu dikaitkan dengan sesuatu tuduhan atau kesalahan yang tiada jalan penyelesaian.
Seorang tokoh agama yang juga bekas mufti berkata, sumpah laknat atau disebut juga sebagai Mubahalah adalah sumpah saling melaknat dan berdoa kepada Allah supaya diturunkan bala ke atas individu yang berbohong dari kalangan orang yang bersedia bermubahalah.
“Proses sumpah laknat adalah perkara terakhir dan tindakan berani dilakukan mereka untuk membuktikan bahawa sesuatu dakwaan itu adalah benar dengan mengharapkan sesiapa yang berbohong mendapat laknat Allah.
“Sumpah laknat ini bukan perkara main-main kerana mereka yang bersumpah laknat mengharapkan balasan Allah demi mendapatkan kebenaran atas apa yang mereka katakan. Sumpah sebegini ada dinyatakan di dalam Islam untuk mengharapkan hidayah Allah terhadap perkara yang tidak dapat penyelesaian,” katanya yang enggan nama disiarkan ketika dihubungi di sini, semalam.
Sementara itu, Pengerusi Biro Agama dan Ulama Majlis Veteran UMNO Kelantan, Prof Madya Mohd Noor Deris, berkata proses mubahalah ada dinyatakan di dalam al-Quran melalui ayat al-Imran ayat 61.
“Perkara ini adalah kemuncak untuk mendapatkan kebenaran bagi mengelak tuduh menuduh... jadi mereka yang saling menuduh boleh bersumpah laknat untuk menyatakan apa yang dikatakan itu adalah perkara benar.
Sumber:
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
1 comment:
Alhamdulillah.
Benar kerana Allah.
Harap sentiasa tuan komen hal semasa dengan benar...
Menjadi Islam sabenar perlukan bimbingan untuk mengelak gulongan yang suka berhelah dengan Allah dengan menggunakan ayat ayat NYA tanpa silu.Mereka ini gulongan yang hidup dalam herdekanNYA
Post a Comment