Di Melaka, siapa yang tak tahu High School? Sekolah kedua tertua di Malaysia selepas Penang Free.
Semalam Demang berbual dengan beberapa orang guru yang bertugas di situ. Sempat juga Demang tanyakan satu perkara yang amat dimusykilkan sekian lama untuk kepastian;
"Rumah sukan masih guna nama penjajah ke?"
"Macam tu le nampaknya." jawab salah seorang daripada mereka.
Geram betul Demang. Apa yang susah sangat nak buang nama penjajah tu? Salah satu nama yang digunakan untuk rumah sukan di sekolah itu ialah Albuqurqe!
Bayangkan semasa temasya sukan tahunan budak-budak bersorak dan menyanjung nama keparat itu tatkala wakil rumah mereka sedang berlari. Bagaimana kalau rumah itu menang?
Bagi yang sering mengikuti blog Waadat tentu tahu bahawa Demang jarang gunakan bahasa kasar atau kesat. Tetapi untuk kes ini, Demang nak cakap sikit:
Semua warga sekolah itu memang bodoh dan bacul. Maaf, ini kenyataan. Malah turut termasuk dalam golongan tersebut ialah pegawai di PPD dan JPN yang tahu perkara itu tetapi berdiam diri. Yang tak tahu, dimaafkan.
Susah sangat ke nak tukar nama tu? Tak perlu mesyuarat. Pengetua boleh keluarkan arahan sahaja. Kalau pengetua tak boleh buat, JPN boleh pecat sahaja pengetua tu. Sepatutnya perkara ni dah selesai setengah abad yang lalu.
Antara alasan yang diberikan ialah bagi mengekalkan tradisi. Maka beberapa orang yang dikatakan 'old boys' serta guru-guru bukan melayu pun lantang mempertahankan nama itu.
Ini bukan masalah orang Melayu sahaja bahkan semua yang mengaku dan menerima faedah sebagai rakyat Melaysia perlu sensitif dalam isu ini.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
7 comments:
kahkah..saya budak malacca high.ada betui gak tu..si sepet hsoba n ssetengah guru je dok backup maslah ni..sampaikan isu ni xpernah bermain dlm benak otak saya,alumni n bdk2 high skuyl skg ni.katanya nilai sejarah..
maaf saya nak beri pendapat.
setiap apa yang berlaku ada hikmahnya..Albuqurqe datang melakapun digerakkan oleh Allah jua..
ada hikmah disebalik penjajahan portugis, belanda, inggeris dan jepun..
antara hikmah yang saya nampak adalah setiap negeri negeri melayu telahpun bersatu sekarang dbawah nama Malaysia. orang melayu mempunyai keyakinan untuk berdiri sama tinggi dengan bangsa barat.
cuba bayangkan jika portugis tak jajah melaka, mungkin melaka tidak akan menjadi apa..mungkin melaka akan hilang dari peta dunia sepertimana pelabuhan pelabuhan lama dahulukala.
harus diingat, sebelum portugis datangpun melaka sebenarnya dah huru hara terutama dikalangan pemerintahan..mungkin ini cara Allah nak bantu orang melayu terutama kita anak cucu cicit.
soal nama rumah sukan, itu sepatutnya kerja pengetua..soal nama Albuqurqe digunakan untuk rumah sukan itu masalah kecil..kalau budak lepas tamat sekolahpun, dorang tak fikir dah pasal nama rumah sukan tu semua.
kalau nak kata bencikan sangat penjajah,itu patung francis light berdiri megah di P.Pinang, tak ada siapapun nak bising? banyak nama inggeris pada kedai dan iklan, tak siapa peduli.
orang melayu terkinja kinja sokong MU,Arsenel,Chelsea..padahal itukan pasukan bola negara penjajah..mengapa disokong bagai nak rak?
ini cuma pendapat peribadi saya saja.
Komen
Demang nak ulas dua perkara;
Pertama, sebelum kedatangan portugis, seluruh negeri di Tanah Melayu memang telah bersatu di bawah empayar Melaka. Penaklukan Portugis 1511 menyebabkan mereka berpecah.
Justeru hujah bahawa implikasi (disebut 'hikmah') kedatangan portugis menyatukan negeri-negeri di Tanah Melayu adalah bercanggah dengan fakta sejarah.
Kedua, sokongan terhadap MU dan lain-lain dalam bola sepak sekarang samalah dengan penggunaan jenama import lainnya. Ia tidak terlalu melibatkan patriotisme kerana ia hanya trend semasa.
Sebaliknya penggunaan nama Alfonso dalam rumah sukan di sekolah memperlihatkan sikap tidak sensitif dengan nasib nenek moyang yang dihina penjajah secara fizikal dan mental. Malah boleh juga dilihat sebagai mempersenda perjuangan mereka menenta.g penjajah.
Kesan penjajahan Melaka bukan sedikit. Tindakan merobohkan semua masjid menunjukkan ia tidak habis setakat politik sahaja bahkan melibatkan agama. Lihat fakta pembinaan Masjid Kampung Hulu.
Penaklukan ke atas Melaka adalah siri perang salib. Destinasi sebelum itu ialah Andalusia.
kejatuhan empayar melaka akibat daripada kelemahan sultan dan penasihat
yang itu memang pandangan peribadi saya sendiri cikgu.
ada masa saya malas nak login blogger.
Salam. Kita terbuka dlm memberi pendapat. Sebaiknya login dulu bagi elakkan fitnah spt yg pernah berlaku antara saya dengan Papagomo baru2 ni.
aku suka dgn nama rumah2 sukan di sm sains tg muhd faris petra, kota bharu, kelantan..rahman, razak, hussein, mahathir....empat perdana menteri malaysia yg amat aku sanjungi. setiap ahli yg aktif diberi ganjaran @ merit & diberi gelaran spt PM2 tersebut...gah menyebut...rahmanian, razakian, mahathirian...
err..nasib baik nama yg lps Tun tu tak diguna..kalu tidak haru..ramaila ahlinya yg ZZZZZZZZzzzzzzzz..... ha ha
Post a Comment