Cheguman keluar maktab iaitu MPIK pada hujung tahun 1990 dan mula bertugas di Jengka 24 pada Disember tahun yang sama.
Lebih kurang 3 bulan kemudiannya Cheguman menerima gaji pertama iaitu RM435 ditambah elaun RM65.
Untuk bandingan, pada masa itu gaji operator pengeluaran sebuah kilang di Jerantut lebih RM450 sebulan sebelum dicampur pelbagai elaun.
Bagi menambah pendapatan Cheguman menoreh getah pada hujung minggu dan sempat menjadi buruh kontrak ketika cuti penggal.
Untuk makluman, rakan-rakan Cheguman yang memiliki kelayakan setaraf tetapi bekerja di sektor swasta ketika itu sudah berpendapatan 4 angka dengan pelbagai insentif tambahan.
Maka ramailah guru yang terlibat dengan jualan langsung dan insuran. Dengan bakat dan sedikit rasa hormat masyarakat maka terdapat guru yang berjaya meraih pendapatan sampingan berlipatganda daripada gaji sebenar seorang guru.
Ada seorang rakan semaktab Demang akhirnya meletakkan jawatan setelah berjaya dalam industri insuran.
Untuk menyalahkan PM ketika itu agak kurang tepat kerana beliau sudah menurunkan tanggungjawab tersebut pada menteri yang berkenaan.
Mungkin Anwar Ibrahim terlupa memikirkan nasib guru semasa menjadi menteri pelajaran dan terlupa sekali lagi ketika menjadi menteri kewangan.
Anwar juga terlupa pada guru ketika menjadi TPM.
Perubahan gaji guru berlaku secara mendadak hanya apabila Najib Razak menjadi menteri pelajaran.
Sebelum itu guru-guru hanya meleleh air liur melihan kenaikan gaji tentera apabila Najib Razak menjadi menteri pertahanan.
Hari ini, suasana amat berbeza. Pelajar lepasan universiti yang memilih untuk menjadi guru akan mendapati gaji mereka lebih tinggi daripada rakannya di sektor swasta.
Selamat hari guru.
"Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara".
1 comment:
Selamat hari guru cheguman dan semua guru. Skrg guru ada 2-3 biji kereta dan anwar pun semakin kerap ke luar negara.
Post a Comment