Biarpun pembangkang melalak dan melolong berteriakkan isu penyenaraian Felda yang dikatakan menipu peneroka namun ia semakin memberi kelebihan pada UMNO.
Setidak-tidaknya bilangan yang simpati pada PM telah bertambah.
Cuma yang sempat dijadikan modal sindiran pembangkang ialah keterlanjuran Najib meluncurkan perkataan 'haram jadah' kepada pihak yang menentang usaha beliau membantu peneroka.
Memang ramai yang terperanjat dengan kata-kata itu. Kalau Mat Sabu yang berkata begitu, semua orang sudah maklum. Kalau bukan mencarut dan memaki hamun, bukanlah Mat Sabu namanya.
Kalau Nik Aziz pun yang bercakap macam tu, orang ramai tidak lah pelik sangat sebab beliau selalu mengeluarkan kenyataan yang aneh-aneh termasuk memfatwakan keharusan menerima bantuan syaitan.
Jika Hj Hadi yang menuturkannya pun rakyat masih boleh faham kerana presiden PAS yang sering dipertikai oleh Mursyidul Am itu pernah mengkafirkan orang UMNO atas alasan berkompromi dengan bukan Islam.
Dan, jika yang mengucapkan ungkapan 'haram jadah' itu adalah Anwar Ibrahim, tiada siapa yang rasa pelik sebab ketua pembangkang itu memang sinonim dengan ayat begitu dalam pidatonya.
Rakyat jadi terpempan sebentar kerana yang mengeluarkan ucapan itu ialah Najib Tun Razak yang selama ini amat sabar melayani karenah pihak yang tidak bersetuju dengan beliau.
Perlu kita sedar bahawa Najib bukan malaikat. Kesabaran beliau ada hadnya. Beliau juga ada emosi.
Sebaik turun daripada pesawat yang membawanya di padang Felda Jengka 8 pagi itu dan melihat sambutan peneroka, seterusnya ternampak rumah peneroka yang kebanyakannya sudah berubah wajah, Najib mengalirkan air mata.
Najib bukan terharu dengan sambutan sebab itu sudah biasa baginya. Najib terharu kerana hasil usaha ayahandanya sudah berjaya.
Ramai yang tidak sedar betapa sukarnya untuk merancang satu program yang mampu menguntungkan semua peneroka Felda.
Dan, tiba-tiba ada yang mempertikaikannya sehingga hampir-hampir menggagalkan usaha tersebut.
Walaupun secara kasarnya rata-rata peneroka sudah berpendapatan melebihi RM4k sebulan namun masih ada ruang untuk meningkatkan lagi pendapatan peneroka berdasarkan iklim ekonomi yang semakin baik dalam industri perladangan.
Selain itu, Felda Global juga dirancang untuk membantu generasi kedua peneroka Felda yang belum tetap haluan mereka.
Majoriti peneroka faham apa yang sedang berlaku dan apa yang sedang dilakukan Felda. Mereka sudah diberi penerangan dan peneroka bukanlah bodoh seperti yang dituduh pembangkang.
Oleh kerana yang menyokong adalah sebahagian besar warga Felda manakala yang menentang adalah segelintir kecil maka kata-kata 'haram jadah' itu sebenarnya adalah suara hati majoriti peneroka terhadap pihak yang cuba merosakkan usaha mereka.
Najib cuma jurucakapnya.
2 comments:
Apa fatwa Nik Ajis? Sekali sekala apa halnya kalau Najib nak ungkap perkataan itu, tau pula sakit hati, pedih ulu hati bila dengar, yg dia org buat tak mengapa pula ye.
Tak mahu haram jangan ambil duit pemberian itu, bukan apa takut tak berkat bagi makan anak cucu bini pula, sebab fatwa PAS cakap haram.
Jgn cakap cam tu... Kecik hati diorg. Tokguru kata org bagi, ambik. Jgn bantah cakap tokguru...
Post a Comment