Tidak ramai yang sedar bahawa ekonomi sesebuah negara ditentukan oleh 'fundamental basis'. Dalam hal ini politik sememangnya berperan secara aktif dan keputusan politik sering memberi impak segera dan mega.
Kajian terkini penganalisis pelaburan mendapati:
1- Golongan profesional dan menengah Melayu telah kembali menyokong Barisan Nasional, terutama setelah BERSEH 3.
Ternyata kesedaran
2- Barisan Nasional dicadangkan agar memenangi majority melebihi 137 kerusi Parlimen atau 58-64 % kerusi Parlimen bagi meneruskan polisi sedia ada dan memastikan ekonomi Malaysia kekal stabil.
3-Penambahan undi sebanyak 2.3 juta dari golongan muda didapati di DUN dan kawasan Parlimen Johor, Selangor dan Perak, tapi kajian mendalam mendapati bahawa kerusi kerusi tersebut telahpon jatuh ke tangan Pakatan dan tidak akan mempengaruhi undi keseluruhan.
4- Kajian juga telah mengenalpasti lima senario politik dengan perubahan besar ke atas polisi dan sektor industri yang terbabit.
Sekiranya:
a) Senario C yakni Barisan Nasional menang 2/3 majoriti maka sektor yang akan bermanfaat ialah sektor Oil & Gas, Bank, Hartanah dan Media. Rakyat juga akan lega kerana kemelut politik cacamarba dan belenggu ketidakpastian akan terlerai.
b) Senario D iaitu jika Pakatan menang; penganalisa pelaburan JP Morgan meramalkan pelabur akan menjual semua saham dan menjauhkan diri dari suasana politik dan ekonomi yang tidak menentu ( Sell and stay away, potential policy changes breed uncertainty.)
Sektor yang akan mendapat keuntungan besar jika Pakatan menang adalah sektor perjudian (gaming seperti Genting).
Sementara sektor yang terkait dengan penglibatan etnik Cina seperti Pembinaan, Hartanah, Pengangkutan dan Saham (dan Unit Trust) akan mendapat bantuan Kerajaan Pakatan. (construction, property, transportation, gaming and stocks with Pakatan's Government link).
Demang paparkan semula fakta daripada kajian pakar ini dengan gaya bahasa Demang sendiri untuk kita beralih daripada politik persepsi kepada politik realiti.
Demang harap rakan-rakan yang masih simpati pada pembangkang agar menyemak semula apakah gerakan dan tindakan yang telah dilakukan selama ini satu perjuangan atau sekadar ledakan emosi?
Semoga kita tidak cuba menipu akal waras kita sendiri demi memuaskan luapan emosi yang tak berkesudahan.
Foto hiasan barisan pelajar terbaik SM Imtiaz (Tahfiz Ulul Albab) Melaka bersama DS Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku peneraju Imtiaz Melaka.
2 comments:
salam
bn dah menang 50 tahun pun idris jala kata kalau kerajaan bn tak kawal belanja maka negara mungkin bangkrap dalam tahun 2020, jadi kalu dok biar bn perintah lagi nampak gayanya negara kita akan bangkrap lagi awal dari apa yan idris jala kata.
jadi yang terbaik adalahkota tukar kerajaan bn skg yang dmpamakan sbg kereta yang tak ekonomi utk diperbaiki lagi.
Apa jaminan yg PR mampu lbh baik? Tidak mungkinkah idris jala sebahagian drpd agen yg bersekongkol menumbangkan kerajaan islam? Berhati2lah...
Post a Comment