Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, December 3, 2009

budak nakal Nik Aziz


Nik Aziz sifatkan tindakan lebih 1000 rakyat yang berkumpul di depan pejabat MB semalam sebagai perbuatan budak nakal.

Pak Habib (SH Alattas) dalam salah sebuah bukunya menggunakan istilah 'kaki kacau Malaysia' kepada individu yang suka menimbulkan kekacauan dalam politik.

Apapun istilahnya, ternyata tindakan-tindakan seperti memijak gambar, membakar, berdemonstrasi di jalanan, menulis tohmahan dalam blog, hatta berceramah menyebarkan isme kebencian kepada rakyat merupakan sesuatu yang negatif pada penerimaan mana-mana pemimpin. Dengan kata lain menyusahkan pemimpin berkenaan.

Maka Demang angkat topi pada DS Najib yang tidak sampai mengeluarkan perkataan yang bukan-bukan dalam menghadapi karenah pembangkang.

foto hiasan:
vandalism1105 jpg
350 x 263 | 17k
ranchomurieta.com

Wednesday, December 2, 2009

Melayu bodoh?


Bagaimana minoriti boleh mengalahkan majoriti dalam negara demokrasi?

Mudah sahaja. Katakan terdapat 100 orang. Kumpulan A mengandungi 60 orang dan selebihnya berada dalam Kumpulan B.

Oleh kerana kumpulan A begitu besar maka akan timbul lah sikap besar kepala dalam kalangan ahlinya. Kelompok yang ramai juga bermakna karenah pun banyak. Tukang kritik pun ramai. Yang tak puas hati pun lebih ramai.

Kelompok yang ramai juga dihinggapi rasa ego dan sombong. Besar kepala lah tu.

Maka kelompok besar itupun pecah dua. Maka kita akan lihat ada Kumpulan A1 (30 orang) dan Kumpulan A2 (30 orang).

Apabila diadakan pilihanraya maka ketiga-tiga kumpulan pun mencalonkan wakilnya.

Kumpulan manakah yang akan menang?

Kalau Pak Teh kata orang Melayu bodoh, pasti ramai yang melenting. Namun apa lagi istilah yang lebih sesuai?

foto sekadar hiasan:
idiot, magicdeckvortex.com

Guru, pensyarah didik pelajar benci kerajaan


Semasa Demang menjadi guru pelatih dulu, seorang pensyarah menceritakan betapa anaknya tidak boleh menerima tegurannya terhadap satu fakta hanya kerana fakta tersebut diberikan oleh guru sekolahnya. Puas pensyarah tersebut cuba memahamkan anaknya yang ketika itu di sekolah rendah, namun murid tersebut tetap mempertahankan gurunya, meskipun fakta tersebut salah.

Demikianlah betapa kuatnya pengaruh guru terhadap murid. Namun adakah semua pendapat guru itu betul? Bagaimana jika guru tersebut telah didoktrinkan bahawa penyokong UMNO itu kafir? Apakah tidak mungkin fahaman itu akan terbawa-bawa ke dalam kelas atau bilik kuliah?

Dalam sibuk kita memperkatakan BTN cuba kita lihat pula di sekolah, kolej, dan universiti. Tidak adakah penjawat awam yang menyokong pihak pembangkang? Bolehkah mereka memisahkan politik daripada pengajaran mereka? Atau mungkinkah fahaman politik kepartian turut diserapkan kepada murid-murid samada secara langsung atau tidak langsung?

Bolehkah tenaga pengajar yang kuat menyokong pembangkang menyampaikan idea dan konsep 1 Malaysia yang diterajui oleh Perdana Menteri yang merupakan pemimpin yang mereka benci?

Bagaimana sorang guru mahu menerapkan sikap menghormati pemimpin negara jika guru itu sendiri membenci pemimpin negara?

Demang rasa amat wajar pihak kementerian menyemak semula di sekolah, kolej, dan universiti takut-takut terdapat ramai kalangan mereka merupakan penyokong pembangkang. Jangan lupa untuk memeriksa juga para pegawai di kementerian pelajaran sebab mereka itu berpotensi mendoktrin orang bawahan dan para pelajar untuk membenci kerajaan pusat yang sedang memerintah.

Jika kolej di bawah kerajaan negeri mesti mematuhi arahan kerajaan yang memerintah negeri tersebut, kenapa sekolah, kolej, dan universiti di bawah kerajaan pusat dikecualikan daripada patuh dan taat pada kerajaan yang memerintah di peringkat pusat?

Demang cuma mahukan keadilan.
terkini: kerajaan komunis Pulau Pinang pula haramkan BTN.

foto hiasan:
0512 0710 0116 5959 jpg
100 x 69 | 38k
school-clipart.com

BTN dan Doraemon


Sesekali Demang turut bersama anak-anak menonton TV, termasuk siri kartun. Salah satu siri yang Demang suka sejak dulu ialah Doraemon.

Dalam cerita Doraemon, seorang lelaki yang hidup 'di masa hadapan' telah mencipta 'robot kucing' (Doraemon) untuk menjaga ayahnya yang hidup 'di masa silam' (ketika ayahnya masih kanak-kanak). Lelaki itu mahu memastikan ayahnya selamat dan sentiasa mengambil tindakan yang betul, termasuklah mengahwini wanita 'yang betul' dan akhirnya melahirkan lelaki tersebut. Jika ayahnya salah langkah sudah tentu impaknya pada lelaki itu.

Dalam imaginasi Demang, begitulah halnya BTN dilahirkan iaitu membawa harapan generasi akan datang. Apabila BTN membentangkan nilai kepada peserta, prinsipnya ialah apabila datang yang haq maka yang batil akan gugur dengan sendirinya.

Kita ketepikan sebentar manipulasi pembangkang dalam isu ini.

Dari sudut positif Demang terfikir isu BTN sekarang mempamerkan harapan rakyat untuk melihat BTN benar-benar bebas daripada sebarang kuasa politik. Rata-rata rakyat hari ini bosan dengan politik kepartian. Demang lihat BTN sudah memainkan peranan dengan baik sehingga kini.

Jika diteliti modul-modul yang digunakan BTN sekarang, semuanya menjurus pada kesetiaan kepada raja dan negara. Malah tidak ada badan yang begitu mempertahankan raja-raja Melayu selain BTN. Hal ini kerana raja adalah lambang kedaulatan negara. Mungkinkah kerana raja itu orang Melayu maka BTN dikatakan bersifat perkauman?

Secara fitrahnya, BTN tetap menjadi pengawal mana-mana parti dan memastikan perjuangan mereka kekal relevan. Dalam masa yg sama pemimpin curang akan tersingkir dari semasa kesemasa. Maka pembangkang tidak perlu curiga atau cemburu pada BTN kerana BTN sekadar menunaikan tanggungjawab. Tidakkah BTN juga sering menegur UMNO? Tidak pula orang UMNO melenting dan minta BTN dipulaukan!

Konsep Doraemon ialah tidak mahu 'nasi menjadi bubur'. Hal ini berbeza dengan filem 'Back To The Future'. Dalam filem Inggeris itu watak utama terpaksa pulang ke masa silam bagi memperbetulkan keadaan.

Asam kandis asam gelugor
Ketiga dengan asam rambunia
Nyawa menangis di pintu kubur
Hendak pulang ke dalam dunia

Pantun itu Demang jumpa dalam buku Takkan Melayu Hilang Di Dunia, tulisan Dr Ismail Noor & Muhammad Azaham, 2000.

foto:
doraemon
taz0312 flickr.com

Tuesday, December 1, 2009

PAS tipu rakyat


Akhirnya Demang berkesempatan membawa anak-anak ke perpustakaan negeri pada cuti sekolah kali ini. Maka sibuk lah putera-putera Demang itu mencari buku. Teruja betul melihat buku-buku yang banyak itu.

Demang lebih-lebih teruja lagi. Setelah puas membelek maka dapatlah Demang tiga buah buku bertema Melayu. Salah satunya bertajuk Takkan Melayu Hilang Di Dunia, tulisan Dr Ismail Noor & Muhammad Azaham, (tahun 2000).

Rupa-rupanya banyak lagi yang Demang tidak tahu tentang nenek moyang Demang ini. Rupa-rupanya bangsa Demang ini bangsa yang tinggi kualitinya lagi bijaksana.

Nantilah, jika berkesempatan Demang akan kongsikan.

Dalam pada itu Demang terjumpa sepotong ayat Al-Quran dalam buku tersebut:

"Hai orang yang beriman, mengapa kamu mengatakan apa yang tidak kamu perbuat?
"(As-Saf, 61:2)

Lantas Demang teringat betapa setiap kali pilihanraya PAS meminta rakyat mengundi mereka kerana mereka hendak menubuhkan negara Islam. Anehnya bila Demang semak rekod penyertaan PAS dalam setiap kali PRU, tidak pernah sekali pun PAS bertanding lebih daripada 1/2 kerusi yang dipertandingkan.

Padahal untuk meminda perlembagaan bagi membolehkan hudud dimasukkan ke dalam perlembagaan, sesebuah parti memerlukan sokongan 2/3 ahli parlimen.

Tidakkah mereka menyatakan sesuatu yang tidak mereka lakukan?

foto hiasan:
life is a lie
What What flickr.com

Anwar sesak nafas semula



Keputusan mahkamah sebentar tadi telah menolak permohonannya agar TIDAK dibicarakan. Ertinya Anwar perlu menjawab semua pertuduhan liwatnya dalam mahkamah. Betul atau tidak, itu nombor dua. Yang penting, jangan lari Bro...

Sementara itu Nallakaruppan juga tidak mahu mengalah. Towkey judi merangkap sahabat lama Anwar tersebut berkeras bahawa dia memang menyerahkan RM60 juta kepada Anwar. RM60 juta, bukan RM60 atau 60 sen. Kalau 60 sen mungkin orang boleh lupa!

Siapa yang tidak tahu betapa gusarnya Anwar dengan perkembangan PKR Sabah yang hampir ditutup sepenuhnya?

Akhirnya Anwar melalak tentang BTN. Kononnya BTN memecahbelah perpaduan kaum. Hello, Bro... siapa yang memecah belahkan perpaduan selama ini? Jangan bohong rakyat sedangkan anda lah yang cuba mengeksploitasi BTN suatu ketika dulu bagi menonjolkan diri anda. Namun anda gagal kerana jati diri sahabat BTN amat kental dan tidak akan menjadi pak turut anda. Minta maaf, ye...

Cuma Pak Teh hairan dengan pemimpin UMNO dan CEUPACS yang tak tau apa-apa pun nak bercakap. Dah tanya Ahmad Maslan tentang perjalanan BTN sekarang? Dah tengok modul terbaru BTN? Buatlah ’homework’ sikit sebelum bercakap. Modul-modul BTN bukan sahaja dibentangkan di kabinet dan diluluskan parlimen malah boleh dilayari di internet kerana BTN memaparkan modul-modul kursus mereka pada rakyat!

Ini kerajaan rakyat, bukan kerajaan mak bapak ’Pakatan Rakyat’.

Pak Teh angkat topi pada Mahyudin yang mempelawa Lim Kit Siang hadir ke kursus BTN sebagai peserta dan menilai sendiri. Jangan hanya dengar cakap beberapa orang peserta yang gagal memahami semangat kursus yang diikuti.

Jangan jadi bengap macam Dr Halimah Ng.

Foto sekadar hiasan daripada anwar ibrahim and black eye Mauritian flickr.com

Tun berkontroversi lagi.



Maka seperti biasa ramai penyokong kerajaan melatah dan si pembangkang pun bersorak. Masing-masing pun melalak ke sana-sini menjaja komentar. Bukan komen pun, sekadar mengulang-ngulang dan mengejek-ngejek. Macam burung tiung plastik yang Demang temui di Hang Tuah Mall.

Padahal Tun sekadar mengusik sedikit sahaja. Malah yang diutarakan hanyalah omelan seorang bekas pemimpin UMNO yang tersingkir dan terpelanting kesepian. Maka rajuknya membikin lidah mengomel yang bukan-bukan.

Pedulikan si kecewa itu.

Berbalik pada Tun Mahathir, Demang percaya beliau tahu tentang usaha UMNO melakukan perubahan secara menyeluruh dari pucuk pimpinan hinggalah ke akar umbi. Masakan Tun tidak tahu sedangkan beberapa tindakan yang UMNO sedang ambil adalah daripada buah fikiran beliau sendiri?

Memang ada yang Tun Mahathir ingin jentik telinganya. Adakah anda masih ingat bagaimana Tun mengusahakan strategi sehingga Pak Lah berundur? Siapa yang ditolaknya ke depan? Siapa lagi kalau bukan Najib! Malah Tun secara terbuka mengkritik Najib yang masih ragu-ragu menggantikan Pak Lah.

Maka kali ini Tun cuba melakukannya sekali lagi. Tun tahu bahawa Najib sedang menerajui perubahan besar UMNO. Namun Tun juga tahu masih ada pemimpin yang belum cukup sedar. Bukan sekali dua Demang mendengar rakyat berkata: ”Harap Najib dan Mahyudin sahaja yang bersungguh-sungguh...”

Kami, blogger BPN sejak akhir-akhir ini juga menimbulkan perkara yang sama seperti yang ditulis Tun Mahathir. Namun siapalah kami? Mujur Tun juga seorang blogger.

Mesej Tun ialah agar Najib melakukan sesuatu yang lebih agresif. Dengan kata lain, jangan disimpan lagi pemimpin yang sebegitu, ibarat duri dalam daging.

Sememangnya Najib kadangkala dilihat ’tidak sampai hati’ membuang kawan-kawan. Namun kali ini ia perlu dilakukan. Apatah lagi dengan slogan rakyat didahulukan.

Rakyat yang berfikiran matang tetap sokong Najib.


foto:
green parrot eclectus parrot
~DocBudie~ [T... flickr.com

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)