Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, March 4, 2010

Alasan mudah malaikat maut


Kelmarin seorang lelaki pulang daripada menziarahi jenazah rakannya yang meninggal dunia akibat kemalangan kereta. Beliau berehat di rumah dan beberapa jam kemudian beliau pula meninggal dunia.

Pegawai perubatan mengesahkan kematian akibat serangan jantung walaupun sebelum ini lelaki tersebut tidak pernah ada masalah jantung.

Semalam, seorang lelaki lain minum petang bersama isteri dalam keadaan riang. Kemudian beliau bangun untuk solat Asar. Selepas solat lelaki itu muntah-muntah dan beberapa jam kemudian meninggal dunia.

Pegawai perubatan yang memeriksa mengesahkan kematian akibat serangan jantung. Rekod perubatan lelaki itu juga tidak pernah menunjukkan masalah jantung.

Kecut perut mendengar cerita begitu. Kedua-dua lelaki tersebut tidaklah terlalu tua. Masih jauh dari usia persaraan.

Serangan jantung tidak mempunyai sebarang amaran. Bagi Demang, ia adalah alasan mudah malaikat maut menamatkan riwayat seseorang. Seolah-olah malaikat menziarahi seseorang dan memberitahu bahawa "saya datang untuk mengambil nyawa awak".

Sebenarnya tidak ada siapapun tahu ajal diri sendiri. Bahkan kita tidak tahu samada pada detik selepas ini kita masih hidup atau sudah mati. Justeru lakukan sahaja apa yang sepatutnya kita lakukan. Contohnya, apabila masuk sahaja waktu solat, bersegeralah. Takut tak sempat.







foto:
solat jenazah jpg
perakexpress.com

Ceramah Anwar... Kesian


Perhatian: pokok ini bukan ahli PKR dan tidak pernah menyokong pembangkang. Ia dipaksa mempromosi Anwar.


Kesian, ada ke lagi orang nak datang dengar ceramah Anwar? Tentulah ada. Takkanlah tak ada langsung, ye tak?

Sebenarnya Demang pun teringin nak pergi dengar. Nak tengok sendiri macamana rupa Anwar yang terbaru.

Tapi tarikh yang dinyatakan tu Demang ada program lain. Program yang lebih penting. Kalau tak disebabkan program tu, dah tentu Demang akan hadir ceramah Anwar tu.

Ada orang nak belanja Demang makan ikan bakar di Serkam pada malam ceramah tersebut. Tu sebab Demang tak boleh hadir. Lagipun Demang dah boleh agak apa yang Anwar nak cakap!

Wednesday, March 3, 2010

Najib beli MP PKR?


Hari ini seorang lagi MP PKR meninggalkan parti itu dan menjadi wakil bebas.

Setelah insiden berturut-turut tersebut maka saki baki pembangkang tegar pun mengumpan polemik, kalaupun bukan tohmahan baru iaitu Najib beli ahli PKR.

Sebut tentang BELI, serta merta Demang teringat kempen di TV sekarang mengenai perdagangan manusia.

Kata orang aktiviti jual beli manusia adalah antara perniagaan tertua di dunia selain pelacuran. Kata Husin Lampoyang, berniaga orang lebih untung daripada berniaga unta.

Barangkali ramai yang masih ingat kisah Kunta Kinte yang disiarkan RTM sekitar 1980an dulu. Demang terbayang-bayang peristiwa Kunta Kinte dan kaumnya bertempiaran melarikan diri sambil diburu oleh manusia berkulit putih untuk dijual sebagai hamba.

Sekitar 1980an juga penyerang Argentina Diego Maradona dibeli daripada kelab asalnya pada harga tertinggi ketika itu. Demang sudah lupa harganya namun melibatkan angka juta. 17 juta rasanya.

Sekarang Christiano Ronaldo dikatakan manusia paling mahal yang boleh dibeli iaitu melebihi RM70juta.

Kini, saki baki pembangkang mandakwa ahlinya dibeli UMNO namun tidak dinyatakan harganya.

Apa perbezaan Kunta Kinte, Maradona, dan MP PKR berkenaan?

Penjual Kunta Kunte mendapat untung daripada urusniaga tersebut manakala pembeli mendapat sumber tenaga. Masih dikira untung. Sebaliknya Kunta Kinte sekadar menjadi hamba sahaya. Ertinya MP yang keluar PKR itu tidak boleh disamakan dengan perdagangan hamba abdi. Begitu juga Maradona dan Christiona.

Penjualan Maradona menguntungkan ketiga-tiga pihak iaitu kelab yang menjual, kelab yang membeli dan Maradona sendiri.

Dalam kes PKR pula siapa yang menjual dan siapa pembeli? Adakah PKR menjual mereka? Bagaimana nak tuduh UMNO membeli jika tiada penjual?

Sebenarnya analogi paling tepat dengan kes tersebut ialah melarikan diri. Alasan Demang paling mudah ialah jika UMNO nak beli, lebih baik dilakukan tahun lepas iaitu ketika UMNO amat memerlukan sokongan tambahan.

Sekarang situasi dah berbeza. Buat apa UMNO nak beli kalau boleh dapat free?


foto:
1024x753 - 251kB - jpg

www.dvdbeaver.com

Tuesday, March 2, 2010

SEMAKIN BERAT


Kata orang Kelantan, “Berat, weh…” malah ada jugak yang telonya agak pekat dan berbunyi “Berak, weh“. Yang penting ’e’ tadi mestilah dibunyikan sebagai ’e pepet’, bukannya ’e taling’. Terdapat perbezaan yang besar antara ’e pepet’ dengan ’e taling’. Kalau silap baca, maksudnya akan jadi lain.

Apapun, Anwar Ibrahim memang dalam keadaan yang ’amat berat’ sekarang. Seorang demi seorang meninggalkan beliau. Sebagaimana helah Anwar menangguhkan perbicaraan, demikian jugalah dengan kedudukannya.

Nampaknya Anwar cuma berjaya menangguhkan kejatuhannya untuk sementara dan kini dinding-dinding sedang beruntuhan menimpa antara satu sama lain.

Sebagaimana ’janji’ bekas orang kuat PKR semalam, lebih ramai lagi akan meninggalkan PKR dalamm masa terdekat.

Demang dapati blogger pembangkang juga sudah sudah menyusut dan mengendur. Malah blogger tukar tiub yang dianggap ’terrror’ pun terpaksa merayau ke merata blog mempromosi blog tersebut dengan memakai nama ’Hashim’. Bagi yang mengikuti blog Waadat tentu terserempak beberapa kali dengan nama tersebut dalam ruang komen.











foto:
1096x703 - 9kB - gif
tell.fll.purdue.edu

Monday, March 1, 2010

PKR mungkin bubar lebih awal


Sebagai mukaddimah, Demang memetik kata-kata DS Najib bahawa 1 Malaysia bukan sekadar slogan sebaliknya penerusan pada perjuangan Perdana Menteri terdahulu, terutamanya Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah.

Maka Demang katakan bahawa masalah paling besar Anwar ialah PKR tidak mempunyai sebarang landasan atau prinsip perjuangan sebagaimana parti lain.

Ahli PKR bukan seperti penyokong DAP yang fokus untuk menguasai politik Malaysia tatkala Melayu & bumiputra masih menjadi penduduk majoriti (66.6%).

Ahli PKR juga bukan peminat PAS yang gagal melihat erti jihad sebenar berdasarkan realiti politik di Malaysia yang berasaskan penerimaan dan kesediaan semua kaum.

Ahli PKR tidak mungkin berminat dengan sosialis yang akan meletakkan negara 50 tahun di belakang sebagaimana Myamar yang menolak globalisasi sehingga rakyatnya buta ICT. Bagaimana penyokong PKR yang rata-rata golongan muda boleh berpisah daripada dunia internet yang merupakan alat penting sistem kapitalis?

Penyokong PKR adalah golongan atas pagar atau bekas ahli UMNO, MCA, MIC atau Gerakan yang menghormati sejarah Tanah Melayu.

Itulah sebabnya mereka menubuhkan PKR dan tidak menyertai parti pembangkang sedia ada seperti DAP dan PAS pada 1999.

Rata-rata ahli PKR adalah golongan yang sebelum ini tidak berminat dengan politik yang tiba-tiba diberitahu bahawa negara ini sedang dimusnahkan oleh para pemimpinnya.

Jika diimbas kembali peristiwa 1999, pemecatan Anwar menyebabkan rakyat bingung dan keliru. Rakyat tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah.

Kebetulan media internet muncul dan menjadi pesona baru rakyat Malaysia terutama golongan menengah. Kemunculan media baru tersebut bukan sekadar satu alternatif sebaliknya dilihat sebagai keajaiban tanpa batasan. Internet dianggap suara malaikat yang tidak mungkin berdusta. Malah engin carian disangka boleh memaparkan apa sahaja yang berlaku di dunia. Ramai yang tidak tahu atau terlupa bahawa semua maklumat di dalam internet sebenarnya dimasukkan oleh tangan-tangan manusia!

Ketika itu Demang menggunakan tapak Geocities sebagai platform web. Belum ada istilah blogger sebaliknya kami dikenali sebagai webmaster.

Kini yang kabur sudah semakin jelas. Apatah lagi Tuhan memberi peluang kepada rakyat untuk melihat pembangkang cuba mempraktik janji mereka. Ternyata mereka gagal. Itulah hikmah terbesar PRU12.

Maka para penyokong PKR dan pemimpin mereka mula sedar realiti politik Malaysia. Itulah yang dijelmakan oleh beberapa pemimpin PKR melalui tindakan meninggalkan parti itu sekarang.

Perjuangan berasaskan simpati, kekeliruan, serta emosi tidak akan bertahan lama. Apatah lagi di kala kebenaran semakin nyata.

foto:
600x450 - 41kB - jpg
staticyouth.wordpress.com

MP PKR keluar parti Pembangkang terus merudum


Sebagaimana yang Demang telah uwar-uwarkan, maka pagi ini dua berita rasmi sampai melalui sms:

Pertama, Ahli Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng sebentar tadi umum keluar PKR dan menjadi anggota Bebas berkuatkuasa serta-merta.

Kedua, bekas Setiausaha Agung PKR, Datuk Salehuddin Hashim mendakwa lebih 10 wakil rakyat PKR akan keluar parti dalam masa terdekat.

Benarlah, 'apabila datang yang hak maka yang batil akan gugur dengan sendirinya'.

Sementara itu Demang telahpun ditunjukkan video pendedahan eksklusif YB Zulkefli Nordin (MP Kulim-PKR) dalam satu forum tertutup. Demang tidak pasti samada ia dimuatkan ke dalam YouTube atau tidak.

Kita nantikan perkembangan selanjutnya sambil kita mengawasi respon para mentor Anwar di luar negara.

riwayat si miskin





Foto pertama di atas muncul apabila Demang taipkan kata kunci 'algeria' manakala foto kedua adalah antara imej yang keluar apabila Demang masukkan perkataan 'malaysia' pada kekotak enjin carian Yahoo Images.

Seorang sahabat bergelar Profesor Dato' memberitahu; di Algeria, seseorang yang ingin keluar dari kancah kemiskinan perlu tunggu sehingga tujuh keturunan tetapi di Malaysia cuma dalam tempoh dua keturunan sahaja.

Demang terjemahkan kenyataan profesor tersebut melalui contoh berikut:

Asnaf ialah seorang anak dalam sebuah keluarga miskin di sebuah kampung di kampung Durian Hijau, Jerantut Pahang. Bapanya seorang buruh dan ibunya tidak bekerja. Asnaf dihantar ke sekolah rendah berhampiran rumahnya. Walaupun jauh di pedalaman, sekolah yang menawarkan pembelajaran 'percuma' itu menyediakan guru-guru, peralatan, kemudahan, termasuk ICT setanding sekolah lain di bandar.

Asnaf cuma perlu membayar RM70 di awal tahun untuk bayaran yang dikenakan pihak sekolah. Oleh kerana keluarga Asnaf amat miskin, mereka dibantu PIBG menjelaskan yuran yang cuma RM70 setahun itu.

Setiap hari Asnaf dan dua orang adiknya mendapat makanan percuma di kantin sekolah (RMT). Jadi, mereka tidak perlu membawa wang belanja.

Berkat usaha dan doa berterusan, Asnaf berjaya memperolehi 4A dalam peperiksaan UPSR. Oleh kerana sekolah Asnaf dalam kategori luar bandar dan latar belakang keluarga yang miskin, Asnaf dengan mudah memasuki sekolah berasrama penuh.

Lima tahun di asrama penuh, Asnaf akhirnya memperolehi keputusan yang agak baik dalam SPM seterusnya melanjutkan pelajaran di universiti. Asnaf menamatkan ijazah pertama dan berjaya menjawat jawatan kerajaan dengan gaji permulaan termasuk elaun berjumlah hampir RM3000.

Tidakkah Asnaf seorang anak miskin berjaya keluar daripada kemiskinan sebelum berakhir generasi pertama? Dengan pendapatan RM2700 sebulan (tahun pertama!) Asnaf membeli sebuah kereta buatan Malaysia tanpa cengkeram dan membayar RM350 sebulan. Asnaf menyewa sebuah rumah bersama rakan sebanyak RM200 sebulan. Asnaf juga membayar pinjaman PTPTN RM100 sebulan. Belanja makan, RM450 sebulan.

Bermakna gaji Asnaf masih berbaki RM1700 lagi!

Jika Asnaf seorang anak yang tahu berbudi dan mengenang jasa keluarga, RM500 bukanlah terlalu besar untuk disumbang setiap bulan.

Murni, adik Asnaf tidak sehebat Asnaf. Selepas SPM gadis itu memasuki poleteknik. Pencapaiannya juga sederhana. Akhirnya Murni mengisi borang JPA online dan diterima sebagai pembantu tadbir, N17. Gaji permulaan Murni RM1300, termasuk elaun.

Murni juga membeli sebuah kereta nasional dengan ansuran RM300 sebulan. Walaupun Murni cuma dapat memberi ibu bapanya RM100 sebulan, namun dia bukan lagi seorang budak miskin!

Seorang lagi adik Asnaf juga berjaya ke universiti dan menjadi guru. Manakala Asnaf sendiri sudah selesai menyiapkan sarjananya dengan dibiayai kerajaan sepenuhnya (ratusan ribu). Tidak lama lagi di depan namanya akan tertera perkataan 'Dr'.

Bolehkah kita bayangkan keluarga miskin itu sekarang? Namun janganlah anda bayangkan cerita si Tenggang pula sebab Asnaf tidak begitu.

Nota:
Kisah di atas tidak merujuk pada watak sebenar sebaliknya berupa gabungan beberapa kisah yang dicantumkan dan diolah semula berdasarkan senario sebenar di Malaysia. Dedikasi untuk murid-muridku di SK Durian Hijau 1991-1996.


foto:
algeria 2008 feb 010 JPG vacanzeafrica.com
kuala lumpur malaysia ◄ccdoh1► flickr.com

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)