Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, June 6, 2015

Giliran najib pula

Samada Najib terlupa atau tidak tergamak untuk mendoakan bekas PM agar lebih cepat mengadap Ilahi, ternyata usia panjang Tun Mahathir memang memberi masalah pada karier beliau.

Demang tidak dijemput dalam majlis 'Nothing2Hide' semalam dan ia adalah wajar kerana sebagai rakyat biasa, gamaknya Demang harus berusaha sendiri mencari maklumat berkenaan isu semasa. Nampaknya kecanggihan teknologi maklumat tidak mampu menyelesaikan masalah untuk memperolehi maklumat yang tepat.

Mujur media sosial cepat menyalurkan maklumat dan Demang terpaksa percaya apa yang Demang terima dan kalaupun hendak ditapis, masih menggunakan sumber pihak ke-3, ke-44, ke-511, ke-5726 dan terkadang Demang dapat info daripada orang yang ke-28 juta.

Maka Demang menjadi salah seorang daripada jutaan rakyat Malaysia yang amat kecewa dengan pembatalan program semalam. Kesudahannya Demang tidak dapat juga mengetahui penjelasan daripada sumber perdana (prima). Terpaksa lah Demang bergantung semula pada analisis (tafsiran) sendiri bersumber media sosial dan lain-lain.

Sebagaimana yang Demang jangka (Demang tak tahu apa pula jangkaan pihak penganjur) pembatalan tersebut sudah tentu bukan akhiran sebuah isu sebaliknya bermulalah perang secara terbuka antara pihak yang menyokong PM dengan pihak yang tidak berpuas hati. Mahu tidak mahu terpaksalah Demang menafsir semula apa yang sedang berlaku.

Di sebalik isu yang dilagangkan itu, cabaran amat besar yang harus ditempuh ialah memenangi PRU yang akan datang. Demang menolak faktor nyanyuk atau niat membantu Mukhriz menjadi PM dan Demang berbaik sangka bahawa inilah kerisauan sebenar Tun Mahathir.

Maka individu yang akan menjadi ketua bagi menghadapi peperangan (PRU) tersebut harus benar-benar mantap. Secara mudahnya, orang itu bukan sahaja mesti bersih bahkan dilihat bersih. Justeru proses menjadikan ia bersih harus bermula dari sekarang.

Demang percaya, itulah yang sedang Tun lakukan sekarang.

Perkara ini bukanlah sesuatu yang sukar difahami. Kita telah melalui pengalaman yang sama semasa Tun sendiri menjadi PM. Apabila beliau diliputi terlalu banyak pertuduhan dan hilang kepercayaan maka beliau dengan rela berundur.

Ia berulang semasa Paklah menjadi PM. Maka apabila Paklah enggan berundur secara rela, terpaksalah dipaksa dan ditekan sehingga gagal bertahan.

Kali ini ia berulang lagi dan anggap sahaja sebagai proses biasa dalam memastikan UMNO terus menguasai kerajaan. Itu sebabnya pembangkang yang faham melihat proses ini dengan penuh debaran. Bagi yang kurang sabar, akan campur tangan dan akhirnya terpinga-pinga sendirian.

Apapun, Najib selaku penyandang berhak untuk mempertahankan diri. Bahkan perlu juga ada kumpulan yang membantu beliau untuk mempertahankan diri. Ini adalah proses semulajadi yang perlu diraikan dengan matang. Andai Najib berjaya, maka layaklah beliau mengetuai angkatan perang dalam PRU nanti dan jika beliau tewas dalam siri ujian ini, maka pengganti beliau akan ditabalkan.

Barangkali pengganti Najib bukanlah terlebih bagus daripada beliau namun sekurang-kurangnya individu tersebut belum banyak tercemar. Jika hendak ditohmah pun, perlukan masa dan jika hendak berkhianat pun, belum begitu berani.

Demang belum mahu menyebelahi mana-mana pihak sebab proses ini baru bermula namun untuk berdiri lama-lama di atas pagar pun, tak boleh juga.

Friday, June 5, 2015

Mat sabu husam tewas

Apa khabar saudara Islam Demang semua?

Akhirnya Mat Sabu dan Husam tersungkur di selekoh terakhir balapan dan TG Haji Hadi, Ustaz Tuan Ibrahim srta pasukan meeeka meranduk pita penamat dengan senyum bergaya.

Memang lah rebah belum bererti kalah namun dalam pusingan ini tiada istilah lain bagi menggambarkan keputusan yang dikongsi hampir semua calon bukan-ulama dalam PAS.

Di luar dewan muktamar orang ramai menerima keputusan ini dengan rasa syukur, termasuk lah Demang. Apa ertinya membuang UMNO jika penggantinya tidak terlebih baik? Sekurang-kurangnya UMNO telah membuktikan mereka lebih berani berdepan dengan rakan-rakan mereka dalam BN.

Itulah mesej tersirat kekalahan team Mat Sabu: ukhwah Islamiyah jauh lebih penting berbanding percaturan politik kerana di situlah asas siloturrohim yang menjadi jambatan antara rohim ke jannah.

Di sudut hati Demang hanya satu harapan; barisan kepimpinan 2015-2017 ini akan lebih menghampirkan perjuangan PAS kepada Islam, bukan lagi berpaksi pada pendirian bebal ciptaan chauvenis DAP: 'Asal Bukan UMNO'. Adakah jika bukan UMNO maka segalanya menjadi halal? Demang memang tidak boleh faham anutan songsang ini.

Dalam negara seperti Malaysia, strategi politik memang perlu licik namun mesti sentiasa berpegang pada tali Islam kerana apabila tali itu putus maka tunggulah saat kemusnahan kita.

Di satu pihak lagi, DS Najib masih bergelut dengan bekas mentornya bagi menjelaskan isu-isu mutakhir yang dibangkitkan. Bagi Demang, fakta-fakta yang diberi selepas sesuatu kejadian (dan selepas ditanya berkali-kali) adalah alasan. Jikalau 'tujuan' seharusnya ia dinyatakan sebelum orang mempersoalkan sesuatu kejadian.

Parti rojak (PKR) pula sedang melengung kekosongan. Apa diharap pada puan presiden yang tidak lebih baik daripada patung yang menunggu arahan dari sebalik tembok penjara? Sedangkan yang di dalam sana itupun belum ketentuan nasib sendiri. Lebih merisaukan rakyat ialah berapa banyak dana tidak diketahui sumbernya telah terlebur sepanjang tempoh perjuangan sia-sia demi seorang manusia dan keluarganya. Akan dibiar begitu sahajakah oleh para pembiaya?

Demang percaya malam ini tawkey-tawkey DAP dan PAP bermesyuarat lagi sambil memegang sempoa.

Sebenarnya kerja meruntuh bukan lah susah sangat. Sentiasa ada ramai yang mahu membantu jika kena dengan upahnya.

Saturday, May 16, 2015

Kutipan masuk lebuhraya tol dihapuskan

Perjuangan berjaya akhirnya. Kerajaan akur kehendak rakyat.

Setelah ditujah dan dihenyak dari segenap sudut akhirnya kerajaan bersetuju semua pengguna lebuh raya tidak perlu membayar ketika memasuki semua lebuh raya di Malaysia, berkuatkuasa serta merta.

Apapun, para pengguna hanya perlu membayar apabila keluar daripada lebuh raya berkenaan.

Demang bukan saja-saja nak buat loyar buruk tetapi sekadar meniru cara kerajaan menangani isu bayaran GST pelanggan dengan syarikat telco.

Setelah dimaki hamun para pengguna terutama para pelajar dan rakyat marhaen setelah mereka terasa dianiayai maka semalam kerajaan memutuskan bahawa para pengguna tidak perlu membayar GST ketika membeli kad tambah nilai sebaliknya caj tersebut akan dikenakan apabila mereka membuat panggilan dan sebagainya.

Ada bezakah? Memanglah ada bezanya iaitu kalau dahulu sakit hati kerana ditipu peniaga, sekarang tambah sakit hati kerana kerajaan sendiri rupa-rupanya menyebelahi peniaga.

Majoriti pengguna prepaid ialah rakyat berpendapatan rendah. Rakyat yang kaya raya tidak menggunakan prepaid. Apa salahnya prepaid dikecualikan? Sekurang-kurangnya dikecualikan secara terbuka dan cukai diambil secara tersirat. Bukannya pengguna tidak tahu muslihat peniaga selama ini.

Apa didengki pada pendatang asing yang membeli prepaid? Bukan banyak pun. Jika mereka guna RM30 sebulan untuk prepaid, kita cuma tarik 1.80 sen daripada seorang warga asing. Berapa pula yang kita bayar pada mereka untuk dihantar pulang?

Kepada yang masih kabur tujuan omelan Demang, Demang bukan marah kerajaan kutip cukai jika ia memang perlu tetapi cara kutipan begitu menampakkan kerajaan tidak kasihkan rakyat. Maka apa dihairan jika rakyat menyindir bahkan ada yang memaki hamun PM dan menteri setiap hari di media sosial?

Coda:
Adakah jika syarikat telco menyerap 6% secara tersirat akan merugikan syarikat telco? Mustahil. Sebenarnya mereka menjaga kepentingan lain dan kebajikan RAKYAT bukan lah termasuklah dalam senarai kebajikan mereka.

Untunglah syarikat telco kerana kerajaan membuka peluang untuk dipersalahkan.

Patutkah kerajaan dipersalahkan? Demang jawab, memang patut pun!!!

Thursday, May 14, 2015

Rombakan menyeluruh semua peringkat

Benarkah rombakan semalam palsu?

Walaupun senarai rombakan kabinet yang menjadi viral (istilah popular zaman IT) semalam diklasifikasi sebagai palsu namun tidak mustahil akan ada rombakan kabinet dalam masa terdekat.

Lihat gesaan Demang dalam posting Demang semalam. Jika Najib mahu terus menjadi PM maka itulah yang mesti dilakukan. Rakyat pun nak lihat sejauh mana PM mampu bertindak.

Demang nak buat cadangan tambahan. Jangan hanya barisan kepimpinan tertinggi sahaja dirombak. Kementerian, jabatan, dan kepimpinan di peringkat lapangan juga patut disusun semula.

Kelemahan tidak harus diletak di bahu PM seorang diri. Jika kita berpendapat PM bersalah maka seluruh jentera yang bersama beliau harus diperiksa semula. Ketua-ketua pengarah, pengarah-pengarah, ketua-ketua jabatan, bahkan pegawai serta kakitangan kerajaan juga perlu dikaji semula. Tidak semestinya dibuang. Mungkin boleh diubah kedudukan atau diberi peluang pada orang baru pula mengisi jawatan berkenaan.

Seperkara lagi, Demang lihat kelemahan Najib yang sering diviralkan ialah ISTERI beliau. Demang tidak tahu sejauh mana kebenarannya namun Demang percaya bahawa wanita memang tidak boleh dibenarkan menguasai lelaki.

Justeru, rombak semua kementerian dan jabatan yang mengangkat wanita menjadi ketua.

Kalau isteri PM yang tidak ada kuasa secara langsung pun jadi begitu, apatah lagi lah wanita yang diberi sepenuh kuasa memimpin sesebuah jabatan.

Ada berani? Ha3x... lelaki Malaysia memang takutkan perempuan!

Wednesday, May 13, 2015

Kerajaan yang pegang maklumat

Masa mula-mula Demang mendengar orang menyebut zaman teknologi maklumat, tak dapat Demang bayangkan bagaimana keadaannya.

Kalau zaman batu, semua peralatan guna batu. Pisau batu, rumah batu, pinggan batu...

Kemudian muncul zaman logam sehingga seluar dalam pun diperbuat daripada logam. Jangan ketawa, pernah dengar 'cawat besi'?

Selepas zaman logam manusia memasuki zaman plastik. Bukan sahaja senjata, alatan dapur dan kenderaan sahaja diperbuat daripada plastik bahkan ramai yang membuang bunga hidup lalu menggantikannya dengan bunga plastik.

Sekarang kita berada dalam zaman teknologi maklumat. Allah Taala buka satu lapisan hijab yang sebelum ini menjadi dinding pemisah. Manusia tidak perlu lagi bangkit daripada kerusinya dan keluar mencari maklumat. Hampir semuanya boleh dicapai di hujung jari.

Sebagaimana zaman logam dan zaman plastik, sesiapa yang menguasai logam dan plastik akan menguasai manusia lain, begitulah juga zaman teknologi maklumat. Pemilik logam dan plastik yang gagal menguasai teknologi maklumat akan ketinggalan dan dikuasai orang lain pula.

Contohnya jika anda ada kilang plastik anda perlukan bantuan teknologi maklumat bagi memasarkannya. Memang anda boleh menggunakan kaedah konvensional tetapi anda akan ketinggalan dan akhirnya ditinggalkan terus sebelum sempat meninggal dunia.

Demikian juga halnya dalam politik. Demokrasi bukan sahaja terlaksana sebaik tamat musim pilihanraya. Kerajaan yang telah sah dilantik tidak lagi boleh membuat keputusan sendirian berdasarkan mandat lima tahun sekali. Dari segi teknikalnya, boleh. Namun rakyat yang sentiasa menerima maklumat terkini di tapak tangan akan penasaran untuk mengetahui setiap perkembangan dan ingin turut membuat keputusan.

Kalaupun tidak mahu mendengar pendapat mereka, pastikan mereka faham kebaikan tindakan kerajaan. Kalau rakyat faham sesuatu perkara itu baik pada mereka, kenapa mereka mahu menentang? Jika ada juga yang menentang maka tindakan lain pula lah yang patut diambil.

Kerajaan sepatutnya menyedari perkara ini dan proaktif. Jangan buat keputusan dan laksanakan sebelum majoriti rakyat faham. Rakyat yang berada dalam zaman maklumat sudah tentu menyimpan lebih banyak maklumat. Secara umumnya, rakyat sekarang lebih cerdik berbanding dulu.

Maka jangan anggap rakyat tidak berhak tahu dan susah untuk memahami dasar serta tindakan kerajaan. Kerajaan patut tahu bagaimana untuk menguasai rakyat.

Jika buat tindakan dan beri alasan selepas ia dilaksanakan maka rakyat akan kata, itu alasan semata-mata.

Sebenarnya kerajaan lah yang menguasai teknologi maklumat dan mampu memberi kefahaman pada rakyat. Jika sebaliknya, maka layakkah lagi menjadi kerajaan?

Monday, May 11, 2015

Pemilihan pemain bermula

Nampaknya cabaran demi cabaran yang dilontar TunM akhirnya disahut Najib secara tegas bahawa beliau tidak akan berundur hanya kerana dipaksa oleh pihak tertentu.

Para pemerhati serta merta melihat sahutan Najib dari Bumi Kenyalang itu sebagai tanda beliau telah bersedia untuk bertanding di pentas terbuka.

Tanpa ragu-ragu sudah ada pihak yang berani menamakan ahli pasukan yang akan menentang Najib, yang tentunya diketuai Tun Mahathir. Para pemain utama dalam barisan itu yang disebut termasuklah orang nombor dua dalam UMNO dan kabinet, KJ, dan Zahid Hamidi. Turut tersenarai ialah Pemuda UMNO.

Demang lihat boleh tahan juga barisan pelawat tersebut manakala senarai pemain pasukan tuan rumah masih belum begitu jelas. Barangkali para pemain profesional masih menimbang-nimbang untuk menyertai pasukan mana satu. Sudah tentu soal bayaran antara faktor yang diambil kira.

Kelebihan penyandang selain bayaran, ia mempunyai 'kuasa' bagi menyekat pemain gred A daripada berpindah ke pasukan lain. Barangkali Najib boleh melakukan rombakan kabinet dalam masa terdekat dengan menyingkirkan pemain yang diragui dan melantik orang yang lebih dipercayai.

Apapun bagi Demang konflik yang sedang berlaku sekarang bukanlah bonus kepada pembangkang kerana UMNO sedang melakukan proses pemerkasaan dalaman bagi menarik kembali sokongan rakyat.

Bagi Demang, samada Najib kekal sebagai PM atau negara mendapat PM baru, ia adalah proses menguatkan BN dalam menghadapi PRU-14.

Adalah lebih baik pembangkang berdoa agar kemelut dalam UMNO ini segera selesai dan tiada sebarang perubahan berlaku sehingga PRU-14 nanti.

Di sebalik 1mdb tabung haji

Hilanglah isu GST untuk sementara waktu dan negara tiba-tiba riuh rendah dengan isu yang lebih hangat: 1Mdb jual tanah anugerah kerajaan pada TH pada harga cekik darah.

Rakyat pun serta merta menghukum Tabung Haji sebagai: BODOH.

Seperti biasa media sosial penuh sesak dengan pelbagai bahan berkenan isu yang diviralkan. Entah siapa yang rajin dan kreatif sangat menciptanya. Ada yang dibuat ala kadar namun lebih banyak kelihatan dihasilkan oleh profesional. Err.... perlu disedari profesional tak buat kerja secara percuma. Ada lah 'tawkeynya'.

Demang agak-agak, setiap orang dapat lebih daripada 3 info berkaitan 1mdb-TH. Demang andaikan begitu sebab setiap rakyat Malaysia yang memiliki telefon pintar masing-masing memiliki lebih 10 grup Whatsapp.

Sahih atau tidak info yang diterima? Wallahualam. Yang penting apabila dah terima, sebarkan. Lebih cepat lebih baik sebab:

1. Nanti kawan-kawan respek aku ada banyak sumber.
2. Nak bagitau kawan-kawan yang aku ada grup informer.
3. Aku ada kawan-kawan 'orang dalam'.
4. Aku pun dah ada Whatsapp.

Apabila kerap dan banyak kali dapat info berkenaan, maka walaupun rakyat Malaysia tidak suka membaca maka dibacalah juga viral tersebut. Akhirnya termakanlah apa yang hendak didakyahkan.

Oh ya. Oleh kerana agak banyak membaca mesej yang diviralkan tanpa henti maka tiadalah masa rakyat Malaysia untuk membaca daripada sumber asal. Terima sahajalah apa yang diterima lewat media sosial tanpa usul periksa.

Demang pun tidak faham sangat isu ini. Maklumlah, Demang bukan ada kawan-kawan 'orang dalam' apatah lagi yang pegang rahsia sulit kerajaan. Demang cuma boleh fikir-fikir, agak-agak dan buat analisis mudah berdasarkan mesej-mesej yang Demang terima. Lebih tepat lagi, apa yang anda terima melalui Whatsapp, itulah juga sumber Demang.

Demang dengar-dengar 5 orang penasihat 1mdb 'kebetulan' berada dalam TH. Demang tidak begitu kenal mereka dan mereka sudah tentulah langsung tidak kenal Demang.

Apapun Demang lihat graf dividen untuk pencarum yang dihantar dalam salah satu grup Whatsapp Demang, TH sentiasa menunjukkan pencapaian menaik sejak 2008 hingga 2013 dan turun sedikit (0.25%) pada 2014. Biasalah adat pelaburan. Namun penurunan itu amat kecil berbanding kenaikan tahun-tahun sebelum, malah cuma sekali sahaja.

Maknanya, bagus juga lah prestasi 'sibodoh berlima' itu selama ini dalam menguruskan TH.

Demang percaya mereka belum lah nyanyuk apabila diminta pula membantu 1mdb atau jadi lupa daratan sehingga terlupa usia yang semakin hampir menemui Ilahi.

Jika tindakan mereka dalam 1mdb dan TH itu baik, siapa pula yang susah hati dengan mereka sebenarnya?

Ingat, musuh kita bukan orang Islam.

Maaf, Demang mengantuk pula. Esok lah Demang sambung lagi.

Selamat malam. InsyaAllah esok belum qiamat.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)