Anwar pernah berjaya cetuskan kekacauan. Allah beri dia kepandaian dalam mempengaruhi orang ramai.
Niat perjuangan asalnya baik.
Pemimpin utama GAM ialah DR. Hasan Muhammad di Tiro seorang putera Aceh yang menetap di Sweden dan berkewarganegaraan Sweden.
Sejak 1976 GAM berusaha memisahkan Aceh daripada Indonesia yang dianggap penjajah. Kerajaan Indonesia yang berpengkalan di Jawa itu dikatakan menganiaya rakyat Aceh yang kaya dengan minyak.
Maknanya kalau nak pecahkan manusia bukanlah susah sangat. Campakkan apa² isu di tengah² mereka dan lihatlah akan lahir 3 kumpulan iaitu sokong, bantah, dan atas pagar!
GAM tidak hanya bersuara bahkan menggunakan senjata bagi mencapai tujuan.
Sepanjang perjuangan tersebut tidak kurang 15,000 rakyat Aceh menjadi korban.
Lebih malang lagi jumlah tersebut bukan hanya dari kalangan yang bersengketa malah rakyat yang tidak menyokong mana² pihak juga turut menjadi mangsa.
Sampai satu tahap rakyat sudah tidak boleh mempercayai sesama sendiri. Jika siangnya seorang pejuang GAM dibunuh, maka sebelah malamnya pasti seorang rakyat Aceh lain akan dibunuh kerana disyaki tali barut pihak Jakarta.
Kemelut di Aceh seakan tiada penghujung. Keadaan sudah tidak boleh dikawal dan diramal. Pembunuhan demi pembunuhan sesama sendiri berlaku hampir saban hari.
Bagaimana perang saudara itu tamat?
Dalam kebuntuan itu Allah taala bagi penyelesaian yang tak dijangka. Tsunami besar 26 Disember 2004 menyapu bersih bumi Aceh malah menamatkan persengketaaan sesama sendiri.
Terlalu beaar harga yang perlu dibayar oleh rakyat Aceh kerana keghairahan seorang putera untuk menaiki tahta.
Demang ulang sekali lagi catatan yang dikutip dari wikipedia:
"Pemimpin utamanya (Gerakan Aceh Merdeka) ialah DR. Hasan Muhammad di Tiro seorang putera Aceh yang menetap di Sweden dan berkewarganegaraan Sweden."
Oleh kerana sudah agak panjang Demang menulis pasal Aceh maka untuk Anwar Ibrahim Demang cuma nak tanya: apakah persamaan antara Anwar Ibrahim dan PKR dengan Dr Hasan Muhamad dan GAM?
Soalan kedua Demang ialah jika Allah taala hantar tsunami untuk menamatkan persengketaan di Aceh bagaimana pula dengan Covid19?
Jika tsunami berjaya menyatukan rakyat Acheh semula maka kenapa Covid19 tidak dapat kita iktibarkan sebagai arahan Allah untuk menamatkan terus gerakan Anwar Ibrahim?
Marilah kita fokus pada usaha mengekang dan menamatkan Covid19 dan mengenepikan kepentingan politik peribadi.
Jika dunia belum kiamat kita kena ingat bahawa usaha memulihkan ekonomi selepas Covid19 ini lebih sukar dan amat mencabar.
Anda fikir kita ada masa untuk pening kepala (dek keghairahan Anwar Ibrahim untuk menaiki tahta)?
Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.
Aktivis BiroTata Negara sejak 1993 dan banyak terlibat dalam memberi kefahaman tentang perlembagaan kepada pegawai kerajaan.
Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.
----------------------------------------------------------
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
End of section. Please klik our sponsor.













