Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Saturday, May 16, 2009

Bonus untuk guru



Selesai solat berjamaah dengan anak-anak tadi Demang bergegas ke kaca TV bagi mengikuti berita perdana. Lebih dari itu sebenarnya ingin mendengar apakah pengumuman istimewa daripada PM sebagai hadiah Hari Guru.

Nampaknya Najib bertegas dengan pendiriannya iaitu ’Rakyat Didahulukan’. Bukan tidak ada hadiah untuk guru tetapi diberi melalui cara lain. Jika mahu, perlu tunjukkan dulu prestasi yang cemerlang. Itu yang dikatakan ’Pencapaian diutamakan’. Untuk itu, kuota untuk ’Guru Cemerlang’ ditambah lagi.

Untuk makluman, Guru Cemerlang adalah satu tahap pencapaian yang terbuka kepada semua guru tanpa mengira pangkat atau posisi. Di Melaka, terdapat seorang Guru Cemerlang yang gajinya lebih tinggi daripada Pengarah Pelajaran Melaka (Jusa C).
Itulah sebabnya Demang tidak kecewa mendengar pengumuman PM itu.

Oleh kerana kurang berminat dengan AF maka Demang membuka PC dan menyemak blog-blog yang sering Demang kunjungi. Ketika membuka blog Melayu Angkat, terpandanglah Demang komen daripada seorang tetamu Melayu Angkat berkaitan GURU.

Komen tersebut:
AL-BIMA SAKTI said...
khabarnya, guru dulu2 lebih komited dan lebih tahu t.jawab mereka.
Al-Bima Sakti adalah seorang penulis.

Pada mulanya Demang ingin memberikan respon di situ sahaja. Namun akhirnya terfikir pula Demang untuk memberikan pandangan yang lebih rinci. Namun Demang tidak menyokong atau membantah komen tersebut. Hanya sekadar pemangkin untuk Demang memulakan tulisan.

Bagi Demang, perbandingan dua manusia dalam dua zaman tidaklah mudah. Namun Demang cuba mengulas sedikit...

1) Komited
Saya fikir guru sekarang juga komited dengan tugas, malah boleh ditambah satu lagi istilah iaitu ’profesional’.

2) ‘tahu tanggungjawab’
Sebenarnya tanggungjawab guru tidak pernah berubah cuma persepsi dan permintaan masyarakat sudah jauh berbeza.

Dari segi profesionalnya, para guru di Malaysia bertanggungjawab merealisasikan hasrat negara yang terangkum dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Sebagai makluman, FPN hanya diperkenalkan selepas 1990-an dan tidak ada sebelum itu. Maaf, Demang tidak dapat mengingati tarikh falsafah ini dilancarkan. Bagi Demang tarikh FPN tersebut amat penting kerana ia boleh menjadi sempadan antara ’guru dulu’ dengan ’guru sekarang’.

Secara lengkapnya falsafah tersebut adalah seperti berikut:
“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.

Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat, dan negara.”
Jika kita ringkaskan, FPN memberi penekanan pada melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelektual yang sering dihafal sebagai JERI oleh setiap bakal guru.

Satu lagi aspek yang amat penting dalam falsafah tersebut ialah ‘keTuhanan’. Seterusnya ditekankan soal melahirkan insan berakhlak dan bersedia memberi sumbangan pada negara.

Persoalannya, di sebalik kemurnian falsafah tersebut adakah ia benar-benar dilaksanakan oleh para guru yang merupakan orang yang akan berdepan dengan para pelajar?

Demang tidak berani menjawab soalan tersebut namun di sini Demang akan kemukakan beberapa cabaran yang sering menghambat para guru, termasuk Demang.
Cabaran terbesar yang Demang temui ialah ’pencapaian berorientasikan peperiksaan’. Perkara ini banyak Demang nukilkan dalam Waadat sebelum ini. (cuba klik http://waadat.blogspot.com/search/label/pendidikan).

PEPERIKSAAN begitu menghantui dunia pendidikan negara kita. Lihatlah dari sudut mana sekalipun: Kementerian, kerajaan, ibu bapa, guru, malah para pelajar sendiri. Semuanya mengerumuni satu objek iaitu PEPERIKSAAN.

Malangnya peperiksaan hanya mengiktiraf satu bahagian sahaja daripada potensi seorang manusia. Intelektual. Manakala aspek lain iaitu Jasmani, Emosi, dan Rohani tidak dianggap penting lantaran tidak ada kayu ukurnya. Malah pengawalnya juga tidak kelihatan.

Biarpun diperuntukkan kertas bagi subjek Pengajian Islam dan Pendidikan Jasmani dalam beberapa peperiksaan utama, namun itu juga sekadar ujian intelektual. Sedangkan yang diingini oleh Falsafah Pendidikan Negara ialah kepercayaan kepada Tuhan dan keupayaan memberi sumbangan pada negara.

Berseminarlah para ilmuan. Berkursuslah para guru. Bermesyuaratlah PIBG. Berdebatlah ahli politik. Akhirnya semua akan balik kepada asal. PEPERIKSAAN. Soal samada seseorang pelajar menunaikan solat atau tidak, tiada siapa yang akan peduli asalkan pelajar itu cemerlang dalam peperiksaan.

3 comments:

Anonymous said...

KETAHILAH CHEGU PALSU....
90% GURU MENYOKONG PAKATAN RAKYAT ! KAMI DI ANAK TIRIKAN OLEH KERAJAAN, ITU DIANTARA SEBAB!

ISAC said...

Salam....

Kenapa X saman aje sampai dia bankrap!!!

Nanti PRU 13 dah X layak bertanding. Buat macam di Singapura, ramai pembangkang yang bankrap disaman olah kerajaan. RPK pun katenya dah bankrap...Kalau jahat lagi masukkan dalam jel aje...

muhammad fakhruddin said...

Assalamualaikum Demang...
saya amat bersetuju dengan Demang dalam hal pendidikan berteraskan peperiksaan.Teringat pula kata-kata Dato' Harussani dalam Majalah Milenia Muslim edisi Mei 09,zaman dulu kami banyak buat praktikal,walaupun kurang ilmu teorinya.
Lagi 1,berdasarkan pemerhatian saya, orang Melayu ni sebenarnya amat cekap dalam bidang-bidang praktikal.Buktinya mat-mat rempit yang wujud.Perlu diingatkan tak semua mat rempit tu penjenayah.Cuma mereka x de ruang menunjukkan bakat berlumba dengan betul(kita ada litar pon litar canggih,mana la mat rempit mampu nak merempit kat situ),mahupun bakat mereka ubahsuai enjin.Berilah mereka peluang yang wajar...
Secoret pandangan...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)