Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Sunday, May 24, 2009

Cerita sebenar di Perak



Sirih Pulang Ke Gagang

Kembalinya jawatan MB kepada UMNO Demang anggap sebagai mengembalikan hak rakyat. Manakan tidak, dalam PRU12 rakyat Perak sudah membuat pilihan sebagaimana berikut:

UMNO 27
DAP 18
PKR 7
PAS 6
MCA 1
MIC 0

Rakyat sudah membuat keputusan pada 8 Mac 2009.

Itulah sebabnya selepas keputusan tersebut diketahui, Tajol Rosli telah mengadap sultan bagi memohon untuk menubuhkan kerajaan negeri. Namun Sultan Azlan cuba bersikap adil dengan memberi peluang pada parti-parti yang terlibat berbincang.

Maka pihak UMNO telah menghubungi PAS untuk bergabung. Namun walaupun UMNO menawarkan jawatan Menteri Besar dan exco kepada PAS yang cuma memperolehi 6 kerusi, PAS menolak. PAS mengambil keputusan untuk bergabung dengan DAP dan PKR.

Maka terbentuklah Pakatan Rakyat walaupun tidak pernah mendapat restu rakyat dalam PRU12.

Kemudian timbul konflik bagi melantik MB kerana sepatutnya DAP yang lebih layak kerana dalam PR DAP mempunyai 18 kerusi. Nizar yg mengetuai 6 ADUN dilantik menjadi MB.

Maka bermula berbagai kekalutan dalam politik Perak. Kedhaifan Nizar dalam mengekang tidak tanduk DAP yang menggunakan kuasa majoriti mereka sewenang-wenangnya menggusarkan banyak pihak. Tidak terkecuali sultan.

Antara isu terbesar ialah kejayaan pemimpin DAP mendesak Nizar meluluskan hak milik tanah selama 999 tahun sedangkan orang Melayu sendiri selama ini mendapat jumlah yang lebih kecil dan cuma untuk 99 tahun sahaja.

Keputusan-keputusan yang merugikan orang Melayu itu mencapai kemuncak sehingga tiga orang ADUN PKR bertindak meninggalkan parti itu dan membuat pengakuan untuk menyokong BN.

Dalam keadaan kelam kabut itu Nizar yang memahami erti kehilangan majoriti bertindak mengadap sultan bagi meminta baginda membubarkan DUN.

Namun sebagaimana yang berlaku dengan permintaan Tajol dulu, sultan juga memberitahu Nizar bahawa baginda perlu memberi peluang kepada pihak yang lagi satu kalau-kalau mereka mempunyai majoriti.

Ternyata BN berjaya membuktikan pada sultan bahawa mereka kini sudah mempunyai majoriti yang diperlukan bagi membentuk kerajaan.

Justeru sultan memaklumkan kepada Nizar bahawa baginda tidak perlu membubarkan DUN kerana terdapat parti lain yang telah mempunyai majoriti.

Maka sultan mengingatkan Nizar bahawa beliau wajar mengosongkan jawatan MB kerana sudah ada orang lain yang lebih layak.

Bagi Demang, apabila jawatan MB dapat kepada BN-UMNO maka itu bermakna hak kembali kepada rakyat kerana itulah kehendak rakyat Perak melalui terjemahan undi pada PRU12.

Sekurang-kurangnya, itulah kehendak pengundi Melayu di Perak.

10 comments:

Anonymous said...

TAHNIAH KERANA SAUDARA, YG TAK BERUGAMA,MENGELUARKAN GMBAR MCM BABI,MUGKIN SEMASA KELAHIRAN SAUDARA, BAPA SAUDARA BLUM BERNIKAH SECARA SAH ATAU TAK SEMPAT BACA BISIMILLAH.PERLANTIKAN ZAMRI ADALAH HARAM,SEBABNYA ZAMRI BLUM BERSUNAT. NAJIB ANTATUYA BODOH UNDANG2 JADI JGN MELAYAN ORANG YG BODOH.ISLAM LARANG PEMIMPIM BDOH,MCM GMBAR BABI TULAH UBM UMNO

GOMO said...

SALAM BRO..
SESUNGGUHNYA KEMENANGAN ZAMBRY ADALAH KEMENANGAN SELURUH UMAT ISLAM DAN RAKYAT PERAK!!!

KITA DI PIHAK YANG BENAR!!!

TAPI AKU KESIAN LAH KAT SIVA DENGAN NIZAR TU.

NIZAR DAN SIVA TIDAK MENDAPAT KEADILAN YANG SEWAJARNYA http://www.gomounited.com/2009/05/ketidak-adilan-pada-nizar-dan-siva.html

Anonymous said...

Tahniah kerana Melayu UMNO berjaya menobatkan seorang India Muslim yang pertama menjadi Menteri Besar Perak.

Dulu UMNO Sekarang PAS

AnakWarisan said...

AKU RAKYAT PERAK TAPI AKU TAK SOKONG BN PUN.KAMU SILAP TU GOMO TAK SEMUA RAKYAT PERAK PENYOKONG BN.KAMU BAYANGKAN SUATU HARI NANTI PR DAPAT MEMERENTAH MALAYSIA SEMUA JABATAN DALAM CENGKAMAN NYA.DALAM MASA ITU BN INGIN KAN KEADILAN TETAPI DI NAFIKAN APA PERASAAN KAMU?.JANGAN SALAHKAN RAKYAT SEBAB RAKYATLAH HAKIM YANG SEBENARNYA.KAMU TAK PERNAH NAK BERTANYA KENAPA BN HILANG BANYAK KERUSI DI DUN PERAK?KENAPA KAMU NAK BERMEGAH LAGI?.SEKARANG UMNO LULUSKAN LAH HAK MILIK TANAH ORANG MELAYU DARI 99 KE 999 TAHUN KATA BELA MELAYU.

garamanis said...

CHEGU,

PAS WAL-MUKA XMALU SENANTIASA DARI DULU HINGGA KINI DIPERLEKEHKAN RAKAN PAKATAN.

MEREKA ENGGAN BEKERJASAMA DENGAN UMNO KONONNYA PRINSIP UMNO PARTI KAFIR TAPI KINI LUDAH DAN KAHAK ITU DITELAN PAS MENTAH2.

MUNGKIN BAGI PAS KAHAK DAN LUDAH ITU SEDAP KERANA MEREKA SENANTIASA MENERIMA BULAT APA YANG DIBERI ORANG....

PAS TIADA PEGANGAN WALAUPUN TELAH MELEBIHI TARAF JUBLI PERAK..

Anonymous said...

Hang ingat kami orang melayu Perak sokong nizar kuda?..sori yop..Nizar hanya disokong oleh Cina kerana mereka harap dapat tonggang Nizar itu je....kena bodoh-bodohkan..

dap kafir said...

Dap kafir. siapa yang mempertahankan kerajaan dap samalah menyokong dap kafir. siapa yang berkasih sayang dengan dap kafir harbi, samalah menyokong kafir.

Sebab itu, dulu berpuasa kerana ALLAH sekarang mogok lapar ala hindu.

melayuangkat said...

Salam Cheguman,

Masa untuk bekerja pada semua, terutama kepada MB dan ADUN Perak.

Bekerjalah untuk rakyat dan negeri Perak. Sudah banyak masa terbuang sia-sia.

Cheguman@Demang Lebar Daun said...

Anon I(penulis tak bernama),
Melihat komen anda, saya semakin yakin bahawa media internet ini bukan sahaja disertai oleh manusia mukmin dan manusia kafir, malah para syaitan turut menulis di dalamnya.
Saya khuatir anda juga salah seekor daripada syaitan-syaitan itu.

Salam Gomo,
Demang bersetuju dengan pendapat saudara. Tahniah atas ucapan hebat saudara dalam persidangan belia Islam tempohari.


Salam Anon II (seorang lagi pengunjung tak bernama),
Terima kasih atas ucapan tahniah anda. Semasa zaman Kesultanan Islam Melaka, Sultan Mansur Shah yang berketurunan India Muslim telah berjaya membawa kerajaan Melaka berada di puncak kegemilangan. Empayar Melaka ketika itu menjadi pusat pentadbiran, pusat pendidikan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perdagangan terhebat di dunia. (Rujuk catatan sejarah)

Saya setuju dengan AnakWarisan bahawa tak semua rakyat Perak menyokong BN. Takkan lah semua rakyat Perak menyokong BN. Tapi majority rakyat Perak mengundi UMNO-BN dalam PRU12. Sila rujuk keputusan rasmi PRU12.

Garamanis,
Kebanyakan pemimpin PAS adalah ahli politik sepenuh masa. Kerjaya mereka adalah sebagai ahli politik. Maka, berpolitik lah mereka kerana itulah pekerjaan utama mereka. (Takkan ahli politik nak menjahit kain pulak, kan?

Anon III (pengunjung tak bernama yang ketiga),
Kalau melihat pada keputusan PRU12 di Perak, hujah saudara bahawa Nizar di’tunggang’ oleh DAP memang tidak boleh disangkal.

DapKafir,
Nizar mendakwa beliau akan berpuasa serentak dengan DAP tetapi tidak ada kena mengena dengan mogok tu. Adakah rakyat boleh percaya?

Salam Makcik,
Saya setuju. Marilah kita kurangkan berpolitik dan tumpukan usaha untuk membangunkan negara kita ini. Jika negara hancur, ke mana lagi kita hendak pergi?

TokAyah said...

Salam Bro, memang benar bukan semua orang perak sokong BN dan bukan semua orang perak juga sokong PR. Tapi pengikut PR tak nampak ka DAP mengambil kesempatan menunggang belakang PKR dan PAS. PAS pun sama menunggang PKR sepertiman tahun 1998. Kemenangan PR BUKANLAH SANGAT KECERDIKAN PEMIMPIN2 MEREKA. Kemenangan dengan hasutan dan fitnah Aljuburi. Kita tunggu selepas 1 Jul kita lihat saiful telanjangkan supremo PR. Media luar Negara kita alu-alukan berkampung di MAlaysia

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)