Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, May 20, 2009

Manusia biasa



Demang tertarik dengan artikel yang ditulis oleh Manzaidi Mohd Amin, Penolong Editor Sinar Edisi Perak, hari ini. Pengalaman beliau selama 25 tahun menjadi wartawan mewajarkan beliau memberikan pandangan terhadap ahli politik di Malaysia, tidak kira pihak pembangkang mahupun kerajaan.

Beliau secara santai menyentuh realiti yang berlaku di Kelantan.

Kenapa Kelantan? Padahal negeri yang paling bergolak sekarang ialah Perak, Selangor, dan Pulau Pinang?

Pada hemat Demang, beliau menceritakan perihal di Kelantan kerana negeri itu sudah lama dikuasai oleh PAS.

Menurut pemerhatian Manzaidi, pada peringkat awal PAS menguasai Kelantan kebanyakan wakil rakyatnya bersikap sederhana.

Hari demi hari, tahun demi tahun, dan penggal demi penggal telah berlalu. Pemimpin PAS juga manusia biasa. Maka sudah ada yang menukar jubah kepada kot. Sudah ada yang menaggantikan serban dengan kepiah dan ada juga yang menanggalkan terus kedua-duanya.

Kalau dulu berkenderaan sederhana, kini sudah berkereta mewah. Malah sudah ada yang berkahwin di luar negara serta terlibat dengan kes cerai berai macam artis. Siap dengan cerita sensasi.

Barangkali ramai yang belum lupa kes pemimpin PAS ditangkap khalwat dengan isteri orang.

Pendekata, apa yang diumpat pada UMNO suatu masa dulu, itu jugalah yang dilakukan oleh PAS kemudiannya.

Mutakhir, budaya rasuah sudah mula berlegar dalam kalangan perwakilan PAS.Sebenarnya ia sudah lebih awal berlaku semasa kempen PRU-12 melibatkan para pengundi luar.

Memanglah semua parti memberi duit tambang kepada pengundi yang pulang ke kampung tetapi jumlah yang diberi oleh PAS agak lumayan dan dipastikan agar melebihi daripada yang ditawarkan oleh UMNO.

Setakat tambang, mungkin boleh dirasionalkan walaupun Demang kurang setuju. Tapi bila Tok Guru kata 'orang bagi kita ambil' maka siapalah Demang untuk menongkah fatwa beliau.

Itu mengenai PAS. Bagaimana agaknya pemimpin PKR 1-2 penggal lagi?

Setakat ini sudah ada MB yang 'bersedekah' dengan duit kerajaan. Sudah ada YB yang menerima 'sedekah' seks. Sudah ada exco yang tidur telanjang dan dikatakan ditemani oleh teman lelaki berbangsa Melayu.

Bagaimana pula dengan media PKR? Kelmarin anak Raja Petra sendiri terlibat dengan jenayah. Tian Chua sendiri mengaku memalsukan gambar Najib.

Demang paparkan di sini bagi kita sedar bahawa pemimpin juga manusia biasa walau memakai lambang yang berlainan.

Pemimpin PAS yang asalnya ikhlas berjuangpun boleh 'lupa daratan'. Inikan pula pemimpin PKR yang asalnya daripada UMNO. Penubuhan PKRpun kerana mempertahankan Anwar Ibrahim yang dipecat dari UMNO kerana salahlaku seks.

Yang kita risaukan, apabila berlaku perubahan, maka prosesnya bukan boleh selesai dalam masa sehari dua. Tidak juga boleh beres dalam masa setahun dua.

Maka ada yang terlajak bicara, berlakulah pertelingkahan. Ada yang terlanjur laku, tercetuslah pergaduhan. Ada yang terlebih aksi, berbalah lagi. Ada yang berdemonstrasi yang boleh mengundang huru-hara.

Fikir-fikirkanlah.

6 comments:

pakmenakan said...

Salam ziarah Demang.
Memang la, Pakteh tengok PAS la ni dah lain. Tak macam zaman Fadhil Nor dulu.

ONE said...

salam demang..

lama saya x datang menjenguk, sekadar mendoakan kegembiraan dan kesejahteraan demang..

teruskan lah perjuangan dengan hati yang suci..

GOMO said...

SALAM BRO...
DEPA PUAK PAS NI SAMA JE...
2X5 MACAM UMNO JUGAK...

CUMA UMNO NI LEBIH JUJUR DENGAN MENUNJUK KEHIDUPAN MEREKA.

PAS NI BOHONG BANYAK....

CUBAAN MENYERANG ISLAM DI TANAH MELAYU INI http://www.gomounited.com/2009/05/mmonoharamjadah-cubaanya-menyerang.html

PakTeh said...

Salam ziarah Demang...

Terima kasih buat link kat blog Pakteh.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Memang kita semua manusia biasa, tiada seorang pun antara kita terkecuali.

Sebab itu jangan kutuk sangat pada sesiapa takut melantun balik pada kita. Kalau komen pun biarlah berpada.

Oh Ya, minyak Morbishi itu Alhamdulillah memang ada kesannya.
Semoga Allah swt meRahmati mereka yang terlibat membuat ubat penawar bagi mereka yang memerlukan. Hanya orang yang sakit tahu nikmatnya Sihat.

Terima Kasih Cheguman.

byPASs said...

dari blog bypass308.blogspot.com
Friday, May 22
BODOH SOMBONG + BENGAP, INILAH MENTERI KITA

LCD Text Generator at TextSpace.net

oleh: Rahman Zamrud

Jika budak kecil kata kepada anda, "Aku nak makan", anda mungkin mengusap kepalanya dan perbetulkan dia supaya guna gantinama saya, lebih sopan dan beradab. Tapi kalau dia anak anda, mungkin dia layak dilempang.

Kalau seorang bergelar menteri kata seorang kaum hawa, "Jom, kita kencing bersama", maka sahlah menteri itu sedang sawan atau dia memang kurang ajar sejak budak lagi, macam budak yang saya sebut di atas.

Ini bukan cerita, ini memang realiti berlaku antara Menteri Wilayah Persekutuan, Dato’ Raja Nong Chik bin Raja Zainal Abidin dengan Ahli Parlimen Titiwangsa,YB Dr Lo’lo’ Hj Ghazali semalam.

Si yang bergelar menteri, ada tittle dato' dan berasal dari keluarga Raja itu selamba je berkata kepada Dr Lo'lo, - "I turun everywhere takkan nak bagitau you semua. NI SAYA NAK PERGI TANDAS, TAKKAN NAK BAGI TAU YOU, YOU NAK IKUT KE?”.

Masyaallah, pak menteri ni mungkin kat rumah memang kencing dan berak dengan ada teman kot. Ntahlah kalau-kalau bini atau anak perempuan dia yang dijadikan teman tandas dia.

Sebab tu, rakyat tidak respect semua pak menteri, lihatlah contoh yang nyata ini. pak menteri seperti ini bohoh sombong. Tak hormat pun terhadap seorang wanita yang bergelar YB pulak tu.Bayangkan manusia menteri macam ni boleh ke cakap sopan dengan rakyat biasa, jauh sekali nak hormat rakyat. pirahhh......

Tak cukup dengan bodoh sombong dia, rupanya dia juga bangang dan bahlol, dia kata dia buat lawatan mengejut, tapi yang ikut dia sekali tu ada semua kaki bodek, dari pangkat terendah sampai ketua-ketua jabatan, termasuk yang tak ada pangkat dan terpaksa hadir sama.

Dia ingat orang lain semua bodoh, mana ada lawatan mengejut siap dengan jadual program, bukan tulisan tangan, tapi bercetak. sekali lagi menggambarkan dia juga seorang yang putar belit. icon BN lah tu.

Semua tu berlaku masa Ahli Parlimen PAS Titiwangsa itu bersama rombongan Kementerian Wilayah Persekutuan, termasuk Dato Ahmad Fuad Ismail (Datuk Bandar Kuala Lumpur), Datuk Dr. Suleiman Mohamad (Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa), dan Timbalannya Datuk Johari Ghani melawat Keramat Mall Kg Dato Keramat petang semalam.

Ayat bengap dilafazkan oleh menteri kepada Dr Lo'lo sebaik YB tersebut tumpang tanya kenapa beliau tidak dimaklumkan terlebih dahulu mengenai lawatan tersebut.Agaknya bila jadi menteri, sifat dan sikap seseorang boleh berubah kot. patutnya dia hormat lah juga YB Pas tu, jangan buat malu depan wanita, depan pegawai bodek, depan wartawan. Jatuh "kemaluan" sendiri je.nampak sangat rendahnya moral dan adab pemimpin yang diangkat sebagai menteri.

Walaupun tidak dimaklumkan, namun Dr Lo'lo turut hadir sebagai memenuhi tugas sebagai seorang YB.

Dr. Lo’lo’ kemudian menafikan ia sebagai satu lawatan mengejut pak menteri tersebut kerana yang diangkut dalam rombongan itu ada KSU Kementerian WP dan beberapa pegawai tinggi kementerian, Dato Bandar KL, Ketua Pengarah DBKL dan sebahagian besar Pengarah-Pengarah Jabatan-Jabatan serta Pegawai-pegawai Tinggi sehinggalah kepada kakitangan rendah DBKL.

“Saya juga lihat dalam majlis tersebut ada atur-cara rasmi yang disediakan dalam helaian bercetak, taklimat oleh konsultan, jamuan dan persiapan-persiapan lain. Persatuan Peniaga WP cawangan Pasar Dato Keramat juga diwakili oleh semua AJK, dan yang paling menonjol adalah kehadiran Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa bersama Timbalan, AJK, Wanita dan Pemuda UMNO. Ketua Bahagian UMNO Titiwangsa diberi tempat istimewa sebelah Menteri WP sepanjang majlis tersebut.” katanya.

Satu lagi perkara yang menteri ni perasan sangat ialah dapat jawatan pun bukan kerana rakyat pilih, dia cuma senator, dilantik untuk masuk senarai menteri.Rakyat buatlah penilaian sendiri tentang barisan menteri yang mewarnai kisah luncai baru bertemakan 1malaysia.
Posted by byPASs at 11:21 AM

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)