Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Thursday, September 30, 2010

Kedah naik air



Syarikat Air Darul Aman umum kenaikan tarif antara 25 dan 44 peratus bagi kegunaan domestik mulai esok, babitkan 457,707 pemegang akaun (baca; rakyat jelata)

Itu berita rasmi dari Kedah, sebuah negeri yang dikuasai abang tiri PKR.

Pak Teh nak tengok apa kata pihak pembangkang dalam hal ini. Adakah depa akan adakan pertunjukan berkumpul dan membantah beramai-ramai macam selalu?

Ataukah akan berulang lagi mentaliti bahawa jika kita buat tak apa, kalau orang buat tak boleh!

Wednesday, September 29, 2010

Ringgit Malaysia catat rekod


BH 29/09:Ringgit melonjak ke paras tertinggi baru dalam tempoh 13 tahun hari ini, ditutup 3.0835/0855 kepada dollar AS berbanding 3.0930/0955 semalam.

Sebelum ini Demang dimaklumkan pegangan ekuiti Melayu & bumiputera meningkat daripada 17% ke 20% sejak Najib mengambil alih jawatan PM.

Kalau rakyat faham perkara ini, Demang rasa Anwar ada sebab untuk merasa bimbang sekarang.

negara berkebajikan PAS tercapai

negara berkebajikan
Peraturan Kerja (pekerja separa masa) 2010 akan berkuatkuasa Jumaat ini, 6.8 juta pekerja sambilan nikmati manfaat KWSP, PERKESO lebih baik.

Ketika PKR terus bergolak dan kelam kabut dengan perebutan jawatan dalam parti, Najib terus melancarkan satu persatu agenda rakyat.

Nampaknya konsep negara berkebajikan yang dicadangkan PAS telahpun dilaksana kerajaan BN.

Begitu juga hasrat PR untuk memperjuangkan kepentingan rakyat; Najib awal-awal lagi sudah melakukannya.

Maka PKR semakin tenggelam dalam anganan manakala PR hanyut bersama impian yang tak kesampaian.

ahli PKR kena terima

Pak Teh ulangi amanat Pengarah pilihanraya PKR Fuziah Salleh yang menasihatkan ahli-ahli akar umbi berlapang dada dengan sebarang keputusan pemilihan pimpinan yang sedang berlangsung.

Ahli PKR kena belajar menerima keputusan. Toksah la asyik tak puas hati dalam semua hal. Ikut sahaja semua yang telah diatur pucuk pimpinan.

Jawatan Presiden PKR dibuat secara demokasi. Sesiapa sahaja booleh menjawatnya asalkan mempunyai pertalian darah dengan Anwar Ibrahim.

Jawatan timbalan juga boleh dipertandingkan selagi ada hubungan akrab dengan keluarga Anwar.

Naib presiden juga terbuka pada seiapa sahaja denga sedikit syarat tambahan iaitu direstui Anwar Ibrahim.

Terimalah seadanya. lagipun PKR bukannya lama lagi.

Tuesday, September 28, 2010

PKR disabotaj



Kalau dah otak pembangkang, konar sana, konar sini, cari salah orang dan cari orang untuk dipersalahkan.

Terkini, Pak Teh lihat PKR menuduh ada orang luar yang cuba sabotaj pemilihan PKR yang sedang berjalan.

Untuk makluman, PKR kini sedang memilih anak beranak, saudara mara dan rakan taulan masing-masing bagi menduduki kerusi-kerusi penting parti tersebut.

Dalam perkiraan PKR, mereka hampir pasti akan mengambil alih kerajaan Malaysia dalam PRU13 nanti. Oleh itu pemilihan kali ini amat penting kerana ia akan menentukan calon yang akan bertanding seterusnya menganggotai kabinet Anwar.

Kabinet? Kata Cheguman, istilah dinasti atau rejim lebih sesuai.

Berbalik isu tadi, muslihat PKR tu memang rakyat dah faham sangat. Bila dah terkentut maka pura-pura tutup hidung dan juihkan bibir pada orang lain.

Maklumla. Anwar la katakan... He he

Sunday, September 26, 2010

Car Boot Sales MITC Melaka


Jika ditanya siapakah ketua kerajaan negeri paling kreatif, inovatif dan produktif sekarang, sudah tentu Demang jawab Ali Rostam, Ketua Menteri Melaka.

Nak tahu kenapa? Datang le sendiri ke Melake... Jangan sekadar dengar cerita orang. Dan, jangan lupa untuk bermalam kerana tidak sempurna kunjungan jika tidak meredah jalanraya utama dari Ayer Keroh hingga ke Klebang (merentas Bandar Melaka dan banda hilir) pada waktu malam.

Baru-baru ini beliau merasmikan tapak jualan dengan satu konsep baru yang unik: jualan dari boot kereta persendirian. Bukan sahaja konsepnya menarik,, barang-barang yang dijual pun unik dan menarik. Sesiapa sahaja boleh menjual dari but kereta sendiri dengan caj parking RM1 SAHAJA. Lihat sini.

Saturday, September 25, 2010

PKR, Rejim Anwar bermula


Kita toksah nak kata apa... kita tengok ja...

Kata Abraham Lincoln, demokrasi bermaksud 'OLEH rakyat, KERANA rakyat dan UNTUK rakyat'

Maka Pak Teh langsung tak heran apabila si Nurul Izah (anak sulung Anwar & Wan Azizah) akan bertanding jawatan Naib Presiden PKR. PKR tu sendiri memang ditubuhkan 'OLEH Anwar, KERANA Anwar dan UNTUK Anwar'.

Ada sesiapa nak berdebat dengan Pak Teh tentang itu?

Friday, September 24, 2010

bumi kita terballik?


Ketika menggelintir Youtube semalam Demang terjumpa 'pendedahan' tentang bentuk globe atau peta dunia yang dikatakan sengaja diterbalikkan.

Maka dipaparkan kedudukan sebenar peta dunia iaitu jika diamati ia akan membentuk kalimah Allah.

jika andaian tersebut benar, apakah yang boleh kita lakukan?

Sebelum itu sudah tentulah akan timbul persoalan siapakah yang menterbalikkannya sehingga seluruh dunia mengiktiraf? Adakah dibuat begitu sahaja tanpa persetujuan?

Atau seluruh dunia dipaksa menerimanya? Siapa yang memaksa? Bolehkah kita perbetulkan semula kedudukan tersebut?

Persoalan terakhir tadi tidak mustahil untuk dilaksanakan tetapi bukan boleh dibuat begitu sahaja. Kita perlu ada strategi untuk melakukannya.

Pertama, kita mestilah diberi pengiktirafan oleh majoriti penduduk dunia samada secara 'paksa' ataupun rela. Untuk itu, kita mesti menjadi yang terbaik. Kata orang, 'paksa-rela'

Prosesnya sudah tentu tidak berlaku dalam masa yang singkat. Kita perlu meletakkan sasaran. Contohnya, menjelang tahun 2020 Malaysia merupakan pemain utama globalisasi. Kepakaran dan ketokohan kita berada di mana-mana.

Menyebut tahun 2020, sudah tentu rakyat Malaysia tidak lupakan Wawasan 2020. Sebenarnya apa yang Demang cadangkan di atas sudah lama berada dalam impian Tun Dr. Mahathir. Beliau bukan sahaja mengangankannya bahkan telah menggerakan dengan berstrategi. Adakah anda menjiwainya?

Tidak perlu bertanya kepada sesiapa, sebaliknya tanyakan diri sendiri adakah kita sedang berusaha membina keperibadian seorang muslim berkualiti atau sekadar sibuk membangkang sana sini?

Adakah kita sedang bergerak dengan penyatuan atau berada dalam kelompok kecil (yang kita sangka besar)?

Demang lihat masih ramai yang masih menunggu kerajaan BN tumbang dan selepas itu barulah mereka hendak bermula.

Demang percaya, mereka tidak akan mulakan apa-apa.


foto:
www.ngdc.noaa.gov

Tuesday, September 21, 2010

PAS dapat RM4 bilion


Pak Teh jenguk beberapa blog sibuk dengan isu PAS Kelantan dapat RM4b daripada seorang hartawan berketurunan Melayu Kelantan yang dikatakan menetap di luar negara.

Antaranya, Panglima Perang Cyber memaparkan berita yang dipetik daripada Berita Harian sekaligus mengesahkan adik Menteri Besar Kelantan, menerima replika cek bernilai RM4 bilion dari sebuah syarikat Bumiputera, I’Da World Group Sdn. Bhd., bagi membantu Pas Kelantan atas sifat peribadi dan bukan mewakili parti atau Kerajaan Kelantan.

Media Permatang Pauh pula mempersoalkan tindakan PAS Kelantan yang menafikan ada menerima wang tersebut.

Blog Paneh turut membawa isu tersebut dengan mempertikaikan sumbangan tersebut dan kemampuan penyumbang berkenaan.

Yang nyata, jumlah RM4 bilion bukanlah jumlah yang sikit. Pemiliknya sudah tentu bukan 'kecik anak' atau 'cikai'.

Yang Pak Teh hairan, kenapa PAS Kelantan beriya menafikan?

eksperimen yang gagal



Dr Ramdhan membina sebuah kolam di belakang rumahnya. Pelbagai spesis ikan dimasukkan ke dalam kolam itu.

Setiap hari, apabila berkelapangan beliau akan bersantai di situ memerhatikan dunia akuistik yang dibinanya. Tenang dan senang hati beliau melihat ikan-ikan berenang-renang di dalam air yang jernih.

Dr Ramdhan berusaha menjadikan kolam itu sebagaimana habitat semulajadi untuk haiwan peliharaannya. Beliau mahu ikan-ikan itu hidup dengan gembira dan bahagia.

Pada suatu hari Dr Ramdhan membeli seekor ikan kelisa yang cantik. Beliau memasukkan ikan itu ke dalam kolamnya. Beberapa hari kemudian beliau mula menyedari ikan-ikan kecil semakin berkurangan. Setelah dihendap, tahulah beliau bahawa ikan kelisa yang baru dibeli telah membaham seekor demi seekor ikan-ikan itu.

Keharmonian kolam telah tergugat. Ia sudah tidak selamat lagi untuk didiami.

Dr Ramdhan berasa kecewa. Beliau berfikir cara terbaik untuk ikan-ikannya. Beliau sayangkan semua ikan-ikan itu termasuk Kelisa yang membuat onar. Tambahan pula ikan Kelisa tersebut dibelinya dengan harga yang amat mahal.

Seluruh isi kolam itu belum menyamai harga seekor ikan Kelisa!

Dr Ramdhan mengambil keputusan untuk memberi pengajaran pada si kelisa. Dia membeli sebiji balang kaca dan memasukkannya ke tengah-tengah kolam. Ikan kelisa dikurung di dalam bekas kaca tersebut dan diberi makan.

Dengan kata lain si kelisa telah dipenjarakan.

Walaupun dia masih berada di dalam kolam namun dia tidak boleh bergerak bebas. Dia hanya mampu melihat ikan-ikan lain berenang dan bermain, menjelajah ke seluruh ceruk kolam.

Dr Ramdhan berharap ikan Kelisa itu akan insaf dan mengubah sikapnya.

Setelah seminggu, Dr Ramdhan melepaskan ikan kelisa dari penjaranya. Dia percaya hukuman itu sudah cukup memberi kesedaran dan pengajaran.

Namun beberapa hari kemudian Dr Ramdhan mendapati kejadian lalu berulang kembali. Ikan-ikan kecil kembali menyusut. Sudah beberapa kali Dr Ramdhan menyaksikan sendiri si kelisa membedal ikan lain dengan lahapnya.

Si kelisa diberkas dan dijatuhkan hukuman penjara sekali lagi. Kali ini hukuman dilanjutkan selama sebulan. Dr Ramdhan berharap si kelisa akan merasa serik.

Sayangnya selepas dibebaskan sikap Kelisa langsung tidak berubah. Bahkan selepas hukuman ditambah sehingga tiga bulan pun tidak mampu mengubah tabiatnya yang ketagihan memakan ikan lain.

Akhirnya Dr Ramdhan mengambil keputusan baru. Dia mengeluarkan balang kaca dari dalam kolam dan menyerahkan ikan itu kepada isterinya.

Tengahari itu juga Dr Ramdhan sekeluarga makan nasi berlaukkan asam pedas tempoyak ikan kelisa!

Mesej:
kalau dah DAP tu, DAP jugak. Maka kita wajib menghindarkan rakyat Malaysia daripada bercampur dengan mereka.

Ada segelintir rakyat Malaysia berpendapat kita boleh cuba memberi peluang kepada kerajaan baru memerintah negara. Namun perlu diingat bahawa negara bukan boleh dijadikan eksperimen. Dalam tempoh tersebut macam-macam boleh berlaku. Bahkan perlembagaan juga boleh dipinda.

Ingat, Singapura itupun dulunya milik kita. Sekarang? Satu persatu tanah dan pulau dituntutnya dan terlepas daripada tangan kita.

Ya. Ikan kelisa memang cantik dan nampak baik!

Monday, September 20, 2010

pemilihan PKR: Anwar lawan Wan Azizah


Meskipun Anwar mengumumkan tidak akan menentang Wan Azizah dalam pemilihan parti, dan tidak ada sebab untuk berbuat demikian memandangkan kedudukan Anwar sendiri lebih tinggi daripada Presiden, namun para pemerhati melihat pertentangan secara senyap sedang berlaku antara dua team itu.

Ketika Azmin dilihat sering mengekori Anwar ke sana sini, Nurul Izzah memberi reaksi menyokong pencalonan Zaid Ibrahim.

Menurut para pemerhati termasuk bekas orang kuat PKR yang juga MP Kulim (Zulkifli Nordin), suara Nurul Izzah adalah pendirian sebenar ibunya, Wan Azizah.

Bukan perkara aneh dalam politik apabila suami isteri saling bermusuhan dan bersaing bagi merebut pengaruh. Maklumlah, masing-masing ada 'orang sendiri' yang perlu dijaga.

Selain itu, kita pun tidak tahu samada senyuman antara mereka di depan lensa kamera itu ikhlas atau tidak.

...sebab dalam politik segalanya mungkin.

terkini kes liwat Anwar Ibrahim.


Anwar Ibrahim gagal dalam dalam rayuan untuk gugurkan tuduhan liwat terhadapnya, selepas panel tiga hakim sebulat suara memutuskannya.(Berita Harian/SMS 20/9).

Memang sukar kali ini kerana bukan seorang hakim sebaliknya TIGA orang hakim mengambil keputusan sebulat suara.

Apa pula muslihat Anwar selepas ini? Apa pula strategi Anwar bagi melepaskan diri daripada proses perundangan. Sanggupkah Anwar menggadai janji lagi kepada 'jerung-jerung' di dalam dan di luar negara bagi membantunya?

Rakyat Malaysia patut berasa risau sekarang.

Sunday, September 19, 2010

PKR sama saja dengan UMNO


Maksud Pak Teh, dari segi keburukannya. Kalau dari segi manafaat, UMNO ibarat kontraktor manakala PKR ibarat pencuri bahan binaan (contohnya simen dan pasir). Kebaikan adanya PKR ialah pihak polis, peguam (he.. he...), dan lain-lain dapat kerja serta elaun tambahan. Peluang pekerjaan pun bertambah.

Pak Teh dapat pahala sikit sebab tolong dedahkan kedurjanaan PKR!

Ohya. Bagi yang belum kenal Pak Teh, Pak Teh adalah kawan lama Cheguman iaitu ketika di Pahang dulu. Bagi yang dah lama mengikuti Waadat barangkali masih ingat pada Pak Teh sebab Pak Teh dah menulis di sini sejak 2009. Cuma agak lama berehat sebab menguruskan bisnes keluarga.

Harap-harap kali ni dapat lama sikit di sini. Pak Teh ada blog sendiri tapi... tak berapa glamer.

Mungkin Pak Teh bias. Kalau gitu, mari kita baca komen Sayuti Omar (MSO) di blognya pagi ini...

Pak Teh letak gambar duit sebab itu adalah antara persamaan yang ketara antara PKR dengan UMNO!

Saturday, September 18, 2010

kebajikan guru: tanggungjawab siapa?



Pagi ini Demang menghadiri mesyuarat agung sebuah yayasan guru bertaraf eksklusif di selatan tanahair.

Demang katakan eksklusif kerana melihat tokoh-tokoh hebat bidang pendidikan berada dalam carta organisasi yayasan tersebut dengan dinaungi Menteri Pelajaran.

Sebaik tiba, seperti biasa Demang yang mewakili kelab guru di sekolah Demang bergegas ke tempat pendaftaran. Demang ditanya status keahlian. Setelah tersipu-sipu malu kerana tidak tahu status keahlian sendiri dan terkial-kial untuk cuba mengingatinya Demang diminta memberikan nombor KP.

Setelah menyemak dalam komputer, rupa-rupanya Demang berstatus 'ahli aktif'.

Sebenarnya Demang hadir sebagai wakil kelompok kecil sekolah Demang.

Persoalannya, jika Demang yang dikira ahli aktif pun terlupa kewujudan yayasan elit tersebut, bagaimana halnya ahli yang tidak aktif dan guru-guru yang belum menjadi ahli?

Sementara menanti ketibaan tetamu kehormat, hadirin diberi taklimat ringkas mengenai kursus PTK yang rupa-rupanya turut melibatkan yayasan tersebut. Banyak juga pihak yayasan mengeluarkan belanja untuk guru-guru menduduki peperiksaan itu.

Menariknya (kalaupun tidak mengejutkan), guru-guru yang tidak menjadi ahlipun turut menerima faedahnya.

Demang serta merta teringat betapa ramainya rakyat Malaysia yang terlupa bahawa mereka adalah warganegara yang saban masa menikmati faedah yang dirancang dan dilaksanakan kerajaan. Walaupun mereka tidak kering bibir mengutuk kerajaan.

Lebih buruk lagi apabila ada pula segelintir ahli politik yang tidak putus-putus mengajak rakyat menafikan sumbangan kerajaan pada kesejahteraan negara. Rakyat yang sepatutnya diberi bimbingan yang positif untuk mencintai negara telah dikelirukan dengan perlbagai tohmahan tanpa fakta.

Memanglah setiap kerajaan ada kelemahan dan kekurangannya namun apa yang diperolehi rakyat Malaysia sebenarnya jauh lebih baik daripada negara lain terutama negara-negara yang dianggap setara. Malah terdapat beberapa kebajikan yang dinikmat kita tidakpun diperolehi di negara maju.

Dalam pada itu Demang ingin mencatatkan sedikit di sini betapa Demang amat terkilan dengan peperiksaan UPSR tahun ini yang diadakan begitu rapat dengan perayaan besar ummat Islam.

Untuk peringatan, Perkara 3 Perlembagaan Malaysia meletakkan Islam sebagai agamanya.

Persoalan besar Demang ialah tidak adakah tarikh lain untuk dilaksanakan peperiksaan penting tersebut? Kalau nak Demang ulang, adakah ini ciri-ciri sabotaj, atau khianat?

Ada teman yang bertanya, apa beza sabotaj dengan khianat? Mudah sahaja; jika orang lain yang melakukannya, itu adalah sabotaj manakala jika orang sendiri, itulah pengkhianat!

Semoga kita tidak termasuk golongan pengkhianat.

Mungkin pihak yayasan perlu mencelah sedikit dalam hal ini.

Friday, September 17, 2010

Azmin, Khalid berebut Selangor


Sekitar 1970an malah sehinggal awal 1980an masih ramai penduduk kampung di Sabak Bernam belum mempunyai jamban. Mereka melepaskan hajat dengan bertinggung di sebalik pokok koko atau bertenggek di atas batang kelapa tumbang.

Sumber air minum adalah daripada hujan manakala untuk basuhan dan mandian menggunakan telaga atau parit. Airnya payau atau sedikit masin. Makanya tidak boleh diminum.

Keadaannya tidak jauh berbeza di kampung-kampung tradisional sekitar Jitra Kedah. Demang bukanlah orang asing di kedua-dua daerah tersebut. Jadi, Demang tidak perlu bertanya pada sesiapa untuk mendapatkan cerita di atas.

Jika anda menyangka di situ teruk, ada lagi yang lebih teruk. Seorang teman mengadu betapa sukarnya menginap di sebuah kampung di Kelantan yang sama keadaannya dengan dua tempat yangg Demang ceritakan tadi.

Cuma yang berbeza ialah masa.

Ya. Jika keadaan di Sabak dan Jitra berlaku sekitar 1970/80 maka pengalaman di Kelantan sekitar hujung 1990an!

Harap-harap sekarang sudah tiada lagi kampung yang begitu di negeri yang dikuasai PAS selama 20 tahun itu.

Demang teringatkan kisah tersebut ketika pulang ke kampung berhari raya. Melihat pada keghairahan orang Melayu berebutkan negeri tersebut menyebabkan Demang terharu dan sedih.

Terharu melihat pada kepesatan pembangunan di negeri bonda dan sedih melihat segelintir rakyat yang dengan mudah melupakan jasa pihak yang membangunkan.

Agaknya mereka menyangka ada jin aladin yang melakukannya.

Perebutan tidak sahaja berlaku antara UMNO dengan PAS/PKR malah kini sudah diperebut pula dalam kalangan Melayu PKR.

Kata orang, jong pecah yu kenyang.

Demang lihat sudah hampir pasti kelompok Azmin akan mengambil alih pemerintahan Selangor bagi menggantikan Khalid yang semakin dipertikai dan dilihat serba tidak menjadi.

Yang nyata, Khalid takkan membiarkan kerusinya diserahkan pada Azmin begitu sahaja walaupun Anwar berada rapat di belakang lelaki hensem itu.

Maksud Demang 'berada rapat di belakang' ialah menjadi penyokong kuat, bukan 'yang itu...'

Thursday, September 16, 2010

makna lain 16 September


Selain sambutan penubuhan Malaysia, rakyat Malaysia juga mengingati hari ini sebagai hari bersejarah yang menyaksikan kegagalan Anwar Ibrahim membenarkan dakwaannya menjadi PM yang baru.

Bukan itu sahaja yang menjejaskan kreadibiliti Anwar, malah dakwaannya bahawa lebih 30 ahli parlimen akan menyertai pembangkang turut mendedahkan kegopohannya dalam menyelesaikan masalah peribadi.

Masalah peribadi? Ya, Tidakkah kes dengan Saiful itu urusan peribadi?

Usaha Anwar yang tidak putus-putus hingga ke saat akhir untuk meminta mahkamah membatalkan kes liwatnya jelas menunjukkan betapa takutnya Anwar menghadapi kebenaran.

Maka satu cara paling ampuh untuk menghapuskira kes tersebut ialah dengan cara menawan Putrajaya dan mengeluarkan arahan agar kes ditutup...sebagaimana yang pernah dilakukannya 10 tahun lalu kepada Musa Hassan.

Mukaddimah: Parasit di belakang Malaysia


Sebenarnya Demang ingin menyiarkan artikal bertajuk 'Parasit di belakang Malaysia' yang memaparkan tingkah laku Lee Kuan Yew yang cekap mengambil kesempatan. Namun biarlah Demang tangguhkan dulu.

Sementara itu, mari kita lihat sedutan ucapan Tunku Abdul Rakman:

"Saya rasa masa semakin kurang, dan ancaman komunis telah menjadi semakin mendesak, masalah ini perlu kita atasi segera sekiranya kita inginkan kebebasan dan jauh dari bahaya. Oleh itu, dalam bulan Mei 1961 untuk pertama kali saya mengumumkan harapan saya untuk membentuk Malaysia demi membolehkan masyarakat di negeri-negeri ini untuk mencapai kemerdekaan yang mereka ingini dan dalam masa yang sama meletakkan satu noktah terhadap masalah kolonialisme di sana" (Rahman 1965).
(26 Malaya, Department of Information, Federation of Malaya, No. 2, April 1962, p. 6)

Sempena ulangtahun penubuhan Malaysia hari ini Demang cadangkan kita membuka semula lipatan sejarah agar kita lebih faham latar belakang yang mencetuskan gagasan tersebut sehingga direalisasikan pada 16 September 1963.

Bukan apa, Demang dapati ada pembangkang yang cuba memutarbelit fakta penubuhan Malaysia bagi memburukkan Tunku Abdul Rahman dan barisan pemimpin ketika itu.

Selamat menyambut hari Malaysia.

Wednesday, September 15, 2010

Azmin belum selamat

Semalam, seorang ustaz memberitahu Demang bagaimana rakannya mengadu masalah perumahan kepada Ali Rostam hanya melalui Facebook dan KM Melaka itu bukan sahaja menjawab, malah mengambil tindakan sewajarnya.

Hasilnya, rumah baru mereka sudah boleh didiami.

Demang bawa kisah di atas setelah mendengar keluhan rakyat di kawasan parlimen Azmin Ali yang mengeluh telefon Azmin tidak bersahut walaupun nombornya diberi.

Maka tidak hairanlah dalam keghairahan Azmin merebut kerusi nombor dua PKR, di kawasannya sendiri masih belum selamat.

Bagi Demang wajar sangatlah Khalid atau Zaid Ibrahim diberi laluan bagi mengelakkan PKR dijadikan kelab eksklusif kaum kerabat Anwar.

Takkanlah PKR nak bergantung hayat pada bateri 3A sahaja...

Tuesday, September 14, 2010

dalang kes sosilawati



"Kalau Polis masih enggan mendedahkan siapakah peguam bergelar 'Datuk' yang dimaksudkan, mungkin rakyat selepas ini akan anggap pembunuh Sosilawati ini mungkin ahli politik yang berprofil tinggi, seperti kes Altantuya," ujarnya sambil mendesak Polis menjelaskan motif di sebalik kenyataan media tanpa laporan forensik yang dibuat Mohd Bakri petang tadi (kelmarin). “

Itu kata-kata Mahfuz Omar kelmarin. Hari ini polis sudah pun mendedahkan peguam tersebut yang merupakan salah seorang peguam Hindraf dan dikatakan ahli DAP seumur hidup. Maka diamlah Mahfuz sambil menyembunyikan tangan ke belakang.

Begitulah cara pembangkang bermain politik.

Fitnah? Tuduh? Tohmah? Semua itu tidak perlu dihukumkan. Semuanya dihalalkan demi mencapai matlamat politik! Siapa yang mengajar?

Apa kesan tohmahan dan tuduhan liar tersebut? Lihat semula kata-kata Mahfuz Omar yang anaknya terlibat dengan dadah itu. Lihat bagaimana mahfuz menyebut kes altantuya dengan mengaitkannya dengan ahli politik berprofil tinggi. Secara sengaja Mahfuz membiarkan khalayak menyangka orang yang dimaksudkan ialah Najib padahal yang sebenarnya ialah Razak Baginda.

Begitulah caranya pembangkang bermain politik.


(Foto di atas sekadar hiasan diambil daripada blog Bumiyang bagi mengaitkan bagaimana pembangkang Melayu mengamalkan double standard apabila berdepan dengan sesuatu isu).

sabotaj atau khianati bangsa sendiri


Demang tidak pasti bilakah istilah 'sabotaj' memasuki bahasa Melayu tetapi istilah 'khianat' memang sudah berkurun digunakan.

Adakah kedua-duanya berkongsi maksud yang sama? Jika tidak, apakah istilah Melayu untuk 'sabotaj'?

Jumaat lalu ummat Islam di Malaysia menyambut perayaan terbesar. Ia bukan perayaan biasa bahkan sebahagian daripada upacara keagamaan. Justeru seluruh dunia meraikannya.

Hari ini hari ke-5 daripada 30 hari di dalam bulan Syawal. Sudah menjadi kelaziman ummat Islam di Malaysia meraikannya selama sebulan.

Hari ini juga sesi persekolahan di Melaka sudah bermula setelah cuti pertenggahan semester dan disambung sehari lagi untuk hari raya.

-Betapa singkatnya pemikiran orang yang merancang cuti persekolahan!

Itu masih tidak mengapa dibandingkan dengan perkara yang nak Demang ungkitkan. Dalam kemeriahan hari raya terbesar ummat Islam ini, pihak kementerian menjadualkan peperiksaan penting UPSR!

Tak cukup dengan itu peperiksaan percubaan SPM juga turut dijalankan!

Apa pentingnya UPSR? Tak perlulah Demang huraikan di sini sebab orang gilapun tahu UPSR amat penting pada warga di sebuah negara yang masih berpegang pada tradisi peperiksaan. Tambahan pula cadangan memansuhkan sistem peperiksaan konvensional sudah dibantah baru-baru ini.

Apa pentingnya percubaan SPM? Walaupun dinamakan 'percubaan' namun keputusannya digunapakai bagi mendapat tempat bagi menyambung pelajaran. Bahkan, jika kertas sebenar SPM ada masalah, keputusan percubaanlah yang dirujuk.

Maka, tatkala anak-anak bukan Islam bertungkus lumus mengulangkaji pelajaran dan membuat persiapan terakhir, anak cucu Demang meriah berhari raya ke sana ke ke sini!

Apabila keputusan keluar, sibuklah pihak berkenaan membuat post mortem itu ini.

Sejarah akan mencatatkan dua lagi kebodohan orang Melayu iaitu pertama, pelajar Melayu tak boleh jawab soalan peperiksaaan dan kedua, orang Melayu yang susun jadual peperiksaan tak peka dengan keadaan.

Demang nak tanya, adakah itu sabotaj atau khianat?

Demang tahu masih ramai pegawai di kementerian pelajaran yang menyokong pembangkang. Tidak mustahil mereka inilah yang sengaja melakukkan tindakan dan keputusan yang menyebabkan rakyat marah pada kerajaan.

TS Muhyidin patut sedar perkara ini.




foto hiasan:
VALİ: SABOTAJ İHTİMALİ ...
400 x 337 | 33KB haberkenti.com

Sunday, September 12, 2010

MB Selangor jual PKNS

Hari kedua beraya di Selangor.

Hari ini Demang dan keluarga bergerak dari Sabak Bernam ke Kuala Selangor menziarahi sanak saudara. Tahun ini Demang buat sedikit kelainan iaitu selain anak buah dan sepupu sepapat, ibu dan bapa saudara turut menerima duit raya. Bukanlah banyak, cuma RM10 seorang. Namun rupanya RM10 itu mampu menceriakan suasana dan ada yang begitu terharu menerimanya.Padahal apalah sangatt RM10 hari ini. Cuma nilai sekotak rokok!

Sesuatu yang menarik di sepanjang jalan ini bukan sahaja suasana hari rayanya. Malah kelihatan bendera PAS, BN, dan UMNO berkibaran seolah berlumba-lumba.

Yang tidak kelihatan ialah bendera PKRR walaupun pemimpinnya menjadi ketua di negeri ini. Agaknya orang Melayudi sini sudah semakin rramai yang sedar bahawa PKR bukan parti orang Islam.

Sementara itu Demang terima email berikut yang sudah tersebar luas. Barangkali ini juga satu faktor lagi yang menimbulkna kemarahan rakyat.
Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo meminta Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan penjelasan berhubung dakwaan penjualan bersyarat beberapa aset milik Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bernilai RM1.8 bilion melalui amanah pelaburan hartanah (REIT).
Beliau berkata, langkah tersebut dilihat mempunyai implikasi terhadap keyakinan serta kemampuan PKNS dalam menguruskan aset-aset miliknya.
Katanya, meskipun PKNS mempunyai rasionalisasinya dalam urusniaga berkenaan, tindakan sedemikian bagaimanapun menunjukkan kemungkinan anak syarikat kerajaan negeri itu mempunyai masalah kewangan sehingga menjejaskan operasinya.
"Apa rasionalnya kerajaan negeri jika benar menjual aset-aset milik PKNS melalui REIT. Apakah kerajaan negeri atau PKNS sendiri tidak lagi mampu untuk menguruskan aset-aset yang ada.
"Apakah juga kerajaan negeri hari ini mengalami masalah kewangan hingga aset anak syarikat itu perlu dijual. Jadi, saya minta Menteri Besar (Abdul Khalid selaku Pengerusi PKNS) memberikan penjelasan sebenar mengenai perkara ini.

Thursday, September 9, 2010

Perutusan Khas Aidil Fitri Demang Lebar Daun


Kurang dua jam dari sekarang, selesailah kita melunaskan satu lagi rukun Islam iaitu berpuasa di bulan Ramadhan. Maka selepas solat maghrib nanti tiada lagi solat tarawih bahkan selepas salam kedua terus dibacakan takbir aidil fitri.

Alhamdulillah. Tahun ini kita masih dapat berpuasa dan berhari raya dengan tenang dalam suasana yang aman. Masih boleh bersalam-salaman dengan kedua belah tangan, Kalau ada pun yang kudung, itu akibat letupan mercun atau kemalangan jalan raya, bukan akibat peperangan.

Alhamdulillah, walaupun cuma RM500, semua kakitangan kerajaan termasuk yang turut menjadi penentang kerajaan menerima sumbangan hari raya daripada kerajaan pusat.

Kata mereka, itu dah jadi TANGGUNGJAWAB kerajaan, tidak kira parti mana pun yang memerintah. Jawab Demang, kalau begitu, alhamdulillah; kerana kita diberi sebuah kerajaan yang BERTANGGUNGJAWAB dan mampu menunaikan tanggungjawab.

Dalam posting yang lepas Demang guna istilah 'penentang kerajaan' sebagai ganti pembangkang. Maka ada yang bertanya, bagaimana dengan sahabat-sahabat Demang di Selangor?

Jawab Demang, bloggers yang menyokong kerajaan pusat adalah pembela negara. Manakala bloggers yang menentang kerajaan pusat adalah penentang kerajaan Malaysia.

Ujar Demang lagi; bloggers yang menentang kerajaan Pulau Pinang sama seperti para pejuang kemerdekaan kerana mereka berusaha membebaskan negeri mereka daripada penjajahan. Begitu juga bloggers di Selangor. Kedua-dua negeri tersebut asalnya dikuasai BN sebelum dirampas melalui sebuah pakatan sulit. Jika meminjam istilah Anwar, ia lebih keji daripada konspirasi.

Maaflah. Dah terlajak dari maksud asal. Maka dengan ini Demang merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua tetamu Waadat samada pengunjung tetap mahupun sekali-sekala.

Demang mohon maaf sekiranya terlanjur bahasa, namun apa nak dikata kerana sebahagian daripada misi blog ini memang untuk mendedahkan kepincangan pihak yang mengaku boleh menjadi 'superman' bagi membawa negara ke kehidupan serba sempurna.

Maka jika anda terasa, ia bukan salah Demang sebaliknya itu tandanya anda perlu menilai semula landasan perjuangan anda agar tidak terus terjebak dalam komplot meruntuhkan negara.



foto:
MANGSA serangan Yahudi
bukulalispe.blogspot.com

Wednesday, September 8, 2010

prahariraya, bukan prapilihanraya



Sebentar tadi Demang terima sms:

"9 anggota Jamiah Al-Zikri Awwalun, termasuk lima sekeluarga, ditahan selepas menyambut Aidilfitri awal di sebuah surau di Kangar hari ini."

(BH 08/09)

Demang tidak mahu komen tentang itu sebab tidak tahu hujung pangkal cerita sebenar. Agaknya diorang sambut raya awal, kot?

Walaupun Demang tidak terlibat dalam komplot atau konspirasi (meminjam istilah Anwar Ibrahim) tersebut namun Demang nak buat ucapan awal - ucapan prahariraya.

"Sempena hari baik bulan baik ini Demang ucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua tetamu Waadat tak kira yang prokerajaan atau yang bersimpati kepada kumpulan pengacau negara. Tak lupa juga kepada yang di atas pagar."

Demang harap orang PAS sudi-sudilah singgah di rumah Demang sebagaimana mereka sedia mendengar tazkirah pemimpin DAP di samping mendoakan kesejahteraan ketua ultra kiasyu dalam khutbah Jumaat.

Maaf kerana menggunakan istilah 'pengacau negara' tadi. Rasanya istilah tersebut lebih sesuai digunakan buat masa ini.

Hal ini kerana kita tidak perlukan golongan yang menentang secara melampau. Kita juga tidak perlukan golongan yang tamak ingin membolot semua bidang termasuk ekonomi, pendidikan, dan politik?

Kita juga tidak mahu ada pihak yang menggunakan title Islam pada parti mereka hingga rakyat keliru.

Kita cuma mahu membina negara bagi melunaskan amanah kepada Allah SWT (beribadah dalam keadaan aman dan tertib)

Kita tidak mahu masuk syurga sedangkan anak bini dan keturunan nanti tak tentu hala macam Palestin, Iraq dan lain-lain negara arab bertopeng Islam itu.


Terkini:
Ummat Islam di Malaysia akan menyambut hari raya aidil fitri pada hari Jumaat. PAS Pulau Pinang bolehlah berpakat dengan PKR dan DAP nak masukkan doa untuk Lim Guan Eng dalam khutbah Jumaat atau khutbah Raya..

Monday, September 6, 2010

PAS kuat UMNO lemah?



Betul ke? Ya, kalau begitu yang anda ingin fikirkan.

Namun sejak PRU pertama dulu PAS tidak pernah bertanding lebih daripada 50% daripada jumlah kerusi yang dipertandingkan. Ertinya PAS sendiri sedar parti itu tidak pernah diterima majoriti orang Islam.

Kemudian, dalam setiap keputusan PRU juga menyaksikan PAS sekadar mendapat simpati kurang daripada 15%. Contohnya dalam PRU-12 PAS cuma dapat 22 kerusi atau 10.3% sahaja.

Ertinya hanya segilintir ummat Islam di negara ini yang mengundi PAS.

Apa maksud info di atas? Sebenarnya ia adalah realiti politik yang kurang disedari umum. Bukan ia tidak didedahkan tetapi tidak difahamkan kepada rakyat.

Maksud Demang, rakyat tak faham!

Sebenarnya bukanlah rakyat yang sengaja enggan faham. Demang percaya, itu adalah salah satu kejayaan para pengacau negara mengelirukan minda rakyat.

Berdasarkan realiti tadi fahamlah kita sekarang. Bahawa PAS tidak pernah menjadi kuat. Hanya persepsi umum yang menganggap begitu. PAS dilihat kuat dalam keadaan UMNO lemah. Apabila UMNO pulih semula daripada kecederaannya, PAS akan kembali pada sifat originalnya iaitu sebuah parti serpihan yang sekadar menjadi penegur dan pengimbang pada keputusan kerajaan.

Barangkali cuma tingggal satu persoalan: bilakah UMNO akan pulih?

Hakikatnya UMNO bukan rosak teruk. Hanya cedera ringan. Pun begitu, usaha untuk meningkatkan kecekapan UMNO dilakukan secara agresif di bawah Najib.

Jika anda tidak nampak perubahan pesat yang sedang dilakukan, nyatalah bahawa anda memang bodoh. Sudah tentu anda tidak mahu mengakuinya, bukan?

Cabaran utama UMNO ialah apabila orang Cina sudah menolak MCA dan memilih DAP.

Kenapa demikian? Lu pikir la sendiri.

Sunday, September 5, 2010

buang tanda 'Islam'


Kira-kira jam 2.00 pagi tadi Demang keluar ke gerai berhampiran untuk membeli dua bungkus nasi goreng untuk putera-putera Demang.

Walaupun adik beradik namun selera mereka jauh berbeza. Si abang mahukan extra pedas manakala si adik langsung tidak tahan pedas. Sanggup berlapar jika makanan pedas namun tidak pula dia merungut. Cuma kita yang kasihankan dia terpaksalah menyediakan dua versi nasi goreng.

Jadi, semasa memesan itu Demang beriya-iya memberitahu pelayan kedai itu agar tidak tersilap.

"Jangan lupa tandakan nasi goreng yang pedas tu, ye." Pesan Demang bersungguh-sungguh.

Ketika di rumah, Demang memberitahu anak-anak: "Yang bertanda 'x' tu pedas".

Dalam keadaan mengantuk itu tiada sepatah katapun terbit daripada mulut kedua-dua mereka. Mereka terus menyuap makanan ke dalam mulut dan tiba-tiba si adik menjerit: "Ah, pedasnya!"

"Eh, tadi dah ada tanda, kan? Kalau camtu, baik tak payah tanda." sahut si abang.

Bukan salahnya kerana tidak bertanya. Melalui pengalaman dan sedikit kemahiran berfikir, mereka serta merta faham jika yang bertanda 'x' itu pedas maka yang tidak bertanda itu sudah tentulah sebaliknya.

Nampaknya kali ini dia terkena. Walaupun tidak bertanda, namun pedasnya sama sahaja.

Tiba-tiba Demang teringatkan dua parti politik di negara kita. Yang satu ditandakan dengan perkataan 'Islam' manakala yang satu lagi tidak.

Padahal dari segi pengisiannya, parti yang tidak bertanda 'Islam' itu dipimpin orang Islam dan meletakkan agenda Islam sebagai perjuangan utamanya.

Bahkan, perlaksanaan Islam dilakukan secara terancang dan teratur sejak merdeka sehingga rakyat yang berbilang kaum tidak terasa.

Parti yang bertanda 'Islam' itu pula memang nampak bersungguh-sungguh untuk meletakkan Islam sebagai perlembagaan negara. Namun mereka agak agresif dan sukar diterima kaum lain. Cuma sejak akhir-akhir ini mereka semakin kendur dan lunak terhadap parti ultra kiasyu DAP.

Sayangnya, dengan pendekatan tersebut kedua-dua parti orang Islam tersebut sudah jadi serupa sahaja.

Justeru tanda 'Islam' pada parti tersebut sudah tidak relevan lagi, bahkan mengelirukan.



foto:
jeffparish.net

Saturday, September 4, 2010

Merosakkan... suatu kerja mudah


Demang dapati semakin banyak blog ahli BPN dijangkiti malware. Sebagai pengguna akhir, Demang sedar apapun tafsiran mengenainya, ia bukanlah sesuatu yang baik dan bakal memusnahkan blog tersebut.

Blog Waadat salah satu blog yang turut diserang Malware minggu lalu.

Nampaknya setelah UMNO dikucar kacirkan dengan pelbagai tohmahan, BN dilaga-lagakan, kini mereka beralih ke media internet pula. Tidak syak lagi, ia adalah serangan terancang dan dibuat secara bersepadu. setidak-tidaknya ia adalah rangkaian peluru yang dilepaskan ke pelbagai sasaran bagi merosakkan induknya.

Bagi Demang, induknya adalah ibu pertiwi.

Justeru tidak usahlah merasa hairan dengan keadaan politik kita yang begitu kelam kabut belakangan ini. Ia adalah angkara perosak durjana.

Kerja perosak bukanlah susah sangat.

Friday, September 3, 2010

musa bongkar rahsia anwar


Ketika Demang sedang berkira-kira untuk menulis sedikit kenang-kenangan bersama TS Musa Hassan, Blogger Paneh Miang telah terlebih dahulu membuat posting berkenaan.

Maka jika anda ingin mengetahui serba sedikit mengenai anak sulung Ustaz Hassan itu silalah ke blog Paneh. (ustaz Hassan ni kalau masuk PAS dah tentu dikategori ulama besar sebab beliau bertaraf internasional).

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, nama Musa Hassan amat sinonim dengan Anwar Ibrahim. Bukan menjadi rahsia lagi dek kerana beliau lah misteri Anwar terbongkar.

Menyingkap peristiwa lebih 10 tahun lalu, ramai yang tidak tahu bahawa apabila cerita dan berita skandal TPM tersebar maka Anwar sendiri memanggil dan meminta Musa Hassan yang ketika itu SAC II menyiasat siapakah dalang yang terlibat menghebahkan kepada umum.

Sebagai penjawat awam, Musa Hassan mematuhi arahan TPM itu dan segera menggerakkan jentera penyiasatnya bagi membersihkan nama TPM yang dikatakan difitnah.

Namun alangkah terkejutnya beliau apabila hasil siasatan pihak polis bukan sahaja menemukan pihak yang membuat sebaran malah kisah sebenar pula telah terbongkar. Dengan kata lain, laporan yang diterima beserta bukti menunjukkan TPM terlibat dalam satu siri skandal yang sukar dipercayai.

Sebagai anggota polis mahu tidak mahu Musa Hassan terpaksa menyerahkan laporan sebenar walaupun ia melibatkan orang nombor dua dalam kerajaan yang sedang berkuasa.

Pendedahan tersebut menggemparkan negara. (Anwar kata, dunia pun terperanjat! Betullah tu...)

Presiden dan AMT UMNO segera mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan perkara tersebut. Anwar sendiri diminta hadir agar beliau berpeluang membela dirinya sendiri.

Namun hujahan Anwar langsung tidak menyakinkan mereka, apalagi pembangkang.

Dalam masa yang sama PAS mula menuduh kerajaan bersikap tidak adil kerana melepaskan Anwar begitu sahaja hanya kerana beliau 'orang besar'. Antara pemuka PAS yang giat menjaja isu skandal Anwar ialah Mat Sabu, yang pernah menjadi teman rapat Anwar sendiri.

Dalam mesyuarat khas itu timbul sedikit perselisihan iaitu terdapat beberapa orang AMT mencadangkan Anwar dimaafkan dan tidak dikenakan tindakan manakala sebahagian lagi berhujah bahawa Anwar perlu bertanggungjawab atas tuduhan itu dengan cara berundur atau dipecayai.

Hal ini kerana isu tersebut dapat digunakan dengan berkesan oleh pembangkang bagi menjatuhkan kerajaan.

Akhirnya AMT mengambil keputusan meminta Anwar berundur untuk sementara waktu dan kembali semula ke arena politik apabila keadaan reda semula.

bersambung...

Thursday, September 2, 2010

perjanjian sulit tolak negara Islam

Nampaknya blog Demang terselamat daripada serangan kali ini. lain kali belum tentu.

Ada hikmahnya. Mulai sekarang Demang melakukan 'backup' setiap bahan Waadat dengan cara menyimpannya di beberapa tempat secara online. Selain itu, artikal-artikal tertentu akan diduplikasi dan diadaptasi untuk dimuatkan dalam blog chegumanonline.

Demmang katakan adaptasi kerana ia bukan 'copy & paste' sebaliknya dijadikan versi yang berbeza menggunakan bahan yang sama. Lebih kurang menanak pulut dan membakar lemang. Kedua-duanya menggunakan pulut dan santan namun... sudah tentu berbeza.

Sementara itu, mari lihat blog Panglima yang menyiarkan tajuk di atas.

analisis epik Siru dan Sari


Dua hari lalu Demang siarkan sebuah artikal yang Demang namakan 'epik Siru dan Sari' dalam blog Chegumanonline. Namun ia disiarkan begitu sahaja tanpa sebarang komen daripada Demang.

Kali ini Demang siarkan sekali lagi namun di bawahnya Demang selitkan pandangan peribadi Demang. Barangkali anda juga mempunyai pendapat sendiri. Silakan, kita berkongsi. Sebelum itu, baca dulu ceritera ini:

;;;;;;;;;;;;;

Siru dan Sari sudah lama berjiran. Maksud Demang, ibu bapa mereka. Malah jika diselusuri salasilah keluarga, mereka sebenarnya masih dikira bersaudara.

Pada suatu hari berkata Siru kepada Sari: "Tidak lama lagi aku akan memiliki rumah sendiri. Ya, sebuah rumah yang comel di suatu tempat yang indah."

Sari memandang kehairanan. "Bukankah engkau sudah mempunyai rumah sekarang?"

Siru tersenyum merenung arah perbukitan yang jauh berbalam dan berkata: "Ya, tetapi ia kepunyaan ibu bapaku. Nanti aku akan dewasa dan perlukan kehidupan sendiri."

Kegelisahan Sari malam itu mengundang simpati sang ibu. "Ia adalah proses yang normal, sayang. Sampai masanya setiap remaja akan meninggalkan keluarga bagi menempuh kehidupan yang lebih bermakna. Mereka akan berkahwin, berzuriat, dan membina generasi baru."

Pada suatu pagi Siru mendatangi Sari dengan riang. "Aku telah menemui sebuah kawasan yang selama ini hanya muncul dalam mimpiku. Aku pasti, di situlah nanti akan kubina sebuah teratak yang indah untuk kudiami bersama isteri dan anak-anak."

Sari mendiamkan diri namun dia sedar betapa resahnya hati di dalam. Dalam diam sempat dia menyimpan tekad dan hasrat.

Petang itu Sari menyusuri denai arah ke gunung sehingga tiba di pinggir sebatang kali. Deru air jeram, selirat belukar, bongkah-bongkah batu, suara unggas rimba, serta laungan mergastua membawanya ke sebuah dataran permai.

Terpegun Sari menyaksikan hamparan hijau di hadapannya. Terasa sayang untuk mencemar permaidani semulajadi itu dengan kakinya yang runcing.

"Ah! Inilah syurga impianku. Tiba-tiba dia teringatkan Siru. "Aku juga bakal mempunyai rumah sendiri".

Sari kembali ke rumah dengan ceria selepas membersihkan kawasan itu untuk dijadikan tapak rumah.

Keesokan harinya Siru sejak awal lagi sudah memudiki anak sungai. Perancangan asal ialah untuk membersihkan kawasan yang telah ditemuinya minggu lalu bagi menyediakan tapak rumah impiannya.

Namun Siru merasa hairan kerana tempat itu sudah dibersihkan. "Agaknya orang bunian telah mengetahui hasratku dan mereka pun membantu.

Siru segera mencari batang-batang kayu untuk dibuat tiang. Menjelang tengahari kerja memacak tiang selesai dan Siru segera kembali ke rumahnya.

Petang itu Sari tiba di tapak rumahnya dengan bersemangat. Dia terkejut melihat tiang-tiang sudah terpacak. "Nampaknya orang bunian telah menyedari hasratku dan mereka telah membantu.

Sari segera mengumpulkan ranting-ranting untuk dijadikan lantai. Sebelum senja tiba, kerja-kerja itupun selesai.

Pagi esoknya Siru kembali menyambung tugasan. Dia amat gembira kerana orang bunian sentiasa membantu. Dia berpuas hati dengan keadaan lantai yang kemas dan selesa.

Siru masuk ke hutan mencari buluh dan rumbia. Menjelang tengahari dia melonggokkan bahan-bahan tersebut bagi melengkapkan rumahnya.

Seperti biasa, Sari tiba pada waktu pagi. Dia terpegun melihat peralatan yang bertimbun. "nampaknya bahan untuk membuat dinding dan bumbung sudah ada. Terima kasih orang bunian." Ujar Sari dengan riang.

Ketika matahari tegak di puncak rimba kerja-kerja anyaman dan sisipan atap pun selesai. Sari pulang ke rumah dengan gembira.

Petangnya seperti biasa Siru tiba sambil meneka-neka apakah lagi yang telah disiapkan orang bunian.

"Wah! Cantiknya anyaman ini. Nampaknya tugas aku cuma memasang bumbung dan dinding." bisiknya sendirian.

Sebelum malam berlabuh. Siru selesai memasang bumbung rumahnya. Dia tidak perlu risaukan bahagian dinding kerana yakin orang bunian akan menyudahkan semuanya.

Memang benar. Ketika Siru tiba petang esoknya, dia mendapati semua dinding sudah siap dipasang. Tanpa berlengah Siru terus masuk ke dalam rumahnya.

Alangkah terperanjatnya Siru apabila mendapati seekor rusa sedang nyenyak tidur di situ. lebih terkejut lagi apabila dicamnya bahawa rusa betina itu adalah Sari!

"Hei, berani kau mencerobuh rumahku." Tempik Siru.

Sari yang sedang lena bingkas bangun dan turut menjerit: "Siru? Apa kau buat di sini? Kenapa menjerit di dalam rumahku?"

"Rumah kau? Aku yang membinanya setiap petang dengan bantuan orang bunian, kau kata rumah kau?" Siru membentak.

"Memang ini rumahku. Setiap pagi aku membinanya sendirian. Err.. Maksudku, dengan bantuan orang bunian." Siru mempertahankan dirinya.

"Orang bunian?" Tiba-tiba mereka menjerit serentak kemudian terdiam.

"Cuba kau ceritakan bagaimana kau membina rumah ini." Siru bersuara.

Sari menelan liur. "Pada suatu pagi aku menemui tempat ini dan kubersihkan. Pada pagi esoknya aku datang lagi dan kudapati tiang-tiang sudah terpacak. Lalu aku teringat kau pernah memberitahu bahawa apabila kita ikhlas melakukan sesuatu maka orang bunian akan menyelesaikan yang sebahagian lagi? Setiap kali aku membina satu bahagian, keesokan harinya satu bahagian lagi siap sendirinya."

Siru merenung Sari sambil tersenyum. "Setiap petang aku membina sebahagian rumah ini dan mendapati sebahagian lagi disiapkan orang bunian. Ah, rupa-rupanya engkaulah yang kusangka orang bunian itu."

Sari memandang Siru dengan mata bersinar. "Kalau begitu kita akan berkongsi rumah ini."

Tiba-tiba Sari tunduk sayu. "Bukankah kau membina rumah ini untuk isteri dan anak-anakmu? Ia agak kecil untuk aku tinggal bersama." Suara Sari hampir tidak kedengaran.

"Benar. Inilah rumah yang kuimpikan untuk isteri dan anak-anakku tetapi pernahkah aku memberitahumu bahawa aku tidak mempunyai calon selain dirimu?

Sari terkedu dan serta merta terasa darah segar mengalir ke segenap urat tubuhnya, menjalar ke muka dan menukar rona wajah menjadi kemerahan.

Tiba-tiba dirasanya seluruh rimba ikut menyetujui lamaran itu.


;;;;;;;;;;;

Kisah di atas sebenarnya adaptasi daripada sebuah buku cerita kanak-kanak yang pernah Demang baca lebih 10 tahun lalu. Pernah Demang ceritakan pada anak-anak sambil melayani mereka tidur. Demang paparkan semula di sini menggunakan gaya bahasa sendiri untuk kita berkongsi mesejnya.

Namun apa mesejnya? Banyak. Demang percaya para pengunjung budiman dapat mengesan pelbagai pengajaran daripada kisah tersebut.

Daripada sekian banyak amanat yang terdapat dalam cerita tadi Demang ingin menarik perhatian pada baris berikut:

"Lalu aku teringat kau pernah memberitahu bahawa apabila kita ikhlas melakukan sesuatu maka orang bunian akan menyelesaikan yang sebahagian lagi? Setiap kali aku membina satu bahagian, keesokan harinya satu bahagian lagi siap dengan sendirinya."

Demang bawakan mesej ini kerana belakangan ini ramai yang menyangka kejayaan yang mereka perolehi adalah kerana kehebatan diri sendiri dan bukan bantuan pihak lain.

Justeru kita dapati masih ramai yang menikmati pelbagai kemudahan dan bantuan daripada kerajaan tetapi masih tetap menyokong pembangkang.

Sebagai contoh,apabila sudah menjawat jawatan tinggi, mereka rasa mereka hebat. Mereka tidak sedar pendidikan mereka dulu dibiayai kerajaan. Malah makan minum mereka disara (sebahagiannya melalui RMT/asrama penuh), biasiswa atau pinjaman diberi, serta pelbagai program diatur bagi membantu kejayaan mereka. Setidak-tidaknya buku teks dan bahan pembelajaran diberi percuma.

Apabila ditanya, mereka memberi pelbagai jawapan. Antaranya, sudah menjadi tanggungjawab kerajaan membantu rakyat.

Benar. Memang benar. Cuma Demang nak tambah, jika demikian, itu membuktikan kerajaan yang memerintah sudah menunaikan tanggungjawab mereka. Justeru apa perlu lagi diganti dengan sesuatu yang belum pasti?

Ada pula yang memberi alasan walaupun kerajaan sudah menunaikan tanggungjawab namun wajib ditentang kerana enggan menjalankan hukum hudud.

Demang setuju bahawa kerajaan tidak melaksanakan hukum Islam sepenuhnya. Namun itu tidak bermakna kerajaan enggan melaksanakan. PAS sendiri tidak mampu melakukannya di negeri-negeri yang mereka kuasai. Padahal kerajaan negeri berkuasa dalam soal agama Islam di negeri masing-masing.

Demang katakan PAS tidak mampu lakukan. Demang tidak menuduh PAS enggan melakukan kerana Demang faham bahawa 'keinginan' dan 'kemampuan' adalah dua perkara yang berbeza.

Ada pula yang berkata, apa salahnya menukar kerajaan yang ada. Jika kerajaan yang baru itu gagal, kita boleh tukar semula. Lihatlah di Taiwan, Jepun dan lain-lain yang tidak timbul sebarang masalah walaupun bertukar kerajaan.

Sebenarnya orang yang memberii alasan begitu gagal memahami perbezaan Malaysia dengan negara lain. Di Jepun, apa parti sekalipun yang berkuasa, mereka tetap bangsa Jepun. Begitu juga di Taiwan.

Namun di Malaysia, jika parti yang memerintah bertukar, kaum cina akan menguasai semua sekali iaitu ekonomi, pendidikan, dan politik. apa yang tinggal pada kaum lain? Di manalah keseimbangannya jika ini berlaku?

Demang sebut tentang keseimbangan kerana tanpa keseimbangan akan berlakulah kekacauan. 13 Mei 1969 adalah buktinya, melainkan jika anda memang jahil sejarah.

Jika tidak percaya, cubalah!



foto:
Attentive Deer on Flickr ...
flickr.com

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)