Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Sunday, February 13, 2011

Anwar minta bantuan Mat Sabu di Merlimau


 Memang menarik dan strategi yang cukup pintar! Malam lusa Anwar akan datang ke Merlimau  untuk kempen PRK DUN tersebut.

Untuk makluman, kempen terbuka sebenarnya tidak dibenarkan sebelum penamaan calon. Namun pembangkang peduli apa?

Berbalik pada perenggan pertama tadi, walaupun Demang sudah memberi amaran bahawa orang Merlimau tidak akan menerima Anwar, namun ahli politik licik tersebut amat pintar mencari jalan lain.

Bagaimana?

Masih ingat Mat Sabu si ayam laga PAS? Memang lah semua orang kenal sebab selain terkenal dengan ceramah yang berapi-api, pemimpin PAS itu pernah menggemparkan negara apabila ditangkap khalwat di sebuah hotel.

Maksud Demang bukan ingat tentang itu tetapi mengenai jolokan ‘Al-Juburi’ yang diberi Mat Sabu kepada Anwar suatu ketika dulu secara terbuka dan cabaran Mat Sabu agar Anwar menafikan semua tuduhan yang dilempar.

Bagi budak-budak PKR yang masih sekolah rendah masa tu, Demang nak beritahu bahawa cabaran tersebut dibuat secara terbuka semasa Anwar masih TPM dan Timbalan Presiden UMNO!

Perkiraan Anwar:
jika Anwar tidak datang ke  Merlimau, itu adalah petunjuk bahawa cerita yang mengatakan Anwar takut ke Merlimau adalah benar.

Namun Anwar sedar bahawa cerita itu bukan khabar angin kerana Shamsul sudah memaklumkan kepadanya tentang itu. Sebagai orang Jasin, maklumat yang ada paada Shamsul tidak boleh dipandang ringan.

Kredibiliti  Anwar dan PKR akan merudum jika sekali lagi Anwar berucap dengan kehadiran yang amat sedikit sebagaimana di Tenang baru-baru ini. Sekurang-kurangnya Anwar boleh juga memberi alasan hujan dan banjir di Tenang menyebabkan tidak sampai 200 orang audien semasa dia berceramah.

Maka untuk program lusa, Anwar dan Mat Sabu akan diganding di atas satu pentas. Dengan sejarah politik mereka yang ‘unik’ pasti akan menyebabkan orang ramai berpusu-pusu untuk melihat mereka berdua di atas pentas?

Paling tidak pun, orang ramai ingin mendengan komen Mat Sabu terhadap isu liwat Anwar yang pernah didendangnya ke seluruh negara suatu ketika dulu.

Maka kehadiran audien yang ramai nanti akan dicanang sebagai sokongan pengundi Merlimau kepada Anwar!!!

Anwar memang licik.

Nota:
Kegusaran Anwar berasas kerana  Nik Aziz semalam pun telah mendapat sambutan dingin apabila program yang dirancang besar-besaran cuma mampu menghimpun tidak sampai 1000 penonton! (semalam bukan sahaja tiada banjir atau hujan malah cuaca cukup baik di Merlimau).

1 comment:

Anonymous said...

Ini lah yang dikatakan Politik dulu semasa anuar jadi TPM dia kata Anuar aljuburi sekarang Anuar dan jadi Pembangkang mereka berkawan baik , ini lah Politik dulu kita musuh sekarang jadi kawan baik jadi kita tak usah percaya orang saperti ini, tidak ada pegangan hidup. Dalam ceramah cakap berapi rapi tapi satu apa pun tak ada seronok dengan kutuk orang boleh lah . baik duduk rumah tengok drama TV atau main dengan cucu lagi baik ada juga faedah.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)