Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Thursday, February 17, 2011

Blogger Waadat akui Jasa Anwar Ibrahim



 Ketika Anwar dilucut semua jawatan dalam kerajaan, Wan Azizah bergegas menemui Dr Siti Hasmah.

Antara butiran rayuan Kak Wan ialah tak 'kanlah Anwar tiada jasa langsung sehingga dihukum begitu?

Namun Tun Hasmah memberitahu bahawa beliau hanya isteri PM dan keputusan dibuat AMT, bukan PM seorang diri.

Demang akui, Anwar juga sebagaimana pemimpin kita yang lain memang banyak jasanya terhadap negara. Mana-mana pemimpin dunia pun begitu termasuk Hosni Mubarak.

Perlu di ingat bahawa Anwar dihukum setelah semua peluang untuk membela diri dan mengundur diri diberikan seluasnya.

Namun Anwar tidak mengambil peluang tersebut sebaliknya bertindak menyerang semula.

Kenapa? Sebenarnya sebelum skandal dan rahsianya terbongkar, Anwar sudah mendapat respon bahawa kedudukannya dan penerimaan rakyat terhadapnya lebih tinggi daripada Tun Mahathir. Itulah sebabnya Anwar tidak mahu mengalah, tidak kira dia benar atau salah.

Namun di pihak kita sebagai rakyat, soal keamanan negara adalah paling utama. Kita tidak mahu ‘gajah sama gajah berjuang kancil mati di tengah-tengah’.

Justeru langkah terbaik yang patut diambil ialah meminta kedua-dua ‘gajah’ itu berundur.

Tun Mahathir menyahut seruan tersebut dan meletakkan jawatan selaku PM dan semua jawatan lain dalam kerajaan. Bahkan jawatan presiden UMNO dan pengerusi BN.
  
Bagaimana dengan Anwar?

Seolah mengulangi perjanjian Muawiyah-Ali, Anwar melihat pengunduran Mahathir sebagai peluang untuknya menjadi Perdana Menteri.

Ternyata Anwar bukan pejuang tetapi petualang kerana rela melihat politik negara kucar kacir dan membuka peluang kepada kaum lain menekan kerajaan melalui permintaan yang bukan-bukan.

Jika DAP menguasai Malaysia selepas PRU13 maka Anwar wajar membunuh diri sebelum ia dibunuh oleh orang Melayu sendiri!!!

2 comments:

C L J said...

Ini perkataannya Anwar pada 3hb malam selepas dia pulang dari PWTC di mana MT memberi restu kepada tindakan Tun Dr Mahathir dan membuat keputusan memecat Anwar daripada semua jawatan dalam UMNO. Katanya: "I am a fighter; I will fight to the end of my life."

Maka sekarang pun dia masih lagi "fighting" walau pun "fighting a loosing battle" kerana dia belum mati. Begitu rupanya musibah politik yang menimpa kita semua. Sebenarnya adalah simbahan dari musibah yang menimpa Anwar yang ditangkis kepada kita. Kerana dia pandai membina simpati dan dia tahu orang Melayu ini teramat simpatatik.

Dia pun ikut membandingkan dirinya dengan Jose Rizal dan berkata kalau dia ditangkap rakyat akan bangkit. Namun katanya mereka(kerajaan) tidak akan boleh buat apa apa. Mereka tidak akan dapat tangkap saya melainkan dibawah isa (maksudnya dia memang mahu dia ditangkap dibawah ISA).

Namun hari ini Anwar patut sedar bahawa segala sokongan hasil penipuannya dahulu itu sudah pupus. Penyokong penyokong tegal dan tidak tegal semua sudah lari meninggalkan dia. Mereka sudah sedar dah.

vinniemoore said...

lu silap bro. utk rakyt biasa sprt gua. gua tau mna najis mne nasik. 1998 gua kecik lg. baru form 4. tp gua tau my next pm is Anwar Ibrahim. insya allah

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)