Demang Lebar Daun...

Beliau adalah negarawan ulung yang mengasaskan sistem pemerintahan Melayu beraja. Tokoh hebat yang sepatutnya menjadi idola setiap orang Melayu. Demang Lebar Daun sedar tentang kuasa. Baginda melihat politik dari sudut yang tidak mampu dilihat meski oleh manusia yang mengaku berada dalam zaman yang hebat seperti kita ini.

Demang Lebar Daun adalah moyang orang Melayu. Tetes darahnya mengalir dalam zuriat Melayu kekal hingga ke hari ini.

Sistem yang diasaskan baginda sebenarnya relevan untuk sepanjang zaman. Cuma orang Melayu sering dikelirukan oleh musuh sehingga ada dalam kalangan orang Melayu sendiri yang kurang percaya pada kaum sendiri.

Powered by Blogger.

Morhabshi

Blog Mesti Jengah

Friday, January 27, 2012

NFC tak gagal, lembu tak gagal, pembangkang yang gagal

KUALA SELANGOR 26 Jan — Penjelasan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang berhubung projek Pusat Fidlot Nasional (NFC) membuktikan bahawa projek itu tidak gagal, kata Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar.

Ini kerana projek itu yang membabitkan syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih, katanya.

"Penjelasan Ketua Audit Negara berhubung projek NFC adalah sama dengan penjelasan panjang yang saya berikan di Parlimen dahulu pada sesi penggulungan kementerian saya sebelum ini,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada para penerima yang layak di Bukit Belimbing di sini, hari ini.

Noh berkata demikian ketika mengulas penjelasan Jabatan Audit Negara (JAN) semalam bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak ada menyebut perkataan-perkataan seperti kucar-kacir ataupun penyelewengan dalam laporan pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan.

Ambrin dalam satu kenyataan berkata “perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN (Jabatan Audit Negara) tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan.” — LAGI NOH-NFC 2 KUALA SELANGOR Ambrin dalam kenyataan itu juga menyebut pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek itu terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau juga berkata pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek itu yang menyebabkan kerajaan menangguhkannya pada Mei 2009, iaitu sebelum pengauditan, sehingga satu kajian daya maju dan model perniagaan dijalankan.

Mengulas lanjut, Noh mengakui kelewatan berlaku pada pelaksanaan projek tersebut yang bermula ketika proses hendak membersihkan tapak seluas 5,000 hektar di Negeri Sembilan iaitu sebanyak 1,500 hektar kepada NFCorp manakala 500 hektar diberikan kepada sebuah syarikat lain dan Kerajaan Negeri Sembilan mendapat 3,000 hektar.

Beliau berkata pertikaian yang ditimbulkan oleh pembangkang bahawa kerajaan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM250 juta kepada NFCorp sebelum perjanjian dimeterai sebenarnya jelas menunjukkan mereka keliru.

Ini kerana, katanya, terdapat dua perjanjian dimeterai antara syarikat swasta tersebut dengan kerajaan iaitu pertama pada 6 Disember 2007 dengan Kementerian Kewangan membabitkan pinjaman berkenaan.

Satu lagi perjanjian pula membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditandatangani pada 8 Mac 2010 iaitu ketika beliau menerajui kementerian tersebut, katanya.

"Jadi tidak mungkin perjanjian belum ditandatangani duit (pinjaman) sudah dikeluarkan, jadi pembangkang twist (putar belit) bahawa perjanjian dibuat pada 2010 sedangkan perjanjian sebelum itu tidak disebut,” katanya.

Dalam pada itu, Noh berkata sekiranya terdapat sebarang penyelewengan dalam projek berkenaan, kementerian menyerahkan kepada SPRM untuk membuat siasatan.

“Projek tersebut tidak gagal, hanya kementerian perlu menyusun semulasupaya ia dapat dilaksanakan sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian,” katanya.

— BERNAMA

http://www.utusan.com.my/
Salinan daripada blog Panglima Perag Cyber

0 Komen:

Apa kata anda?

Prasekolah

  • Maulidurrasul - Murid prasekolah turut mengambil bahagian dalam perarakan mengelilingi Padang Pahlawan sempena sambutan maulidurrasul peringkat sekolah pada 11 Feb 2012....
    1 day ago

Penginapan di Bukit Merah

Penginapan di Bukit Merah
ctc: 019 6000 654, 017 236 9686 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)



Ramuan & Petua untuk anda

Jualan terus: daripada pengeluar kepada pengguna

Dapatkannya sekarang pada harga pengeluar. Cuma RM2.50 seunit. Keuntungan 100% Klik di sini

Dapatkan Kitab Perubatan Percuma

Join dan muat turun ayat Al-Quran, ramuan, petua, dan amalan tertentu. (termasuk bagi meningkatkan hubungan suami-isteri. Download.

anda, anak, & famili

Jika bayi anda meragam, apa perlu anda buat? tak kan nak buat bodo je, ye tak? Klik sini

Popular Posts

Blog Archive

Penyair Dari Gunung

Akulah penyair yang turun dari gunung
Beratus tahun telah kududuk di situ
Beratus-ratus tahun
Kini kuturun ke lembah, melihat manusia
Kecil miskin, lagi hina
Mereka hidup melata-lata
Tanganmu kugenggam kujulang keudara
Akan kujeritkan bagaikan halilintar
Kebebasan abadi
Akan kita susun perbarisan
Menjulang keadilan
Milik kita, milik semua
Kita hidup bahagia

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP