Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Wednesday, February 29, 2012

Monday, February 27, 2012

Badrulamin akan letak jawatan



“Saya rela berundur sekiranya pengunduran itu boleh menyelamatkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat (PKR),” kata Anggota Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Dr. Badrulamin Bahron.

Bagus lah kalau begitu. Namun ia tidak akan membersihkan imej PKR dan pakatan sebab ada banyak lagi yang perlu dibersihkan.

PAS pun dah habis idea untuk pertahankan sekutunya itu.

Oh ya. Kalau nak kenal yang mana PAS ori dan yang mana parasit, isu ini boleh dijadikan scanner nya.

Yang berdiam diri tu ori dan yang berbelit lidah cuba defend Badrulamin tu orang Anwar yang menyamar sebagai ahli PAS.

posted from Bloggeroid

PKR sendiri rancang tangkap khalwat badrulamin



Telefon berdering. Ustaz Badrol Amin menatap nama yang tertera.

"Ah, apahal lak call tengah-tengah malam ni?" bisiknya sendirian. Dia tidak tergamak menjawab panggilan tersebut memandangkan pemanggilnya seorang wanita yang tiada kena mengena dengannya.

Namun telefon berdering lagi berkali-kali. Terfikir pula Ustaz Badrul mungkin wanita tersebut dalam kecemasan.

Akhirnya dia menjawab panggilan tersebut.

"Assalamualaikum ustaz. Maaf lah mengganggu malam-malam ni. Saya dah tiada pilihan lain. Suami saya asyik mengamuk sahaja dari tadi. Saya nak lari ke tempat ustaz menginap sekarang juga.

"Eh tak boleh lah. Nanti timbul fitnah pula. Bersabarlah." Ustaz Badrul memberi nasihat.

"Tak tahan lagi nie ustaz. Nak jugak. Saya nak jugak." rengek wanita tersebut sambil menangis, melaung, serta meraung. Sakit telinga ustaz Badrul dibuatnya.

"Beginilah. Kalau dah tiada tempat lain, boleh lah datang ke mari." akhirnya dia membuat keputusan.

Sementara wanita tersebut dalam perjalanan, Ustaz Badrul segera menghubungi beberapa orang rakannya lelaki dan perempuan.

Dia menceritakan kejadian yang berlaku dan meminta pandangan mereka.

Tidak lama kemudian mereka semua berkumpul di lobi hotel menunggu wanita itu tiba.

Wanita tersebut tiba dengan linangan air mata. Semua yang ada di situ turut simpati. Mereka membantu wanita tersebut menenangkan perasaan.

Tiba-tiba datang sekumpulan lelaki sekitar 20 orang diketuai suami wanita tersebut. Dia memaksa isterinya itu mengikutnya pulang.

Perkara tersebut dianggap selesai. Apabila para pegawai Jabatan Islam Pahang tiba, hanya tinggal beberapa orang pemimpin PKR sedang berbual di lobi.

"Kami dapat aduan berlaku khalwat antara Ustaz Badrul dengan isteri orang." kata salah seorang pegawai tersebut.

"Encik buat lawak ke?" balas salah seorang daripada yang ditanya.

Para pegawai JAIP termasuk beberapa pemimpin UMNO yang turut sama dalam operasi tersebut tunduk malu dan segera beredar.

Kes selesai.

Maaf. Itu hanya lah imaginasi Demang semata-mata.

Malangnya situasi di atas tidak berlaku sebaliknya Ustaz Badrulamin membenarkan wanita yang masih bersuami itu menemui beliau sendirian pada pukul 2 pagi dengan hanya berteman seorang kanak-kanak berumur 5 tahun di bilik sebuah hotel!

Jika kejadian terrsebut benar seperti yang dilapor maka pemimpin PKR tersebut nyata bersalah. Samada berlaku perkara sumbang atau tidak, pertemuan tersebut memang salah dan boleh dianggap keji.

Bertemu isteri orang di bilik hotel pada pukul 2 pagi!

Badrulamin dah tak boleh berfikir secara rasional ke?

Jangan sesekali lupa bahawa manusia memang tidak mampu berfikir secara rasional dalam kes NAFSU! Berceramah menasihati orang memang boleh ttapi apabila berdepan dengan godaan dan peluang? Siapa boleh tahan?

Itu sebabnya Allah Taala berfirman 'jangan hampiri zina'.

JANGAN HAMPIRI sebab apabila dah hampir maka susah nak patah balik!

Namun ada satu lagi kemungkinan iaitu PKR sendiri yang merancang tangkapan tersebut. Badrulamin sebagai umpannya.

Tujuan?

Ada bebetapa kemungkinan:

Pertama, kerana perhimpunan hijau di Kuantan yang tidak mendapat sambutan.

Kedua, bagi menarik perhatian rakyat yang semakin lupa pada PKR.

Ketiga, untuk memanipulasi isu ini agar rakyat menuduh ini 'satu lagi' konspirasi UMNO.

Idea tersebut cukup mudah. Apabila Anwar didakwa dengan pelbagai tuduhan salah laku seks, rakyat bersimpati dengannya dan berkata: "TAKKAN LAH ANWAR BUAT BENDA TU!"

Maka dalam kes Ustaz Badrulamin juga PKR berharap rakyat sekali lagi akan berkata: "TAKKAN LAH USTAZ BADRULAMIN BUAT BENDA TU."

Cuma PKR lupa satu perkara. Masa Anwar dituduh dulu rakyat memang terkejut. Namun sekarang rakyat tak begitu terkejut memandangkan kes ustaz PAS ditangkap khalwat dengan isteri orang pun suah beberapa kali berlalu.

Mat Sabu pernah ditangkap dengan isteri orang di bilik hotel. Kesnya digugurkan kerana masalah teknikal. Sampai sekarang isu tersebut disebut lagi dan Mat Sabu diam tak menguit walau dicabar berkali-kali agar menafikan tuduhan tersebut atau menyaman pihak yang mengungkit kes itu beratus kali.

Mat Sabu taknak duit ke? Kalau dia BENAR, saman lah. Tengok macam Anwar saman Utusan minggu lepas.

Nampaknya Anwar lebih berani berbanding Mat Sabu. Walaupun menikus dengan cabaran Umi Hafilda, Ezam, Hasan Ali, Zulkifli Nordin, dan Tun Mahathir, sekurang-kurangnya berani jugak saman Utusan.

Selain Mat Sabu ada lagi satu kes pemimpin PAS ditangkap bersama isteri orang dalam keretapi.

Ustaz itu pun senyap sunyi tak berani ambil tindakan. Padahal ustaz yang membuat tuduhan tersebut membuat cabaran secara terbuka.

Bagi Demang samada penangkapan Badrulamin satu muslihat PKR atau perangkap syaitan yang berjaya menggoda pasangan tersebut, ia takkan beri keuntungan pada pembangkang.

Ia tidak akan mengubah hasrat rakyat yang semakin sayang pada Najib sejak akhir-akhir ini.

Terpulanglah samada anda nak anggap kenyataan Demang itu satu persepsi atau realiti. Yang nyata, Najib memang sudah semakin menambat hati rakyat Malaysia.

posted from Bloggeroid

JAIP nafi rancang tangkap Badrulamin



Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menafikan dakwaan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr. Badrulamin Bahron (gambar kiri) yang ditangkap khalwat semalam bahawa tangkapan itu adalah 'komplot terancang' daripada pejabat agama itu.

Timbalan Pengarahnya, Datuk Mohd. Ghazali Abd. Aziz menegaskan, tindakan tersebut dibuat atas aduan daripada suami wanita terbabit yang menghubungi penguat kuasa JAIP supaya datang ke hotel itu kerana didapati isterinya bersama dengan lelaki lain.

"JAIP tidak pernah merancang atau berkomplot untuk membuat tangkapan terhadap kedua-dua individu terbabit.

"Lagipun sebarang tangkapan dibuat atas aduan orang ramai. Perkara seperti merancang atau komplot tidak pernah terjadi dalam tangkapan sebelum ini kerana JAIP mempunyai prosedur yang ditetapkan," katanya kepada Utusan Malaysia di Kuantan semalam.

posted from Bloggeroid

Sunday, February 26, 2012

SMS Penjelasan Badrul Amin isu khalwat



Maaf la Demang pinjam gambar Kak Wan untuk menghiasi posting ini.

Barangkali demikianlah sughulnya Kak Wan merenungi hari mendatang.

Demang malas nak campur isu khalwat ni. Demang pun bukan jelas sangat isu sebenar.

Namun sms yang berikut dikatakan dihantar oleh Badrul Amin selepas ditangkap.

Baca dan fikirkan sejenak:

"Kes isteri orang lari dari suami dtg ke hotel di kuantan tmpt retreat. suami dtg dgn gangster tuduh ana bawak lari dan sorok. kes setel "family problem'. mak pompuan datang. memang diaorang nak cerai. isteri selalu nak lari. Ana nasihat pulang semula".

Demang amat musykil kenapa Badrul Amin bersetuju untuk berjumpa isteri orang pukul 2.00 pagi di dalam bilik hotel?

Kenapa tak ajak wanita PKR lain dalam hotel tersebut bagi mengelak fitnah?

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

posted from Bloggeroid

Saturday, February 25, 2012

Rahsia blogger popular dibongkar




Semalam Demang menulis tentang rahsia blogger memanipulasi ruang komen supaya blog nampak gah dan hebat.

Demang bukan nak mengajar orang membina blog apatah lagi untuk mengajar blogger berblog. Mengajar itik berenang itu kurang ajar namanya.

Cuma Demang nak berkongsi pengalaman dengan pengikut blog beberapa temberang penganut sosialis yang berlindung di sebalik topeng blogger.

Sebenarnya sosialis pun masih berupa topeng sebab ada agenda lain yang mereka perjuangkan.

Ya. Mereka memperjuangkan kebebasan tanpa sempadan.

Idea menulis artikal semalam timbul apabila Demang terbaca sebuah blog 'popular' tetapi baru semalam Demang jumpa.

Menariknya blog tersebut ialah untuk satu posting sahaja terdapat hampir 200 komen.

Betul ke komen pengunjung? atau..? Lihat artikal Demang sebelum ini berkenaan  rahsia di sebalik komen Blogger.

Apa isu dalam blog tersebut?

Ha ha ha. Dalam mengisi ruang blog apa isu pun tak kesah. Yang penting perlu ada ciri-ciri berikut:

1. Isu yang ramai orang suka.
2. Isu yang ramai orang benci.

Sebagai blogger tidak perlu tamak untuk mengambil hati semua pihak. Ertinya blogger perlu berpihak. Blogger atas pagar agak sukar mencapai populariti dan akhirnya dilihat sebagai tiada pendirian.

Berbalik pada blogger tersebut beliau memanipulasi satu isu iaitu isu perniagaan Multi Level Marketing atau MLM.

"Bijak, memang bijak."

Maksud Demang blogger itu memang bijak menyusun buah dam. Dia sorong satu, dia balas tiga.

Demang nak tanya, jika anda mahu memulakan blog, posisi yang manakah yang paling seronok? Menyokong atau menentang?

Kalau anda menulis blog yang menyokong MLM maka hanya anda dan leader-leader syarikat MLM sahaja lah yang akan menyokong anda. Selebihnya ialah ahli syarikat MLM yang baru mendaftar.

Sebaliknya jika anda mengambil kedudukan menghentam MLM percayalah, blog anda akan meletup dalam masa yang singkat. Hal ini kerana dalam MLM lebih ramai yang gagal daripada yang berjaya.

Dalam dunia pun begitu.

Maka sebagaimana teori Demang, blogger tersebut mengambil posisi menghentam MLM.

Blogger tersebut tahu, ramai yang gagal dalam MLM bukanlah gagal percuma sebaliknya gagal setelah usaha, tenaga, dan wang ringgit dilaburkan yang akhirnya terlebur.

Nah! Blogger tersebut cuma perlu ungkit semula kekecewaan yang mereka alami dengan ditambah pengalaman kekecewaan beliau sendiri.

Kenapa beliau berblog?

Sebenarnya soalan tersebutlah yang patut ditanyakan awal-awal. Untuk popular, untuk wang, atau untuk lain? Ataukah ada agenda tersirat?

Jika anda temui blog yang menentang MLM tersebut anda akan baca bahawa yang dihentam ialah sistem piramid.

Kenapa marah sangat dengan skim piramid? Bukankah semua perniagaan menggunakan sistem piramid? Justeru apa nak dihairankan dengan MLM?

Itu sebabnya Demang kata blogger tersebut bijak. Nampak seolah dia menembak MLM tapi sebenarnya yang cuba dijatuhkan ialah kerajaan.

Setelah kerajaan tumbang maka ada satu lagi yang akan punah. Ia lebih besar dari sebuah kerajaan.

Bukankah semua organisasi termasuk kerajaan berasaskan sistem piramid? -Termasuklah pertubuhan agama.

Bahkan jika kita perhatikan perjuangan Islam juga didokong sistem piramid.

Sistem piramid adalah fitrah manusia.

Dalam Islam jika kita bertiga maka perlu dilantik seorang ketua. Itu adalah asas piramid.

Dalam perniagaan terdapat seorang pengeluar. Di bawahnya ada beberapa pemborong dan setiap pemborong ada ramai peruncit.

Bukankah itu juga piramid?

Salah usahawan MLM jugak. Nak berkempen pun agak-agak lah. Janganlah dakwa yang bukan-bukan. Dari segi matematiknya memang lah logik namun kenyataannya ia tak akan berlaku. Sama macam janji Anwar Ibrahim nak tubuh kerajaan 16 September atau mimpi PAS nak tubuh negara Islam bersama DAP.

Berbalik pada blog yang menghentam skim piramid tadi Demang khuatir sampai satu peringkat bukan sekadar kerajaan yang nak ditumbangkan bahkan seluruh institusi termasuk agama.

Hal tersebut tidak mustahil memandangkan dalam pertubuhan agama juga diletakkan ketua di puncak piramid serta diberi pelbagai kemudahan dan keistimewaan.

Kemudahan dan keistimewaan adalah impian semua orang maka di situ terdapat banyak isu yang boleh dimanipulasi.

Jika anda mahu bikin blog yang popular maka di situ juga terdapat peluang untuk anda bermain.

Sanggup?
posted from Bloggeroid

UMNOngok bongok



Pagi ini Demang mengiringi putera kami mendaftar sebagai penuntut sekolah tahfiz berkonsep ulul albab di Alor Gajah Melaka.

Alhamdulillah. Syukur Demang atas beberapa perkara antaranya kerana terbina sebuah lagi pusat tahfiz di negara kita dan kedua putera Demang turut terpilih sebagai pelajar sulung di Melaka.

Sebenarnya Imtiaz adalah sekolah swasta tetapi tidak berasaskan keuntungan. Sebab itulah pemilihannya agak ketat.

Ia dimulakan di Terengganu melalui idea Idris Jusuh yang menjadi MB Terengganu ketika itu.

Kalau tak silap sudah ada 4 buah sekolah Imtiaz di Terengganu.

Barangkali ada yang masih ingat konsep ulul albab yang dicetuskan Pak Lah ketika menjadi PM masa tu? Ya lah, masa tu semua orang kutuk Pak Lah. Mungkin tak perasan hal ini.

Impian Paklah ialah melahirkan manusia yang mampu memberi sumbangan pada dunia melalui kepakaran masing-masing sebagai menyahut cabaran 'kita adalah ummat terbaik yang akan memimpin manusia'.

Secara ringkasnya, Paklah mahu jika seseorang itu menjadi doktor maka dia adalah doktor yang hafaz Al-Quran. Jika menjadi saintis atau angkasawan maka jadilah saintis atau angkasawan yang hafaz Al-Quran.

Dan jika jadi PM atau menteri maka PM dan menteri yang seluruh isi Al-Quran dah dihafaz, bukan PM yang hampas atau PM yang jadi ahli PAS.

Berdasarkan konsep tersebut Insya-Allah anak-anak kita yang keluar dari mana-mana Imtiaz (Center of Excellence) akan menyambung pendidikan di mana-mana universiti ternama samada di timur atau barat.

Berbalik pada Imtiaz Melaka ia dibina atas inisiatif dan sumbangan Zahid Hamidi. Malah tapaknya diwakaf keluarga mertua beliau.

Ingat ye. Nak bina negara Islam bukan semestinya melalui PAS. Apatah lagi PAS yang ada hari ini.

Walaupun orang PAS gelar UMNOngok dan pemimpinnya bongok namun banyak jugak buat perkara kebajikan untuk syiar Islam.

Pastu ada pulak orang PAS yang minta kerja kat situ.

posted from Bloggeroid

Friday, February 24, 2012

Syor DAP untuk kakitangan kerajaan yang dah tua

petikan kenyataan tony pua.

Tony Pua berkata, Pakatan akan menggalakkan kakitangan awam yang sudah tua dinasihatkan berhenti kerja. Ia akan ambil contoh cara negera China bagaimana mereka kurangkan kakitangan awam termasuk kakitangan awam yang kurang berprestasi. Kakitangan awam yang diberhentikan ini akan mendapat pampasan separuh gaji, supaya pihak kerajaan dapat kurangkan bebanan dan tanggungan kos untuk membayar gaji kakitangan awamnya.

posted from Bloggeroid

Thursday, February 23, 2012

Adik Farish kembali ke rahmatullah.


Beberapa hari lalu Demang dan rakan Blogger lain mengeluarkan artikel untuk bantuan bagi meringankan beban Ibu bapa Farish dalam membayar bil rawatan Hospital yang telah mencecah ke angka RM100 ribu.

Usaha kebajikan ini dimulakan saudara Mazidul Akmal dan disahut ramai blogger bagi tujuan memumgut derma.

Pagi tadi Mazidul mengumumkan melalui blognya bahawa adik Farish sudah meninggal dunia.

Apapun Demang ucapkan berbanyak terima kasih kepada para penyumbang dan Demang difahamkan target RM100k itu sudah dicapai.

Rakyat Malaysia memang prihatin.

Alfatihah...

posted from Bloggeroid

Wednesday, February 22, 2012

muslihat blogger terbongkar

Kelmarin seorang teman bertanya cara-cara untuk menulis di blog. Beliau rajin membaca buku dan teringin mengeluarkan semula idea melalui tulisan untuk dikongsi dengan orang ramai.

Bagus, kata Demang. Aset pertama sudah ada iaitu rajin membaca. Penulis yang tidak mahu membaca buku akan jadi seperti tong kosong. Nampak comel tapi apabila dibuka, isinya hampa dan kadang-kadang hampas.

“Ada akaun Gmail”? tanya Demang pada beliau.

“Ada”.

Maka Demang mengucapkan “bagus” yang kedua kepada beliau. Jika sudah ada Gmail maka langkah seterusnya menjadi lebih mudah.

Sebenarnya menulis di blog semudah menulis SMS dan menghantarnya kepada rakan. Apatah lagi kita boleh membuat ‘posting’ hanya melalui 'handphone' sahaja menggunakan aplikasi khas yang boleh didapati secara percuma.

Malah kekadang Demang sempat ‘upload’ artikal ketika di lampu isyarat. (Jangan dicontohi).

Memiliki blog sahaja belum cukup untuk menjadikan anda blogger terkenal. Malah mungkin tidak ada langsung orang yang singgah di blog anda walaupun anda menulis dengan baik.

Taraf pendidikan, jawatan politik, kedudukan dalam masyarakat, harta kekayaan, hatta rupa paras pun bukanlah jaminan untuk menjadikan blog popular.

Hal ini kerana internet adalah sebuah lautan tak bertepi yang tiada siapa tahu berapa banyak benda di dalamnya.

Justeru anda perlu menguwar-uwarkan blog tersebut. ya, anda perlu lakukan sedikit promosi.

Ada banyak cara untuk melakukannya. Jika anda ada duit, gunakan media berbayar untuk itu. Iklankan blog tersebut di akhbar bercetak atau akhbar dalam talian. Anda boleh juga menyewa tapak iklan di blog-blog yang sudah terkenal.

Media sosial seperti Facebook dan Twetter adalah tempat terbaik mempromosi blog anda. Anda boleh mempromosi secara percuma atau dengan mengupah pihak lain melakukannya.

Malah pihak FB menyediakan perkhidmatan pengiklanan dengan kadar fleksibel. Anda boleh menentukan sasaran blog anda berdasarkan budget yang anda ada. 

Contohnya, jika anda mahu pembaca berumur 18 hingga 30 tahun yang tinggal di Melaka sahaja yang melihat iklan anda maka anda cuma perlu melakukan sedikit ketetapan dalam ruang yang disediakan.

Kalau ada wang semua kerja menjadi senang. Namun jika tiada budget anda masih boleh melakukannya sendiri dengan memperuntukkan tambahan masa. 

Namun biasanya hanya blog atau web komersial sahaja yang menggunakan iklan berbayar. Jika anda berkreatif dalam blog yang tidak bersifat keuntungan maka lebih sesuai gunakan kaedah percuma.


Satu cara terbaik ialah meletakkan link blog orang lain dan meminta blogger tersebut turut melakukan perkara yang sama. 

Gunakan tools ‘bloglist’ yang disediakan Blogspot. Jangan buat sebaliknya iaitu meminta orang lain buat link terlebih dahulu. Itu boleh dianggap kurang sopan dan boleh menyinggung perasaan blogger berkenaan terutama blogger yang perasan.

Anda juga boleh membentuk atau menyertai komuniti blogger bagi bantu-membantu dalam urusan promosi. Buat satu ‘bloglist’ untuk diisi link-link rakan blogger yang lain mengikut kategori mereka.

Biasanya blogger akan bantu-membantu apabila terdapat persamaan pemikiran terutama dalam politik. Jika anda cenderung pada kerajaan maka tidak perlulah meminta blogger pembangkang meletakkan link blog anda. Namun ada juga yang melakukannya terutama jika blog tersebut amat popular.

Satu lagi alat yang disediakan penyedia Blogspot ialah medan ‘Follower’. Alat ini membolehkan pembaca mengikuti blog anda secara berterusan. Macam pembaca setia lah. Samada mereka benar-benar ‘follow’ itu perkara kedua.

Untuk memanafaatkannya pun sama seperti ‘bloglist’ tadi. Anda perlu bekerjasama dengan blogger lain. Jika anda rajin menjadi ‘follower’ pada blog lain maka blogger lain biasanya akan membalas budi anda itu.

Dikatakan, semakin banyak ‘follower’ maka semakin popular lah blog tersebut. Benar atau tidak biarlah masa menentukannya.

Ruang yang tak kurang pentingnya dalam blog ialah ruang komen. Demang nak tekankan sikit tentang itu.

Di ruangan komen para pengunjung boleh memberi respon terhadap artikal anda. Sebagai blogger (tuan rumah) anda diberi kuasa untuk menentukan siapa yang boleh memberi komen dan bagaimana bentuk komen tersebut.

Anda berhak menghalang dan membuang apa sahaja komen yang ditulis di situ. Malah jika anda tidak mahu sebarang komen pun boleh!

Ruang komen juga menggambarkan populariti blog tersebut.

Oleh kerana ruang komen ini dibaca oleh semua pengunjung sebagaimana artikal yang anda tulis maka anda perlu mengawasinya baik-baik. Sesetengah blogger memanipulasi ruang komen dengan bijak dan menjadikannya sebagai strategi untuk meningkatkan populariti.

Jika anda gagal mengawal ruang komen maka blog anda amat berisiko tinggi. Malah anda boleh disaman hanya kerana komen yang ditinggalkan di situ; walaupun ia ditulis oleh orang lain.

Hal ini kerana anda mempunyai 'pegangan' (kuasa penuh) terhadap blog anda sendiri termasuk ruang komen.

Sebenarnya ada blogger yang menulis sendiri komen menggunakan nama samaran bagi memuji, mengeji, atau membuat provokasi supaya menampakkan betapa blognya diminati ramai dan terkenal.

Ada 5 kategori penulis komen mengikut klasifikasi Demang:

1) Blogger Aktif, iaitu seseorang yang mempunyai blog dan aktif dengan blog tersebut. Anda boleh klik pada namanya (di sebelah komen beliau dan seterusnya anda akan dibawa ke bahagian profile. Klik pada blog yang dimiliki blogger tersebut dan anda akan dibawa ke blog beliau.

Jika berjaya maka komen tersebut boleh dipertanggung jawabkan pada penulisnya. Ertinya, tiada penipuan atau penyamaran.

2) Tukang Komen Bernama, iaitu orang yang mempunyai akaun blogspot dan masih dianggap blogger. Namun mereka tidak menyiapkan blog tersebut atau sekadar membuka blog bagi mendapatkan status Blogger. Dengan lesen tersebut mereka bebas memberi komen.

Kadang-kadang blogger blog tersebut menggunakan taktik ini dengan menyamar sebagai orang lain dan memberi komen yang menguntungkan dirinya.

Ada blogger yang membuka 5-6 akaun untuk tujuan itu.

3) Tukang Komen Tak Bernama (Anon), iaitu penulis komen yang menulis komen tanpa perlu memperkenalkan diri. Pengomen kategori ini sebenarnya hampir sama status dengan pengomen kategori (2) tadi namun beliau lebih jujur.

Demang katakan jujur sebab sekurang-kurangnya dia tidak cuba menyamar. Awal-awal lagi kita dah boleh 'reject' pendapatnya.

4) Bernama Tidak Berdaftar, iaitu pengomen yang menulis namanya secara manual walaupun tidak berdaftar dengan Google. Pengomen ini boleh dipercayai selagi beliau masih bersopan santun dan jujur. Namun dia berpotensi untuk masuk kategori (3) atau (5).

5) Penyamar iaitu menggunakan nama orang lain. Blog Waadat pernah dikomen oleh seseorang yang menggunakan nama Papagomo. Mujur Papagomo cepat-cepat hubungi Demang dan menjelaskan perkara sebenar.

Untuk mengetahui samada pengomen tersebut blogger sebenar atau penyamar ialah dengan cara klik pada nama pengomen tersebut. Jika apabila anda klik dan terus dibawa ke blog tersebut, maka kemungkinan besar itu adalah PENYAMAR. Hal ini kerana jika beliau adalah blogger sebenar, anda akan dibawa ke tetingkap 'profile' terlebih dahulu.

Jika ditanya pada Demang pengomen mana yang paling tidak boleh dipercayai maka Demang akan jawab yang nombor (2). Hal ini kerana pengomen nombor (2) adalah penyamar yang cuba menipu identiti.

Namun jika Demang ditanya tentang strategi bagi menggalakkan pengunjung dan meningkatkan populariti maka strategi ini boleh digunakan.

Selamat berblog. Hanya yang asli.

Baiah hj hadi


Celaka dunia akhirat – Hadi

KUALA LUMPUR 21 Feb. — Setiap calon Pas yang bertanding dalam pilihan raya diwajibkan berbai’ah, satu bentuk pengakuan yang lebih besar dan berat daripada bersumpah, kata Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini.

Ini bagi menentukan calon tidak menyeleweng dari dasar Islam, cara dan matlamatnya, kata beliau.

Abdul Hadi berkata, sesiapa yang melanggar bai’ah yang dibuat “maka akan celaka dunia dan akhirat”.

Beliau turut menyentuh dakwaan kalangan tertentu kononnya Pas sudah menyeleweng daripada dasar Islamnya apabila membawa konsep negara berkebajikan.

“Jawapannya, Pas tetap dipelihara oleh undang-undang tubuhnya yang menghalang daripada melakukan sesuatu yang menyeleweng daripada Islam,” kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan di sini.

Dalam pada itu, beliau mendakwa negara kebajikan yang dilakukan Barisan Nasional (BN) berunsurkan rasuah demi kemenangan pilihan raya. — BERNAMA

Bagi Demang tak perlu ada baiah berasingan sebab semua wakil rakyat sudah faham bahawa jawatan yang dipegang adalah amanah.

Bagi yang beragama Islam amanah tersebut akan dipertanggung jawabkan di akhirat kelak.

Demang berpendapat kenyataan Hadi sekadar kosmetik pilihanraya semata-mata.

Oh ya. Oleh kerana hj hadi kata sumpah tak seberat baiah maka elok lah hj hadi nasihatkan anwar untuk bersumpah.

posted from Bloggeroid

Tuesday, February 21, 2012

Posting amal: pengidap barah darah

Anwar hina Majlis ulama PAS dan Nik Aziz


Akhirnya Anwar ambil keputusan biadap dengan tidak akan menyaman The Wall Street Journal.

Sekaligus Anwar seolah memberitahu PAS bahawa siapa Majlis Ulama PAS untuk memberi kata dua kepadanya?

21/02/2012 12:02pm

KUALA LUMPUR 21 Feb. - Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) berhubung kenyataannya mengenai Israel yang disiarkan oleh akhbar itu bulan lalu.

Beliau berkata, ini kerana akhbar itu turut menyiarkan kenyataannya mengenai 'kontinjen' iaitu syarat-syarat sebelum sokongan untuk melindungi keselamatan Israel dibuat. - UTUSAN

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0221&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_07.htm

Anehnya, pada masa yang sama dan dalam kes yang hampir sama Anwar bertindak menyaman akhbar Utusan kerana menyiarkan berita yang boleh menjatuhkan maruahnya.

Lebih aneh lagi Anwar tidak pula menyaman Ezam, Umi Hafilda, Zulkifli Nordin, Hasan Ali dan ramai lagi yang 'memfitnah' lebih teruk lagi.

Dalam kes Utusan, Anwar terpaksa terkial-kial mencari point yang sesuai untuk membawa kes ke mahkamah.

Padahal Ezam, Umi Hafilda, dan Zulkifli Nordin terang-terang menuduh Anwar serta mencabarnya berpuluh kali.

Demang musykil!

posted from Bloggeroid

Monday, February 20, 2012

Tung tang tung tang bunyi tong kosong



Penulis: Anwar Ibrahim

Tajuk: Memperkasa Sistem Pendidikan Negara

Monday, 20 February 2012 16:30 12 Jun 2009

Ucaptama yang saya sampaikan bersempena Wacana Pendidikan Rakyat pagi tadi antara lain menyentuh kelemahan ketara sistem pendidikan yang mengakibatkan ramai pelajar tercicir dari arus pembangunan.

Pendidikan yang seharusnya menjadi wahana penting buat rakyat keluar dari bahaya kemiskinan, rupa-rupanya masih gagal walau sudah puluhan tahun merdeka.

Tatkala saya memimpin gerakan mahasiswa dahulu, antara teks yang menjadi rujukan adalah karya Paulo Freire, “Pedagogy of The Oppressed,” satu analisis tajam pemikir asal Brazil ini bersangkutan dasar pemerintah yang berterusan memastikan rakyat terkongkong melalui pendidikan. Dasar digarap sedemikian rupa agar mereka yang berkuasa tetap rakus bertakhta tanpa pertanggungjawaban kepada rakyat.

Tiadanya kebebasan akademik tambah memburukkan keadaan. Pelajar dan pengajar dimomok-momokkan dengan segala macam hukuman sehingga membantutkan proses pembelajaran yang memerlukan pemikiran kritis sebagai pemangkin. Budaya ampu disangga dan melarat ke seluruh pembentukan peribadi setiap dari kita. Ketakutan pula diterima sebagai satu norma biasa masyarakat.

Agenda Pendidikan Nasional yang baru mestilah mengikis barah yang disebut tadi. Dunia akademik, baik pengajar dan pelajar, mestilah berani mendepani persoalan dan menjadi jurubicara rakyat.

Usaha mestilah dijana bagi memecahkan kebuntuan kebobrokan sistem kehakiman, rasuah yang bermaharajalela dan kemunduran pendidikan. Kita tidak boleh sama sekali mengkhianati amanah ini. Terkesan sekali karya The Opium of the Intellectuals karya Raymond Aron ketika ini.

Tahun 1955 apabila buku ini diluncurkan, penulisnya mahu memecahkan tiga mitos yang menyebabkan trahison des clercs (pengkhianatan kaum intelektual).

Saya kini meminjam wacana tersebut, berhasrat merobohkan tiga pembohongan yang dilemparkan kepada Keadilan; kononnya mengabaikan kemaslahatan umat Melayu, Islam dan derhaka kepada Raja. Nah sekarang sebenarnya siapa yang mengabaikan umat Melayu dan Islam?

Kekayaan beredar di kalangan mereka menyebabkan kebanyakan orang Melayu kekal dalam kemiskinan manakala Bahasa Melayu terus diinjak-injak.

Kerakusan untuk terus berkuasa membuatkan mereka memperkudakan institusi kehakiman dan keadilan walaupun ini jelas bertentangan dengan prinsip-prinsip keadilan syariat. Hakim-hakim yang tegas serta berani diketepikan, membuka ruang kepada mereka yang sedia menjadi pak turut.

Sampai sekarang rakyat tidak pasti apakah tindakan susulan yang bertanggungjawab terhadap kes VK Lingam. Manakala rakyat pastinya tidak melupakan penghinaan yang dilemparkan umno bn terhadap Raja-Raja Melayu pada tahun 1993 itu. Mitos dan fitnah jahat penguasa ternyata tidak lagi ampuh membohongi rakyat....

ANWAR IBRAHIM


Apa benda dia tulis ni? Dia tahu tak Falsafah Pendidikan Negara?

Berikut adalah Falsafah Pendidikan Negara atau Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menjadi teras pendidikan di Malaysia:


"Pendidikan di Malaysia adalah satu usaha berterusan ke arah memperkembangankan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepada kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.  Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. "

Anwar yang pernah jadi Menteri Pendidikan dulu takkan lah tak tahu falsafah tersebut.

Atau Anwar nak kata para guru tak jalankan tanggungjawab yang sepatutnya?

Terus terang, hati para pendidik pasti terluka dengan kenyataan tersebut. Seolah para guru tak buat kerja.

posted from Bloggeroid

DAP berterus terang tidak mau PM Melayu



Berapa lama lagi orang Melayu mampu mempertahankan jawatan PM?

ATAU memang orang Islam sudah tidak kesah lagi?

Jika orang Islam berpecah dua iaitu separuh menyokong UMNO dan sebahagian lagi PAS dan PKR bagaimanakah kedudukan orang Islam?

Bukan Melayu yang sudah lama mengimpikan jawatan tersebut akan bulat menyokong MCA atau DAP.

JUSTERU ORANG MELAYU TIDAK SAHAJA PERLU MENYOKONG UMNO BAHKAN MESTI MENZAHIRKAN SOKONGAN TERSEBUT MULAI SEKARANG.

posted from Bloggeroid

Bukan Iran tapi provokasi zionis



Sebelum anda teruskan membaca berita berikut Demang rasa elok kita renung sedikit;

kalau di Bangkok mereka boleh buat, bagaimana dengan Malaysia?

Utusanonline.

BANGKOK 19 Feb. - Duta Iran ke Thailand, Majid Bizmark (gambar) menyatakan, pengeboman di Bangkok dirancang oleh rejim Zionis sebagai satu provokasi terhadap imej Iran dan hubungan Iran-Thailand.

"Jika diperhatikan isu ini dengan teliti, kita boleh melihat dalang di sebalik komplot ini.

"Ada sesuatu yang saya tidak boleh nyatakan, tetapi seperti yang saya katakan, suspek utama adalah Zionis," katanya dalam satu wawancara dengan akhbar tempatan, The Nation.

Bizmark berkata, Iran mengutuk sekeras-kerasnya pihak yang bertanggungjawab di atas pengeboman tersebut.

Katanya, Kedutaan Iran juga sangsi dengan kenyataan yang menyatakan bahawa dua suspek yang ditahan pihak berkuasa Thai dan Malaysia merupakan rakyatnya, walaupun menurut jabatan imigresen suspek tersebut mempunyai pasport Iran.

"Kami tidak kenal siapa mereka. Mereka mungkin sesiapa sahaja," katanya.

Satu letupan di sebuah rumah dua tingkat di Bangkok pada 14 Februari lalu membawa kepada penahanan dua rakyat Iran iaitu Saeid Morat, 28, yang putus kedua-dua belah kakinya dalam letupan itu dan Mohamad Khazaei di Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi di sini.Seorang lagi suspek, Zedhaghat Zadech Masoud, 31, ditahan di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang, Malaysia sehari kemudian.

"Anda boleh lihat senario yang sama turut berlaku di negara lain sejak beberapa bulan lalu. Ia seperti rangkaian yang berlaku, satu demi satu.

"Ia juga menunjukkan siapa dalang sebenarnya, yang amat berbahaya kepada kestabilan dan keamanan di rantau ini," kata Bizmark. - Agensi
posted from Bloggeroid

Sunday, February 19, 2012

Debat MAC-DAP: Lim Guan Eng elak


Akhirnya debat MCA-DAP menjadi kenyataan.

Bagi Demang debat bukan penyelesaian. Apapun jika ia dilakukan maka dapatlah kita sedikit sebanyak gambaran keadaan yang berlaku.

Semasa perdebatan berlangsung kita bukan sahaja dapat mendengar hujah kedu pihak bahkan kita juga boleh lihat tingkah laku dan personaliti para pendebat.

Oleh kerana Demang sendiri tidak hadir program tersebut maka baca sahajalah catatan berikut.

KUALA LUMPUR 18 Feb. - Selama ini Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kelihatan hebat ketika memberi ceramah di atas pentas politik tetapi apabila diberi peluang, beliau enggan menjawab beberapa kritikan terhadapnya ketika mengambil bahagian dalam debat MCA-DAP di Berjaya Times Square di sini hari ini.

Dalam debat selama satu jam sempena Persidangan Masyarakat Cina di Persimpangan Politik itu, Setiausaha Agung DAP tersebut bukan sahaja 'gagal' menjawab beberapa soalan peserta persidangan, malah cuba berdolak dalik termasuk sentiasa menyalahkan Kerajaan Pusat sepanjang perdebatan itu.

MCA diwakili oleh Presidennya, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek pada debat itu yang dikendalikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, Tan Ah Chai.

Terdahulu, pihak penganjur telah menetapkan beberapa garis panduan termasuk membenarkan peserta persidangan mengajukan soalan kepada kedua pendebat tersebut.

Antara soalan peserta persidangan ialah adakah Guan Eng akan menghapuskan tol Sungai Nyor di Pulau Pinang seperti yang dijanjikan pada Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu.

"Berkenaan 'cek kosong' atau janji kosong di Pulau Pinang, kerajaan negeri beriltizam untuk melaksanakannya termasuk tol di Sungai Nyor, tetapi tidak dapat melakukannya kerana kuasa berada di bawah Kerajaan Pusat," jawabnya.

Namun penjelasan Guan Eng itu ternyata tidak memuaskan hati penyokong MCA dan mengakibatkan dewan menjadi gamat.

Selain itu, Guan Eng langsung tidak menjawab soalan peserta persidangan yang mendakwa rakyat Cina di Kedah ditindas di bawah pentadbiran kerajaan Pas.

Malah Setiausaha Agung DAP itu juga 'menolak' untuk menjawab soalan tentang beliau cuba menyembunyikan isu pemberian kontrak pakaian rasmi ahli Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) membabitkan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.Kegagalan Guan Eng menjawab beberapa soalan itu menyaksikan penyokong DAP hanya mampu 'duduk diam' melihat penyokong MCA terus 'menyebut-nyebut' nama Soi Lek.

Dalam pada itu, semasa sidang akhbar, Guan Eng mengalu-alukan tindakan MCA menjemputnya berdebat kerana ia merupakan sebahagian daripada proses demokrasi.

Katanya, mereka berdua juga bersetuju supaya satu lagi sesi debat antara MCA dan DAP diadakan sama ada dalam bahasa Melayu atau Inggeris pada bulan depan.

"Ia merupakan perkara yang ditunggu-tunggu kerana selama 55 tahun, akhirnya satu perdebatan antara MCA dan DAP menjadi kenyataan kerana sesi debat itu sepatutnya berlangsung lebih awal," katanya.

Foto:
CHUA Soi Lek (kanan) bersama Lim Guan Eng (kiri) semasa Sesi Debat MCA-DAP di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur, semalam.

Sumber:
Utusanonline.

posted from Bloggeroid

Saturday, February 18, 2012

Bongkar: Usaha rampas hak orang Islam



Isu air di selangor bukan masalah rakyat. Ia masalah orang politik. Kerajaan negeri mahu mengambil alih syarikat itu kerana ia perniagaan yang amat menguntungkan tanpa risiko yang besar.

Bukankah semua makhluk memerlukan air? Menguasai syarikat air seolah-olah menjadi pengutip cukai daripada setiap makhluk setiap bulan!

Ya. Bukan hanya manusia bahkan ayam itik pun menjadi pelanggan cuma yang membayar bil ialah tuan mereka!

Isu Syabas sama macam isu NFC. Masalahnya bukan soal adakah rakyat mendapat manafaat daripada syarikat-syarikat tersebut sebaliknya siapa yang memiliki syarikat tersebut.

Oleh kerana syabas dimiliki orang Islam maka syarikat itu bebas samada membayar cukai atau membayar zakat.

Jika pemilik syarikat memilih untuk membayar zakat, melepaslah orang bukan Islam.

Semua orang tahu betapa DAP adalah tangan rahsia di belakang kerajaan Selangor.

Apabila minta cara baik tak dapat maka kerajaan negeri beri tekanan pada Syabas. Itu pun tak berkesan maka mereka melakukan sabotaj agar rakyat/pengguna marah dan meminta kerajaan mengambil alih urusan air.

Jika itu terjadi, tersenyum puaslah mereka. Berjayalah satu lagi agenda mereka.

Melopong lagilah orang Islam. Tahun depan apabila disenaraikan 20 individu terkaya di Malaysia, kalau nasib baik 2-3 orang Islam itu masih ada dalam senarai.

Jika tidak, hmm... Entahlah.

posted from Bloggeroid



Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan kenyataannya berhubung sokongan terhadap sebarang usaha bagi menjamin keselamatan Israel sebagai mewakili Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Justeru, kata Menteri Besar Kelantan itu, beliau tidak peduli dengan kenyataan Ketua Pembangkang tersebut yang dilihat tidak menghormati pendirian Pas berhubung negara Israel dan isu pembebasan Palestin.

“Itu dia punya pasallah, kenyataan saya ini untuk mewakili Pas, dia mewakili PKR. Itu tak apa (Anwar tidak menghormati pendirian Pas), dia punya pasal, tak ada apa,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Program Merealisasikan Amal Makruf Nahi Mungkar Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Kelantan di Balai Islam Lundang dekat sini hari ini.

Laporan muka depan Sinar Harian hari ini melaporkan Anwar tetap dengan pendiriannya mengiktiraf kewujudan negara Israel dengan syarat tentera negara tersebut perlu berundur dari tanah Arab, keganasan dihentikan serta aspirasi dan kewujudan rakyat Palestin dihormati.

Anwar turut dilaporkan berkata, beliau memahami bahawa Pas berpendirian kewujudan negara Israel adalah haram dan parti itu tidak berhasrat mengadakan rundingan serta kerjasama dengan Israel.


Salinan daripada sini

Sementara itu, sambil-sambil bersantai di hujung minggu, jom baca kisah ringan Angsa Bertelur Emas di sini.

Cerita rakyat: angsa bertelur emas



Mahukah peminat blog politik membaca cerita rakyat?

Berikut adalah sebuah cerita rakyat yang Demang cedok daripada buku kanak-kanak. Versi asalnya dalam bahasa Inggeris.

"Once upon a time..."

Err, ok. Kita teruskan dalam bahasa Melayu.

"... di sebuah kampung tinggal seorang petani"

Maksud Demang tidak lah beliau tinggal seorang diri di kampung tersebut. Ada saudara mara, jiran tetangga, termasuk juga ketua kampung serta ahli jawatan kuasanya.

"Selain bercucuk tanam, petani tersebut juga memelihara ternakan seperti ayam, itik, kambing, lembu, dan... kerbau."

Adapun kehidupan petani tersebut sederhana sahaja. Sama seperti penduduk kampung yang lain. Dapat jugalah mereka makan 3-4 kali sehari dan sesekali membeli pakaian yang baru di bandar berhampiran.

Pada suatu hari terfikirlah petani itu untuk mengubah nasibnya. Maka berdoalah beliau sebelum tidur agar diberi sesuatu (something like lampu aladin...).

Setelah 3 malam berturut-turut bermunajat maka pada pagi keempat beliau mendapati salah seekor angsanya telah bertelurkan sebutir emas.

Tersangatlah gembiranya petani itu dan bertambah-tambah kesyukurannya pada Yang Maha Esa.

Maka dibawanya telur emas itu menemui orang paling kaya di kampungnya kalau-kalau orang kaya tersebut berkenan.

Terlopong orang kaya tersebut apabila melihat emas sebesar telur angsa. Hampir 5 minit kemudian barulah boleh bersuara.

Akhirnya setelah tawar menawar maka telur emas itupun bertukar tangan.

Keesokan paginya si petani melihat ke sangkar angsa dan mendapati terdapat lagi sebiji telur emas.

Maka sekali lagi bergegaslah si petani ke rumah orang kaya untuk menukarnya dengan wang tunai.

Jika semalam orang kaya tersebut tercengang kehairanan sebaliknya hari ini dia sekadar termenung.

"Kenapa tuan hamba termenung?" tanya petani. "Tidak sukakah pada emas hamba?" tambahnya dengan gusar.

"Bukan tak suka tetapi duit hamba habislah sudah kerana membeli telur emas semalam."

Maka si petani pun ikut termenung sama.

Tiba-tiba melintaslah ketua kampung entah dari mana. Melihat kedua orang yang dikenalnya itu, singgahlah tok ketua bertanya khabar.

Apakala dikisahkan hal sebenar maka tok ketua pun turut termenung bersama mereka.

Tidak lama kemudian lalu pula pak imam. Beliau pun singgah kerana hairan melihat orang bertiga itu.

Dipendekkan cerita maka tok imam pun ikut sama termenung walaupun beliau tidak begitu pasti kenapa perlu termenung.

Dipendekkan lagi cerita maka sehingga hampir masuk waktu maghrib tidak kurang 15 orang penduduk kampung tersebut duduk termenung di beranda rumah orang kaya.

"Hah!" Tiba-tiba pak bilal bersuara.

Semua yang ada di situ tersentak dan hampir serentak memandang pada bilal separuh umur itu.

"Kenapa pak bilal? Dah dapat ilham kah?" tanya tok ketua buru-buru.

Pak Bilal bangun sambil menelek jam tangannya. Kemudian beliau berkata:

"Nasib baik perasan. Dah nak masuk waktu ni. Aku nak pergi azan." sahut beliau dengan selamba.

Tok Ketua tepuk dahi. Pak Imam tersenyum sambil mengengsot sedikit ke tangga.

"Jom solat dulu. Nanti kita sambung termenung ni semula."

Maka bergegaslah semua yang ada di situ ke surau. Menyesallah mereka kerana telah menghabiskan masa sia-sia memikirkan masalah telur emas si petani.

Camtu lah kita ni. Dok pening kepala pasal Anwar dan geng merapu PKR dia tu buat apa?

Cara nak nyah Anwar senang sahaja. PRU13 nanti kita jangan bagi undi kat dia and the gang.
posted from Bloggeroid

Friday, February 17, 2012

Analisis Chandra Muzafar kenyataan Anwar sokong Israel



‘Keselamatan Israel’ yang diucapkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Wall Street Journal (WSJ), 26 Jan adalah satu bentuk ideologi kata Prof. Dr Chandra Muzaffar.

“Kalau kita kaji secara mendalam..istilah yang digunakan oleh Anwar bahawa beliau ‘akan menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan Israel’..keselamatan Israel itu adalah ideologi negara zionis ini.

“Mereka menggunakan isu keselamatan untuk menguasai kawasan di sekeliling mereka itu. Mereka menggunakan istilah keselamatan ini untuk mengusir rakyat Palestin daripada wilayah mereka..untuk membunuh rakyat Palestin mereka mengunakan istilah keselamatan ini..

“Istilah keselamatan ini untuk menjustifikasikan benda-benda lain yang dilakukan Israel sepanjang 63 tahun ini, termasuk pemilikan senjata nuklear..atas nama keselamatan..dia mendirikan tembok..segala-segalanya dilakukan atas nama keselamatan..”, katanya.

Lihat video di blog Badut Rakyat.

http://badutrakyat.blogspot.com/2012/02/isu-keselamatan-israel-ini-jawapan-dr.html?m=1

posted from Bloggeroid

40 terkaya di Malaysia 2012


Berikut adalah senarai 20 daripada 40 orang paling kaya di Malaysia yang dikeluarkan Majalah “Malaysian Business”.

Robert Kuok Hock Nien – RM45.7b – KerryGroup/KuokGroupT

Ananda Krishnan – RM43b – Usaha Tegas

Tan Sri Teh Hong Piow – RM12.6b –  Public Bank

Tan Sri Lee Shin Cheng – RM11.4b – IOI Group

Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary –  RM9.5 –  Albukhary Foundation

Tan Sri Quek Leng Chan – RM8.0b – Hong LeongMalaysia

Tan Sri Lim Kok Thay – RM7.58b – Genting Group

Puan Sri Lee Kim Hua - RM6.59b – Genting Group

Tan Sri Tiong Hiew King – RM6.41b – Rimbunan Hijau

Ong Beng Seng – RM492b – Hotel Properties Ltd

Tan Sri Azman Hashim RM3.47b – Arab-Malaysian Corp

Tan Sri Vincent Tan Chee Yioun – RM2.54b – Berjaya Group

Datuk Mokhzani Mahathir – RM194b – Kencana Petroleum

Datuk Lee Yeow Chor – RM1.78b – IOI Group

Tan Sri Tony Fernandes – RM1.77b – AirAsia

Lee Yeow Seng – RM1.75b – IOI Group

Tan Sri Lau Cho Kun – RM1.72b – Hap Seng Consolidated

Tan Sri Yeoh Tiong Lay – RM1.71b – YTL Group

Tan Sri Lee Oi Hian – RM1.59b – Batu Kawan

Datuk Lee Hau Hian – RM1.58b – Batu Kawan

Demang nak ulas sikit:
Cuma 5 orang daripada senarai di atas adalah orang Melayu bermakna tiada sekatan berdadarkan kaum untuk menjadi kaya di Malaysia.

Kekayaan orang Islam seperti Syed Mokhtar melimpah juga kepada orang Islam dengan amal jariah beliau membina masjid dan sebagainya.

Terdapat syarikat yang berjaya menghasilkan lebih daripada seorang billionaire ertinya soal kronisme adalah fitrah manusia.

Kejayaan Mohzani menunjukkan Tun bukan sahaja berjaya membangunkan negara bahkan mendidik anak menjadi manusia berguna.

Lebih ramai orang Islam yang bertaraf billionaire patut dilahirkan bagi mematuhi ayat "kuntum khairun ummatin ukhrijat linnas".

Untuk berjaya ummat Islam perlu lebih bekerja sama bukannya berpecah dan berhasad dengki melainkan dalam dua perkara.

posted from Bloggeroid

PKR konsisten isu Israel

Dengar semula amanat hj hadi

Thursday, February 16, 2012

sah-sah fitnah

Dalam kes tuduhan liwat ke atas Anwar, ia mungkin fitnah dan mungkin juga betul. Namun bagaimana dengan mengubah foto di bawah?

Najib di'nandek'kan 

Gambar asal

Bagaimana rakyat hendak mengundi pembangkang jika begini caranya berkempen? Menurut Panglima Perang Cyber foto ini disiar oleh Twitter pro PKR bernama Kamal Zakariah.

Kamal Zakariah boleh menafikan tuduhan ini dengan cara menghubungi terus Demang di 0194402211. Jika tidak, mungkin ada pihak lain yang akan menghubungi beliau. Jika itu berlaku, jangan salahkan sesiapa.

Berani buat berani tanggung, ye...

Kenyataan Anwar di Indonesia

Tengahari tadi Demang menulis tentang golongan atheis baru yang galak memperjuangkan kebebasan dalam semua aspek. Lihat sini.

Demang mengungkap tentang keghairahan kelompok tersebut bagi mendapatkan kebebasan mutlak yang tidak sahaja merosakkan diri mereka sendiri malah akan menghancurkan negara seterusnya ketamadunan manusia.


Apapun kenyataan Anwar pada media Indonesia ini memang memeranjatkan.

http://anginperubahan.blogspot.com/2012/02/homoseksual-tidak-perlu-dihukum-kata.html?m=1
posted from Bloggeroid

bongkar: Anwar akan dihapuskan setelah misi selesai

Nampaknya para pendokong PKR sudah membuka topeng masing-masing. Mereka bukan lagi sekadar menyokong Anwar. Bukan setakat untuk menjatuhkan kerajaan BN dan tidak juga semata-mata untuk jawatan dan harta.


Jika hanya untuk itu semua sudah tentu mereka tidak perlu bersusah payah menongkah arus. Mereka boleh ikut langkah Ezam dan Zulkifli Nordin yang kembali ke arus perdana untuk berjuang dari dalam.

Agenda kumpulan tersebut jauh lebih besar daripada yang kita jangka. Mereka memperjuangkan kebebasan yang tiada batasnya apatah lagi yang dirujuk sebagai kekangan agama.

Ya. Kebebasan.

Lihat video peguam wanita PKR yang membantah ekstradiksi kolumnis Arab yang menghina Islam dan amati perkataan apakah yang sering diulang-ulang? KEBEBASAN! 

Justeru kita lihat kebanyakan pendokong kumpulan ini adalah manusia yang kita tidak pasti jati dirinya.
Manusia yang aneh dan janggal. 

Lihat sahaja Raja Petra, Hishamudin Rais, Thian Chua, dan Ambiga. Siapakah mereka dalam masyarakat perdana? Mereka adalah gelandangan tak bertuan yang membangsat tanpa tujuan. Mereka memperjuangkan kebebasan sehingga haiwan pun merasa pelik dan syaitan pun terpegun.

Kumpulan tersebut cerdik dalam bidang mereka. Cekap menempatkan diri dalam situasi yang mampu merugikan lawan.

Lihat bagaimana RPK membuka rahsia Anwar dan membuat laporan terhadap penyelewengan kerajaan Selangor setelah merobohkan kerajaan asal.

Musuh mereka bukanlah mana-mana manusia. Musuh mereka adalah sistem dan organisasi sedia ada. Itulah sebabnya mereka membenci agama kerana agama berisi peraturan dan arahan yang mengekang kebebasan manusia.

Dalam kelompok mereka tidak ada pengenalan bangsa bahkan juga jantina. Sebarang bentuk klasifikasi adalah menjadi kebencian mereka.

Itu sebabnya PKR menolak perkauman kerana setiap kaum terbendung dalam budaya.

Manusia sepatutnya bebas sebebas-bebasnya.

Mereka bukan komunis dan tidak juga sosialis. Mereka pemuja material tetapi membenci kapitalis kerana kapitalisme masih lagi berupa sebuah sistem.

Jika kita ingin mencari persatuan mereka, kita akan hampa. Manusia seperti mereka tidak mungkin ada persatuan atau pertubuhan. Bahkan kita amat ragu samada mereka masih mempunyai tuhan.

Manusia seperti mereka berada di mana-mana. Mereka memperjuangkan kebebasan dalam semua perkara. Mereka adalah parasit yang berada dalam sesuatu pertubuhan bagi menghancurkan pertubuhan itu.
Sementara itu selagi mampu mereka akan menjadikan pertubuhan yang mereka tumpang itu sebagai platform bagi melancar serangan terhadap persatuan lain.

Sebagai contoh dalam perkara seks. Mereka berpendapat jika seks adalah fitrah manusia maka ia perlu dinikmati tanpa sebarang peraturan atau hukum. Bagi mereka hubungan seks melalui perkahwinan adalah tradisi yang tidak semestinya dipatuhi. Ia bukan sahaja membosankan bahkan seringkali merugikan satu pihak. Biasanya wanita.

Bagi mereka hubungan seks berlainan jantina hanyalah satu peniruan dan penerusan pada tradisi lapuk. Lihat kenyataan Anwar di India sedikit masa lalu.

Wanita tidak harus selama-lamanya menjadi isteri yang wajib setia hanya pada seorang lelaki. Itulah sebabnya kita dapati kebanyakan daripada penganut fahaman ini giat memperjuangkan hak wanita. Lihat kes terbaru seorang kolumnis di Arab Saudi yang meletakkan Rasulullah setaraf dirinya.

Kelebihan perjuangan mereka ialah saranan mereka dengan mudah menarik peminat dan pengkagum. Manusia yang cenderung pada seni sering terjebak dalam fahaman ini selain golongan muda. Mereka gemarkan kelainan yang tidak terikat dengan tradisi lama.

Salah satu sifat karyawan ialah menghasilkan yang baru dan mengagumi penemuan baru. Maka jangan hairan apabila pendokong kumpulan ini terdiri daripada artis, penggiat seni, pelukis, penulis, bahkan sasterawan.

Setelah kita faham ideologi mereka maka kita akan sedar siapa musuh mereka. Lihat kembali perenggan awal tadi. Ya. Musuh mereka ialah apa sahaja sistem dan siapa sahaja yang mempertahankan sistem.

Justeru peperangan yang berlaku sekarang ialah antara pembina dengan pemusnah.

Pembina sistem di satu pihak dan pemusnah sistem di pihak yang lagi satu.


Siapa pembina sistem?

Bagi orang Islam, Muhammad SAW adalah manusia pertama yang membina semula sistem selepas era jahiliyah. Masyarakat sebelum kerasulan baginda berada dalam sistem yang sedang rosak teruk. Ketika itu wanita setaraf abdi dan pelacur manakala anak perempuan tidak dikasihani selayaknya seorang manusia.

Itulah yang dipanggil zaman jahiliyah.

Jahiliyah bukan bermakna manusia tinggal di dalam gua batu atau di atas pokok bahkan mereka sudah membina bangunan-bangunan besar serta infrastruktur yang lengkap dengan pengairan.

Jahiliyah juga bukan bermaksud bodoh dalam bidang ilmu kerana manusia di zaman itu amat handal dalam kesusasteraan.

Jika Jahiliyah itu bermaksud tiada agama dan tiada tuhan maka itu juga silap. Masyarakat Arab jahiliyah mempunyai agama dan masih ada yang beriman dengan Allah. Ahli kitab.

Mereka dikatakan jahiliyah (lawan bertamadun) kerana mereka tidak lagi berpegang pada sistem yang sempurna. Keluk permintaan dan penawaran mereka berpaksi pada nafsu.

Rasululullah diutus bagi menyusun semula masyarakat dan membaiki sistem sosial yang sudah punah. Anak perempuan dibunuh dan wanita sekadar objek pemuas nafsu lelaki.

Meskipun tradisi perkahwinan masih diteruskan namun institusi kekeluargaan sudah longgar. Lelaki boleh berkahwin sehingga berpuluh perempuan dalam satu masa.

Islam menegaskan bahawa institusi keluarga terdiri daripada seorang suami dan seorang isteri. Jika dua orang isteri masih normal malah tiga masih boleh diterima. Mempunyai empat isteri sudah dikira maksimum manakala lebih daripada itu sudah menjadi haram.

Apabila peraturan tersebut diwartakan para sahabat serta merta menceraikan isteri-isteri mereka sehingga tinggal empat sahaja. Maka bebaslah wanita-wanita janda itu membina kehidupan baru yang lebih teratur.


Namun terdapat pengecualian pada Rasululullah. Hal ini kerana Muhammad sebagaimana budaya lelaki Arab lainnya juga memiliki ramai isteri. Jika ada sahabat yang memiliki 15 orang isteri Muhammad dikatakan mengahwini 10 orang wanita.

Apabila peraturan poligami diperintahkan, Rasululullah tidak boleh membebaskan isteri-isterinya. Hal ini kerana Rasulullah dianggap bapa kepada ummat Islam manakala isteri-isteri baginda adalah ummul mukminin.

Tidak ada muslimin yang sanggup mengahwini ibu atau yang dianggap ibu sendiri. Jika Rasulullah menceraikan isteri-isteri baginda maka itu dianggap zalim kerana janda baginda tidak boleh berkahwin sedangkan ada kalangan mereka yang masih muda.

Demang selitkan isu poligami kerana terdapat musuh Islam yang cuba menggugat hati orang Islam dari sudut itu.


Sistem yang diasaskan Rasulullah SAW diteruskan sahabat baginda yang kemudiannya terkenal sebagai khulafa' Rasyidin. Kemudian disambung dengan bani Umaiyah dan disusuli pula bani Abbasyiah. 

Sistem tersebut bersambung pula dengan kerajaan Andalusia sebelum disambut kesultanan Melaka.

Orientalis barat tidak dapat memadam atau menafikan rekod yang membuktikan Melaka sebagai pusat penyebaran Islam, pusat pentadbiran,  pusat perdagangan,  dan pusat ilmu pengetahuan.


Mereka cuba menghebahkan bahawa Melaka bukan sebahagian daripada sistem kekhalifahan Islam. Maka itu mereka membesar-besarkan kesilapan sultan-sultan Melaka terutamanya Sultan Mahmud.

Pencatat sejarah dunia mengakui Melaka adalah pemegang nadi perdagangan Eropah sehingga digelar Venice Timur. Melaka mampu melumpuhkan kegiatan ekonomi seluruh dunia dengan hanya menutup pintu Selat Melaka.

Fakta tersebut dengan jelas membuktikan bahawa empayar Islam tidak berakhir di Andalusia sebaliknya berpindah ke Melaka. 


Atas faktor itulah tentera salib meneruskan misi ke Melaka sekitar 1511.

Kota Melaka dirampas pada 1511 namun kekhalifahan Islam tidak tumbang. Hakikatnya kesultanan Islam tidak pernah bubar cuma bertukar dinasti. 


Hal ini samalah seperti bani Umaiyah kepada bani Abbasiyah, Fatimiyah, dan Othmaniah.

Sesungguhnya misi Portugal gagal. Belanda juga gagal menguasai keseluruhan empayar Islam Melaka. British cuba menukar strategi namun perang dunia ke-2 membantutkan usaha mereka.

Seterusnya British menggunakan muslihat melalui rancangan Malayan Union bagi memusnahkan sistem pemerintahan khalifah Islam.


Allah Taala memelihara kita.




Bersambung:

Usaha memulihkan empayar Islam
Bagaimana BERSIH dijadikan alat golongan pejuang kebebasan?
Peranan kita.

Insya-ALLAH akan dibongkar satu persatu.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)