Minyak Morhabshi (Add by Morha Mart)

yang istimewa

Wednesday, June 11, 2014

Apa beza PT3 dlm PBS dgn SRP PMR?

Minggu lepas Demang hadir taklimat Penilaian Tingkatan Tiga atau PT3 yang diperkenal Kementerian Pelajaran Malaysia bagi menggantikan PMR.

Demang hadir atas tiket Badan Muafakat sekolah anak Demang.

Apa yang Demang faham, mula-mula kita kena bezakan antara SRP/LCE,  PMR, dan PBS. Sebenarnya ia dah digambar melalui namanya. Sijil Rendah Pelajaran (SRP) berasaskan SIJIL berkonsep peperiksaan untuk mengred pelajar. Kalau tak silap kita mewarisi sistem itu daripada Inggeris.

Penilaian Menengah Rendah (PMR) pula suatu PENILAIAN tetapi berpusat. Ia dilaksanakan selepas kita mula sedar bahawa para pelajar tak sepatutnya terlalu awal digredkan yang akhirnya berlaku 'budaya peperiksaan' yang cenderung menguji intelektual semata-mata.

Manakala Penilaian Berasaskan Sekolah (PBS) ialah PENILAIAN tetapi berdasarkan penguasaan individu terhadap kemahiran-kemahiran yang ditentukan. Ia dibuat oleh pihak sekolah merangkumi semua aspek yang diperlukan manusia iaitu intelektual, emosi, rohani dan jasmani.

Nampak macam sama tapi konsepnya berbeza. Ada proses-proses yang perlu dilalui.

Bagi Demang semua pihak perlu faham konsep PBS. Jika tidak, PBS akan jadi sama seperti PMR yang akhirnya tiada bezanya dengan SRP apabila pihak sekolah mengambil jalan pintas bagi menjaga nama sekolah dari segi akademik sahaja.

Demang lihat PMR telah gagal menjadi alat penilaian yang berkesan apabila guru-guru mula mengumpulkan soalan-soalan ramalan dan seminar-bengkel diadakan bagi melatih pelajar teknik menjawab soalan peperiksaan.

Lebih teruk lagi apabila pelajar diasak siang malam dengan teknik latih tubi dan akhirnya menjadi burung kakaktua yg hanya tahu mencetak semula jawapan yang telah dihafal.

Aspek intelektual dianggap raja segala kejayaan manakala aspek-aspek rohani, jasmani dan emosi dianggap tidak penting padahal ia adalah teras dalam falsafah pendidikan negara.

Akhirnya apabila terhasil penjenayah pintar barulah kita sedar kesilapan besar kita dalam memberi pendidikan semasa di sekolah lagi. Kita ada beberapa pengalaman ngeri termasuklah kes pelajar cemerlang SPM menjual maruah di luar negara!

Apabila semua pihak sudah faham konsep PBS maka kita takkan bimbang lagi dengan PT3. Hal ini kerana keputusan  PT3 akan terhasil sendiri apabila PBS dilaksana dengan ikhlas dan amanah.

Jangan terlalu fikirkan peperiksaan!

Bagi memastikan PBS dilaksanakan sedemikian maka beberapa instrumen telah disediakan oleh pihak berkenaan.

Peranan semua pihak amat penting bagi menjayakan PBS. Paling ditakuti ialah jika ada ahli politik yang mengambil kesempatan. Mereka menggunakan PBS bagi menimbulkan polemik baru dan menguwar-uwarkan isu agar rakyat melihat kerajaan melakukan kesilapan besar kerana melaksanakan PBS.

Akhirnya kerajaan yang bimbang terjejas dalam PRU mengambil keputusan kembali pada sistem kuno kita dan usaha pakar-pakar pendidikan membuat kajian selama berpuluh tahun musnah begitu sahaja.

Lebih malang lagi apabila kalangan guru dan pensyarah IPG turut memperlekeh sistem yang diamanahkan pada mereka untuk dilaksanakan hanya kerana anutan fahaman politik.

2 comments:

Pakcu Rantau Panjang said...

Dalam penerusan pembelajaran murid bermula dari Tahun 1 di sekolah rendah hingga ke Tingkatan 3 menengah kalau tak silap Pakcu sudah banyak perubahan demi perubahan yang berlaku.Begitu juga dengan peperiksaan dari darjah 3dan 5 dihapuskan diganti UPSR. Begitu juga PMR .

Perancangan dalam kurikulum berubah mungkin kerana keadaan semasa dan zaman. Apa pun niat baik kerajaan untuk melahirkan pelajar seperti termaktub dalam falsafah pendidikan negara tidak akan sampai ke titik noktah yang sebenar jika pelaksanaannya tidak disambut baik oleh tenaga pengajar apa lagi jika timbul berbagai andaian yang tidak memungkinkan dari suara-suara yang tidak memahami tujuan sebenar PBS dibuat.Inilah penghalang besar bila tugas dirasai beban dan berbagai alasan diletakkan.

Miski pun begitu soal pemantauan dan kaji selidik yang berpanjangan perlu dijalankan agar usaha murni yang ingin diserapkan dalam PBS dapat dijalankan selepas pemansuhan PMR atau mungkin juga UPSR?. Walahualam.

Demang said...

Sangat setuju pakcu. T.ksh.

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)