Adalah silap jika menyangka seseorang pemimpin itu bodoh, dan bodohlah jika menganggap seseorang pemimpin itu tidak akan buat silap.
Pemimpin yang bodoh memimpin ahli yang lebih bodoh. Jadi, berhentilah daripada menganggap pemimpin sendiri bodoh.
Pemimpin yang cerdik dipilih daripada kalangan ahli yang cerdik. Justeru ahli yang cerdik akan sering mempromosikan kecerdikan pemimpin mereka.
Tindakan Hj Hadi menyangkal pendapat umum bahawa tindakan Hindraf sebagai biadap
belumlah layak dipanggil strategi. Jika setakat itu maka namanya menjerat diri. Ingat, sebagai pemimpin yang bukan mewarisi 'takhta' daripada nenek moyangnya maka tidak mungkin Hj Hadi begitu bodoh.
Sebenarnya Hj Hadi sedang menghulurkan tali untuk Anwar naik ke atas. Dalam keadaan UMNO yang diserang daripada pelbagai penjuru, maka elok sangatlah Anwar diberi laluan yang lebih selesa. Maka Hj Hadi perlu pura-pura bodoh agar beliau tidak dilihat sebagai saingan Anwar.
Gerakan pertama dianggap selesai dengan berundurnya Paklah tidak lama lagi. Pada perkiraan awal PAS, sebutir peluru sudah cukup untuk Najib dan dengan sekali ledakan sahaja dipercayai PM keenam itu akan tersungkur.
Namun itu plan A. Hj Hadi mungkin telah tahu yang Najib sepatutnya tidak boleh dikaitkan dengan pembunuhan Attantuya. Najib sendiri khabarnya terpinga-pinga apabila namanya terseret sama dalam kes tersebut.
Justeru Hj Hadi mengharapkan Plan B yang sedang disiapkan oleh Anwar. Samada Anwar menjadi PM melalui kejatuhan Najib atau melalui pintu belakang Hj Hadi tidak peduli.
Tok Guru bukan bodoh untuk mempercayai Anwar setelah ramai sahabat Anwar sendiri tidak mempercayai mantan Timbalan Presiden UMNO itu. Tak 'kan lah PAS mahu keluar dari mulut harimau dan masuk ke dalam mulut buaya? Bodoh sangatkah para pemimpin PAS? Kalau mereka boleh serik dengan UMNO tak mungkin mereka boleh melupakan begitu sahaja 'perbuatan' Anwar pada mereka ketika berkuasa dulu?
Bulan Mac dinanti dengan debaran oleh Najib dan Hj Hadi. (Anwar memang sentiasa berdebar). Hj Hadi lebih mengharapkan Anwar boleh melakukan 'upset' sebelum tarikh itu.
Atas strategi inilah juga Nik Aziz enggan berdamai dengan UMNO. Bermuzakarah dengan UMNO samalah seperti memberi bantuan pernafasan kepada UMNO. PAS hanya bersedia untuk membantu membacakan talqin untuk UMNO bukan membantu menyelamatkan bekas parti induknya itu.
Menggunakan Plan A amat berisiko jika terbukti Najib tidak terlibat dalam isu pembunuhan tersebut. Yang merisaukan Najib mungkin isu kapal selam. Namun berdasarkan budi dan jasa Najib yang begitu pemurah selama ini rakyat mungkin boleh memaafkan beliau sekalipun khabar angin itu berasas. Sekiranya benar pun, duit tu tak kan kemana. Kembali kepada rakyat juga.
Sekurang-kurangnya ada alasan Najib untuk memujuk rakyat.
Namun jika berlaku rasuah, jawablah dengan Tuhan nanti.
Kesimpulan daripada itu maka jika menggunakan Plan A tadi maka PAS mungkin terpaksa kekal sebagai pembangkang sampai bila-bila.
Strategi paling ampuh ialah melalui perpecahan UMNO. Sebenarnya ia telah dimulakan sebaik isu salah laku Anwar dihebahkan pada 1999.
Satu lagi petunjuk yang menyakinkan kita bahawa PAS hanya mengeksploitasi Anwar ialah, Mat Sabu yang melagangkan isu Anwar semasa Anwar masih bergelar TPM, kini diminta berdiam diri. Padahal ayam sabung PAS itulah antara yang memulakan perihal salah laku Anwar.
Barangkali ramai generasi muda yang tidak tahu hubungan Mat Sabu dengan Anwar suatu masa dulu.
PAS AMAT BERHARAP ANWAR BERJAYA MENJATUHKAN BN AGAR PAS DAPAT MENGAMBILNYA DENGAN LEBIH MUDAH.
Justeru Anwar adalah kuda trojan PAS. Anwar akan mengambil alih kerajaan seketika sebelum terpaksa mengundur diri.
Kenapa PAS seolah-olah mempertahankan Anwar dan mempertikaikan proses mahkamah? Itu bukan sekadar sandiwara sebaliknya PAS memang berharap pihak pendakwa tidak bersikap sambil lewa dalam perbicaraan dan supaya keputusan mahkamah nanti tidak boleh dipertikaikan lagi.
Keputusan mahkamah yang telus dan jitu amat penting pada PAS.
Jika Anwar sudah berumur, apa bezanya Hj Hadi dan Nik Aziz? Bezanya ialah perjuangan Melayu PAS berdasarkan parti sedangkan Melayu PKR bertunjangkan individu Anwar.
Pada firasat Demang peralihan kuasa antara Anwar dengan PAS adalah agenda utama PAS.
Dalam siri pertama ini Demang kemukakan bahawa seorang pemimpin tidak mungkin bodoh. Insya Allah Demang akan menyambung perbincangan ini berkenaan persoalan kedua iaitu pemimpin juga mungkin tersilap.
Wallahu’alam.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
17 comments:
Bijak juga idea Demang ni.....tak taulah didlm politik adalah serba munkin.....tiada yg mustahil....
TUAN
1. naluri semua manusia mahu dilihat sempurna dan tidak bodoh.
2. ke'bodoh'an hanyalah persepsi manusia lain yang melihat bergantung kepada penafsiran masing-masing.
Adakah strategi itu akan berjaya ya?
hah...
pemikiran yg bagus...
respect demang...
Assalamualaikum Cheguman,
Hebat sungguh pemikiran Cheguman, tulisan ini telah memberi saya satu pandangan baru berbeza tentang apa yang sedang berlaku.
Bottom line is, Hadi Awang nak sangat jadi PM. Dan hanya Anwar Ibrahim lah harapan Hadi Awang. Sebab itu Mat Sabu senyap sesenyapnya...menarik betul teori ini..lebih hebat dari permainan catur.
WALAU APA pun Cheguman, saya amat berharap Hadi Awang tak jadi PM Malaysia ataupun Anwar Ibrahim. Waliyazubillah....Ya Rabbi..jauhkanlah.
Melainkanlah kalau mereka menang pilihanraya Umum dan mendapat mandat majoriti rakyat Malaysia melalui proses pilihan raya seperti lazimnya sejak Negara Merdeka. (Ini pun saya doakan tidak jadi).
Terima Kasih Cheguman.
ya, harap tidak gitu. Dan bagi pendapat saya, sepatutnya Hj Hadi kena berani. Bukan begini caranya.
assalammualaikum tuan rumah...
fisrt time masuk nie... huh panas sungguh lah blog nie..but bagus..bagus.. harap2 ada lah org yg berkenaan baca...
slmt hari raya.. cayok! cayok!
makin seronok baca artikel chegu...
tq. selamat raya puasa.
salam.
Saya memang tidak setuju memperbodohkan sesiapa saja sebab adakah diri kita sendiri sudah cukup cerdik?
Kesilapan, sudah fitrah manusia melakukan kesilapan Hatta Nabi pun ada silapnya. Kalau tidak takkan Allah sendiri yang menegur Muhammad di atas beberapa isu. Contoh isu Aisyah Radiallahu anha.
Bukankah kerana kecerdikanlah yang membolehkan Hj. Hadi dilantik Presiden PAS? Kalau Haji Hadi bodoh, maka bodohlah orang-orang PAS.
Demang, semoga kita tidak memilih pemimpin yang memperbodoh-bodohkan kita.
salam Demang..
hati aku teringin kepada Pas.tapi cuba lihat sendiri perangai ahli-ahli serta pemimpin yang kononnya cuba menegakkan Islam.malu rasanya..
ha, betoi tu cik Azli. Nanti susah.
Haji Hadi bukan bodoh betul2.. dia buat2 bodoh.. Nanti sampai masanya, dia boleh perbodohkan anwar..
Jika anwar berjaya menubuhkan kerajaan pintu belakang, maka pas akan berada sama dalam kerajaan ini.. masa tu haji hadi boleh ugut anwar agar terima kerajaan Islam impiannya (dan dia blh jadi TPM atau PM).. jika anwar menolah, pas boleh ugut untuk keluar dari PR.. dengan ini, majoriti AP akan berkurang, dan jika pas bergabung dengan BN.. BN akan ambil balik kerajaan Malaysia..
Tapi, anwar juga tak bodoh.. mungkin dia tahu plan PAS. jadi dari awal2 lagi dia dah masukkan panglima2 dia dalam PAS agar PAS akan ikut rentak PKR.
Sekarang ni PAS terumbang ambing, separuh PAS-PKR dan separuh PAS tulen.
Adakah PAS berpecah seperti PAS-Perikatan? Selepas Perikatan kuat..pas ditendang keluar dengan aib.
Assalamualaikum dan salam perpaduan,
Kali ini Demang tak sempat utk komen balas setiap titipan komen anda. Cuma Demang rasa elok anda lihat 'blog 916' kerana maklumat di situ berkaitan dengan tajuk ini.
http://mimpi916.blogspot.com
Terima kasih.
Sdr. Demang,
Saya lebih muda dalam dari meli walau pun saya bergiat di dalam di tahun kekalahan PAS akibat mageran. Saya boleh tahan di dalam PAS sehingga tahun 1990 (tahun kemenngan PAS)
Selepas PAS menang di Kelantan saya lari meninggalkan PAS semasa orang-orang PAS sedang sibuk berebut harta rampasan perang peniggalan UMNO kerana saya sudah rasa tidak tahan lagi. Kemenangan ketika itu membuat ramai di kalangan pemimpin pertengahan mereka terlupa asas perjuangan asal PAS.
hmm..ade kemungkinan.tp kita hanya bole teka je la..yg buat si dia tu..ke dia xtau ape yg dia buat?dah konfius antara prinsip dan nafsu?fuh..dalam,dalam..
yeay minyak turun...
Al Anfaal:63.
"Dan Yang mempersatukan hati mereka. Walaupun kamu membelanjakan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Gagah lagi Maha Bijaksana"
LONTARKAN SERUAN KEDAMAIAN, BANGKITKAN KEMBALI JIWA YANG AMAN,
SEBARKAN BUDAYA TOLERANSI DAN DAMAI.
;-)
Post a Comment