Demang tertarik dengan bahan edaran yang dibuat pihak tertentu yang Demang terima baru-baru ini. Bahan bercetak yang disandarkan pada temubual dengan tokoh Maal Hijrah tersebut ditulis dalam bahasa Melayu dan disebar secara meluas, termasuk videonya.
Setelah membaca keseluruhan teks tersebut Demang tidak bermaksud membantah, terutama hadis dan ayat Quran yang dibacakan beliau.
Cuma persoalannya, adakah Sheikh Yusuff pernah bertemu Saiful dan mendengar pengakuan anak muda tersebut pula?
Sebagai seorang yang dianggap ulama besar beliau seharusnya dilihat bersikap adil oleh khalayak, termasuk masyarakat bukan Islam yang suka mencari kelemahan ummat Islam. Tindakan mendengar maklumat daripada sebelah pihak boleh mengurangkan rasa hormat orang pada beliau. Dengan kata lain kredibiliti beliau akan tercalar dan terjejas.
Walau bagaimanapun Demang bersetuju dengan nasihat beliau agar kita tidak terjebak dengan budaya fitnah-memfitnah, terutama terhadap pembesar dan pemimpin. Memang sepatutnya kita menjaga nama baik pemimpin dan tidak menghebahkan keburukan mereka. Demang harap semua pihak samada penyokong kerajaan atau pembangkang mematuhi nasihat beliau itu.
Sementera itu kita (termasuk Al Qaradawi) perlu sedar bahawa Saiful terkecuali dalam masalah ini. Hal ini kerana beliau bukan pembuat fitnah sebaliknya beliau membuat laporan sebagai orang yang terlibat dalam perbuatan liwat tersebut.
Jika nak diambil contoh di zaman Rasulullah SAW, lihatlah bagaimana seorang lelaki yang datang kepada Baginda dan mengaku pernah berzina. Adakah Baginda meminta lelaki tersebut mengemukakan empat orang saksi?
Persoalan yang sepatutnya diajukan ialah adakah Saiful melakukan secara sukarela ataupun dipaksa? Yang penting Saiful mengaku sudah melakukannya, bahkan dengan cara bersumpah.
Demang baca dari awal hingga akhir edaran tersebut dan tidak terjumpa satu perkataan pun yang membuktikan Anwar tidak bersalah. Yang ada ialah anjuran agar tidak menghebahkan keaiban pemimpin walaupun ia benar-benar berlaku.
Demang juga tidak terjumpa ayat yang menunjukkan Anwar bersumpah di depan Yusuff Al Qaradawi bahawa beliau tidak melakukan perbuatan tersebut.
Jadi, bagaimana ulama tersebut begitu yakin yang Anwar 'bersih'?
Kesimpulan Demang ialah tokoh Maal Hijrah tersebut telah dieksploitasi oleh lelaki licik tersebut dan kenyataan beliau dimanipulasi bagi kepentingan pihak berkenaan.
Meja Kerja 3 morha
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Lihat semula file² yang kita ada tadi:
*...ada TIGA file*
File 1: *Cadangan Target Lokasi*
File 2: *Hari Ke...
4 years ago
9 comments:
bila orang alim cakap guna al Quran mana mungkin dia berbohong atau dibohong.. quran merupakan kalam ALLAh dan mana mungkin makhluk itu boleh membohong ALLAH..
seolah2 waadat nak cakap yusuf qardawi itu zalim.. sy nak bilang disini tiada undang2 yg adil melainkan undang2 islam.. bila undang2 ini mahukan 4 org saksi maka kena 4, kalau 3 itu zalim.. dan boleh disabitkan qazaf.. dan demang kena faham kalau sendiri yg mengaku zina mmg tak payah 4 saksi.. kalau kita nak dakwa org lain berzina baru kena 4 org saksi.. bab ni pun ko dah kantoi nak pertikai lagi ulama besar.. apa da.. kalau ye pun qardawi tu dungu masih ramai lagi ulama2 yg menyokong anwar...
lagipun ramai masih ragu, mana mungkin kalau anwar itu meliwat tiada penetrasi.. kalau dibandingkan dengan jumpa DNA yg boleh sangat aku letak DNA anwar kat jubor demang.. kalau dibuktikan dengan hujah tiada kesan penetrasi itu sudah membunuh kesan DNA.. banyak sangat halanagan utk anwar mendapatkan keadilan yg sewajarnya seolah2 ada tangan ghaib yg mengatur konspirasi ini.. ini sangat jelas dan nyata..
demang wajib kemuka 4 orng saksi yg adil bagi meneruskan tuduhan kepada Anwar.. kalau tak demang boleh disabitkan qazaf.. 80 kali sebatan.. tak kena didunia kena di akhirat...
ulam itu tak mungkin di ditunggang.. kenyataannya nyata dan jelas..
harap chegu berani nak jawab..
kalau x mintak maaf saja..
Bang Mi,
Saya tak tuduh Anwar bersalah. Pertama, saya cuma pertikai kenapa AlQaradawi tidak bertemu dgn Saiful sendiri? Kenapa dengar sebelah pihak shj?
Kedua, Dalam kes sekarang, Saiful mendakwa Anwar merogolnya!!! Adakah Saiful yang patut didakwa? Adakah dalam Islam sipengadu akan dizalimi?
sy dah cakap kes ini meragukan.. tiada kesan penetrasi macam mana boleh dikatakan diliwat.. kalau si saiful nak jumpa qardawi silakan.. utk pengetahuan qardawi dah kenal anwar sejak dari ABIM lagi.. dan tak mungkin anwar itu ejen yahudi..
qardawi tidak pula secara terang mengatakan anwar tidak bersalah tetapi mmpertikaikan apa yg dihadapai oleh kawannya itu.. sudah ternyta kes liwat tahun 1998 adalah konspirasi semata2..
anwar rogol saiful???? ko biaq betol cheguman.. org tua sakit rogol anak muda sihat.. waswaswisufi..
sudah jelas bahawa anwar tiadak mendapat pengadilan yg sebaiknya..
saiful memerlukan 4 org saksi adil bagi mendakwa anwar.. tak cukup saksi.. manakala anwar boleh mendakwa saiful atas qazaf kerana saiful tiada 4 org saksi..
tetapi anwar pula dihalang utk mendakwa saifull.. ini apa kes??
kata adil la itu lah..
sudah jelas kezaliman dalam makamah dan jug kerajaan malaysia.. isu royalti mnyak kelantan... jelas sangat tak mahu bagi kelantan minyak..
Rasululullah tak minta 4 org saksi apabila seorang penzina dtg mengaku di depan Baginda. Dalam kes Saiful, Saiful pergi ke pihak berkuasa dan mengadu dia diliwat. Apa perlunya saksi lagi?
Fakta bahawa Qaradawi dah lama kenal Anwar bukan bukti mengatakan Anwar tidak boleh melakukannya.
Saya rasa anda yang sedang was-was dan cuba menafikannya.
Kes 1998? Saya percaya anda tidak membaca keptusan penuh mahkamah. Ketiga-tiga hakim bersetuju berlakunya kes liwat; dua bersetuju Anwar bersalah manakala hakim ketiga berpendapat pendakwa melakukan kesilapan teknikal. Maka Anwar dilepaskan dengan 1001 kesangsian berlegar dalam kepala rakyat Malaysia, termasuk saya.
Itu sebabnya saya tidak boleh menunggu lama di dalam pembangkang.
memang tak faham la dia ni..
seolah2 chegu menafikan hukum qazaf yg telah ditetapkan ALLAH.. menjadi satu kesalhan berat jika chegu menafsirkan sesuka hati..
berapa kali mahu bilang da ini tuduhan iaitu pendakwaan bukan pengakuan..
sprti kisah yg chegu katakan, biar sy ceritakn semula..
--ada seorang hamba Allah berzina dengan psngnnya.. maka kejadian itu dilihat oleh seorang sahabat.. sahabat itu pula tidak pula melaporkan pada nabi kerana dia takde 4 orang saksi adil.. maka dia dtg pada penzina itu dan menyuruhnya bertaubat. hal ini menimbulkan keinsafan pada penzina itu lalu meminta Rasulullah membersihkannya--
dia mengaku sendii bukan mendakwa org lain.. itu yg berbeza... saiful pula menuduh anwar meliwatnya, maka perlu baginya mendatangkan 4 orng saksi.. kalau benar saiful mengaku dia membenarkan org lain meliwatnya saiful sahajalah yg kena.. sbb dia yg benarkan.. kalau dia diliwat paksa itu sudah tentu mustahil.. keraguan ini jelas.. tiada pula kesan penetrasi..
ni dalil dari quran yg menuntut 4 orang saksi utk dakwaan liwat..
"dan orng2 yg menuduh wanita2 yg baik2(berbuat zina) mereka tidak mendatangkan 4 orang saksi, maka sebatlah mereka yg menuduh itu 80kali sebatan, dan jgnlah kamu terima kesaksian mereka buat selamanya. dan mereka itu adalah org yg fasik" an-Nur 4-5
sudah jelas dalil diatas menuntut org yg menuduh org lain zina maka hendaklah merka mendatangkan 4 org saksi.. sama seperti kisah juraij yg dituduh oleh pelacur yg diupah bahawa juraij telah berzina dengannya.. mungkin juga saiful diupah oleh musuh anwar bagi menjatuhkan karear anwar..
sapa cakap personaliti anwar tidak membantu kes ini.. yusuf telah kenal anwar sejak dari ABIM lagi sebagai seorang yg baik, seorang mukmin yg berakhlak.. tiba2 dia dituduh liwat sebab ada krisis dengan mahathir.. ini jelas..
jelas pula perbezaan antara isteri anwar dan najib.. kalau kita tengok dua orang ini boleh kenal siapa suaminya..
apalah punya bangap org yg nama nya bang_mi tu...mcm tera sgt...diri sendiri pun x lepaih...apa chegu kata tu berpandukan ilmu pengetahuan dia yg tinggi..pehal la ko bang_mi duk melatah...silap2 hang plak kena ratah ngan anuar peliwat tu...
latah tak malatah la anony.. aku cakap ada fakta. setakat ko dtg membengongkan diri baik takyah...
aku masih tggu chegu patahkan hujah aku.. ko baca la ayat chegu tu.. aku pun pelik napew depa tak mahu undang2 islam...
Post a Comment