Sebagai mukaddimah, Demang memetik kata-kata DS Najib bahawa 1 Malaysia bukan sekadar slogan sebaliknya penerusan pada perjuangan Perdana Menteri terdahulu, terutamanya Tun Dr Mahathir dan Tun Abdullah.
Maka Demang katakan bahawa masalah paling besar Anwar ialah PKR tidak mempunyai sebarang landasan atau prinsip perjuangan sebagaimana parti lain.
Ahli PKR bukan seperti penyokong DAP yang fokus untuk menguasai politik Malaysia tatkala Melayu & bumiputra masih menjadi penduduk majoriti (66.6%).
Ahli PKR juga bukan peminat PAS yang gagal melihat erti jihad sebenar berdasarkan realiti politik di Malaysia yang berasaskan penerimaan dan kesediaan semua kaum.
Ahli PKR tidak mungkin berminat dengan sosialis yang akan meletakkan negara 50 tahun di belakang sebagaimana Myamar yang menolak globalisasi sehingga rakyatnya buta ICT. Bagaimana penyokong PKR yang rata-rata golongan muda boleh berpisah daripada dunia internet yang merupakan alat penting sistem kapitalis?
Penyokong PKR adalah golongan atas pagar atau bekas ahli UMNO, MCA, MIC atau Gerakan yang menghormati sejarah Tanah Melayu.
Itulah sebabnya mereka menubuhkan PKR dan tidak menyertai parti pembangkang sedia ada seperti DAP dan PAS pada 1999.
Rata-rata ahli PKR adalah golongan yang sebelum ini tidak berminat dengan politik yang tiba-tiba diberitahu bahawa negara ini sedang dimusnahkan oleh para pemimpinnya.
Jika diimbas kembali peristiwa 1999, pemecatan Anwar menyebabkan rakyat bingung dan keliru. Rakyat tidak tahu siapa yang betul dan siapa yang salah.
Kebetulan media internet muncul dan menjadi pesona baru rakyat Malaysia terutama golongan menengah. Kemunculan media baru tersebut bukan sekadar satu alternatif sebaliknya dilihat sebagai keajaiban tanpa batasan. Internet dianggap suara malaikat yang tidak mungkin berdusta. Malah engin carian disangka boleh memaparkan apa sahaja yang berlaku di dunia. Ramai yang tidak tahu atau terlupa bahawa semua maklumat di dalam internet sebenarnya dimasukkan oleh tangan-tangan manusia!
Ketika itu Demang menggunakan tapak Geocities sebagai platform web. Belum ada istilah blogger sebaliknya kami dikenali sebagai webmaster.
Kini yang kabur sudah semakin jelas. Apatah lagi Tuhan memberi peluang kepada rakyat untuk melihat pembangkang cuba mempraktik janji mereka. Ternyata mereka gagal. Itulah hikmah terbesar PRU12.
Maka para penyokong PKR dan pemimpin mereka mula sedar realiti politik Malaysia. Itulah yang dijelmakan oleh beberapa pemimpin PKR melalui tindakan meninggalkan parti itu sekarang.
Perjuangan berasaskan simpati, kekeliruan, serta emosi tidak akan bertahan lama. Apatah lagi di kala kebenaran semakin nyata.
foto:
600x450 - 41kB - jpg
staticyouth.wordpress.com
3 comments:
Salam,
Tulisan yang baik. Bila nak belanja minum teh tarik?
kemenangan pembangkang pada pru lepas disebabkan rakyat menolak kepimpinan Paklah.
bukannya kerana pembangkang hebat dan kuat.
oleh kerana pembangkang tidak menunjukkan prestasi yang baik, insyaallah rakyat akan kembali memilih BN.
tetapi itu masih bergantung kepada kebolehan DS Najib dan pemimpin lain.
Setakat ini DS Najib menunjukkan kerja yang bagus tetapi pemimpin lain terutama ketua bahagian..Aduhai masih belum sedar..
Salam sejahtera. Sebuah laman yang menarik & informatif. Teruskan usaha semoga Cikgu berbahagia di dunia & akhirat. Terima kasih.
Post a Comment