Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, December 26, 2012

Kelantan tangguh peraturan salun



Dalam berita tersebut ada tiga perkara perlu diperhati:

Pertama, ia hanya melibatkan orang bukan Islam.

Iaitu tukang gunting bukan Islam dilarang menggunting pelanggan yang juga bukan Islam tetapi berlainan jantina.

Kedua, peraturan tersebut telah dilaksanakan selama 21 tahun iaitu apabila Nik Aziz memerintah Kelantan.

Ketiga, ia kini dikaji semula dan diputuskan untuk tidak lagi dilaksanakan.

Menurut berita itu juga ia tidak dimansuh cuma ditangguh.

Demang sedang berfikir, kenapa perlu ada peraturan begitu terhadap orang bukan Islam?

Demang juga sedang berfikir, kenapa setelah 21 tahun dilaksana, sekarang nak diubah?

Saturday, December 22, 2012

Pembangunan Islam

Ramai juga yang rasa teruja apabila banyak negeri dikuasai pembangkang dalam PRU lepas.

Maklumlah, kalau dilihat pada janji banyak betul yang nak dilakukan mereka semasa kempen pilihan raya.

Betullah, tak semua dapat dilaksana dalam masa satu penggal. Namun masalahnya tak nampak pun pembangunan Islam dilaksana di negeri-negeri tersebut.

Demang rasa susahlah pembangkang nak yakinkan rakyat dalam PRU13 nanti.

Friday, December 21, 2012

Minda negatif


Sejak mendaftar secara online untuk menyertai program Dr Azizan maka hampir setiap hari Demang menerima email daripada beliau berisi pelbagai tips kejayaan.

Biasalah, orang berniaga.

Walaupun agak bosan didatangi 'nasihat' setiap hari namun ada juga beberapa tips yang Demang suka.

Antaranya, 'kalau hendak berjaya jangan berkawan dengan orang yang berfikiran negatif.'

Macamana rupa bentuk orang berfikiran negatif?

Sebenarnya kalau Dr Azizan tak huraikan pun anda boleh tahu sendiri.

Ya, salah satu daripada ciri orang negatif ialah suka mencari salah orang dan suka menyalahkan orang lain apabila diri sendiri gagal.

Wednesday, December 5, 2012

Memang salah orang umno



Siapa kata kemelut politik yang berpintal-pintal beberapa tahun ini bukan salah orang UMNO?

Memang berpunca dari orang UMNO. Setidak-tidaknya Anwar Ibrahim itu Timbalan Presiden UMNO.

Tapi bukan itu yang Demang maksudkan.

Dalam perjumpaan tertutup dengan pemimpin UMNO terutama di era Pak Lah para blogger yang prokerajaan tanpa segan silu 'membelasah' orang-orang UMNO berkenaan.

Antara isu yang dikesan ialah gelagat pemuda UMNO yang sombong dan berlagak sedangkan masih banyak agenda Melayu yang belum selesai.

Isu Anwar hanya sandaran. Rakyat memang perlukan seseorang untuk menjadi hero. Kebetulan Anwar muncul.

Kata orang yang bermotivasi, menyalahkan seseorang bukanlah cara yang baik untuk menyelesaikan masalah.

Jika kita lihat pada realiti, 'perang' sesama sendiri sangat merugikan dan memberi saham pada agenda pihak lain.

Sebagai contoh di Pulau Pinang, sejak 2008 harga rumah di kawasan pulau meningkat hampir sekali ganda.

Akibatnya orang muda lari ke seberang untuk membeli rumah. Yang tinggal di pulau mutiara itu nanti adalah rumah-rumah usang yang akan terjual juga apabila datang tawaran menarik.

Maka agenda Singapore ke2 pun tercapai.

Ketika itu nanti, kita nak salahkan siapa pula?

Di Selangor, permainannya lebih halus. SYABAS dijadikan kambing hitam dan didakwa mencekik darah rakyat Selangor. Maka kerajaan negeri berusaha untuk mengambil alih syarikat tersebut.

Nampak memang cantik dan baik. Namun adakah begitu rancangan sebenar.

Tidak! Nanti akan timbul masalah lagi dan akhirnya terpaksa diswastakan.

Maka tender akan dibuka. Yang terbaik akan dipilih. Syarikat siapa yang akan dikategori sebagai terbaik itu?

Sudah tentu bukan SYABAS sebab syarikat milik orang Melayu itu telah dikononkan sebagai gagal.

Lagipun, pembiaya-pembiaya kempen DAP dan PKR takkan nak diketepikan begitu sahaja?

Adat orang melabur lah. Takkan habis dengan melabur sahaja. Mesti ada plan keuntungannya.

Syarikat melayu lain? Syed Mohtar juga tidak mungkin. Pelbagai isu sedang dimanipulasi bagi menekan dan menyekat beliau.

Roti Gardenia pun dah diletakkan pesaing daripada syarikat mereka. KFC pula macam ada agenda tersembunyi sahaja di sebalik pelbagai isu. Betulkah video di dapur KFC itu secara kebetulan?

Kalau dibayar lumayan dengan sedikit alasan, tak susah memujuk orang berlakon. Filem porno pun boleh!

Nampaknya kalau orang Melayu masih tidak faham juga bukan setakat kelambu yang akan terbakar.

Friday, November 30, 2012

Duit siapa ni?



Tahniah pada kerajaan PKR Selangor kerana menyebarkan secara percuma buletin ke setiap rumah di negeri tersebut.

Melalui edaran tersebut dapatlah Khalid berkempen di situ.

Selain itu para kroni pun boleh tumpang cari makan.

Nampaknya mana-mana parti pun sama sahaja.

Yang marah-marah ialah yang tak merasa.

Yang terus kena tipu ialah rakyat jelata.

100 pembohongan PAS cawangan Anwar





Demang terjumpa buku cabuk ini di belakang rumah.

Tempat paling sesuai buku tersebut ialah di lubang sampah.

Thursday, November 29, 2012

Kesah sebuah gunung


Di hujung sebuah desa terdapat sebuah gunung yang agak tinggi. Ia bukan sahaja mengawan bahkan menawan sesiapa yang memandang.

Maka ramai lah yang ingin mendaki kerana terpikat dengan keindahan puncaknya. Alangkah seronoknya dapat melihat pemandangan dari situ.

Nama pun gunung maka lebih ramai yang hanya mampu menyimpan impian berbanding yang berjaya mendaki. Malah yang gagal sekerat jalan pun tidak kurang ramainya.

Apapun, saban hari ada sahaja yang mencuba. Ada yang bertangan kosong dan ada juga yang membawa pelbagai alatan.

Bukan sedikit yang jatuh, cedera bahkan ada yang terkorban namun aktiviti pendakian tidak pernah surut.

Pernah pihak tertentu mencadangkan gunung itu dipagar agar tiada siapa boleh mendaki namun ramai pula yang membantah.

Ada pula cadangan agar setiap pendaki diwajibkan memohon permit serta disaring namun terdapat bantahan kerana bertentangan dengan hak asasi dan kebebasan manusia.

Pada suatu hari sebuah konsultan datang ke kampung tersebut dan menganjurkan kursus pendakian berkesan.

Konsultan tersebut memberitahu bahawa ada banyak jalan untuk ke puncak.

Yang dekat, tapi curam.
Yang landai, jauh berliku pula.

Yang jelas, tiada jalan pintas untuk tiba di puncak.

Para pendaki merungut sesama sendiri dan ramai yang kecewa serta membatalkan impian. Apatah lagi yuran kelas mendaki agak mahal.

Namun ada di antara pendaki yang bersemangat kental. Mereka tidak peduli walau terpaksa bermodal untuk belajar.

Mereka sedar bahawa untuk sampai ke puncak bukan perkara mudah namun ia tidak mustahil.

(Foto gunung senyum ehsan jazaldn.com)

Wednesday, November 28, 2012

Harga gula naik


Barang lain pun naik harga!

Itulah pembohongan terbesar.

Berapa kenaikan harga gula? 10 sen? 50 sen? 100 sen? 500 sen?

Berapa kilogram penggunaan gula setiap keluarga? 1 kg sebulan? 5 kg sebulan? 20 kg sebulan?

Cuba lihat di meja sebelah anda. Ada sekeluarga sedang menjamu selera. Lihat handphone mereka. Lihat gadjet telekomunikasi anak-anaknya. Ipad? Ipod?

Lihat aksesori isterinya.

Lihat pula kereta mereka. Estima? Alphard? Berapa buah kereta mereka?

Nah! Mereka itulah yang sebenarnya penaik harga barang di pasaran. Keinginan mereka memiliki pelbagai barang mewah buatan luar negara menyebabkan semua harga meningkat mendadak.

Oh ya. Mereka bukan peniaga. Mereka adalah penjawat awam dan kakitangan swasta yang bergaji sekitar 4-5 angka sebulan dan setiap tahun menagih kenaikan gaji atas alasan barang naik!

Keinginan tanpa batasan dengan nafsu luar biasa mereka menyeronokkan para peniaga dan pengeluar.

Berapa harga nasi goreng sepinggan di kedai Tomyam atau restauran mamak?

Golongan menengah yang sentiasa kesempitan wang itu tidak pernah serik walaupun mulut tidak henti merungut.

Harga petrol naik 20 sen.

Mereka membantah.

Dalam pada itu handphone terkini dibeli lagi. Anak-anak merengek gadjet terbaru. Isteri menambah aksesori dan menagih janji pelancongan ke luar negara.

Kereta ditukar dan ditambah. Belum puas lagi? Beli pula motorsikal besar.

Berapa buah rumah yang mereka miliki?

Sempit lagi? Alasan paling mudah ialah gula naik harga. Kerajaan zalim.

Tahun depan minta perubahan gaji lagi. Jika tidak, undi akan beralih arah.

Mereka inilah parasit sebenar kecuali yang tidak lupa bersedeqah dan berzakat fitrah.

Tuesday, November 27, 2012


Susah lah kalau terlalu pentingkan bangsa sendiri dan tak reti nak bertolak ansur.

Demang lihat pemimpin cina yang dulu-dulu amat memahami erti muhibbah dan saling memberi dan menerima.

Masalahnya pemimpin cina sekarang menganggap datuk nenek mereka bodoh kerana mematuhi persefahaman dengan orang melayu.

Demang nak bagitau pada orang PAS yang tak berapa nak faham maksud assobiyah bahawa assobiayah yang haram ialah yang mengambil hak kaum lain untuk diberi kepada kaum sendiri.

Di Malaysia, kita beri sebahagian hak kita kepada kaum lain.

Assobiyah ke tu?

Monday, November 26, 2012

Punca profesor itu sokong pembangkang


Pada suatu ketika ada yang mempertikai UMNO menyisihkan golongan profesional dengan menafikan hak mereka untuk menjadi ahli UMNO atau jika diterima pun tidak dipilih sebagai pemimpin.

Benarkah? Ada yang betul tapi ada juga yang menumpang alasan.

Maksud Demang ialah ada golongan profesional yang jadi kera sumbang. Maklumlah, sejak kecil tak keluar rumah. Umur 13 tahun tinggal di asrama penuh, kemudian ke universiti dan ke luar negara.

Kenduri kendara tak pernah pergi, apatah lagi jika ada kematian atau jiran masuk hospital.

Apabila ada gotong royong atau program kampung, langsung tak nampak muka.

Kemudian ada hati nak jadi pemimpin. Apabila ditolak, mula lah reka macam-macam alasan. Antaranya, mereka jadi mangsa konspirasi!

Ye lah. Takkan lah nak ngaku kelemahan diri!

Golongan ini pandai bercakap. Maklumlah, banyak baca buku termasuk komunis dan sosialis. Buku liberalism memang tak asing pada mereka.

Mereka juga kaya dengan teori yang penulis buku itu pun tak mampu nak laksanakan.

Spesis begitu dengan mudah menarik perhatian orang muda yang melihat dunia seperti menggunakan formula matematik.

Kesempatan ini digunakan sebaik mungkin oleh parti penbangkang. Sebagai umpan, mereka dijanjikan peluang menjadi calon pilihanraya.

Maka seronok dan banggalah mereka. Selama ini tidak pernah dicadangkan menjadi pemimpin kini menerima tawaran menjadi calon.

Ditakdirkan mereka menang, maka meranalah pengundi kerana YB mereka serba canggung dan serba tidak tahu.

Sunday, November 25, 2012

Masih ada yang benci



Semasa bersarapan di pagi Ahad di warung bawah pejabat Demang, terdengar perbualan dari meja sebelah.

Tidak banyak yang Demang ikuti namun secara kasar ia berkisar rasa tidak puas hati terhadap kerajaan.

Apabila Demang sebut kerajaan maka janganlah dilihat pada pucuk pimpinan teratas sahaja. Jentera kerajaan itu sangat luas.

Guru Besar pun sebahagian jentera kerajaan!

Rasa tidak puas hati tersebut berkisar pada sikap saki baki pemimpin yang masih ketinggalan zaman dalam bab perkhidmatan cemerlang.

Demang sendiri mencadangkan spesis begitu dilenyapkan.

Cuma dalam kita membuat penilaian harus dikenalpasti antara persepsi dan realiti.

Mengadili dan menghakimi bukan tanggungjawab enteng. Justeru ia tidak boleh diserah bulat-bulat pada khalayak ramai hatta rakyat jelata sebelum info secukupnya disampaikan.

Namun dalam tuntutan demokrasi, itulah yang sedang kita lakukan. Maka kita harus ada plan kedua (backup).

Demang rasa pemimpin pertengahan memang perlu memahami benar-benar maksud 'rakyat didahulukan pencapaian diutamakan' kerana di situlah undi penentu.

Kita memang tidak mampu memenuhi kehendak setiap manusia namun keperluan majoriti perlu dilayani seadil yang mungkin.

Dalam pada itu gangguan-gangguan yang berlebihan seperti yang dicetuskan pelampau Anwarisme perlu ditangani bersama peruntukan undang-undang.

Jika tidak, ia adalah satu kezaliman pada rakyat jelata.

Saturday, November 24, 2012

DAP marah hujan


Walaupun dalam karikatur di atas orang itu melompat gembira namun DAP berduka.

Isu air Selangor adalah peluru bagi membunuh SYABAS yang dimiliki syarikat bumiputra. Ia adalah satu lagi agenda DAP menggunakan orang Melayu sendiri sebagai snipper.

Ia adalah strategi lama tapi masih ampuh iaitu teori 'menebang pohon yang besar menggunakan dahan pohon itu sendiri'.

Friday, November 23, 2012

Negara Islam



Istana mana ni?

Ia adalah kompleks yang bakal menjadi Universiti Perubatan Islam, lanjutan daripada sekolah ulul albab Imtiaz yang diasaskan Idris Jusuh.

Walaupun beliau tidak lagi menjadi menteri besar Terngganu namun masih sangat aktif menangungi program imtiaz.

Demang menemui beliau awal tahun lalu dan beliau menyampaikan azam untuk menjadikan imtiaz sebagai pusat pengajian terbaik di dunia.

Terbaik? Ya, jika Harvard melahirkan jurutera maka Imtiaz melahirkan jurutera berstatus al-hafiz.

Itu pun ada orang kata UMNO tak Islam!

Anwar kata PAS bengong



Betul lah kata orang, dalam politik betul atau salah bukan penentu kebenaran. Yang penting ialah SIAPA.

Jika rakan, maka semuanya molek dan betul sebaliknya jika pihak lawan, maka semuanya tidak betul.

Dalam politik juga tiada kawan atau lawan yang kekal.

Thursday, November 22, 2012

Doa pas vs doa sepatutnya



Kerajaan UMNO takkan bina UIA (dan lain-lain) kalau taknak hudud dilaksanakan sebab apabila intelektual muslim berjaya dikeluarkan dari situ sudah tentu mereka akan membina sebuah negara Islam.

Kerajaan kita praktikal, bukan sekadar retorik atau omong kosong.

Saturday, November 17, 2012

Ingatkan aku paling besar


Kalian kenal aku?

Tentulah kenal sebab aku bukan sahaja amat terkenal bahkan amat berkuasa.

Ada orang kata aku lah yang paling berkuasa di dunia ini.

Contohnya pada suatu hari aku ketemu seorang budak menangis kelaparan. Dia mengadu tidak ada sesiapa sudi membantunya.

Dia menemuiku dan membawaku ke sebuah restauran terkemuka. Sebaik sahaja pengurus restauran itu melihatku, budak itu mendapat layanan seperti anak raja.

Pada suatu ketika yang lain aku bertemu seorang lelaki yang jatuh cinta dengan seorang gadis.

Lelaki duda berusia 54 tahun itu membawaku menemui keluarga si gadis. Tidak lama kemudian mereka diraikan dalam suatu majlis perkahwinan yang gilang gemilang dengan hantaran RM999,999.99.

Aku ada pengalaman yang lebih hebat lagi.

Pada suatu hari seorang lelaki telah ditangkap kerana mengedar dadah. Jika sabit kesalahan maka ia akan dihukum gantung sampai mati.

Keluarga lelaki itu membawaku menemui peguambela paling hebat. Tidak cukup dengan itu mereka membawaku bertemu hakim yang terbabit secara sulit.

Lelaki yang sepatutnya mati itu kini telah pun dibebaskan!

Ada juga kesah yang kejam. Aku dipertemu dengan seseorang pembunuh upahan. Aku pun bertukar tuan lagi. Keesokan harinya seorang lelaki ditemui mati dan aku pasti; aku lah juga penyebabnya.

Bukankah itu membuktikan aku amat berkuasa?

Baru-baru ini seseorang menemuiku. Tak perlulah kunyatakan lelaki atau perempuan.

Dia membawaku ke sebuah kedai alat komunikasi. Setelah berunding maka aku diserahkan kepada pemilik kedai dan orang itu pulang ke rumah dengan hati yang puas.

Beberapa bulan kemudian dia mencariku lagi. Dibawanya lagi ke kedai alat telekomunikasi yang lain pula. Aku dipertaruhkan dan orang itu tersenyum gembira mendapat telefon dengan aplikasi terkini.

Sekarang kulihat orang itu kembali gelisah. Sudah beberapa kali dia membelek-belek iklan telefon baru yang amat canggih. Aku tahu, dalam masa yang terdekat ini dia pasti akan membawaku ke mana-mana kedai yang sesuai dan aku akan bertukar tangan lagi.

Kini keyakinanku terhadap kehebatanku sudah tergugat. Nampaknya aku bukanlah yang paling besar atau paling hebat. Ada yang lebih kuat dari aku.

Kalian sudah tahu siapa aku? Ya, akulah yang digelar WANG dan kini aku sedar bahawa ada yang lebih berkuasa daripada aku di dunia ini.

Ku akui kini bahawa nafsu dan keinginan manusia jauh lebih hebat daripada aku. Nafsu dan keinginan manusia lah yang membuatkan aku terpaksa bertukar pemilik saban waktu.

Monday, November 12, 2012

Bakar kelambu


Demang singgah di masjid Selayang tadi sementara menanti seorang saudara membuat pemeriksaan di hospital berdekatan.

Nampaknya ejekan pembangkang bahawa pelbagai agensi digunakan kerajaan UMNO untuk kempen politik, jadi 2x5 sahaja lah.

Di semua papan kenyataan masjid tersebut tertampal pelbagai isu politik bagi mempengaruhi rakyat agar terus percaya pada kerajaan yang memerintah.

Demang rasa jika setakat itu tidak ada salahnya walaupun sebelum ini pembangkang mengeji perbuatan tersebut.

Cuma Demang amat terkilan apabila kerajaan Khalid dalam usaha mencari alasan isu air akhirnya membuat kesimpulan bahawa masalah air di Selangor adalah semata-mata salah SYABAS.

Antara sebabnya dikatakan 'air tanpa hasil' yang amat tinggi.

Adakah apabila orang ramai mencuri air, SYABAS pula dipersalahkan?

Demang hairan, kenapa apabila sesebuah syarikat besar itu milik orang Islam maka seboleh mungkin akan dimusnahkan?

Lebih hairan lagi apabila pekerja SYABAS sendiri menyokong PKR sedangkan periuk nasi mereka sedang dicurah pasir.

Agaknya mereka fikir, aku peduli apa? Selama ini TS kaya raya, aku kuli sahaja. Biar padan muka. Aku boleh kerja di tempat lain!

Mereka tidak sedar betapa merwka sedang membakar kelambu. Mereka tidak perasan bahawa dengan adanya syarikat Islam lah tabung zakat dapat dipenuhi.

Saturday, November 10, 2012

Masjid solat Jumaat 2 minggu sekali


Masjid Kampung Hulu Melaka 1728

Hajat semalam nak solat Jumaat di Masjid Kampung Hulu iaitu masjid pertama yang dibina selepas kesultanan Melaka tumbang di tangan Portugis.

Namun dari jauh lagi Demang lihat arus orang ramai tidak menghala ke situ. Masjid yang dibina pada 1728 masihi di zaman Belanda itu kosong tidak berorang meskipun waktu zohor sudah masuk.

Sudah lama Demang ingin solat di masjid binaan seorang cina muslim itu. Menurut catatan sejarah itulah masjid tertua di Malaysia dan masih berada pada tapak asalnya.

Portugis yang menakluki Melaka 1511 telah meruntuhkan semua masjid dan tidak membenarkan pembinaan masjid baru semasa mereka berkuasa.

Begitulah nasib jika kuasa berada pada orang lain.

Berbalik pada urusan solat tadi, rupa-rupanya pada minggu ini Masjid Kampung Hulu tidak mengadakan solat Jumaat.

Kenapa? Bukankah solat Jumaat wajib diadakan setiap minggu dan bukannya dua minggu sekali?

Mujur Demang faham situasi. Maka Demang terus menyertai pergerakan orang ramai yang berjalan kaki menuju ke sebuah lagi masjid kira-kira 300 meter dari situ.

Itulah Masjid Kampung Kling, sebuah lagi masjid tua yang dibina pada tahun masihi 1748.

Oleh kerana jarak kedua-dua buah masjid terlalu begitu dekat maka solat Jumaat di kawasan itu dilakukan bergilir-gilir di masjid-masjid tersebut.

Namun masjid ini sudah banyak berubah. Binaan asalnya diperbuat daripada kayu namun pada 1872 ia dibina semula menggunakan bahan batu.

Seni binanya menampakkan pengaruh Sumatera, China, dan Melaka.

Kebetulan ketika hari itu ada pihak yang melakukan rakaman video termasuk bacaan khutbah.

Demang pun tak pula menyiasat atau bertanya tujuan mereka.


Masjid Kampung Kling Melaka 1748

Masjid solat jumaat 2 minggu sekali


Masjid Kampung Hulu Melaka


Masjid Kampung Kling Melaka

Hajat semalam nak solat Jumaat di Masjid Kampung Hulu iaitu masjid pertama yang dibina selepas kesultanan Melaka tumbang di tangan Portugis.

Namun dari jauh lagi Demang lihat arus orang ramai tidak menghala ke situ. Masjid yang dibina pada 1728 masihi di zaman Belanda itu kosong tidak berorang meskipun waktu zohor sudah masuk.

Sudah lama Demang ingin solat di masjid binaan seorang cina muslim itu. Menurut catatan sejarah itulah masjid tertua di Malaysia dan masih berada pada tapak asalnya.

Portugis yang menakluki Melaka 1511 telah meruntuhkan semua masjid dan tidak membenarkan pembinaan masjid baru semasa mereka berkuasa.

Begitulah nasib jika kuasa berada pada orang lain.

Berbalik pada urusan solat tadi, rupa-rupanya pada minggu ini Masjid Kampung Hulu tidak mengadakan solat Jumaat.

Kenapa? Bukankah solat Jumaat wajib diadakan setiap minggu dan bukannya dua minggu sekali?

Mujur Demang faham situasi. Maka Demang terus menyertai pergerakan orang ramai yang berjalan kaki menuju ke sebuah lagi masjid kira-kira 300 meter dari situ.

Itulah Masjid Kampung Kling, sebuah lagi masjid tua yang dibina pada tahun masihi 1748.

Oleh kerana jarak kedua-dua buah masjid terlalu begitu dekat maka solat Jumaat di kawasan itu dilakukan bergilir-gilir di masjid-masjid tersebut.

Namun masjid ini sudah banyak berubah. Binaan asalnya diperbuat daripada kayu namun pada 1872 ia dibina semula menggunakan bahan batu.

Seni binanya menampakkan pengaruh Sumatera, China, dan Melaka.

Kebetulan ketika hari itu ada pihak yang melakukan rakaman video termasuk bacaan khutbah.

Demang pun tak pula menyiasat atau bertanya tujuan mereka.

Thursday, November 8, 2012

Banyak persoalan kini terungkap

Malaysia diiktiraf lagi



Berita Harian pagi ini menyiarkan satu lagi pengiktirafan dunia terhadap Malaysia.

Mungkin akan ada yang katavapa perlunya pengiktirafan tersebut?

Bagi Demang ia perlu memandangkan masih ada rakyat yang 'melihat rumput di seberang lebih hijau.'

Sesekali kita perlu melihat rumah kita dari luar.

Wednesday, November 7, 2012

Pelingkup Koperasi


Bulan lepas Demang mengisi borang untuk menjadi ahli sebuah koperasi yang baru ditubuh.

Oleh kerana rakan baik Demang yang menganjurnya maka Demang fikir apa salahnya Demang jadi ahli serta ahli lembaga sebagai satu sokongan.

Semalam Demang terima pula satu jemputan bagi bersama-sama menubuhkan sebuah koperasi yang dijangka lebih besar di peringkat nasional.

Insya-Allah Demang akan ke KL Ahad ini untuk itu. Paginya Demang terlibat dengan satu program lain di Melaka.

Demang cuba bersikap optimis terhadap koperasi walaupun pengalaman lalu tidak banyak membantu perasaan itu.

Demang lihat ada dua fenomena yang sering melanda banyak koperasi. Demang katakan 'banyak' dan bukannya 'kebanyakan'.

Pertama, apabila koperasi tersebut lemah, maka akan adalah individu tertentu yang mula mempengaruhi ahli lain agar pengerusinya dipecat.

Kedua, jika koperasi itu berjaya maka ada pula yang akan mempromosi dirinya agar dapat menggantikan pengerusi sedia ada!

Apabila Demang beritahu sahabat Demang iaitu Blogger Isac- Bumiyang pandangan Demang ini, beliau segera menunjukkan kes yang menimpa Profesor Ungku Aziz sebagai contoh.

Ya. Profesor yang dianggap Bapa Koperasi Malaysia pun disingkir! Bagus sungguh mentaliti rakyat Malaysia. Bagus dari segi bangang.

Kenapa kita hanya mampu berfikir sebodoh itu dalam usaha mencari yang terbaik! Kenapa perlu mengambil alih kuasa untuk memberi sumbangan?

Kenapa kita tidak mencari formula untuk saling bekerjasama sesuai dengan konsep KOPERASI?

Bernegara pun begitu juga. Adakah kalau tak jadi PM maka seseorang itu tidak boleh memberi sumbangan? Adakah selama ini PM Malaysia membuat keputusan seorang diri?

Salah faham begitulah yang menyebabkan masih ada yang menyangka Tun Dr M yang memecat Anwar Ibrahim padahal Anwar disingkir melalui mesyuarat khas dan Anwar diberi peluang secukupnya untuk membela diri sebelum keputusan dibuat.

Bukan tidak ada pemimpin yang cuba membela. Contohnya Dr Affifudin berucap untuk membela Anwar namun hujah beliau tidak cukup untuk mempertahankan kesalahan Anwar.

Bukan taknak pertahankan Anwar tapi memang dah tak boleh disimpan lagi.

Yang tahu, tahu le...

Tukar atau tutup terus


Pagi ini kali kedua pemilik bangunan menelefon Demang.

Ia bukan berkenaan ofis yang Demang sewa sebaliknya kedai runcit di tingkat bawah yang nampaknya terpaksa berundur.

Kenapa ya? Baru dua bulan kedai runcit itu bertukar kepada TUKAR. Nampaknya ia benar-benar akan berTUKAR!

Nampaknya walau apapun yang hendak ditukar, minda individu itu sendiri yang terlebih dahulu perlu ditukar. Menukar sistem hanya akan lebih menolak ke bawah.

Benarkah dengan menukar kerajaan nasib orang Melayu akan berubah? Adakah rendahnya pencapaian ekonomi (perniagaan) orang Melayu kerana termanja dek subsidi dan sebagainya?

Atau kerana terdapat penyelewengan di peringkat pelaksana yang tidak amanah?

Baru-baru ini Demang berbual dengan seorang sahabat yang telah lama tidak bertemu. Hampir 20 tahun.

Beliau juga seorang pegawai kerajaan dan isterinya pernah mengusahakan kedai dobi.

Demang amat terkejut apabila beliau memberitahu bahawa pegawai yang menguruskan dobi di sebuah kem PLKN meminta beliau menulis bil sebanyak RM10 ribu sedangkan bayaran sebenar tidak lebih RM4 ribu!

Itu belum dikira lagi 'pow' pada waktu lain seperti musim perayaan, 'buka sekolah' dan sebagainya.

Siapa nak kita salahkan?

Namun ada antara pegawai kerajaan yang begitu lah sibuk menghentam kerajaan dan berkempen untuk menukarkan kerajaan.

Demang tak kata kerajaan sedia ada cukup sempurna dan tidak perlu ditukar sampai bila-bila.

Namun jangan sampai kita tersilap tukar kepada yang lebih teruk.

Friday, November 2, 2012

Masjid selat



Masjid kampung Demang masih dalam pembinaan. Hari ini Demang singgah solat di masjid Selat Melaka.

Suatu ketika dulu ada juga yang kata masjid ini buat merugikan duit rakyat sahaja.

Namun hari ini Demang lihat jemaahnya penuh hingga jalan keluar sesak. Terpaksa parking agak jauh dan berjalan kaki ke sini.

Demang rasa orang yang kata begitu mungkin tali barut DAP atau sebab dia tak dapat tender buat masjid ini.

Friday, October 19, 2012

Bukan Mahathir yang pecat Anwar

Bahaya Syiah



Hari ini khutbah di semua masjid Melaka mengingatkan ummat Islam tentang bahaya Syiah.

Lihat sahaja yang berlaku di Iraq dan Pakistan. Sangat dukacita.

Jangan robohkan


Kalau kita robohkan rumah orang, maka orang juga boleh robohkan rumah kita.

Friday, October 12, 2012

Tolong sebarkan


Keluar dari masjid tadi Demang terima mesej (whatsapp) daripada seseorang:

berita dari masjid nabawi..berita
penting..berita untuk umat islam
diseluruh dunia.surat ini datangnya dari
syeikh achmad di saudi arabia..."aku
bersumpah dengan nama allah swt dan
nabi muhammad saw"....wasiat untuk
seluruh umat islam dari syeikh achmad
seorang penjaga makam rasulullah saw
dimadinah,iaitu masjid nabawi saudi
arabia "pada malam tatkala hamba
membaca alquran dimakam rasulullah
saw,dan beliau berkata didalam 60,000
orang yg meninggal dunia diantara
bilangan itu tiada seorang pun mati
beriman,dikeranakan: 1)seorang istri
tidak mahu mendengar kata-kata
suaminya 2)orang yang mampu tidak lagi
melambangkan dan menimbangkan rasa
belas kasihan kepada orang-orang miskin
3)orang tidak lagi berzakat dan tidak
membuat kebajikan.oleh itu wahai syeikh
achmad,hendaklah kamu menyedarkan
kepada orang islam ini supaya membuat
kebajikan,kerana hari penghabisan
(kiamat)akan tiba dmana bintang akan
terbit dari langit,sesudah itu matahari
akan turun diatas kepala pesanan hamba
ini a)berselawat untuk junjungan nabi kita
muhammad saw b)bertaubat lah dengan
segera sementara pintu taubat maseh
terbuka c)bersembahyang lah
d)berzakat-jangan ditinggalkan
e)menunaikan fardhu haji-bila
berkemampuan f) jangan menderhaka
kepada kedua ibu bapa UNTUK
MAKLUMAN seorang saudagar dari
bombay telah menerima surat ini dan
beliau telah mencetak sebanyak 20
salinan dan mengirimkan kepada orang
lain,dia kemudian nya dienugerahi allah
dengan mendapat keuntungan yang besar
dalam perniagaan nya. 2)seorang hamba
allah telah menerima surat ini tetapi
tidak mengendahkannya dan
menganggap wasiat ini palsu,maka
selang beberapa hari anaknya telah
meninggal dunia. 3)pada tahun 1977 tun
dato mustapaha bekas ketua mentri
sabah menerima wasiat ini dan
kemudian mengarahkan setiausaha nya
mencetak 20 salinan dan menghantarnya
kepada orang lain.kemudian dia telah
mendapat hadiah dari kebajikan malaysia
timur. 4)tan sri ghazali jawi,bekas
menteri besar perak dipecat dari jawatan
nya kerana apabila beliau menerima
wasiat ini dan terlupa mencetak 20
salinan untul disebarkan kepada orang
lain tetapi beliau telah menyedari
kesilapan nya lalu mencetak semula
wasiat ini dan mengirimkan nya kepada
orang lain ,bebrapa hari kemudian beliau
telah dilantik mentri kabinet perdana
menteri.... banyak lagi contoh contph
orang yang menerima wasiat ini tapi
tidak menyampaikan nya kepada orang
lain.dimana mereka mendapat
malapetaka.setelah kejadian yang
mengembirakan dan meyakinkan ini anda
jangan lupa menyampaikan 20 salinan
wasiat ini dalam masa 96 jam dari masa
anda menerimanya.insyallah anda akan
memperolehi sesuatu dari yang maha
kuasa dengan penuh keyakinan pasti ia
akan menerangi hidup anda dengan
nikmat kebahagiaan hidup.
insyallah,perhatian setelah menerima
wasiat ini hendaklah ditulis atau dicetak
dan di sampaikan kepada orang lain
sebanyak 20 salinan.sekiranya telah
dilakukan anda akan dianugerahkan
sesuatu nikmat dan hajat anda akan
dikabulkan oleh allah.kata syeikh achmad
lagi,jika apa yang hamba katakan ini tidak
benar,biarlah hamba mati dalam
kekufuran dan hamba tidak mendapat
perlindungan dan syafaat rasulullah saw
nauzubillah.oleh itu hendaklah ditulis
atau dicetak dan disampaikan kepada
orang lain.insyallah dalam masa 2 minggu
anda akan beroleh kebahagiaan dan
ingatlah lakukan ini dengan hati yang
ikhlas dan jangan diabaikan atau
dibiarkan...TOLONG SEBARKAN
WASIAT INI KEPADA UMAT ISLAM.

Yang Demang nak suruh sebarkan bukan yang itu tetapi sms balasan Demang berikut:

Salam. Berita ni palsu. Dah disebar melalui surat berantai sejak 1970an. Setlh disiasat, yg memulakannya ialah seorg paderi yg ditugas khas utk mengelirukan ummat Islam. Sebaran ini sudah difatwakan sbg haram. Mohon sms/whatsapp semula kpd org yg tlh ter...sebar. Tq.

Thursday, October 11, 2012

Dibunuh kerana sepakan


Banyak kali juga Demang tumpang anak-anak menonton vcd filem Libas lakonan Rosyam Nor.

Walaupun cerita ini menampilkan aksi melampau yang tak logik ala filem Hong Kong namun intronya menarik minat Demang.

Filem ini menyelitkan sedikit kisah sejarah Tun Besar putera Tun Perak yang handal bermain sepak raga.

Pada suatu hari putera sultan yang juga bakal menjadi sultan bersiar-siar dengan kudanya hingga sampai di tempat Tun Besar bermain sepak raga.

Baginda berhenti dan melihat dari atas kudanya.

Tiba-tiba bola raga yang di sepak Tun Besar mengenai destar baginda lalu jatuh ke tanah.

Anakanda sultan yang bernama Raja Ahmad itu murka lalu turun dan menikam Tun Besar.

Putera Bendahara itu meninggal dunia di situ juga.

Melihat kejadian, teman-teman beliau serta pengikut Bendahara ingin membalas dendam tetapi ditahan oleh Bendahara.

Sebaliknya Tun Perak bergegas mengadap sultan.

Tun Perak mengadukan hal tersebut dan menyatakan pendirian beliau iaitu pantang menderhaka tetapi mahu Raja Ahmad dihukum.

Sultan membuat keputusan iaitu Raja Ahmad dibuang negeri ke Pahang dan tidak akan ditabal menjadi Sultan Melaka.

Peristiwa tersebut sudah tentu mengundang polemik hingga sekarang dan tak kurang yang memainkannya sebagai sentimen politik, terutama pendokong sosialis.

Raja Ahmad dicop kejam dan sistem kesultanan dikecam.

Benarkah?

Mari kita lihat beberapa perkara:

Bukankah digambarkan Tun Besar amat handal bermain bola raga?

Tun Besar diriwayatkan mampu menimang bola raga hingga sepenanak nasi. Berapa lama orang dahulu menanak nasi tanpa dapur gas atau periuk elektrik?

Siapa pula Raja Ahmad? Baginda adalah putera sulung sultan yang memerintah empayar Melaka.

Bukan calang-calang hebatnya empayar kerajaan Melaka ketika itu dan Raja Ahmad akan menjadi khalifahnya.

Apakah logik orang sehandal Tun Besar boleh tersasar sepakannya hingga tepat ke destar seseorang di atas kuda?

Tidak sengaja atau..?

Bayangkan betapa jika perbuatan itu dibiarkan maka selama beratus rahun orang akan menjadikannya bahan jenaka iaitu sultan Melaka pernah disepak dengan bola raga dan tidak berani melawan!

Bendahara faham isu ini dan itulah sebabnya beliau tidak bertindak mengikut nafsu.

Raja Ahmad berdarah muda dan mengikut nafsu amarah. Akhirnya baginda dihukum dengan hukuman yang sangat berat.

Baginda tidak dihukum bunuh bukan kerana beliau anak sultan tetapi kerana baginda mangsa provokasi keterlaluan. Ia melibatkan maruah diri, keluarga, dan negara.

Sultan Melaka bertindak bijak dengan mengambil kira semua faktor sebelum menjatuhkan hukuman.

Kita sebagai rakyat yang pada zaman ini diberi peluang memilih pemimpin, buatlah keputusan sewarasnya dan jangan ikutkan nafsu dan kepentingan peribadi semata-mata.

Oh ya, kalau baca buku sejarah, jangan fikir orang dulu-dulu bodoh. Mungkin kita yang kurang cermat menilai!


Foto hiasan drpd Google Image.

Wednesday, October 10, 2012

PKR tukar nama dan logo baru


Tahukah anda bahawa PKR sudah bertukar?

Ya. PKR kini sudah tinggal R sebab rakyat dah ambil balik PK yang sebelum ini dirampas daripada kawalan mereka.

Tanpa PK, parti R kini hanya menanti maut. Runduk dan Ruyup sebelum Reput dimamah bumi.

Sebagaimana tradisinya parti-parti serpihan UMNO sebelum ini, para pemimpin asal parti R hampir semuanya telah kembali kepada UMNO.

Tambah memburukkan keadaan ialah apabila beberapa pemimpin UMNO/BN yang mula terpinggir tiba-tiba menyertai parti R tersebut.

Demang tidak tahu samada ia sebahagian daripada strategi Najib atau tidak namun ini lah yang dikatakan sokong membawa rebah.

Demang percaya jika PRU13 dibuat sekarang, bukan setakat R, PAS dan DAP pun boleh terjunam sama.

Monday, October 1, 2012

Kepiah putih cuma RM2.50



Agak sukar untuk keluar dari simpang. Kenderaan bergerak perlahan, bertali arus dan belum ada tanda mahu reda. Jenuh Demang menunggu.

Pada suatu ketika Demang lihat ada sedikit ruang untuk mencelah. Di sebelah kiri ada sebuah kereta dipandu seorang lelaki berkepiah putih.

Ada peluang nampaknya, fikir Demang.

Demang menekan minyak dan cuba untuk keluar.

Namun rupa-rupanya tidak semudah itu. Lelaki berkepiah putih melajukan keretanya sekaligus menutup ruang.

Demang mengundur semula dan kereta lelaki itu masih tidak bergerak sebab jalan sedang jem.

Benar lah kata teman Demang, "apa nak heran, kepiah putih cuma berharga RM2.50!"

Wednesday, September 26, 2012

Apa jawab anda?



Kasim: Cikgu, Zami menangis.
Cheguman: Zami, kenapa menangis?
Zami: Sudin pukul saya cikgu.
Cheguman: Sudin, kenapa pukul Zami?
Sudin: Talib suruh, cikgu
Cheguman: Talib, mari sini. Sekarang, saya nak awak suruh Sudin makan taik.
Talib: Sudin, pergi makan taik.
Cheguman: Sudin, kenapa tak ikut arahan Talib?
...

Monday, September 24, 2012

Jangan buang sembarangan


Ketika sedang memandu pagi semalam, tiba-tiba kelihatan seorang lelaki cuba melintas jalan dua lorong itu.

Demang sedang memandu dalam kelajuan 90km sejam di lorong kanan.

Dengan andaian lelaki itu akan terus ke seberang maka Demang menukar posisi ke lorong kiri tanpa mengurangkan kelajuan.

Eh! Tiba-tiba lelaki itu berhenti di tengah jalan, memungut sesuatu dan berpatah balik.

Mujur Demang tidak panik. Demang kembali ke lorong kanan sambil mengucap panjang.

Demang rasa lelaki itu seorang yang berhati mulia. Beliau cuba membuang sesuatu yang mengganggu jalanraya.

Memang ada hadis yang menyuruh kita membuang rintangan di jalanraya. Namun niat dan perbuatan yang baik sahaja belum cukup. Soal keselamatan juga perlu diambil kira.

Dalam perkara lain pun begitu juga. Apatah lagi dalam bernegara. Demang faham ramai yang prihatin dengan politik namun perlu diingat, niat yang baik perlu disusuli dengan tindakan yang betul.

Strategi juga perlu bijaksana. Setakat boikot Youtube dan Google 3 hari dan berarak di jalanraya, sapa nak hairan?

Kita perlu agenda yang lebih besar dari itu. Strategi yang musuh kita hanya sedar setelah mereka kalah!

Saturday, September 22, 2012

Doa najib bukan doakan najib


Terharu Demang membaca permintaan Najib agar para jemaah haji mendoakan kesejahteraan negara.

Demang percaya, dengan doa para jemaah haji nanti kita akan memperolehi pemimpin dan kerajaan yang terbaik.

Najib tak minta doakan beliau tetapi doakan negara.

Sebenarnya itulah doa rakyat Malaysia selama ini. Malah PAS juga banyak kali buat solat hajat memohon perkara yang sama terutama selepas Dr Mahathir dikatakan menganiaya Anwar Ibrahim.

Demang percaya, doa tersebut telah dimakbulkan Allah.

Dr Mahathir masih sihat dan semakin dihormati kawan dan lawan manakala Anwar tak habis-habis ditimpa masalah.

Elok lah Anwar menunaikan haji tahun depan.

Jangan boikot youtube



Ummat Islam dipersenda lagi.

Kenapa? Kerana ummat Islam bukanlah ummat yang digeruni apa lagi dikagumi.

Dulu orang kata Iraq kuat dan Saddam hebat. Nampaknya ia hanya khayalan semata-mata. Fatamorgana.

Iran juga khabarnya ada banyak senjata termasuk nukleur. Padahal cerita itu hanyalah bom jangka yang akan dijadikan alasan untuk menghancurkan Iran suatu hari nanti.

Filem dan buku yang menghina ummat Islam bukan perkara baru. Sebelum ini isu Salman Rushdi sudah meletup. Apa orang Islam boleh buat?

Setakat mengugut? Salman makin terkenal dan masih hidup hingga sekarang.

Kali ini sebuah filem dikeluarkan oleh orang kafir yang menghina Rasulullah SAW. Demang memang sedih tapi nak marah pada siapa?

Memanglah orang kafir itu musuh Islam. Apa nak dihairankan? Dalam berperang, kita tidak boleh mempertikaikan senjata pihak lawan sebaliknya usahakanlah senjata yang lebih baik.

Maka ummat Islam seluruh dunia membantah. Ada kesankah? Boleh menangkah kita?

Pagi ini Demang terima lagi mesej agar memboikot Google dan Youtube selama 3 hari!

3 hari sahaja? Apa kesannya?

Demang cuba untuk menuruti kempen tersebut namun pagi tadi apabila Demang mencari video untuk pendidikan Islam maka semua video yang disenaraikan berada dalam Youtube! Bagaimana?

Selama ini pun para ulama dan pendakwah Islam menggunakan Youtube sebagai media untuk berdakwah. Kenapa kita nak boikot saluran itu hanya kerana ia tidak menyebelahi kita dalam isu ini?

Bagi Demang boikot memboikot ini bukan strategi yang bijak. Kita perlu lebih bijaksana menggunakan ruang yang ada.

Baca semula sejarah dan lihat bagaimana Rasulullah menggunakan perjanjian Hudaibiyah yang kelihatan berat sebelah akhirnya menguntungkan dakwah Islamiyah.

Janganlah kita mudah sangat melatah dan terjerat dengan provokasi. Bahkan isu ini sebenarnya telah dijadikan bahan untuk mendapatkan 'politic miles'.

Buka semula Youtube atau apa sahaja saluran dan binalah, perbanyakkan bahan dakwah Islamiyah di dalamnya.

Tawanlah sekalian manusia agar mengESAkan Allah Taala dengan berhikmah.

Banyak kesah teladan pekerti Rasulullah yang boleh kita filemkan. Ia akan menarik minat orang lain untuk mendekati Islam.

Ia jauh lebih berfaedah berbanding BOIKOT YOUTUBE 3 HARI!

Ok lah. Demang nak cari nasyid Al-Mizan dalam Youtube kejap lagi.

Mula-mula, cari dalam Google dulu.

Tuesday, September 11, 2012

Ustaz Nasha terselamat


PAS mengambil jalan selamat dengan membiarkan isu ustaz nasha begitu sahaja.

Malah dalam mesyuarat kelmarin isu tersebut langsung tidak disentuh. Ardogan PAS berharap nama Ustaz Nasha akan lupus sendiri setelah tiada lagi jawatan dalam parti.

Pengalaman pahit akibat memecat Hasan Ali membuatkan PAS serik. Cuma setakat ini PAS belum serik dengan Karpal dan Anwar.

PAS masih berharap Karpal dapat mati cepat dan Anwar akan wasiatkan kerusi PM pada mereka bagi menebus dosa-dosa lalu.

Hikayat sibengong yang bingung


Apabila dikatakan betapa kita patut bersyukur dengan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi maka siotak culas pun membidas dengan mengajukan berita-berita jenayah yang berlaku saban hari di Malaysia.

Agaknya mereka tidak dapat membeza antara kekacauan akibat jenayah yang sememangnya ada di mana-mana dengan huru hara akibat perseteruan politik serta perbezaan pendapat.

Nampaknya siotak negatif bukan sahaja bingung malah mereka juga bengong.

Jika anda mahu berjaya di dunia dan di akhirat eloklah dielak berkawan dengan golongan berotak pembangkang kerana mereka cenderung berfikir secara negatif.

Wednesday, September 5, 2012

Pakar sejarah sanggah isu sang saka

Dakwaan kumpulan yang mengibarkan bendera 'Sang Saka Malaya' pada Himpunan Janji Bersih di Dataran Merdeka Khamis lalu bagi menggantikan Jalur Gemilang kononnya ia bendera asal Tanah Melayu disanggah pakar sejarah.

Bukan itu sahaja, pakar sejarah turut menggelar kumpulan tersebut sebagai jahil sejarah tanah air.

Dekan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Datuk Dr Ramlah Adam berkata, Tanah Melayu tidak pernah menggunakan bendera tersebut sebagai bendera rasmi walaupun ketika dijajah.

Menurut beliau,warna merah putih yang dinamakan Sang Saka itu adalah bendera yang digunakan kumpulan menyokong pembentukan Indonesia Raya dan sentimennya dibawa pertama kali ke Tanah Melayu oleh Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada 1938 pimpinan Ibrahim Yaakob.

"Perkara yang diperjuangkan kumpulan KMM ini adalah memerdekakan Tanah Melayu tetapi dengan cara bergabung dengan Republik Indonesia Raya atau Melayu Raya.

Namun majoriti orang melayu di Tanah Melayu ketika itu tidak bersetuju perjuangan mereka kerana orang Melayu mendukung institusi Raja-Raja Melayu dan Islam,kerana itu majoriti memilih perjuangan Umno," kata beliau.

Menurut beliau lagi, selepas KMM diharamkan, ideologi itu dibawa pula Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin oleh Mokhtaruddin Lasso, Dr Burhanuddin Helmi dan Ahmad Boestamam.

Mereka menggunakan bendera Sang Saka ini dalam ceramah mereka, namun perjuangan mereka ini ditolak majoriti rakyat Tanah Melayu tetapi saki baki pendukung ideologi itu hari ini cuba menghidupkannya semula," katanya.

Bagi Demang, tidak salah memberi cadangan. Demang juga berpendapat tidak mengapa mencadangkan semula idea yang pernah ditolak.

Namun ada beberapa perkara perlu diingat, antaranya:

Adakah kita benar-benar faham kebaikan cadangan tersebut dan sedar implikasinya?

Melihat pada keadaan Indonesia hari ini yang gagal menjaga kepentingan majoriti rakyatnya serta kekalutan politik mereka maka Demang fikir inilah hikmah datuk nenek kita menolak idea Indonesia Raya dulu.

Seperkara lagi, dalam kita nemberi cadangan elakkan daripada memperlihat kejahilan diri sendiri.


UMNO upah

KUALA LUMPUR, 4 Sept — Ahli parlimen Shah Alam, Khalid Samad tidak menolak kemungkinan individu yang memijak potret Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tersebut diupah oleh Umno demi untuk dijadikan sebab untuk menghentam Pakatan Rakyat (PR).

Nampak sangat orang PKR dah tak ada idea. Saat kehancuran semakin tiba dan ketua-ketua suku mereka menggelepar dan serba bingung.

Ada yang masih bermimpi bahawa sekarang masih di tahun 1999 iaitu internet baru diperkenalkan.

Sekarang sudah 2012 iaitu zaman orang melihat realiti, dan tidak lagi mimpi di siang hari.

Bahkan rakyat pun tak ada masa nak melayan mimpi-mimpi pembangkang tersebut.


Monday, September 3, 2012

Kanak kanak pakar sejarah ditemui

“Kami tidak mewakili mana-mana parti politik dari kerajaan mahupun pembangkang, kami mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab, jauh sekali bermotif untuk menukar jalur gemilang kepada sang saka Malaya, kerana sang saka Malaya yang ditukarkan kepada jalur gemilang hari ini,” jelasnya melalui entri di blognya itu.

Itulah kenyataan budak-budak yang rasa hebat dan mendakwa tahu sejarah.

Oh ya. Siapa lantik mereka 'mewakili golongan Anak Muda yang ingin menonjolkan kebenaran dan sejarah yang cuba ditenggelamkan oleh pihak yang bertanggungjawab...?'

Inilah masalahnya apabila semua nak bercakap. Yang tak berapa tahu pun berlagak macam pakar. Baru ada blog dah rasa hebat sangat. Baru baca dua tiga blog tentang sejarah dah rasa nak tulis semula sejarah!

Jangan-jangan sejarah nama sendiri pun tak berapa tahu!

Akhirnya timbullah macam-macam hal seperti yang berlaku di Selangor apabila Sultan Selangor tidak dijemput ke majlis rasmi sambutan Hari Kebangsaan peringkat negeri.

Kalau perkara asas pun tak tahu macamana nak buat perkara besar?


Sunday, September 2, 2012

Sultan Selangor pertikai kerajaan

KUALA LUMPUR, 2 Sept — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah mempesoalkan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) Selangor menjemput Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai tetamu kehormat sewaktu Sambutan Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri malam Khamis lalu.

Dipetik Sinar Harian, Setiausaha Sulit baginda, Datuk Mohamad Munir Bani berkata tindakan oleh PR Selangor itu menimbulkan tanda tanya kerana Anwar (gambar) tidak menjawat sebarang kedudukan tertinggi di peringkat negeri, sebaliknya hanya bertindak selaku Penasihat Ekonomi negeri.

"Tuanku Sultan melahirkan rasa pelik mengapa Anwar  yang tidak berada dalam jawatan tertinggi negeri menjadi tetamu kehormat. Beliau tidak memegang sebarang portfolio rasmi kecuali sebagai Penasihat Ekonomi.

"Kebiasaannya kalau Tuanku tidak dapat hadir dalam program rasmi negeri, Menteri Besar akan menggantikan baginda untuk memberi ucapan," katanya dan menambah, "tetapi mengapa Anwar yang dijemput, ini program rasmi, bukan politik."


Wednesday, August 29, 2012

Boikot merdeka 2012


Isu demi isu dalam barisan pembangkang meletup di sana sini. Isu Kedah, isu Pulau Pinang, isu Perak, isu Selangor, dan terbaru isu pemimpin PKR di Pahang.

Demang fikir hanya satu cara untuk mengalih perhatian rakyat dari terus memoerkatakan tentang kemelut pembangkang iaitu dengan melakukan satu letupan yang lebih besar.

Tidak sukar untuk mencari isu. Kebetulan sambutan merdeka semakin dekat. Pembangkang boleh cetuskan sesuatu dan mulakan provokasi menjelang sambutan.

Kalau jadi huru hara lebih bagus. Orang akan lupa terus masalah-masalah besar PKR tersebut.

Mungkin pembangkang boleh mulakan dengan mempertikai tema tahun ini.

Ala... Tahu lah Anwar Ibrahim nak buat camna. Harap jangan buat-buat lari ke kedutaan mana-mana dah la. Lepas tu bagitau ada orang nak bunuh.

Taktik lama tu bro.

Raptai sambutan merdeka melaka 2012



Di tengah isu sumbang mahram pemimpin PKR Pahang, isu sabotaj air di Selangor, dan komplot tanah DAP Pulau Pinang, orang Melaka tetap meriah dalam persediaan sambutan kemerdekaan.

Nak dibiarkan luncai terjun dengan labunya lagi?

Tuesday, August 28, 2012

Jadi kerajaan pun menipu



Pembinaan Loji Langat 2: Dakwaan kerajaan Selangor adalah pembohongan: Peter Chin, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air

Putrajaya: Dakwaan kerajaan Selangor kononnya tarif air di negeri itu akan naik sehingga 70 peratus apabila projek pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 siap, adalah pembohongan.

Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin, yang menafikan dakwaan itu menegaskan pembinaan loji tidak ada kaitan dengan kadar tarif air.

“Ia alasan semata-mata untuk menghalang perancangan kerajaan pusat membina loji. Ini adalah antara helah meyakinkan rakyat kononnya pembinaan loji tidak wajar diteruskan.

Tarif air bukan isu

“Kita tidak pernah menyatakan akan berlaku kenaikan tarif air selepas loji siap. Apa yang kita lakukan bertujuan mengelakkan krisis air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menjelang 2015,” katanya kepada BH semalam.

Baru-baru ini, EXCO Kerajaan Selangor, Xavier Jayakumar, berkata dasar kerajaan negeri yang tidak mengenakan bayaran untuk 20 meter padu pertama air, tidak boleh diteruskan jika pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 diteruskan.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri itu, berkata walaupun kos pembinaan ditanggung kerajaan, sumber pembiayaan adalah daripada Agensi Koperasi Antarabangsa Jepun (JICA).

Sehubungan itu, beliau mendakwa Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) selaku syarikat konsesi tunggal mengagihkan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, akan terpaksa menaikkan tarif air.

Chin juga berkata, Kerajaan Pusat akan memastikan loji yang menelan belanja RM3.744 bilion itu dimulakan tahun ini dan siap sebelum 2015.

Paling munasabah

Projek penyaluran air dari Pahang ke Selangor dengan kos RM2.481 bilion pula dijangka siap pada 2014.

Kos pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 ialah yang paling munasabah boleh ditanggung Kerajaan Pusat bagi membekalkan 1,130 juta liter air sehari untuk lapan juta pengguna antara 2014 hingga 2025.

“Kerajaan Pusat juga boleh mendapatkan kadar faedah paling rendah bagi pembiayaan dalam pasaran modal semasa dan tidak ada asas mengatakan tarif air akan meningkat semata-mata kerana pembinaan loji ini.

“Kerajaan Selangor perlu lebih teliti sebelum menyebarkan alasan yang semata-mata untuk membantah pembinaan loji,” katanya.

Tiada kaitan loji baru

Chin juga menjelaskan dasar memberi 20 meter padu pertama air percuma terpulang kepada budi bicara kerajaan Selangor sepenuhnya dan tiada kaitan dengan kos pembinaan loji baru itu.

“Terpulang sama ada mahu meneruskan subsidi. Dasar memberi subsidi ini bermakna kerajaan Selangor terpaksa membayar pampasan kepada SYABAS. Berhubung isu tarif air pula, ia perlu diputuskan oleh kerajaan negeri dan Kerajaan Persekutuan,” katanya.

Chin juga menjelaskan jika ada keperluan tarif air dinaikkan, kerajaan negeri dan Kerajaan Pusat perlu membincangkan keputusan itu.

Sumber: Berita Harian online.

Dah la menang PRU12 pun dengan cara menjual janji palsu, dah tubuh kerajaan negeri pun masih nak menipu rakyat.

PKR lupa yang rakyat Selangor bukan bodoh.

Saturday, August 25, 2012

hmm boleh tahan side income

Snapshot di atas adalah tulen. BUKAN diedit!

Jumlah kutipan sebenar bagi bulan Mei, Jun, dan Julai 2012 ialah RM118,245.00.

Ya. Itulah hasil jualan secara online untuk tiga bulan terakhir. Untuk bulan Ogos saya belum kira.

Read More...

Monday, August 20, 2012

Sunday, August 19, 2012

Ustaz Nasha jawab isu jumpa najib di mekah


Laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012 dan beberapa ulasan daripada pelbagai pihak sehubungan dengan kenyataan saya di Mekah al-Mukaramah adalah dirujuk.

- Hudud

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti-Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf beyond any shadow of doubt iaitu tahap pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam is over my dead body menunjukkan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja at whatever cost untuk pertahankan agama saya.

Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan syariah Allah SWT namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.

Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum.

Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi daripada ahlinya sahaja. - Isu pertemuan di Mekah

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu’ dzan (bersangka buruk), nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah (bertakwalah) dan beristghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal.

Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukanlah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di Mekah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil Haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia.

Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau UMNO, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar daripada Pas atau UMNO. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum (Siapapun yang tidak menganggap penting urusan/perkara yang menimpa kaum muslim, maka dia bukan termasuk golongan mereka (muslim).

Adakah berbincang tentang ummah satu jenayah?

Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk UMNO. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.

Saturday, August 18, 2012

UMNO akan laksana hudud



Umno boleh memperkenalkan hukum hudud jika Pas bergandingan dengan parti teras Barisan Nasional (BN) itu, dengan membangunkan sebuah negara Islam.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Umno amat mengalukan-alukan penyertaan Pas dalam parti itu jika ia berpisah dari Pakatan Rakyat (PR).

Beliau berkata, pelaksanaan hudud hanya dapat dilakukan jika Pas menyertai Umno untuk bersama-sama membina negara dan menggubal perundangan Islam.

“Sebelum itu, kita harus pastikan hudud yang akan dilaksanakan adalah bukan hudud Pas, sebaliknya hukum hudud yang ditetapkan oleh agama Islam.

“Pas harus keluar dari PR secepat mungkin kerana mereka saling berpelukan dengan orang kafir yang secara nyata menolak hudud” katanya kepada Sinar Harian selepas majlis sumbangan dan berbuka puasa peringkat Dewan Undangan Negeri (Dun) Ayer Hitam, di Masjid Pekan Jerlun, di sini, semalam.

Sehubungan itu, Dr Mahathir berkata, sudah tiba masanya Pas meninggalkan PR dan menetapkan pendirian sebagai sebuah parti yang memperjuangkan Islam.

“Apabila Pas meninggalkan PR yang disertai parti bukan Islam, baru mereka boleh meneruskan perjuangannya yang didokong selama ini.

“Selagi Pas bersama parti yang tidak mengakui Islam adalah agama unggul, hukum hudud tidak dapat di laksanakan,” katanya.

Menurutnya, dunia mengiktiraf Malaysia adalah sebuah negara Islam tetapi ia tidak dapat melaksanakan hudud kerana Malaysia mempunyai kehidupan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

“Umno akan mewujudkan sebuah negara Islam yang lengkap jika Pas berbesar hati untuk menyertai Umno.

“Negara Islam lain juga menaruh harapan kepada Malaysia, namun masih ada orang yang cuba memecahbelahkan orang Islam. Oleh kerana itu hajat kita tidak tercapai.

“Untuk membina sebuah negara Islam, orang Melayu harus bersatu dalam satu pakatan dan membangunkannya secara lengkap.

“Kita tidak usah mempedulikan orang yang memperjuangkan hanya untuk menjadi Perdana Menteri, sebaliknya semua orang Melayu dan Islam mesti bersatu untuk membina sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud,” katanya.

- SINAR HARIAN

Demang tunggu apa pula alasan PAS kali ini?

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)