Berapakah modal untuk membeli seekor anjing gila? Sebelum itu, adakah orang nak beli anjing gila?
Tak apa lah. Kita anggarkan sahaja rm2.
Sekarang, masukkan seekor anjing gila ke dalam sangkar dan letakkan rm2 bersama anjing gila itu.
Mari kita buka tawaran. Siapa sanggup masuk ke dalam sangkar tersebut maka wang rm2 itu akan jadi miliknya.
Sejujurnya jika anda yang diberi tawaran ini apakah yang menyebabkan anda tidak berminat melakukannya?
A. Anda tidak berminat dengan wang.
B. Anda tidak mahu digigit anjing gila.
B. Anda tidak mahu digigit anjing gila.
Mari kita cuba eksperimen kedua.
Masukkan sangkar tadi ke dalam bilik berukuran 10 kaki darab 10 kaki.
Keluarkan anjing gila dari sangkar tetapi biarkan berkeliaran di dalam bilik itu.
Anda dimasukkan ke dalam bilik tersebut secara paksa. Pintu bilik dikunci tetapi pintu sangkar terbuka. Wang rm2 tadi masih di dalam sangkar.
Apa tindakan anda?
A. Cepat-cepat masuk ke dalam sangkar dan tutup pintunya.
B. Cuba berbaik-baik dengan anjing gila.
Saya percaya anda akan pilih cadangan A. Soalan sebenar untuk eksperimem bodoh ini ialah kenapa anda pilih A?
Adakah kerana anda inginkan wang tersebut atau sebab anda tidak mahu dikerkah anjing gila?
Justeru saya katakan motivasi terbaik bukan wang tetapi anjing gila.
Kenapa saya letak rm2 bersama anjing gila? Kenapa saya nilaikan rm2 sama dengan harga anjing gila?
Saya percaya kebanyakan manusia akan melakukan sesuatu dengan lebih bersungguh-sungguh untuk keluar dari ketakutan atau kesengsaraan berbanding melakukannya kerana inginkan kebaikan.
Seterusnya
Seterusnya
No comments:
Post a Comment