Masih ingatkah pada kisah Pak Kaduk? Dalam masyarakat Melayu watak Kaduk sinonim dengan ungkapan 'menang sorak kampung tergadai.'
Versi asal Pak Kaduk menceritakan seorang lelaki yang digelar Pak Kaduk. Dikatakan bahawa Pak Kaduk merupakan seorang yang gemar menyabung ayam. Beliau mempunyai seekor ayam sabung yang handal bernama 'Biring'.
Diceritakan pada suatu masa Pak Kaduk telah membawa si Biring ke istana untuk mencabar raja bersabung ayam. Raja menyahut cabaran tersebut walaupun menyedari ayamnya pasti akan kalah. Sebagai raja yang berakal panjang, baginda mengatur strategi dan berjaya memujuk Pak Kaduk menukarkan ayamnya dengan ayam milik Pak Kaduk.
Loading...
Apabila persabungan dilangsungkan, Si Biring telah menang sebagaimana yang dijangka. Pak Kaduk yang terlupa bahawa ayam mereka telah bertukar-milik, bersorak kegembiraan.
Namun raja menyedarkan Pak Kaduk bahawa Si Biring sudah menjadi milik baginda dan Pak Kaduk telah kalah di dalam gelanggang.
Akibat kekalahan tersebut Pak Kaduk kehilangan taruhannya berupa sebuah kampung (jajahan?).
Ada pendapat yang mengatakan Pak Kaduk bukan rakyat biasa sebaliknya seorang pembesar atau 'Orang Kaya'. Itulah sebabnya taruhan mereka bukan sekadar wang ringgit sebaliknya sebuah kawasan atau jajahan.
Selain versi asal terdapat beberapa versi lain termasuklah yang diolah semula oleh beberapa penulis moden. Antaranya, digambarkan Pak Kaduk sebagai rakyat yang teraniaya lantaran diperdaya raja. Hujah mereka ialah Pak Kaduk sebagai rakyat tentu tidak mampu membantah perintah raja untuk menukarkan ayam sabung masing-masing.
Agong kita...
Bagi Demang anggapan tersebut juga tidak begitu adil. Pihak berkenaan menggunakan neraca pihak luar dalam menilai perhubungan raja-rakyat. Jika kita jujur menelaah semula kesah tersebut, kita dapati Pak Kaduk TIDAK diperintahkan datang bersabung sebaliknya beliau hadir ke majlis yang dianjurkan raja secara SUKARELA.
Dalam kesah tersebut juga dinyatakan bahawa Pak Kaduk yang mencabar raja untuk bertanding.
Dalam sistem pemerintahan beraja, kita meletakkan raja di atas sekali. Sebagaimana dinyatakan dalam Sejarah Melayu, Demang Lebar Daun yang merupakan pemimpin sebenar Palembang telah mengangkat Sang Sapurba menjadi ketua negara. Perlantikan dan penyerahan kuasa itu disertai istiadat beserta perjanjian yang dikenali sebagai waadat. Dinyatakan juga batas-batas yang perlu dipatuhi bersama bagi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara-bangsa.
Demang fikir tak perlulah dihuraikan satu persatu batas hubungan raja-rakyat dalam artikal ini. Cuma saya ingin lontarkan soalan iaitu adakah wajar Pak Kaduk mencabar raja bersabung? Bagaimana jika raja kalah? Apakah tujuan sebenar Pak Kaduk? Inginkan hadiah atau berniat memalukan raja?
Loading...
Sudah hilangkah adab Pak Kaduk dengan raja? Kenapa nak dimalukan raja?
Bagi Demang, mesej dalam kesah Pak Kaduk ialah seseorang raja itu akalnya panjang dan pandai menggunakan kuasanya. Raja tersebut menggunakan kuasanya untuk menukarkan ayam sabung tersebut. Raja menggunakan kuasanya untuk melindungi maruah raja. Maruah raja adalah maruah negara dan negara adalah tempat kita bernaung.
Pak Kaduk bernasib baik kerana hanya ditukarkan ayam sabung. Kalau Demang yang menjadi raja,Demang akan tangkap Pak Kaduk dan sumbat ke penjara (ISA) atau halau Pak Kaduk dari negeri tersebut. Malah hukuman lazim bagi penderhaka di mana-mana negara ialah bunuh samada dipancung, disula atau digantung.
Ada satu peribahasa melayu yang menggunakan istilah 'kaduk' iaitu 'kaduk naik junjung'. Saya harap orang Melayu masih ingat maksudnya iaitu jangan berperangai macam Pak Kaduk yang cuba mencabar seorang raja!
Hari ini kita lihat ramai pemimpin politik macam kaduk naik junjung. Sekali imbas nampak macam daun sireh. Rupa²nya hanya daun kaduk.
Nota:
Artikal ini telah disiarkan dalam blog Waadat pada 20/2/09.
Wallahu'alam.
Cheguman a.k.a Demang Lebar Daun adalah blogger Waadat sejak 2008.
Menulis tentang politik semasa dengan melihat yang tersirat di sebalik tersurat. Menulis adalah bakti kecil untuk agama, bangsa, dan negara. Khidmat selaku hamba Allah.
Aktivis BiroTata Negara sejak 1993 dan bamyak terlibat dalam memberi kefahaman tentang perlembagaan kepada pegawai kerajaan.
Blog Waadat tidak dibiayai oleh mana² individu berkepentingan atau parti politik.
----------------------------------------------------------
M I N Y A K M O R H A B S H I
----------------------------------------------------------
----------------------------------------------------------
3 comments:
Jangan pedulikan lagi si celaka Dr Mahathir, Anwar dan Kit Siang lagi - Bekas Ketua Hakim Negara Tun Abdul Hamid
Dr Mahathir yang terkenal dengan lidah bercabang, fitnah jijik, peras ugut, kroni mengayakan 4 orang anak bertaraf billionaire, pembelit dan kepala perompak dengan muka tak malu dia tak pedulikan plakad “Anwar PM ke-7” ni. Imej dari NST.
Bagi Tun Abdul Hamid, apa yang orang Malaysia kena buat sekarang adalah mulakan hari baru tanpa Dr Mahathir, Anwar dan Lim Kit Siang. Kerana baginya, selama ni kita dah disibukkan dengan tingkah laku diorang ni sampaikan keadaan politik kita jadi tak tentu hala.
Mengambil contoh Dr Mahathir, baginya selama ni Dr Mahathir dah buat banyak masalah dalam negara, seperti:
Krisis Perlembagaan dengan Raja-Raja Melayu
Menyingkirkan Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas pada tahun 1988
Menyebabkan UMNO diharamkan;
Berkelahi dengan Timbalannya sendiri Tun Musa Hitam
Memecat Anwar Ibrahim
Bergaduh dan cuba menjatuhkan Tun Abdullah Badawi
Masuk dan keluar UMNO berkali-kali.
Anwar pula baginya begitu ghairah nak jadi Perdana Menteri dengan mendesak Dr Mahathir beberapa kali menyerahkan jawatan kepadanya. Seorang pengamal pluralist, pejuang LGBT, penipu pembohong sesumpah boleh bertukar prinsip dan akidah bila bila masa.
Manakala, kehadiran DAP dalam kerajaan PH Anwar Ibrahim juga nampaknya seperti menyerahkan kuasa politik Melayu kepada parti berkenaan.
“Nampaknya selagi beliau (Dr Mahathir) ada dalam arena politik, beliau tidak berhenti-henti menimbulkan masalah. Cukuplah. Kita mulakan hari baharu tanpa Dr Mahathir, Anwar dan Lim Kit Siang.” – Tun Abdul Hamid
FormulaTurunHarga = #BMF
Umno tak perlu pertahankan saya lagi’, luah Najib
Executive Editor Malaysiakini Mac 06, 2020
Tun merajuk menyebabkan Pakatan Harapan jadi mangsa. Jangan salahkan orang lain
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan perasaan apabila meminta Umno supaya tidak lagi mempertahankan dirinya daripada fitnah yang dilemparkan terhadapnya.
Najib menerusi Facebooknya berkata, melalui perbicaraan yang adil, beliau yakin dapat mempertahankan dirinya sendiri.
Menurutnya, beliau juga yakin tidak bersalah terhadap segala pertuduhan yang dibuat.
"Kesalahan saya hanyalah kerana melakukan yang terbaik demi rakyat, negara dan parti saya.
Menurutnya Yang menyebabkan Pakatan Harapan jatuh bukanlah Umno atau pun PAS tetapi Tun Dr Mahathir Mohamad. Apabila Pakatan Harapan mendesak Mahathir untuk letak jawatan serta merta dan menyerahkan kuasa kepada Anwar Ibrahim.
Lalu Mahathir merajuk dan punca merajuklah punca bagaimana kerajaan Pakatan Harapan mangsa.
"Segala tuduhan dan fitnah adalah terhadap saya dan bukan Umno. Tidak adil untuk Umno menanggung beban ini dan Najib hanya berkata "BRING IT ON, BRING IT ON diulangnya 10 kali," katanya.
As claimed by Stanford Medical, It is really the ONLY reason this country's women live 10 years longer and weigh 19 kilos less than us.
(By the way, it is not related to genetics or some secret exercise and absolutely EVERYTHING around "HOW" they eat.)
P.S, I said "HOW", and not "what"...
CLICK this link to discover if this short test can help you release your true weight loss possibilities
Post a Comment