
Jika anda ingin membuat kajian dan buntu memikirkan tajuk yang sesuai maka Demang cadangkan buatlah kajian tentang mentaliti seorang pembangkang.
Pilihlah subjek dari kalangan bangsa apa sekalipun, anda akan dapati ciri-cirinya sama sahaja.
Pertama, mereka mempunyai perasaan tidak puas hati dalam hampir semua keadaan. Mereka amat mementingkan 'zero defect'. Maksud Demang ialah ketika menerima perkhidmatan daripada orang lain. Namun itu tidak bermakna mereka mampu mengamalkan 'zero defect' apabila mereka pula menjadi pembekal perkhidmatan.
Kedua, menganggap bahawa kegagalan mereka adalah kerana kejayaan orang lain. Begitu juga sebaliknya. Mereka amat cemburu terhadap orang yang berjaya dan akan menyelidik apakah kerja haram yang dilakukan oleh orang itu sehingga menjadi kaya.
Ketiga, sentiasa ada pihak lain yang boleh dipersalahkan kecuali diri sendiri. Jika mereka tersepak batu, maka batu itulah yang dituduh bersalah. Namun jika mereka mendapat tahu bahawa rakannya sesama pembangkang yang meletakkan batu itu di situ maka mereka akan menyalahkan kerajaan pula kerana gagal meletakkan tanda amaran.
Keempat, mereka begitu kreatif dalam mencari silap orang. Dalam masa yang sama mereka juga kreatif dalam menyediakan alasan bagi menutup kesilapan sendiri.
Kelima, sentiasa prihatin samada orang lain ada melakukan dosa. Mereka amat susah hati apabila orang lain berbuat dosa tetapi apabila mereka melakukan dosa, mereka menganggap hal itu adalah lumrah manusia dan Allah akan mengampunkan mereka.
keenam, apabila orang lain ditimpa bencana mereka menuduh sebagai balasan Tuhan sebaliknya jika mereka ditimpa malapetaka mereka anggap sebagai ujian Tuhan.
Keenam, amat sukar memberi kemaafan tetapi begitu mudah melupakan kesalahan sendiri.
Ketujuh, merasakan bahawa dunia tidak pernah bersikap adil kepada mereka.
Kelapan, mereka amat suka mempertikaikan sebarang peraturan dan ketentuan apabila peraturan tersebut tidak menguntungkan mereka sebaliknya akan menggunakan peraturan yang sama apabila ia menguntungkan mereka.
Foto hiasan: opposite of sex jpeg
rosebudbandasonora.com




