Walaupun keletihan kerana baru pulang dari Bagan Pinang atas urusan kerja dan urusan peribadi, sempat juga Demang menjengah beberapa blog sahabat Demang. Antaranya ialah blog Dr Novandri Hasan Basri.
Anda boleh baca di sini sahaja atau terus ke blog beliau. Klik
di sini untuk melihat sumber asal.
Dr Novandri Hasan Basri
Penulis hairan dengan komentar-komentar yang penulis terima yang masih mempertahankan bahawa kes liwat Anwar Ibrahim digugurkan kerana beliau tidak melakukan perbuatan tersebut.
Realitinya, Kes liwat tersebut digugurkan di atas sebab-sebab teknikal dan bukannya kerana beliau tidak melakukannya.
Pada 2 September 2004, 2 daripada 3 hakim di dalam Mahkamah Persekutuan (Mahkamah tertinggi di Malaysia) membuat keputusan untuk mengenepikan tuduhan meliwat ke atas Anwar Ibrahim di atas sebab-sebab teknikal yang bercanggah di dalam kes tersebut.
Bagaimana pun, kesemua hakim bersependapat bahawa bukti-bukti yang dibawa ke mahkamah menjuruskan Anwar Ibrahim kepada melakukan aktiviti homoseksual.
Di dalam penggulung kes tersebut, hakim tersebut berkata :-
"We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen." - Malaysian Story
Clause di atas jarang berkumandang apabila kita membicarakan isu Anwar Ibrahim. Ramai yang tidak tahu mengenai clause tersebut terutamanya orang kampung dan rakyat yang tidak fasih bahasa Inggeris dan mereka yang malas untuk mencari bukti serta menerima sahaja segala maklumat tanpa berfikir.
Fanatik Anwar Ibrahim sebolehnya tidak mahu mempercayai clause tersebut walau pun mereka juga sebenarnya ragu-ragu tentang 'minat dua alam' Anwar Ibrahim ini.Demang tak nak komen apa-apa. Anda timbang-timbangkanlah sendiri.
6 comments:
kalau tk der bukti..gugurlah kes itu..
Alahai cuping merah ..
Kalau nak bukti, suruhlah mentor ko al juburi tu jangan berhelah dan berdolak dalik untuk melihat kebenaran dengan tidak menganggu perlaksanaan perbicaraan. Berumpah/bermubahalah untuk membersihkan maruah diri dan keluarga pun tak berani, dibicarakan pun tak berani .. macam mana masih ada orang yang meyanggupi diri mereka diperbodohkan oleh peliwat tegar dan peliwat bersiri itu??
Memang dah minat dia buat kerja macam itu, nafsu dia suka depan belakang....... kawan cuma nak dengar satu saja, bila dia nak bersumpah syarie ?........
islam itu jelas terang dan nyata...
berperang dgn ideologi bkn peribadi... klu x puas hati jumpa face 2 face la dgn dia...
macai umno
Assalamaualikum Cheguman,
AstagfirullahalAzim,
Semoga Allah swt JAUHkan kita dari yang keji..Waliyazubillah..
Bukan masaalah ada atau tidak ada bukti. Ketiga2 hakim berpendapat Bukti untuk mempercayai bahawa kejadian liwat itu memang berlaku adalah jelas.
Cuma 2 daripada hakim berpendapat oleh kerana ada kesilapan teknikal dalam pendakwaan maka hukuman tidak patut dijatuhkan walau pun seorang lagi hakim berpendapat kesilapan teknikal itu tidak patut menjadi halangan daripada mensabitkan kesalahan.
Bacalah keputusan para hakim itu, jangan main pakai bantai je. Tok janggut keramat pun ada bentangkan gambar bahagian berkenaan skrip keputusan hakim itu.
Post a Comment