Minggu lepas pejabat Sekolah Demang dimasuki pencuri. Kawaq, kata orang Kedah. Pencuri bekerja secara sembunyi-sembunyi, berbanding penyamun dan perompak yang melakukan tugas mereka secara terang-terangan. Persamaan mereka pula ialah ketiga-tiganya dalam kategori penyangak.
Sebagaimana biasa, banyaklah komentar berkenaan kejadian itu. Selain daripada menyalahkan jaga yang entah kemana malam itu, ada satu cadangan daripada seorang guru. Beliau mencadangkan supaya dipasang TIGA buah mangga pada setiap pintu. Seingat Demang, dulu-dulu 'mangga' juga dipanggil 'pedal ayam'. Oleh kerana guru tersebut merupakan salah seorang pentadbir maka cadangan tersebut boleh juga ditafsirkan sebagai satu arahan.
Demang terus bertanya: wajarkah dipasang sampai tiga buah mangga? Bukankah 'kawaq-kawaq' tersebut masuk melalui jejaring tingkap yang dipotong? Sepatutnya jendelalah yang diperkukuhkan.
Sebenarnya bagi seseorang yang berjawatan pencuri, hampir semua jenis kunci adalah mudah bagi mereka. Semasa Demang bersekolah dulu, 1/3 daripada kami mempunyai kemahiran membuka mangga menggunakan 'master key' yang dibuat sendiri.
Lihat pula berita berikut:
BH 17/10: Suami temui isteri mati ditekup dengan bantal ketika tidur di rumah mereka yang dipecah masuk di Taman Sungai Isap, Kuantan, pagi tadi.Bagaimana pula untuk mengelakkan kejadian ngeri ini? Berapa buah 'pedal ayam' atau 'mangga' nak dipasang?
Apapun Demang optimis dengan langkah-langkah yang diambl oleh UMNO bagi mengekang politik wang dalam UMNO seterusnya memperkukuhkan parti tersebut dalam peranannya menerajui pemerintahan negara.
Demang juga berharap amaran Tun Mahathir bahawa masih ada ruang dan peluang untuk penyangak (tambahan oleh Demang) memanipulasi kelemahan peraturan yang dicadangkan tidak dianggap negatif.
Demang dapati cadangan tersebut sudah cukup baik. Sebenarnya macamana sekalipun kita tambah 'pedal ayam' atau 'mangga' ia tetap boleh diterobos oleh penyangak. Yang penting, UMNO ada usaha untuk mengatasinya.
Bagaimana PAS dan PKR? Demang rasa mereka tak perlukan peraturan begitu buat masa ini sebab belum ada kepentingan. Maklumlah, sebagai parti serpihan dan parti sementara, peraturan sedia ada sudah memadai untuk mereka.
Coda 1:
Demang ternampak kelibat Tun Abdullah berada di kalangan perwakilan semasa persidangan. Wajarkah seorang bekas PM dibiarkan begitu sahaja? Memanglah peraturannya begitu sebab beliau tidak lagi menjadi PM namun bukankah kita yang mencipta peraturan? Adakah peraturan kita tidak tahu menghormati orang yang pernah menjadi pemimpin nombor wahid kita?
foto: key jpg, uroboe.seewee.net
2 comments:
Penyangak kat sekolah tu sanggup ke Che Gu 2 bergilir tidor / berjaga kat sekolah ops Kementerian tambah budget untuk tambah jaga. Jaga tu tak tinggal tugas ke. Atau ada lak yang sepakat ngan penyangak.
Demikianlah dengan serba serbi. Bergantung dengan manusia. Buatlah peraturan macam mana pun, garislah hasrat macam mana pun. Faktor manusia selalu membuka lubang bolos untuk bocor apa lagi kalau bolos dan bocor itu sekaligus beri untung kpd diri sendiri.
UMNO pun begitulah. Harapan dan cita cita pemimpin atasan sentiasa murni dan hebat. Pah tu kat bawah dia tu kita dok buat ke tak. Atau asik dok berbantahanndan lebih parah dok sebuk berebutan. Bila nak jadi.
Seperti sekarang. Dah letak matlamat tu diterjemahkan dalam bentuk program ke tidak. Peringkat rangka program dah buat rangka dia. Kat bawah lagi terjemah dgn tindakan ke tak. Atau sebok dok kata tak kena.
Yang kena macam mana? Buat ke tak cara yang kata kena tu. Dah buat dah. Semak ke tak. Dah semak tu takat mana ikhlasnya. Lapur betul ke tak. Atau condong nak bagi orang lain fikir aku bagus.
Diperingkat paling bawah pula penerima program. Takat mana penghayatannya atau pergi program tu nak seronok je. Faham ke tak tujuan program.
Kalau dah faham diterjemahkan dalam bentuk tindakan ke tak. Dah buat tu lapur ke tidak. Lapuran tu lurus ke condong.
Mestilah kan ? Kenalah bagi orang nampak aku bagus. Maka rangka rancangan seterusnya nak jadi macam mana lak.
Demikianlah persoalan. Tak putus2. Kerana faktor manusia.
Rupanya mengurus manusia itu.....
......
.......
........
Che Leh Jangok,
Demang amat setuju dengan komen tuan. Memang itulah yang Demang nak sampaikan.
Post a Comment