Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Wednesday, October 14, 2009

Menyokong Perjuangan Bloggers Pembela Negara


Krisis 1998 menyaksikan penyingkiran Anwar Ibrahim daripada parti perdana sekaligus tersungkur di depan pintu wisma Putra. Namun Anwar bingkas bangun dan berhasil menarik simpati para pengagumnya.

Menyedari bahawa sokongan golongan tersebut tidak memadai maka Anwar menghimpun bekas pemimpin yang telah diketepikan sebelum ini untuk bersamanya. Ternyata modus operandi beliau amat berkesan apabila gabungan pemimpin serpihan ini bersatu dengan pemimpin pembangkang yang begitu dahagakan kemenangan. (baca, kekuasaan).

Segala usaha ini disemarakkan dengan kemunculan media internet yang dengan segera meningkatkan ghairah masyarakat yang terpesona dengan kecanggihan sumber maklumat elektronik itu. Masyarakat desa turut terseret apabila bahan-bahan internet tersebut dicetak dan disebarkan seluas-luasnya. Sumber internet dianggap sumber dari langit dan tidak perlu disangsikan kebenarannya.

Tanpa potongan riben atau hamparan permaidani merah media baru menerobos ke kamar-kamar penginapan serta pejabat kerajaan dan swasta. Para peminat siber begitu teruja menikmati kecanggihan alam baru dunia tanpa sempadan dan tanpa kekangan.

Gelombang pertama internet bergerak tanpa dana. Maklumlah, pesertanya mendapat imbuhan berupa kepuasan diri kerana terlibat dalam percaturan politik negara.

Kini kita berada dalam gelombang kedua. Internet bukan sahaja mampu dilayari menggunakan komputer peribadi malah sudah boleh dijelajahi menggunakan gadjet di atas telapak tangan, hampir di mana sahaja.

Para pengendali laman web sudah semakin ke depan. Kalau dulu aktiviti ini dibuat secara sukarela kini sudah ada perniagaan di belakangnya. Maklumlah, anak bini di rumah perlukan belanja. Malah kos pengurusan laman web juga perlukan peruntukan kewangan, sekurang-kyrangnya menampung kos sewa talian dan membeli atau membaiki perkakasan elektronik.

Demang diberitahu oleh seorang teman bahawa dengan meletakkan iklan dan pautan di sebuah laman web pembangkang dengan sewatapak iklan RM200 - RM400 sebulan, beliau berhasil menjual antara RM2-3k sebulan!

Nampaknya iinternet sudah berupaya menyediakan peluang pendapatan sampingan yang dikira lumayan kepada yang 'tahu' menggunakannya.

Apabila Demang memberitahu beberapa sahabat tentang perkara ini, mereka memberikan respon yang berbagai-bagai. Ada yang mendakwa keberkesanan iklan hanya berlaku di laman web/blog pembangkang. Hal ini kerana terdapat kesedaran positif untuk memberi sumbangan kepada pengendali web bagi memantapkan lagi perjuangan mereka.

Oleh kerana Demang juga ada meletakkan iklan dalam beberapa blog termasuk blog Waadat ini, dakwaan tersebut terasa juga kebenarannya. Malah setakat ini kebanyakan pembeli produk yang dikeluarkan sendiri oleh keluarga Demang itu bukan datang daripada pengunjung Waadat. Statistik yang ada pada Demang menunjukkan kurang daripada 5% sahaja yang membeli daripada pautan Waadat.

Bagi Demang, keadaan ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak kerana media internet memainkan peranan amat penting dalam politik negara. Sebagaimana blogger pembangkang, blogger yang mempertahankan kerajaan juga perlukan dana bagi meneruskan perjuangan. Selama ini para blogger termasuk Demang terpaksa menampung sendiri semua kos pengurusan termasuk sewa talian. Para blogger juga terpaksa melepaskan peluang melakukan kerja tambahan kerana masa banyak dihabiskan untuk menulis, membaca, dan menjawab tohmahan pembangkang.

Demang amat berharap para pengunjung bersikap positif dan realistik terhadap kenyataan ini. Dalam pada itu Demang mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga atas sokongan para pengunjung Waadat yang menjadi pengguna minyak herba keluaran keluarga Demang. Jika dilihat kerusi PAS yang cuma ada 23 sahaja di seluruh negara, rasanya peluang untuk blogger prokerajaan berniaga tentunya lebih besar.

Tidakkah kita yang mengatakan bahawa ekonomilah yang menjana perjuangan ummah?


foto: Business: ocw.mit.edu

3 comments:

Detguaq said...

Salam Cgu,

Hasil yang berjaya tidak akan mendatang begitu cepat. Kita hanyabaru bermula. Mereka dah established.

Mana ada perniagaan yang mula hari ni dan untung keesokannya.

Kita teruskan usaha!

Cheguman said...

saya setuju, Det. Saya yakin pasaran online bakal mendominasi pengguna sedikit masa lagi. Kaedah pembayaran & pengeposan juga telah semakin baik.

ISAC said...

Betul3....

Kalau kira satu hari 3-4 jam nak update blog kalau wat design atau working paper sure lebih banyak manfaat kerana masuk....

Tapi yang kena "kapur" lagi banyak...Al Maklum mentaliti orang kita dengan kawan2 asyik nak free dan banyak yang jadi macam broker angin...

Yang masuk angin keluar asapnya kita kerana jadi "lembu" yang buat kerja.

Tapi itu adalah pilihan kita, cuma kalau sambil2 "berjuang" boleh jual/pasarkan produk memang berbaloi, seperti serampang 2 mata...

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)