Demang akui, terdapat ramai orang baik di dalam PAS. Dalam PKR juga terdapat ramai orang baik, atau sekurang-kurangnya berniat baik. Cuma dalam UMNO barangkali tak ramai orang baik. Kita andaikan sahaja begitu.
Perlu diingat, PAS asalnya juga sebahagian daripada UMNO, iaitu biro agama UMNO. Jika andaian tadi benar maka kebanyakan orang baik-baik sudah meninggalkan UMNO. Maka siapa yang tinggal? Sekali lagi, jika andaian tadi dianggap benar maka orang yang tidak baiklah yang tinggal di dalam UMNO. Benarkah begitu?
Penubuhan PAS hampir sama seperti Semangat 46 iaitu setelah pemimpinnya gagal menguasai kepimpinan tertinggi parti lalu keluar menubuhkan parti baru. cuma proses pendaftaran PAS menimbulkan kemusykilan orang ramai kerana Inggeris meluluskan permonannya kurang daripada satu minggu. Cepat betul.
Sepanjang penubuhannya PAS tidak banyak melakukan perubahan dari segi struktur. Dalam sejarah PAS, presidennya sendiri pernah meninggalkan parti dan menyertai UMNO. Malah PAS hampir-hampir lumpuh semasa Tun Dr Mahathir di puncak kegemilangannya.
Tatkala rakyat Malaysia sedang mempersiapkan liang lahad untuk PAS, isu Anwar muncul. Bagai mendapat durian runtuh, isu tersebut memberi keuntungan kepada PAS. Anwar dan penyokongnya berlari ke pangkuan PAS merayu 'suaka politik'. Ternyata ia menguntungkan kedua-dua pihak. Rakyat, belum tahu untung atau rugi.
Setelah rayuan Anwar agar dimaafkan buat kesekian kalinya ditolak oleh UMNO maka Anwar nekad menubuhkan PKR. Hal ini sempat menimbulkan perdebatan hangat dalam kalangan pembangkang dan penyokong mereka: "kenapa Anwar tidak bernaung terus di bawah panji PAS?"
Jawapan mudah Anwar ketika itu ialah ia merupakan percaturan politik aras tinggi. Maka kelulah lidah para pengkritik setengah masak dan diamlah para pengagum Anwarisme. Sebenarnya Anwar tidak pernah yakin dengan landasan perjuangan PAS. Itu hanyalah alasan penolakan secara halus yang memang disedari oleh ramai orang.
Jika PAS dianggap tempat orang baik berhimpun, kenapa perjuangan orang baik seolah tidak diredhai Tuhan? Malah orang PAS sudah beberapa kali melakukan solat hajat bagi meminta petunjuk Tuhan bagi menentukan siapa yang benar, atau siapa yang lebih benar? Malah mereka pernah melakukan solat hajat, jika Tun Dr Mahathir bersalah maka tunjukkanlah bala semasa di dunia lagi. Kita tidak tahu niat dalam hati jamaah solat tersebut tetapi yang nyatanya selepas itu Anwar dijatuhkan penjara lebih enam tahun dan dikatakan mengalami penyakit misteri manakala Tun Mahathir sihat walafiat sehingga kini.
Setakat ini Tuhan masih memberi petunjuk bahawa UMNO lah yang terbaik. Namun para pemimpin PAS masih enggan mengakui isyarat dari Tuhan dengan pelbagai alasan. Salah satu alasan yang popular sekitar 1999 ialah petunjuk dari Tuhan tidak datang serta merta tetapi mengambil masa sehingga beberapa tahun. Sekarang sudah di penghujung tahun 2009! Rakyat bukan bodoh.
Bagi Demang, UMNO adalah tempat yang baik tetapi dihuni oleh orang yang kurang baik manakala PAS pula dihuni oleh ramai orang baik-baik padahal PAS bukanlah pentas terbaik bagi memperjuangkan ummah.
Ayuh orang PAS, tinggalkan parti uzur itu dan berhijrah ke dalam UMNO sebagaimana Rasulullah SAW dan para sahabat berhijrah ke Madinah dan akhirnya berjaya membina negara Islam di situ.
Ayuh orang PAS, tinggalkan DAP yang sering diragui keihlasan mereka. Berdampinglah dengan MCA yang sudah terbukti lebih ikhlas bekerjasama dan bertolak ansur dengan orang Islam.
Ayuh orang PAS tinggalkan PKR yang tidak diketahui arah tuju mereka. Dalam banyak-banyak parti serpihan UMNO, PKRlah yang paling lekeh dan selekeh sekali.
Demang percaya, apabila orang baik menguasai parti yang baik, maka kebaikanlah yang akan dinikmati rakyat. Sebaliknya jika orang baik berada dalam sistem yang lemah, maka akan gagallah perjuangan.
Jika diamati ucapan DS Najib kelmarin, itulah yang beliau maksudkan. kata DS Najib, sistem yang mengawal jaya-gagalnya perjuangan kita.
foto: medium wrong pl... 2 jpg
pompomgirl.hautetfort.com
3 comments:
Salam bro, PAS dihuni manusia-manusia yang takbur dan riak dengan ilmu mereka, sebab itu PAS sentiasa tidak mendapat keredhaan Allah untuk berkuasa......
Salam Bro:
Kepada orang2 Melayu pengikut PAS dan PKR, kamusemua telah diperbodoh bodohkan oleh Nik Najis dan Aljuburi yahudi, mereka dgn agenda mereka sendiri, kamu kat bawah yh hidup gigi jari dan baring di jalanan, sedangkan mereka hidup mewah. Sedarlah hai orang2 melayu PAS dan PKR, gunakanlah otak dan berpikiq lah seketika. Isle PAS bukan Islam yg di ajarkan dan di bawa oleh Rasulullah, Syurga Nik Najis bukan Syurga Allah. Pikiq2 lah orang2 PAS, nanti di akhirat kamu semua menunggu Nik Najis di pintu gerbang tetapi alasan Nik Najis dia tertinggal Kunci kat Kelantan. Kah..ka..ka.ka...ka. baru padan muka kamu semua. Nik Najis bukan lah dari Ulama Sohih, dia kuat mencarut, berlagak samseng, cakap tak serupa bikin, rela gadai agama, bangsa dan maruah, rela jadi barua Aljuburi Yahudi. Apa inikah Tok Guru yg kamu idam idamkan? Ishh ishh ishh, selamatkan anda dan keluarga dari Parti Ajaran Sesat dan menyesatkan. Kelantan sekarang selama 19tahun bukan lah jadi negeri Serambi koa Mekkah, tetapi kita sudah lihat menjadi kota Najis, Kota Berhala, Kota Tikus dan mondok, Kota Sampah sarap, kota Kemiskinan, Kota Jenayah, anak2 muda di Kelantan semakin mengganas. ishh ishh ishh Nik Najis Pokemon akan membawa anda dan keluarga ke alam neraka jahanam. Nauzibillah.
Salam Cikgu...
Betul tu...wrong place, wrong time..
kasihan betul bila ilmu mereka telah disalahgunakan...
Post a Comment