Tahniah BN, UMNO, TS Isa, dan seluruh jentera BN DUN 31 Bagan Pinang berikutan keputusan rasmi PRK hari ini.
Keputusannya, BN memperolehi 8015 undi menewaskan PAS yang cuma mendapat 2578 undi. Nampaknya TS Isa memintas calon PAS dengan kelebihan 5435 undi. Malah majoriti tersebut meningkat sekali ganda berbanding PRU12 iaitu 2773 undi.
Sememangnya keputusan tersebut walaupun sudah dijangka namun tetap dinanti dengan penuh debaran oleh Demang. Manakan tidak, keputusan tersebut bukan sahaja menggambarkan penerimaan semula rakyat terhadap UMNO malah mencerminkan sokongan kaum Cina dan India terhadap BN.
Sebenarnya, orang Melayu sudah kembali menerima UMNO terutama selepas DS Najib menjadi PM. Hal ini dapat dilihat pada peningkatan undi di kawasan Melayu terhadap UMNO. Lihat keputusan PRK Bukit Gantang, Permatang Pasir, dan Manek Urai. Malah DUN Manek Urai yang memang kawasan PAS sebelum ini menyaksikan PAS cuma mampu mendapat majoriti 65 undi!
UMNO kini cuma menanti MCA dan MIC (?) kembali stabil dan bersama bergerak dalam arus perdana politik negara.
Bagan Pinang memberi isyarat bahawa pengundi Cina dan India sudah kembali.
Masanya untuk menunaikan janji.
1 Malaysia.
foto: bendera2
kuzef flickr.comBaru dapat baby?
klik sini
8 comments:
Alhamdulillah...
Tahniah TS Isa kerna dipilih menjadi ADUN Bagan Pinang. Tahniah juga pada penyokong dan blogger penyokong Barisan Nasional kerana membuatkan TS Isa menang dengan majoriti besar.
Tapi percayalah, selepas ini pelbagai tuduhan dari Pengencing Rakyat terutama PAS akan lempar pada pihak SPR, Polis, Tentera, UMNO dan BN.
Usaha kita sebenarnya tidak berakhir disini, langkah yang seterusnya adalah terus mendedahkan segala pembohongan puak Pengencing Rakyat ini. Biar rakyat menghukum semua tindakan mereka pada PRU ke-13 nanti. InsyaAllah.....
PAS 4 all = Israel 4 all = Piss 2 all
www.israel4all.com
Salam sdr.
Allah selamatkan PAS dari keangkuhan dan takbur!
Assalamualaikum Cheguman,
AlhamdulillahirobbilAlamin,
Semoga kita semua RIDO dengan ketentuan Illahi ini.
Tahniah kepada semua yang telah bertugas untuk memastikan demokrasi tetap terjalin di Malaysia.
Orang PD cerdik cerdik, Syabas!
salam cekgu ~
keputusan yg menggembirakan tentunya
Mungkin boleh kita kata sbgi satu penanda aras untuk UMNO/BN ~
kepada semua, masih belum terlewat
penduduk bagan pinang dah bagi hint
wake up!! kita keje keras lagi
1 bangsa kasihi semua
Che Gu Man lupa bahawa PRK Kuala Terengganu pun begitu. Undi Melayu sudah jelas meningkat termasuk bagi daerah mengundi kubu kuat Pas sendiri seperti Seberang Barus, Paloh, Kuala Ibai dan Sungai Rengas sekali. Umno menjadi tewas dengan undi bagi kawasan Bandar di mana ramai pengundi Cina. Keputusan Bagan Pinang menunjukkan pergerakan undi positif untuk Umno termasuk bagi kawasan kawasan ladang di mana pengundinya terdiri dari kaum India dan Cina. 1 Malaysia sedang menunjukkan belangnya. Syabasy. Tahniah.
Rakyat tidak selamanya menerima cramah penipuan, fitnah dan caci maki PAS-pakatan......
Rakyat telah menguji mereka di Selangor, Pulau Pinang dan Kedah, ternyata mereka hanya pandai berhujah fitnah, tetapi tidak mampu melaksanakan janji-janji merreka.
Itulah balasan kepada pendusta......
Shonzu,
Alhamdulillah. Kita akan terus bekerja.
Pakdin,
Pandangan yg menarik. Masing2 ada tanggungjawab.
Makcik,
Tahniah juga kpd orang kampung Makcik. Berapa kali balik ke sana semasa tempoh kempen?
Hobbit Frodo,
Mungkin juga.
Che Leh,
Terima kasih atas info tsbt. Sepatutnya saya tulis 'sekadar menyebut beberapa contoh'. Sy di lobi hotel ketika menulis tu dan tak sempat membuat rujukan.
Yang Gambi,
Rakyat adalah pelanggan dan mereka berhak memilih yang terbaik. Persepsi hanya mampu bertahan utk seketika yakni apabila datang yg haq maka yg bathil akan gugur dgn sendirinya. (namun bukan bermakna PAS salah 100%. Cuma PAS perlu menilai kembali hubungannya dgn parti lain dan muhasabah semula.
1. Tahniah ADC ucapkan kepada BN kerana berjaya memenangi hati pengundi di Bagan Pinang supaya memilih BN sebagai wakil suara keramat mereka di kawasan ini. Tetapi, tahniah juga kepada sikap dedikasi, disiplin serta usaha kerja kuat para petugas BN yang tampak konsisten menghadapi provokasi serta celaan dari parti pembangkang yang lebih menjurus kepada kempen main-main kebudak-budakan.
2. Walau bagaimanapun, usah kita lupa dengan kemenangan ini kerana ia hanya bersifat sementara. Tetapi sebaliknya, permulaan bagi tugas berat yang menanti dihadapan sana selepas kita membuat pelbagai janji dan madah berhelah. Jangan kita sebaliknya selepas ini berubah menjadi lembu yang hanya berpegang kepada tali seperti mana terjadi kepada kerajaan PR.
3. Jadikan kemenangan ini sebagai titik-tolak untuk mencapai kejayaan yang lebih besar, memberikan khidmat yang lebih teratur, adil dan bijaksana, menutup segala tohmahan pembangkang, berdisplin, ikhlas serta jujur. Rakyat didahulukan, pencapaian senantiasa diutamakan. Insyaallah.
Syabas UMNO/BN - Dahulu, Kini dan Selamanya
Post a Comment