Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Thursday, October 15, 2009

DAP tali barut komunis

PADA 12/10/09 JAM 1000 NGEH KHOR HAM,M.KULASEGARAN BERSAMA 2 ORANG PEGUAM PR TELAH BERLEPAS MELALUI LTA P.PINANG,BAYAN LEPAS KE BANGKOK UNTUK MENEMUI CHIN PENG,BEKAS PEMIMPIN PARTI KOMUNIS MALAYA.

Demikian SMS yang Demang terima daripada seorang sahabat.

Nampaknya belum habis-habis lagi isu komunis di Malaysia ini. Demang tunggu komen daripada pemimpin, bloggers, dan penyokong PAS. Demang tahu, ramai kalangan mereka yang membaca blog Waadat. Diam tanda setuju.

Bagi Demang, tak ada sebab langsung untuk mengajak komunis tua itu datang dan mati di negara yang cuba dirampasnya dengan menggunakan senjata suatu masa dulu.

Apa sebenarnya niat mereka? Apa jasa Chin Peng yang berstatus rakyat Britain itu kepada rakyat Malaysia? Layakkah lelaki yang pernah memaksa kaum Cina menyokong komunis itu dibariskan bersama Tan Cheng Lock?

Tolonglah sensitif dan simpati sikit pada anggota tentera, polis dan keluarga mangsa kekejaman komunis. Tolong bezakan antara pejuang dengan pengkhianat.

Demang ulang sekali lagi cabaran tadi;
Demang tunggu komen daripada pemimpin, bloggers, dan penyokong PAS. penyokong PKR TAK PAYAHLAH sebab mereka hanya berjuang untuk Anwar Ibrahim. (tolong sampaikan jika mereka tidak menjengah Waadat hari ini).

4 comments:

YANG GAMBI said...

Salam,

DAP bijak berperanan membawa agenda fahaman komunis dengan secara halus dan tersusun. Bermula dari PKR, kerana DAP tahu bahwa Anwar lebih rela mengorban bangsa dan agama untuk memenuhi nafsunya. Sebab itu DAP membantu Anwar dengan menyediakan peguam-peguam untuk membela Anwar di mahkamah.

Kesempatan ini diambil DAP untuk mempergunakan Anwar mempengaruhi kepimpinan PAS yang terlalu rakus untu kuasa dan jawatan. Anwar mempergunakan PAS sepenuhnya untuk memecahbelahkan orang Melayu Islam agar menjadi lemah dan tidak berkuasa....

DAP dan Anwar tahu sebilangan besar kepemimpian PAS terlalu bernafsu untuk memiliki jawatan dan kuasa, Islam hanya sebagai landasan untuk mendapatkannya.

DAP boleh dikatakan berjaya dalam misi komunisnya, untuk mengwujudkan sebuah lagi negara republik kuasa Cina komunis moden selepas Singapura dalam gugusan kepulauan Melayu ini....

DAP terlalu bijak membawa agenda komunis dengan menyebarkan fahaman ini secara halus dan tersusun melalui penyusupan didalam parti politik yang bermula dari PKR. DAP tahu kelemahan Anwar dan golongan ini berduyun-duyun membela Anwar di mahkamah walau pun mereka tahu siapa Anwar.

DAP mempergunakan Anwar untuk menyusup masuk kedalam PAS dan mempergunakan PAS sepenuhnya untuk memecahbelahkan orang Melayu Islam agar menjadi lemah dan tidak berkuasa....

DAP tahu kebanyakan pemimpin PAS terlalu bernafsu untuk memiliki jawatan dan kuasa, Islam hanya sebagai landasan untuk mendapatkannya.

Apa yang dilihat DAP sedikit demi sedikit berjaya dalam misi komunisnya untuk mengwujudkan sebuah lagi negara republik dengan kuasa Cina komunis moden selepas Singapura dalam gugusan kepulauan Melayu ini....

Kalau orang Melayu masih terus terlena dengan kelunakan pujukan DAP melalui PKR dan PAS, tidak mustahil Malaysia akan menjadi sebuah negara republik komunis moden.......

Cheguman said...

Setuju dengan Yang Gambi.
Sementara itu perlu dilihat perbezaan yang amat jelas antara perjuangan DAP dengan perjuangan MCA. Ketika krisis UMNO suatu ketika dulu, MCA tidak pun mengambil kesempatan atas kelemahan UMNO. Begitu juga keti PRU10.

Sebaliknya DAP dengan rakus mengkudakan PAS di Perak apabila mereka mempunyai 18 kerusi berbanding PAS cuma 6.

Anonymous said...

Salam:
Di dalam persidangan UMNO yg sedang dijalnkan, waktu Ucapan Presiden telah dilaporkan kehadiran Tun Dr Mahathir dan Dr Siti Hasmah yg mendapat perhatian media masa dalam dan luarnegeri. Berebut mereka hendak mengambil liputan dari TDM, tetapi kenapa kalau pergi ke galeri Umno on line, satu gambar atau foto kehadiran TDM dan isteri tidak ada? Ada kah keran penggadali website Umno online tidak peka yg TDM dan isteri adalah ahli no. wahid, atau ada arahan dari pihak tertentu yg benci dgn beliau? Tolong selidik, kerana penggadali website yg bahalul dan bengap tidak sepatut menggendalikan website atau arahan dari si ketul. Ini harus di dedahkan supaya semua alih dan orang ramai tahu. busoknya hati ahli pokemon itu.

lenzaidi said...

I took this from one blogger blog...

Tentera-tentera Melayu yang mati dibunuh Ching Peng di Bukit Kepong.


Untuk menarik undi kaum Cina, Anwar sanggup mengangkat Ching Peng sebagai hero. Anwar kata Ching Peng perlu dibenarkan pulang ke Malaysia demi kemanusiaan. Tanah Melayu adalah tanah air Ching Peng, kata Anwar.Klik di sini


Tetapi Anwar lupa, Ching Peng adalah adalah ketua komunis yang telah membunuh ramai orang Melayu yang tidak setuju dengan rancangannya untuk menakluk Tanah Melayu untuk dijadikan Republik Komunis Malaya.

Maknanya Ching Peng bukan berjuang untuk membentuk negara Malaysia, tetapi berjuang untuk membentuk Republik Komunis Malaya. Anwar bersetuju dasar Ching Peng bentuk Republik Komunis Malaya ?

Masihkah kita ingat pembunuhan kejam Ching Peng ke atas tentera Melayu Islam di Bukit Kepong. Filem "Bukit Kepong" arahan Jins Shamsuddin adalah satu filem terbaik yang boleh mengingatkan kita tentang kebiadapan komunis yang diketuai Ching Peng membunuh tentera-tentera Melayu itu.

Dalam serangan hendap Komunis di Bukit Kepong itu, pada 23 Feb 1950, 180 pengganas komunis atau 'bandit'lengkap dengan senjata outomatik telah mengepung , membunuh dan membakar keluarga anggota keselamatan Melayu yang bertahan di Bukit Kepong.

Tentera-tentera Melayu ditembak dan mayat mereka dibakar hidup hidup di dalam rumah. Mayat anak dan isteri anggota keselamatan Melayu ini bergelimpangan dibunuh oleh pengikut ganas Ching Peng.

Sebelum membakar rumah pengikut Pengganas Ching Peng menangkap isteri anggota keselamatan dan mengarah untuk yang bertahan menyerah diri. Bila tidak diendah isteri mereka di bunuh. Pada akhir pertempuran rumah dan anak isteri dibakar hidup hidup.

Tiada siapa pun mengiktiraf Ching Peng hero Malaya, kecuali Anwar Ataturk.

Hero kemerdekaan sebenar ialah keluarga anggota keselamatan yang menggadai nyawa mempertahan kampung dengan nyawa, menghadapi serangan pengganas komunis laknatullah yang zalim dan kejam itu.

Jika Anwar memperjuangkan satu individu Ching Peng, bagaimana pula ribuan individu tentera Melayu yang dibunuh Ching Peng ?

Kenapa tidak diambil kira perasaan hampir 2,000 bekas anggota tentera yang cacat dan masih hidup serta keluarga mereka masih menanggung trauma akibat pertempuran dengan komunis dahulu?

Adakah nyawa kira-kira 5,000 anggota keselamatan yang gugur ketika ketika mempertahankan negara daripada ancaman komunis pimpinan Chin Peng itu tidak ada nilai apabila hari ini tiba-tiba kita mahu memberi layanan istimewa kepadanya?


Sepatutnya Chin Peng diheret ke mahkamah dan dibicarakan atas segala keganasan dan pembunuhan yang dilakukannya. Layanan ke atasnya perlu sama seperti Pol Pot dan ramai lagi pemimpin Khmer Rouge yang kini dibicarakan oleh tribunal antarabangsa di Kemboja.

Meminjam kata-kata Presiden Persatuan Bekas Tentera Malaysia (PBTM), Datuk Muhammad Abdul Ghani: "Apa faedahnya kepulangan Chin Peng kepada negara?"

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)