Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Saturday, October 3, 2009

perubahan atau penipuan?

Perubahan. Ungkapan keramat yang mendebarkan, bahkan menghairahkan audien. Maka bersembur-sembur ucapan keluar dari mulut sang pemimpin yang kononnya menerajui perubahan. Bagi melengkapkan ucapan maka disulam pula dengan kritikan-kritikan terhadap perkara yang telah diamalkan sekian lama.

Sebenarnya manusia hanya suka bercakap dan mendengar tentang idea perubahan sebaliknya mereka sekadar seronok berdendang mengenainya, tidak sekali-kali untuk mempraktikkan pada diri sendiri.

Anjakan paradigma. Satu lagi ungkapan hebat. Memang sedap bunyinya. Melantun-lantun dan meletup-letup diucap lidah tak bertulang. Namun apa yang nak dianjakkan? Seluar dalam, sarung tetek, atau tilam?

Secara normalnya manusia mudah bosan dengan kelaziman. Rutin. Maka manusia-manusia yang menyedari hal ini dengan mudah memanipulasi kelemahan terbesar manusia ini bagi memancing pengaruh. Oleh kerana manusia bosan dengan sesuatu yang lazim dan stereotype maka diwarnakanlah objek-objek lama dengan kosmetik baru.

Maka mata yang memandangnyapun tertarik dan tertawan. Apatah lagi kerana ia belum digunakan, maka bertambah terujalah untuk mencubanya.

Padahal apabila diberi peluang untuk diaksanakan maka tunggang langganlah jadinya.

Apa cerita ni Demang?

Maaf, Demang sebenarnya sedang mengikuti perkembangan beberapa buah negeri yang kini dikuasai pembangkang. Rupa-rupanya terlalu banyak hal pentadbiran yang belum difahami kerajaan-kerajaan baru tersebut, khususnya melibatkan pengurusan sumber manusia.

Salah satu yang kerap diperkatakan di Selangor ialah betapa bengongnya kerajaan negeri melayan kakitangan awam di sana. Begitu juga di negeri lain di bawah pembangkang. Apabila diajukan masalah ini kepada pemimpin baru yang disangka hebat itu, jawapan mudah mereka ialah "kita baru 1-2 tahun memerintah sedangkan BN sudah lama."

Ha, tahu tak apa. Tapi, takkan lah kita nak tunggu 50 tahun lagi sehingga mereka benar-benar pandai?

Kepada pengundi di Bagan Pinang, pilihlah orang yang sudah berpengalaman. Jangan lepaskan peluang yang ditawarkan PM DS Najib tu.

4 comments:

C L J said...

Bila disarankan gagasan "ISLAM HADHARI" Mereka mencemoh dan membuat tafsiran menyalahi supaya terlihat sebagai salah.

Namun kemudiannya mereka sendiri juga muncul dengan gagasan "MEMBINA TAMADDUN BERTERASKAN ISLAM". Apa bezanya?

Perkataan yang lain. Lipstik di bibir sahaja.

Jumayatara said...

Aku setuju benor dgn penulis blog yang bijak ni , UMNO benci rasuah dan UMNO menyeru pengundi Bagan Pinang supaya pilih calon yang tidak terlibat dengan Rasuah.......rasuah tu keji.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Memang betul, Selangor sekarang entah apa apa..

Kita perlu ramai TOK MUDIM sekarang, terutama di Bagan Pinang...kenalkan dia pada si Gopal tu.

Bila ada silap dalam UMNO heboh, bila kena batang hidung dia orang senyap je..Dah Hakim setuju pun dia orang buat tak tahu dan tak dengar apa apa..UMNO mesti betul seratus peratus, perfect. PR buat maksiat, rasuah, penipu, apa sahaja semua mereka tak nampak. Mereka tak nampak sebab mereka tidak mahu nampak.

Cheguman said...

mentaliti pembangkang memang cam tu Makcik.

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)