Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Tuesday, May 11, 2010

menjelang Hari Guru

Tanggal 16 Mei, yakni beberapa hari lagi sambutan hari guru.

Sementara itu...

24 April 2010, Sabtu; sekolah ganti (ganti cuti Hari Raya Aidil Fitri)
8 Mei 2010, Sabtu; Mesyuarat PIBG
15 Mei 2010, Sabtu; Gotong Royong sekolah
22 Mei 2010, Program LADAP (kursus dalaman)

Apa dah jadi dengan cuti minggu pertama dan minggu ketiga?
Apa dah jadi dengan kempen masyarakat penyayang?
Apa dah jadi dengan 'Cuti-cuti Malaysia'?
Apa dah jadi dengan kesimbangan jasmani, emosi, rohani, dan intelektual dalam Falsafah Pendidikan Negara?

Hari Sabtu, pejabat ditutup, siapa peduli pada cuti para guru?
Waktu malam, ada kelas tambahan. Siapa peduli waktu rehat guru?
Cuti penggal, dipanggil bermesyuarat di tengah-tengah percutian. Dihantar berkursus. Siapa mahu peduli?

Hari sukan, perkhemahan, kursus motivasi...

Ketua jabatan leka dengan wawasan dan impian peribadi. Enak diulit kejayaan dan pujian sendiri-sendiri. Kecewa apabila disaingi sekolah lain dan teguran ibu bapa.

Siapa peduli guru?

Selamat Hari Guru: 16 Mei...

Monday, May 10, 2010

Anwar gagal lagi

"Permohonan Karpal Singh untuk tangguh perbicaraan kes liwat Anwar Ibrahim ditolak, perbicaraan diteruskan dengan soal balas ke atas Saiful"

Kata rangtua: 'Berani kerana benar, takut kerana salah'.

Sumber:
BH 10/05

Friday, May 7, 2010

siapa Tian Chua?

Sebelum 1999, Tian Chua memang sudah dikenali; maksud Demang... oleh keluarga dan rakan-rakannya. Sama macam Demang dan kebanyakan orang lain jugak.

Cuma bermula 1999 atau lebih tepat lagi selepas Anwar dijatuhkan nama Tian Chua tiba-tiba dikenali ramai. Dia menjadi popular apabila bertindak berbaring di jalan raya bagi menghadang kenderaan anggota keselamatan bergerak.

Tian Chua bernasib baik kerana melakukan tindakan begitu di Malaysia. Jika di Israel, sudah tentu tubuhnya sudah menjadi daging cincang untuk habuan serigala padang pasir.

Bermula detik itu Tian Chua dibawa ke barisan hadapan pembangkang. Dilantik dalam barisan kepimpinan PKR dan dijemput berceramah politik. Modus operandinya cukup mudah: di mana ada masalah di situlah dia muncul.

Modal utamanya adalah suara dan tubuh badan. Paling Tian Chua gemar ialah jika akhirnya ditangkap polis. Justeru dia akan melakukan provokasi agar ditangkap. Tubuh kurus kering dan bercermin mata itu dengan mudah memancing simpati orang ramai.

Akhirnya Tian Chua diundi menjadi ahli parlimen.

Namun setelah menjadi MP, tidak banyak yang boleh dilakukannya. Kalau dulu dia berjaya menarik perhatian dengan 'cubaan membunuh diri' (hampir sama dengan istilah pengebom bunuh diri), kini modal begitu tidak bernilai lagi.

Terbaru, Tian Chua terlibat dalam kemalangan yang membawa maut kepada mangsa iaitu seorang anggota tentera. Walaupun bukan dia yang memandu, namun ramai yang menempelaknya kerana membiarkan sahaja mangsa tanpa bantuan. Lihat video kemalangan tersebut.

Yang Demang musykilkan sejak dulu; dari mana Tian Chua datang? Kenapa dia ada hubungan dengan beberapa pertubuhan asing? Siapa yang menyaranya sebelum ini dalam misi 'perjuangannya'?

Setakat ini dia memang licik.

Thursday, May 6, 2010

Amerika beri Anwar amaran

Akhbar utama kelmarin menyiarkan tajuk besar perihal Anwar Ibrahim 'ditegur' oleh sekutu peribadinya iaitu Amerika.

Terus terang, Demang tiada idea tentang ini. Banyak kemungkinan di sebalik yang tertera. Amerika mungkin hendak memberitahu bahawa Anwar bukan 'orang mereka'. Dengan kata lain, dakwaan bahawa Anwar menjadi 'alat' kepada Amerika selama ini tidak benar.

Atau ia sebagai satu tindakan bagi menarik perhatian bahawa bukan Anwar yang bersekongkol dengan Amerika, tetapi Najib. Apatah lagi amaran tersebut diberi selepas Najib bertemu Obama.

Namun Demang percaya taktik sengkek Anwar itu dengan mudah dikesan rakyat Malaysia. Najib berhubung dengan Amerika atau mana-mana negara atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri. Anwar?

Kita tinggalkan isu tersebut.

Demang sebut tadi bahawa berita itu disiarkan 'akhbar utama'. Istilah 'akhbar utama' atau 'arus perdana' digunakan kerana ia dibaca oleh majoriti rakyat Malaysia serta boleh dipertangungjawab dalam penyiaran berita.

Selain itu ia juga dibaca oleh penyokong kerajaan, pembangkang, dan juga yang di atas pagar.

Selain akhbar seperti itu, kita juga mempunyai pelbagai akhbar dan majalah berkala tetapi khalayaknya agak terhad dan lebih tertumpu pada kelompok tertentu.

Justeru Demang melihat biarpun pada suatu ketika rakyat kelihatan cenderung menyokong pembangkang namun dalam masa yang singkat mereka kembali kepada kerajaan yang memerintah.

Dalam hal ini mana-mana parti pembangkang terpaksa mengakui bahawa untuk menewaskan kerajaan yang memerintah, mereka perlukan kekuatan sekurang-kurangnya 10 kali ganda.

Rakyat boleh menyokong pembangkang namun akhirnya mereka akan berpegang pada prinsip betapa keamanan, perpaduan, serta keharmonian negara perlu diutama.

Tambahan pula setiap hari rakyat melihat Thailand, Iraq, dan lain-lain terus bergolak dan menyusahkan rakyat hanya kerana cuba merubah kerajaan sedia ada.

Percayalah. Rakyat adalah rasional dan Anwar akan kecundang. Itulah sebabnya kita lihat semakin ramai yang meninggalkan PKR. Itu belum dikira yang keluar senyap-senyap.

Bagi enggan keluar, mereka akan tenggelam bersama Anwar.

Hadi hina orang Sarawak


Sahabat Demang, Panglima Perang Cyber meletakkan satu senarai 'buruk-laku' pembangkang dalam blognya hari ini. Demang kutip satu daripadanya:

"PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT DARI PARTI PAS TELAH MENGHINA PENDUDUK BATANG AI APABILA MENGAITKAN KEKALAHAN MEREKA DENGAN ISU CAWAT.KATA HAJI HADI : KITA KALAH SEBAB MEREKA NI (RAKYAT BATANG AI) TAK RETI UNDI, PAKAI CAWAT LAGI."

Demang melihat dari dua sudut:

Pertama, sebagai pemimpin politik yang berbangsa Melayu Hj Hadi telah membuat kenyataan yang memalukan orang Melayu kerana menghina kaum lain.

Kedua, sebagai pemimpin beragama Islam malah memakai pakaian yang melambangkan Islam, Hj Hadi menyebabkan penganut agama lain menjauhi Islam.


Foto:
Angin Perubahan

Monday, May 3, 2010

PKR kuda trojan PAS


Nampaknya bukan hanya PKR mengalami krisis 'orang kuat' keluar parti dan membuat pelbagai pendedahan serta pembongkaran. Benarlah; 'Apabila datang yang haq maka yang bathil akan gugur dengan sendirinya'.

Maka rancangan jahat PAS juga kini ikut terbongkar.

Mungkinkah andaian Demang selama ini bahawa PKR adalah 'sokong yang membawa rebah' kepada PAS? Ataukah benar sangkaan ramai tidak berapa lama dulu bahawa PKR akan menjadi kuda trojan yang menamatkan pergerakan PAS? Anwar akhirnya akan mengisytiharkan kembali kepada UMNO-BN seterusnya melenyapkan semua impian PAS dan DAP?

Ingat; dalam politik tiada yang mustahil. Kawan, tidak selamanya menjadi kawan manakala musuh juga tidak selamanya menjadi musuh. Hanya yang buta sejarah akan menafikan kenyataan ini.

Sementara itu Demang titipkan di sini tulisan daripada blog SATULIMATIGA:

1. Pendedahan yang dibuat oleh blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella) bertajuk Saya Yakin Nik Aziz Akan Kena Dakwa – Jawapan Kepada S/U Akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi (sini) mengenai peruntukkan RM 4 juta yang diberikan kepadanya untuk Operasi Gerak Saraf bagi mewujudkan pelbagai persepsi yang boleh melemahkan kepimpinan YB Tun Abdullah dan BN amat mengejutkan dan menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong PAS.

2. Penulis berkesempatan menonton Buletin Awani jam 9.00 malam semalam (29 April) dan mendengar jawapan Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar MB Kelantan yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan "menjawab semula" jawapan Kickdefella itu.

3. Pertamanya, mendengar cara Ahmad Fadhli bercakap kepada wartawan, ia saling tidak tumpah dengan cara Anwar Ibrahim berkata-kata. Jelas sekali beliau terikut-ikut dengan gaya pertuturan Anwar.

4. Jika dibandingkan dengan Ezam yang pernah jatuh bangun bersama-sama Anwar, Ahmad Fadhli bukan salah seorang dari golongan Angkatan Muda Keadilan yang pernah dipimpin oleh Ezam. Ezam merupakan tonggak kepada penubuhan Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya menjadi Parti Keadilan Rakyat tetapi Ahmad Fadhli tidak.

5. Sebaliknya, Ahmad Fadhli menghidupkan karier politiknya di dalam PAS sejak awal lagi. Oleh itu, beliau sepatutnya lebih terpengaruh dengan gaya pengucapan pimpinan tertinggi PAS. Jika tidak Nik Aziz, Hadi Awang, ataupun sekurang-kurangnya Mahfuz Omar ataupun Mat Sabu. Ini tidak, gaya Anwar juga yang dicontohinya.

6. Ini membuktikan bahawa pengaruh Anwar begitu kuat meresap di kalangan ahli PAS khususnya golongan pemudanya. Gelaran Erdogan yang diberikan kepada ahli PAS yang menyanjungi Anwar sebagai idola tidak lagi boleh dikhususkan kepada Ahli Parlimen mereka. Kini ia telah berakar umbi sehingga ke peringkat ahli dan pimpinan PAS sendiri.

7. Sebab itu penulis tidak hairan segala perkara yang berkaitan dengan Islam semakin diliberalkan oleh PAS sekarang. Lihat saja bagaimana slogan Membangun Bersama Islam dan Negara Islam tidak langsung kedengaran dan dilaungkan oleh PAS, hanya kerana ada perkataan "Islam" di dalamnya.

8. Berbalik kepada jawapan Fadhli, penulis tersenyum sendirian apabila mendengar beliau cuba untuk membandingkan nilai 4 juta yang diperuntukkan kepada Kickdefella dengan 77 juta yang dibelanjakan Kerajaan Persekutuan untuk melantik APCO sebagai perunding. Katanya nilai yang diterima Kickdefella "masih kecil". Ini bermakna,Fadhli secara sedar dan waras bersetuju dan mengakui bahawa Kickdefella telah menerima peruntukkan sebanyak RM 4 juta untuk memburukkan kepimpinan YB Tun Abdullah.

9. Lihat juga ulasan Utusan Malaysia bertajuk Pemuda Pas minta kepimpinan parti siasat dakwaan penulis blog di sini. Penulis memetik di dalamnya bait kata Fadhli yang menyatakan,


"'Jumlah yang didakwa kononnya untuk tujuan gerak saraf itu masih kecil berbanding peruntukan yang digunakan oleh Kerajaan Pusat bagi melanggan khidmat Apco Worldwide".


Nampak jelas pengakuan Fadhli di situ bukan?.

10. Rakyat negeri Kelantan juga harus merasa kecewa kerana memiliki seorang Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar yang gagal untuk menjawab secara kukuh isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kerajaan negeri. Lihat saja bagaimana beliau secara tidak rasional cuba untuk mengaitkan Kerajaan Persekutuan di dalam pertelingkahannya dengan Kickdefella. Apa kaitannya Kerajaan Persekutan dengan pendedahan Kickdefella? Mengapa perlu ditimbulkan isu APCO?

11. Isu kerajaan melantik APCO dengan isu Kickdefella langsung tidak berkait. Perbezaannya ialah APCO dilantik oleh Kerajaan Pusat untuk meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Langkah ini juga dilihat sebagai usaha untuk memulihkan imej Malaysia yang tercalar angkara pengkhianat-pengkhianat yang memburukkan negara sama ada melalui ucapan di perjumpaan rasmi dan tidak rasmi, mesyuarat, forum, persidangan mahupun di laman-laman web milik mereka. Ia dibuat demi untuk kepentingan negara. Kickdefella pula dilantik untuk memburukkan dan melemahkan imej kepimpinan YB Tun Abdullah. Ia dibuat atas kepentingan politik PAS. Bukankah ia jelas berbeza?

12. Kesimpulannya, pimpinan PAS sebenarnya kecut perut apabila pendekatan mereka dan kaedah yang digunakan untuk memburukkan Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan dan Barisan Nasional didedahkan sedikit demi sedikit oleh Kickdefella. Jika Ezam pernah berada di dalam PKR, Kickdefella pula pernah berada di dalam PAS untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

13. Hari ini, apabila Kickdefella dilihat seperti beralih arah, walaupun tidak menyertai UMNO, PAS dilihat cuba untuk "mendiamkan" beliau walau dengan apa cara sekalipun. Justeru, amat tidak menghairankan jika selepas ini pelbagai celaan yang akan dilemparkan kepada Kickdefella walaupun apa yang diperkatakannya adalah kebenaran. Namun tindakan itu bukanlah sesuatu yang amat menghairankan, bukankah ia "metodologi perjuangan" PAS sejak dulu lagi?

Sumber:
blog SATULIMATIGA

Saturday, May 1, 2010

peguam arah siasat remaja ditembak

"Peguam Negara arah polis lakukan siasatan lebih lanjut kes Aminulrasyid Amzah selepas teliti kertas siasatan yang diserahkan hari ini."

Kebetulan ketika menanti waktu melawat di hospital petang semalam Demang melihat di kaca TV TS Musa Hassan ke lokasi kejadian remaja ditembak itu.

Maka menyahut seorang lelaki berdekatan Demang: "Itulah polis. Patutnya dibagi pistol mainan je. Kesian budak tu tak pasal-pasal kena tembak."

Mulanya Demang diam sahaja. Namun apabila lelaki itu mengulangi kata-katanya dan menghadap pada Demang seolah meminta sokongan maka Demangpun memberi respon. Maklumlah, kita kan memang suka bab komen mengomen.

"Sebenarnya saya pun belum pasti sangat kes ni. Rasa saya budak tu dua orang dan polis... Berapa orang, ye?" umpan Demang.

"Polis 4 orang." Jawab lelaki lain yang turut berada di situ.

"Ha, 4 orang. Dengarnya, budak yang seorang lagi tu dipukul dan dipijak oleh polis-polis tu dan akhirnya dia dapat melarikan diri?" Demang meminta kepastian.

"Betul, betul..." jawab lelaki-lelaki itu.

"Saya musykil jugak. Kalau polis-polis itu memang berniat membunuh, bagaimana remaja itu yang baru kemalangan (terbabas), dipukul dan dipijak oleh 4 orang polis yang bersenjata dibiarkan melepaskan diri? Adakah polis-polis itu sengaja melepaskan remaja itu untuk membuat laporan dan menjadi saksi kes tersebut?" ulas Demang.

Sebenarnya Demang tidak menyebelahi mana-mana pihak walaupun berasa jengkel dengan ibu bapa yang membenarkan remaja yang belum layak memiliki lesen memandu kereta berada di jalanraya ketika manusia lain lena diulit mimpi.

Demang dulupun remaja jugak. Bukan remaja biasa tetapi remaja nakal. Jadi Demang tahu serba sedikit aktiviti remaja di waktu dinihari apabila terlepas daripada pandangan dan pengawasan orang dewasa.

Barangkali remaja yang ditembak polis itu memang tidak bersalah. Namun untuk menyalahkan pihak polis yang sedang menjalankan tugas juga tidak bijak. Nanti para remaja lain (yang benar-benar bermasalah) akan 'naik tocang' kerana 'musuh' mereka dipersalahkan lagi sekali dipersalahkan.

Sama-samalah kita jaga anak-anak kita. Demang memang maksudkan 'sama-sama jaga', bukan sekadar jaga anak-anak masing-masing.

Sementara itu, Demang suami isteri baru sahaja menerima putera yang ketiga pagi semalam. Alhamdulillah. Lelaki atau perempuan adalah amanah Allah SWT yang wajib kita jaga.

Sementara itu Demang ucapkan Selamat Hari Pekerja kepada semua yang berstatus PEKERJA termasuk blogger pembangkang yang katanya dibayar gaji atau upah.

Sumber berita:
BH 30/04

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)