Tanggal 16 Mei, yakni beberapa hari lagi sambutan hari guru.
Sementara itu...
24 April 2010, Sabtu; sekolah ganti (ganti cuti Hari Raya Aidil Fitri)
8 Mei 2010, Sabtu; Mesyuarat PIBG
15 Mei 2010, Sabtu; Gotong Royong sekolah
22 Mei 2010, Program LADAP (kursus dalaman)
Apa dah jadi dengan cuti minggu pertama dan minggu ketiga?
Apa dah jadi dengan kempen masyarakat penyayang?
Apa dah jadi dengan 'Cuti-cuti Malaysia'?
Apa dah jadi dengan kesimbangan jasmani, emosi, rohani, dan intelektual dalam Falsafah Pendidikan Negara?
Hari Sabtu, pejabat ditutup, siapa peduli pada cuti para guru?
Waktu malam, ada kelas tambahan. Siapa peduli waktu rehat guru?
Cuti penggal, dipanggil bermesyuarat di tengah-tengah percutian. Dihantar berkursus. Siapa mahu peduli?
Hari sukan, perkhemahan, kursus motivasi...
Ketua jabatan leka dengan wawasan dan impian peribadi. Enak diulit kejayaan dan pujian sendiri-sendiri. Kecewa apabila disaingi sekolah lain dan teguran ibu bapa.
Siapa peduli guru?
Selamat Hari Guru: 16 Mei...
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
5 comments:
Salam,
Pak Lah peduli....
Gaji guru naik pun antaranya adalah jasa Pak Lah.
Isac, Demang tak pertikaikan gaji. Tambahan pula dalam kabinet Najib. Muhyidin sudah umum semakan baru utk guru. Demang cuma mengeluh dari segi beban kerja selain pengajaran dalam kelas (P&P). Contohnya, keceriaan sekolah dan kerja perkeranian.
lu cikgu ke, beb? klu lu cikgu, gua nk bagitau yg cikgu zaman sekarang ni dh kena kencing dgn KERAjaan ubn. jadi barua tahap maksimum, suruh buat keje tak sudah2.
cikgu ni kejenya ngaja, bukan g kursus tak sudah2 dan buat paperwork je. senang cite, kalau nk jd cikgu, jd cikgu yg radikal, yang berani mati menahankan prinsip Guru Malaysia.
Kena kencing? Lu yg bodoh... Gua tak kena kencing, Bro... Tiap2 bulan gua dapat >3K.
Salam Cheguman,
Saya "copy" danletak dalam Facebook saya. Tadi tanpa kebenaran, sekarang baru nak minta kebenaran.
Post a Comment