Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Friday, May 28, 2010

PAS atau UMNO yang zalim



Nampaknya perbincangan antara Demang dengan Melayu 2020 menjadi semakin menarik. Apatah lagi apabila Melayu 2020 mengemukakan hadis berkenaan assobiyah bagi menyokong hujah beliau tentang kezaliman UMNO.

Perhatikan hadis tersebut yang diutarakan saudara Melayu 2020 bagi menyokong hujah beliau:
"Mereka yang menolong puak mereka, bangsa mereka di atas dasar kezaliman"
Riwayat Imam Muslim, abu Daud dan An Nasa'i.

Demang bersetuju dengan hadis tersebut.

Dalam hadis tersebut jelas dinyatakan bahawa assobiyah ialah apabila "Mereka yang menolong puak mereka, bangsa mereka di atas dasar kezaliman" (lihat sekali lagi: 'di atas dasar kezaliman')

Antara perkara besar dan akhirnya dijadikan isu besar di negara kita ialah pelaksanaan DEB. Itulah antara bara yang membahang dalam diam sekian lama menunggu angin bertiup bagi menyalakan apinya. Api itulah yang akan membakar negara kita dan semua isi di dalamnya jika tidak dikawal dari awal.

DEB dikatakan bukti ketidakadilan UMNO yang bertindak zalim terhadap kaum bukan Melayu. DEB juga dikatakan dibolot segolongan pihak sahaja dalam kalangan Melayu & bumiputra. (Melayu 2020 mengemukakan kedua-dua hujah ini bagi mensabitkan kesalahan terhadap UMNO).

Demang sedar ramai kalangan penyokong PAS yang mahir ilmu Hadis dan Al-Quran. Malangnya Demang dapati ramai yang mahir tentang hadis di atas tetapi kurang faham tentang DEB. Lantas penggunaan hadis tersebut jadi menyimpang daripada tempatnya. Dengan kata lain mereka meletakkan hadis itu tidak di tempat sewajarnya.

Hujah ringkas Demang ialah:
Pertama, Melayu dan Bumiputra mewakili lebih kurang 70% daripada penduduk Malaysia ketika DEB dilancarkan (sekarang 66.6%). Namun kelompok tersebut cuma meminta 30% sahaja daripada kek ekonomi negara. Zalimkah?

Ya, memang zalim kerana sepatutnya Melayu-bumiputra diberi 70%. Orang Melayu zalim kerana memberikan hak mereka kepada kaum lain?

Kedua, Walapun sasaran DEB untuk Melayu-bumiputra adalah 30%, namun setelah 20 tahun dilaksanakan cuma 19% dapat dicapai oleh mereka. Kemana lagi 11%? Kenapa tidak diambil? Siapa yang mengambilnya? Masih nak menuduh Melayu (UMNO) zalim?

Belum faham lagi?

Jika kesemua 30% itu sudah dicapai dan masih ramai yang miskin maka wajarlah dituduh hanya segolongan kroni yang memonopolinya. TETAPI, dalam hal ini masih ada 11% belum terusik. Nak salahkan siapa?

Hello, 11% itu siapa yang ambil? Itu... puak yang digelar ultra kiasyu yang sedang mengerekot macam ’kucing parsi demam’ dalam MCA tu. Mereka lah yang mengambilnya dan sekarang mendiamkan diri membiarkan DAP menuduh UMNO rasis!


Seingat Demang akan ajaran tok guru dulu, 'zalim' ertinya meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya. Contohnya, meletakkan selipar di atas kepala.

Maka Demang bertanya semula, siapa sebenarnya yang zalim?

Lihat kedudukan orang Melayu yang dikatakan hanya membolot harta negara untuk bangsa sendiri dan menafikan hak kaum lain.



foto:
13mei 23 jpg
jebatmustdie.wordpress.com

10 comments:

C L J said...

Tahniah Demang kerana tetap tabah dan sabar memberi hujah. Tetapi kepada siapa hujah itu diberi. Kalau dengan mereka yang memang yang sudah keras hatinya dengan sifat sifat assobiah itu maka penat percumalah Demang.

Hamba cuma nampak satu perkara sahaja: betapa mudahnya pengikut Pas tertipu dan ditipu oleh DAP dan PKR. Bahkan bilangan kerusi dalam parlimen sekarang pun 23 sahaja berbanding 29 DAP. Besok siapa yang akan jadi PM ??

melayu2020 said...

Saya tidak kata saya meletakkan hadis tidak kena pada tempatnya. Saya mahu cegu mula berfikir dari sekarang dan dari mula awal perbincangan kita,di manakah kita meletakkan islam? Adakah pada tempatnya atau bukan ? Sebab perkara pokok ini ( ISLAM ) jika tidak di letakkan pada dasar pemerintahan maka semua perkara tidak mendapat keredhoaan Allah swt seterusnya akan menjadi zalim. Melayu akan menjadi zalim pada semua kaum jika idak meletakkan Islam sebagai asas pemerintahan. Saya juga minta cegu tolong dapatkan bukti terdapatnya rintihan kaum cina atau india yang menetap di kelantan atau tolong cari bukti pembunuhan kaum berlaku di kelantan semasa trajedi 13 mei 1969. Sila melawat kelantan dan tanya sendiri kaum minoriti itu. Dan saya minta cegu berfikir,kenapa cina dan india di kelantan sangat mahir berbahasa melayu kelantan atau trengganu tetapi tidak di negeri lain di mana kita lihat kebanyakkannya melayu kita pula berbahasa ala cina. Atau cuba lihat ekonomi melayu kelantan.

Kami sebagai penyokong tidak semestinya membabi buta dalam menyokong parti. Terima kasih pada cegu kerana mengakui penyokong pas mahir dalam ilmu al quran dan hadis. Jika mahir sudah semestinya ianya di letakkan pada tempat sepatutnya.

Hujjah saya juga ringkas,sebelum ini saya pernah katakan dalam bahawa islam ini tidak boleh di ambil secara separuh-separuh tapi ianya perlu di jadikan pakaian kita sehari-hari. Jika ingkar,maka akan pincang. Politik @ siasah sebagai medium untuk mencorakkan negara. Jika parti itu berasas islam,maka akan jadi islam negara itu. Begitu sebaliknya.

Soal melayu ini jika cegu sudah masak dengan perjalanannya maka cegu akan menang tapi kurang sempurna. Bagi saya soal islam lebih di utamakan kerana ianya cukup adil bagi semua kaum. Menolak apa yang di ajarkan oleh rosul dalam menangani permasalahan kaum majmuk yang lain akan menyebabkan negara akan jadi huru hara. Perlu di ingat,kita cuma ada lebih kurang 3 pecahan kaum majoriti sedangkan Rosul di bawah pemerintahannya lebih majmuk kaumnya. Ada yang mengatakan 30. Ada yang mengatakan lebih lagi. Rosul juga pernah memberi tanah pada yahudi. Begitulah iltizam Rosul dalam menyampaikan daawah islamiyyah pada umatnya. Pas mampu buat begitu. Contohnya sudah ada di kelantan. Tapi kelantan dan negeri pakatan yang lain umpama di ikat tangan di belakang lalu di humban ke dalam laut. Alhamdulillah,masih boleh lagi berenang.

Saya secara ikhlas katakan dalam berhujjah tidak akan menang. Kerana dalam prinsip islam berhujjah tidak mencari kemenangan tapi isi hujjah itu adalah pointnya. Biarlah ianya di baca dan pembaca sahaja boleh menilai

melayu2020 said...

Juga sedikit fakta tentang maksud assobiyyah.Perkataan asbiyah berasal dari perkataan Arab yang kata dasarnya daripada perkataan asab yang bererti mengikat, contohnya mengikat individu-individu ke dalam masyarakat (asbtun, usbatun atau isabatun). Asabiyah juga berasal dari perkataan asaba. Dalam Kitab Al Muqaddimah, Ibnu Khaldun terlalu banyak menempatkan perbahasan keperluan elemen persaudaraan sosial (assobiyyah). Dalam bahasa Arab assobiyyah disamakan dengan kalimah Qaraabah iaitu kaum kerabat. Perkataan lain iaitu u،¯sbah bermaksud pasukan atau jamaah. Bermakna sikap assobiyyah bukan sekadar atas nama perkauman tetapi dikaitkan dengan jiwa berpasukan, nilai kolektif atas satu ketumbukan untuk mencapai tujuan tertentu samada baik mahupun buruk.

Pada beliau lagi, elemen assobiyyah dalam perencanan strategi negara, wilayah mahupun kawasan kecil perlu diguna secara bijak serta dikawalselia agar tiada unsur kezaliman dan taasub kepada kaum. Kestabilan poltik menjadi cita-cita setiap pemerintah Islam, lantaran itu dinasti perkauman seperti Umayyah, Abbasiyyah dan Uthmaniyyah muncul dengan penerapan agenda ras dan keturunan dalam usaha mengawal kestabilan wilayah politik mereka. Lumrah zaman itu juga memaksa mereka bertindak sedemikian cara.

Jeepers Creepers said...

takpe demang. Masih ada orang mahu memikir. Mereka yang fanatik kepada pas juga boleh dikatakan assobiyah. yelah kalau dah semua orang cakap taknak dengar,sampai dah tunjuk buktipun masih enggan mempercayai semata mata kerana bencikan seseorang, bukan assobiyah ke namanya tu. assobiyah pada parti.

kalau umno ni zalim, dah lama orang pas kena bunuh. kalau umno ni zalim, tak letak islam sebagai agama rasmi. kalau umno ni zalim, malaysia ni akan jadi seperti myanmar, hanya junta tentera yang akan memerintah. tiada demokrasi.

apa makna umno zalim dimata melayu 2020? kerana DEB? kalau begitu janganlah terima bantuan DEB. pergilah belajar disekolah persendirian seperti orang cina. Janganlah membayar minyak dan gula pada harga subsidi.

pilihan ditangan anda.

melayu2020 said...

Yb raz..
Mahu bukti orang pas di bunuh oleh kerajaan? Lihatlah memali,kedah dan lubuk merbau,perak. dan beberapa tempat lagi. Umno menggunakan polis dalam menangani hal politik tetapi berbaik dengan komunis ketika berbincang semasa perbincangan antara kerajaan dengan komunis satu ketika dahulu semasa darurat. Atau sebenarnya anda memang berminat untuk membunuh? Bukti telah jelas dan minta jangan di nafikan.

Kami tak menafikan kami taasub..tapi nilailah sedikit wahai raz kadar ketaksuban kami. Taksub kami untuk siapa? Melayu? Cina ? India? Bukannnn... taasub itu kami tujukan khas buat Allah swt,yang memiliki Alam sejagat. Saya selalu mendengar,jika pas tidak boleh ikut undang2 malaysia,sila cari negara lain. Negara mana yang saya nak duduk? Bumi ini milik Allah dan Dia juga berfirman "jika kamu tidak dapat mengikuti hukumKu maka carilah BUMI yang lain". Jelas tu kan yb raz?

Beradab sedikit dalam berhujjah,dan saya sanjungi saudara demang @ cheguman ketika berhujjah. Tidak seperti sahabatnya yang lain. Terlampau rasis dan chauvinis..

Salam

paktam said...

Assobiah?

Seorang pensyarah universiti di Akedemi Pengajian Islam Universiti Malaya yang dapat PhD dari UK beraasal Kelantan mengaku orang Kelantan mengamalkan konsep assobiah!

PAS WAJIB berdakwah menghapus kecenderungan ini dahulu!

Yb Raz said...

saya memang rasis..kenapa?

Cheguman said...

Berkenaan perbincangan dengan komunis di Baling dan kes Memali yang juga di baling Kedah;

Rasanya tidak sesuai ungkapan: "Umno menggunakan polis dalam menangani hal politik tetapi berbaik dengan komunis ketika berbincang semasa perbincangan antara kerajaan dengan komunis satu ketika dahulu semasa darurat."

Kerajaan cuma sekali shj berberbincang dengan PKM manakala sebelum itu senua tindakan adalah menggunakan ketenteraan.

Jika serangan ke atas pengikut Ustaz Ibrahim libya dikaitkan dengan politik, kenapa PAS tidak diambil tindakan yang serupa oleh kerajaan?

pas barua dap said...

Meayu2020,

Cina fasih berbahasa melayu bukan sahaja di keantan tetapi di mana-mana di malaysia. di kelantan majoriti melayu jadi takkan cina nak cakap cina kot.

di batu kurau perak, cina pun fasih berbahasa melayu kerana kawasan tersebut majoritinya melayu.

bezanya orang kelantan pergi ke mana pun akan bercakap loghat kelantan waaupun orang lain tak faham. sama macam orang kedah.

di kedah, penang ramai cina fasih bahasa melayu.

jadi janganlah jual kelantan kononnnya kelantan negeri yang terbaik. aku nak tanya apa yang orang beli bila pergi kelantan. batik ? wau bulan ? budu ? lagi

semuanya barang siam betul tak ? nak bai tau, pompuan siam pun di jual murah di kelantan !

Cheguman said...

cina di kampung demang boleh cakap Jawa!

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)