Akhbar utama kelmarin menyiarkan tajuk besar perihal Anwar Ibrahim 'ditegur' oleh sekutu peribadinya iaitu Amerika.
Terus terang, Demang tiada idea tentang ini. Banyak kemungkinan di sebalik yang tertera. Amerika mungkin hendak memberitahu bahawa Anwar bukan 'orang mereka'. Dengan kata lain, dakwaan bahawa Anwar menjadi 'alat' kepada Amerika selama ini tidak benar.
Atau ia sebagai satu tindakan bagi menarik perhatian bahawa bukan Anwar yang bersekongkol dengan Amerika, tetapi Najib. Apatah lagi amaran tersebut diberi selepas Najib bertemu Obama.
Namun Demang percaya taktik sengkek Anwar itu dengan mudah dikesan rakyat Malaysia. Najib berhubung dengan Amerika atau mana-mana negara atas kedudukannya sebagai Perdana Menteri. Anwar?
Kita tinggalkan isu tersebut.
Demang sebut tadi bahawa berita itu disiarkan 'akhbar utama'. Istilah 'akhbar utama' atau 'arus perdana' digunakan kerana ia dibaca oleh majoriti rakyat Malaysia serta boleh dipertangungjawab dalam penyiaran berita.
Selain itu ia juga dibaca oleh penyokong kerajaan, pembangkang, dan juga yang di atas pagar.
Selain akhbar seperti itu, kita juga mempunyai pelbagai akhbar dan majalah berkala tetapi khalayaknya agak terhad dan lebih tertumpu pada kelompok tertentu.
Justeru Demang melihat biarpun pada suatu ketika rakyat kelihatan cenderung menyokong pembangkang namun dalam masa yang singkat mereka kembali kepada kerajaan yang memerintah.
Dalam hal ini mana-mana parti pembangkang terpaksa mengakui bahawa untuk menewaskan kerajaan yang memerintah, mereka perlukan kekuatan sekurang-kurangnya 10 kali ganda.
Rakyat boleh menyokong pembangkang namun akhirnya mereka akan berpegang pada prinsip betapa keamanan, perpaduan, serta keharmonian negara perlu diutama.
Tambahan pula setiap hari rakyat melihat Thailand, Iraq, dan lain-lain terus bergolak dan menyusahkan rakyat hanya kerana cuba merubah kerajaan sedia ada.
Percayalah. Rakyat adalah rasional dan Anwar akan kecundang. Itulah sebabnya kita lihat semakin ramai yang meninggalkan PKR. Itu belum dikira yang keluar senyap-senyap.
Bagi enggan keluar, mereka akan tenggelam bersama Anwar.
Kos
-
*Siri Panduan Buat Jualan Morha Marketing*
Menggunakan gambar digital atau mesej teks yang dihantar melalui media
sosial dianggap paling baik sebab kos ...
4 years ago
4 comments:
Salam Cheguman,
Memang benar Amerika sedang HOT dengan AI.
Rakan yang ada di sana beritahu semalam.
KHUTBAH TERAKHIR NABI MUHAMMAD SAW.
Tarikh : 9hb. Zulhijjah Tahun 10 Hijriah
Tempat : Lembah Uranah, Gunung Arafah.
Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU kepada hamba hambaMU.
Amerika tahu Anuar punya niat jahat terhadap negara nya sendiri negara sendiri sanggup diburukan apatah lagi negara org kalau dia pergi kenegara islam dia akan kata Amerika yg jahat dia pergi kenegara lain dia akan cakap negara arab yg jahat itulah kerja Anuar sebab itu org Amerika tak percayakan dia lagi itu ada balasan Allah terhadap Anuar tak lama lagi Anuar akan jadi kupang tembaga tak laku dimana pun.
perasan tak kalau page FB yg seteru dengan kerajaan malaysia kebanyakan didelete dari FB.. bukankah FB milik israel.. apa hubungan Malaysia dengan israel???
Post a Comment