Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Eksklusif untuk anda

Monday, May 3, 2010

PKR kuda trojan PAS


Nampaknya bukan hanya PKR mengalami krisis 'orang kuat' keluar parti dan membuat pelbagai pendedahan serta pembongkaran. Benarlah; 'Apabila datang yang haq maka yang bathil akan gugur dengan sendirinya'.

Maka rancangan jahat PAS juga kini ikut terbongkar.

Mungkinkah andaian Demang selama ini bahawa PKR adalah 'sokong yang membawa rebah' kepada PAS? Ataukah benar sangkaan ramai tidak berapa lama dulu bahawa PKR akan menjadi kuda trojan yang menamatkan pergerakan PAS? Anwar akhirnya akan mengisytiharkan kembali kepada UMNO-BN seterusnya melenyapkan semua impian PAS dan DAP?

Ingat; dalam politik tiada yang mustahil. Kawan, tidak selamanya menjadi kawan manakala musuh juga tidak selamanya menjadi musuh. Hanya yang buta sejarah akan menafikan kenyataan ini.

Sementara itu Demang titipkan di sini tulisan daripada blog SATULIMATIGA:

1. Pendedahan yang dibuat oleh blogger Syed Azidi Syed Abdul Aziz (Kickdefella) bertajuk Saya Yakin Nik Aziz Akan Kena Dakwa – Jawapan Kepada S/U Akhbar MB Kelantan dan Tulang Besi (sini) mengenai peruntukkan RM 4 juta yang diberikan kepadanya untuk Operasi Gerak Saraf bagi mewujudkan pelbagai persepsi yang boleh melemahkan kepimpinan YB Tun Abdullah dan BN amat mengejutkan dan menimbulkan kemarahan di kalangan penyokong PAS.

2. Penulis berkesempatan menonton Buletin Awani jam 9.00 malam semalam (29 April) dan mendengar jawapan Ahmad Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar MB Kelantan yang juga merupakan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Kelantan "menjawab semula" jawapan Kickdefella itu.

3. Pertamanya, mendengar cara Ahmad Fadhli bercakap kepada wartawan, ia saling tidak tumpah dengan cara Anwar Ibrahim berkata-kata. Jelas sekali beliau terikut-ikut dengan gaya pertuturan Anwar.

4. Jika dibandingkan dengan Ezam yang pernah jatuh bangun bersama-sama Anwar, Ahmad Fadhli bukan salah seorang dari golongan Angkatan Muda Keadilan yang pernah dipimpin oleh Ezam. Ezam merupakan tonggak kepada penubuhan Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya menjadi Parti Keadilan Rakyat tetapi Ahmad Fadhli tidak.

5. Sebaliknya, Ahmad Fadhli menghidupkan karier politiknya di dalam PAS sejak awal lagi. Oleh itu, beliau sepatutnya lebih terpengaruh dengan gaya pengucapan pimpinan tertinggi PAS. Jika tidak Nik Aziz, Hadi Awang, ataupun sekurang-kurangnya Mahfuz Omar ataupun Mat Sabu. Ini tidak, gaya Anwar juga yang dicontohinya.

6. Ini membuktikan bahawa pengaruh Anwar begitu kuat meresap di kalangan ahli PAS khususnya golongan pemudanya. Gelaran Erdogan yang diberikan kepada ahli PAS yang menyanjungi Anwar sebagai idola tidak lagi boleh dikhususkan kepada Ahli Parlimen mereka. Kini ia telah berakar umbi sehingga ke peringkat ahli dan pimpinan PAS sendiri.

7. Sebab itu penulis tidak hairan segala perkara yang berkaitan dengan Islam semakin diliberalkan oleh PAS sekarang. Lihat saja bagaimana slogan Membangun Bersama Islam dan Negara Islam tidak langsung kedengaran dan dilaungkan oleh PAS, hanya kerana ada perkataan "Islam" di dalamnya.

8. Berbalik kepada jawapan Fadhli, penulis tersenyum sendirian apabila mendengar beliau cuba untuk membandingkan nilai 4 juta yang diperuntukkan kepada Kickdefella dengan 77 juta yang dibelanjakan Kerajaan Persekutuan untuk melantik APCO sebagai perunding. Katanya nilai yang diterima Kickdefella "masih kecil". Ini bermakna,Fadhli secara sedar dan waras bersetuju dan mengakui bahawa Kickdefella telah menerima peruntukkan sebanyak RM 4 juta untuk memburukkan kepimpinan YB Tun Abdullah.

9. Lihat juga ulasan Utusan Malaysia bertajuk Pemuda Pas minta kepimpinan parti siasat dakwaan penulis blog di sini. Penulis memetik di dalamnya bait kata Fadhli yang menyatakan,


"'Jumlah yang didakwa kononnya untuk tujuan gerak saraf itu masih kecil berbanding peruntukan yang digunakan oleh Kerajaan Pusat bagi melanggan khidmat Apco Worldwide".


Nampak jelas pengakuan Fadhli di situ bukan?.

10. Rakyat negeri Kelantan juga harus merasa kecewa kerana memiliki seorang Setiausaha Akhbar kepada Menteri Besar yang gagal untuk menjawab secara kukuh isu-isu yang dibangkitkan berkaitan dengan kerajaan negeri. Lihat saja bagaimana beliau secara tidak rasional cuba untuk mengaitkan Kerajaan Persekutuan di dalam pertelingkahannya dengan Kickdefella. Apa kaitannya Kerajaan Persekutan dengan pendedahan Kickdefella? Mengapa perlu ditimbulkan isu APCO?

11. Isu kerajaan melantik APCO dengan isu Kickdefella langsung tidak berkait. Perbezaannya ialah APCO dilantik oleh Kerajaan Pusat untuk meningkatkan imej Malaysia di peringkat antarabangsa. Langkah ini juga dilihat sebagai usaha untuk memulihkan imej Malaysia yang tercalar angkara pengkhianat-pengkhianat yang memburukkan negara sama ada melalui ucapan di perjumpaan rasmi dan tidak rasmi, mesyuarat, forum, persidangan mahupun di laman-laman web milik mereka. Ia dibuat demi untuk kepentingan negara. Kickdefella pula dilantik untuk memburukkan dan melemahkan imej kepimpinan YB Tun Abdullah. Ia dibuat atas kepentingan politik PAS. Bukankah ia jelas berbeza?

12. Kesimpulannya, pimpinan PAS sebenarnya kecut perut apabila pendekatan mereka dan kaedah yang digunakan untuk memburukkan Perdana Menteri, Kerajaan Persekutuan dan Barisan Nasional didedahkan sedikit demi sedikit oleh Kickdefella. Jika Ezam pernah berada di dalam PKR, Kickdefella pula pernah berada di dalam PAS untuk menjatuhkan Barisan Nasional.

13. Hari ini, apabila Kickdefella dilihat seperti beralih arah, walaupun tidak menyertai UMNO, PAS dilihat cuba untuk "mendiamkan" beliau walau dengan apa cara sekalipun. Justeru, amat tidak menghairankan jika selepas ini pelbagai celaan yang akan dilemparkan kepada Kickdefella walaupun apa yang diperkatakannya adalah kebenaran. Namun tindakan itu bukanlah sesuatu yang amat menghairankan, bukankah ia "metodologi perjuangan" PAS sejak dulu lagi?

Sumber:
blog SATULIMATIGA

1 comment:

Anonymous said...

pendedahan kickdefella umpama pistol kapur.. bunyi je lebih.. kuang2.. lihat betapa kucar kacirnya umno, hanya 4 juta je dah jatuh 5 negeri, pr perlu lagi 10 juta je lagi nak ke putrajaya.. lemahnya kerajaan malaysia.. macam ni layak ke jadi kerajaan???? kredibiliti dipersoalkan, harganya cuma 4 juta.. wakakakaakaka...

berkenaan APCO itu, imej yahudi bakal jadi imej negara... hahaha..
mungkin waadat perlu kenal apa itu yahudi.. kenapa sekarang polis malaysia jadi begitu kejam,, sy yakin ini kerja yahudi, kenapa pitbull dibenarkan buat konsert di malaysia?? kenapa malaysia halalkan judi world cup???
kalau bukan kerja APCO mesti najib...

tolonglah ulas demi kebenaran,, sudah tiba masanya waadat tukar parti.. umno halakan judi nuhhhh.. ce ulas skali nak tengok... wakaka

linkwith

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)