Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Friday, July 18, 2008

Perangai "budak-budak"

Ada 25 kanak-kanak dalam kelas saya. Tujuh lelaki dan selebihnya perempuan.

Ramai yang ingin ke depan, tapi tak ramai yang benar-benar berani. Daripada yang berani tu, tak semua yang benar-benar berkebolehan.

Lebih ramai yang sekadar ingin menarik perhatian. “Budak-budak…”

Semalam Khairul bergaduh dengan Adam. Eh! bukan semalam, kelmarin dulu atau hari sebelumnya. Bila, ye? Hmm, dah lupa harinya. Sebenarnya mereka memang selalu bergaduh. Hampir setiap hari. Malah lebih dari sekali dalam satu hari.

“Khairul, kenapa tendang Adam?” tanya saya lembut.

“Adam ketuk kepala saya dulu, cikgu.” Khairul membela diri.

“Ha, betul ke Adam?” saya berpaling semula pada Adam.

“Betul, tapi semalam dia baling saya dengan buku.” Adam menyerang balik.

“Khairul?” saya berputar pada Khairul pula.

“Dia ejek saya dulu, cikgu.” Khairul juga ada alasannya.

Saya mula rasa dipermainkan walaupun saya tahu mereka bercakap benar, Sebenarnya saya geram sebab masing-masing tidak mahu menerima kesilapan masing-masing dan asyik menyalahkan orang lain.

“Kalau begitu kamu berdua sama-sama salah. Jadi, cikgu akan rotan kamu berdua.” Saya membuat keputusan sekali gus menjatuhkan hukuman.

Sebenarnya penggunaan rotan di kelas prasekolah tidak dibenarkan. Para pensyarah saya di USM dulu memang mengharamkannya. Saya memang tidak pernah merotan mereka walaupun sebatang rotan memang tersedia di dalam kelas. Sekadar ‘ancaman’.

Adam sudah mahu menangis manakala Khairul juga mula takut. Saya menunjukkan reaksi benar-benar ingin melaksanakan hukuman.

Akhirnya, kedua-duanya berbaik semula setelah saya terangkan bahawa jika mereka asyik bergaduh maka nanti kedua-dua mereka juga yang akan dihukum.

Tapi saya sedar, esok belum tentu mereka tidak akan bergaduh lagi. “Budak-budak…”

Saya terfikir, mereka bernasib baik kerana saya adalah guru mereka dan sedang bertekad untuk tidak menggunakan sebarang kekerasan terhadap kanak-kanak di bawah umur tujuh tahun. Hal ini saya ambil teladan daripada Rasulullah sendiri. Namun, bagaimana dengan negara kita? Adakah negara asing yang sedang memerhatikan kita itu bersikap seperti seorang guru? Mahukah mereka ‘mengajar’ kita selaku guru-murid? Lihat lah bagaimana mereka ‘mengajar’ Iraq, Kemboja, Myamar, Afghanistan dan Palastin erti demokrasi.

Lantas saya teringat kata-kata bekas presiden Filiphina (Ekstrada?) 2-3 hari lepas, “Anwar adalah tokoh pejuang demokrasi.”

Adakah kita masih terus mahu berkata: “Ini salah kerajaan. Ini salah polis. Kenapa tuduh dan tangkap Anwar? Kenapa DrM dulu pecat Anwar? Maka lawan tetap lawan!

…dan Amerika sedang memerhati.

Wallahu'alam.

15 comments:

cheguman said...

Buat masa ini Demang telah berjaya menghubungi sahabat-sahabat yang sedang berjuang dalam UMNO dan mereka telah berjanji untuk membuat usul permuafakatan ini dalam mesyuarat cawangan masing-masing. Demang minta kerjasama sahabat bloggers untuk turut bergerak di lapangan bagi merealisasikan cita-cita ini.

Selamat berjuang.

(rujuk artikal Mufti Perlis yg Demang sisipkan dalam blog ini).

Danielle_Corleone said...

memang negara luar itu memerhati. dan saya yakin, semua juga tahu, idea demokrasi itu asalnya daripada siapa. :-) idea ini adalah asas kepada kekuatan AS di seluruh dunia, saudara dapat bayangkan, hampir semua rahsia negara lain berada di bawah pengetahuan AS, mengapa? kerana sistem pemerintahan yang kita guna pakai adalah sistem milik mereka. Bagi saya campur tangan AS dalam negara kita belum sampai ke satu tahap yang terjadi seperti di Iraq atau Afghanistan, tetapi kita perlu berwaspada dan pemimpin kita juga perlu tegas dan bukan berlagak tegas tetapi menyorok muka ketakutan apabila mendengar dengusan ugutan negara zalim ini. Negara kita, kita yang wajib kekalkan identiti. Jika mahu dikupas soal identiti ini, terlalu panjang untuk dibincangkan di sini, bagi saya identiti itu adalah asas penyatuan dan jika identiti itu hilang maka orang dari dalam negara sendiri juga boleh memusnahkan ikatan yang wujud. Saya boleh bebaskan ruang untuk kita menetapkan sempadan identiti itu, tetapi saya sekadar mahu menyebut satu, tentang soal bahasa. Adakah seluruh warga kita hari ini, termasuk warga Melayu, menghormati dan menyanjungi Bahasa Melayu sebagai identiti penyatuan utama kita? sama-sama kita fikirkan. Jika salah satu elemen identiti penting ini kita gagal hormati, sanjungi dan kekalkan itu adalah rasa bimbang paling penting yang akan membawa kita kepada kerapuhan dan kemudian akan lebih mudah menyerap identiti luar dan akhirnya menghakis nilai peribadi negara sendiri. :-)

Salam said...

Campur tangan dari negara luar mungkin lebih mudah dihadapi dan ditangani, jika kita mempunyai kerajaan yang kuat, adil dan bersih, pemimpin yang bijak dan berwibawa dan rakyat yang bersatu padu di belakang kerajaan.

Tapi sekarang bagaimana? Kita mempunyai kerajaan yang lemah dan korup, kita mempunyai pemimpin yang lemah dan kurang berwibawa, dan rakyat kita sedang berpecah belah dan tidak bulat di belakang kerajaan.

Adakah kita harus mempertahankan pemimpin dan kerajaan yang ada sekarang?

Amiene Rev said...

Hayakallah Tuan Rumah,

Perangai Budak-budak Versi Amiene Rev

“Khairul, kenapa tendang Adam?” tanya saya lembut.

“Adam ketuk kepala saya dulu, cikgu.” Khairul membela diri.

“Ha, Adam, bagus tu, biar benjol kepala Khairul. Hari-hari Adam ketuk kepala Khairul, esok lusa, Khairul mati. Adam, awak suka?” saya berpaling semula pada Adam.

“Tak, tak suka. Tapi semalam dia baling saya dengan buku.” Adam menyerang balik.

“Khairul? Awak baling dia dengan buku? Kenapa awak tak suruh dia baca buku? Awak mahu Adam jadi pandai ke tidak?” saya berputar pada Khairul pula.

“Err,, mahu. Tapi, dia ejek saya dulu, cikgu.” Khairul juga ada alasannya.

"Habis tu? Kenapa awak baling buku tu dekat Adam? Bagilah Adam baca buku. Adam bila dah pandai, tak adalah dia ketuk kepala Khairul, sebab orang pandai tahu kalau ketuk kepala orang ni boleh mencederakan otak. Kalau otak cedera, Khairul boleh mati. Sekarang Adam, kenapa awak ejek Khairul?"

Adam diam.

"Khairul, awak akan maafkan Adam ke?"

Khairul, "____________"

TAMAT.

man_helang said...

erm...

bila ckp pasai bebudak nih, teringat aku kat anak aku...hujung blan nih genap 1 tahun, skang nih manja sgt, kalau aku balik umah (ujung minggu) dia taknak ngan org lain dah...

zamspotte said...

Protokol ke 10 zionis tua jelas lagi bersuluh akan menjajah dunia dengan racun2 ideologi....

Apa lagi yg hendak dipertikaikan??

cheguman said...

Pandai je le nko ni Amiene rev. Lain kali boleh le nko orter lagi cerita2 kat sini. Bini aku pun heran tengok aku senyum sorang2 depan pc baca cerita nko.

S.YanaZ said...

Cabaran menjadi chegu masa kini.
Cabaran kpd sy ialah mengajar budak-budak pemulihan bkn sekadar kenal huruf.

Sedingin Salju said...

AS laknatullah! Itulah dia AS. mereka memang suka cari pasai. Tu semalam keluar statement lagi. macamlah negara kita ni bodoh sangat. Tapi sayang, ada orang kita lebih percaya orang luar dari negara sendiri.

Saya bukan melayu, tapi chinese. Ramai ingat, saya melayu. Susah betoi.

cheguman said...

Sedingin Salju adalah insan unik. Dia tidak memerlukan mata untuk melihat. Dia tidak pernah mengenal warna kulit. Dia cuma menyedari bahawa di sekitarnya ada tubuh manusia. Di dalam tubuh itu ada ada nyawa dan seketul hati. Jika baik hati itu, maka dia lekas menjadi akrab dengan tuan punya tubuh itu.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Cheguman,

Saya akui bukan mudah jadi pendidik dan pengajar pada anak anak orang lain, sebab budak budak semua datang dari latar belakang yang berbeza dan diasuh oleh ibu-bapa yang berbeza pendirian.

Pun begitu inilah cabarannya. Anak buah saya seorang guru Matematik di sekolah rendah dan lapan tahun lagi InsyaAllah bersara. Dia sering merungut betapa penat mengajar lebih empat puluh murid sehari (walaupun setengah hari) dengan kerenah berbagai anak anak murid.

Saya selalu nasihatkan dia bersabar. Saya kata bahawa profesyen Perguruan ini adalah satu yang amat Mulia dan kita jangan fikirkan ganjaran duniawi semata. Fikirkan betapa banyaknya Pahala mengajar mendidik, memberi ilmu kepada insan insan yang membesar dengan Ilmu yang kita curahkan dan kemudian berkembang pula kepada dia mencari rezeki memberi pula keluarga mereka makan!!

Bukan saya nak puji anak buah saya tapi saya lihat dia guru yang dedikasi dan ambil berat tentang anak anak muridnya. Tidur sampai pukul 1 pagi adalah perkara biasa kerana memeriksa buku buku latihan.

Mungkin guru guru generasi sekarang patut mencontohi guru-guru segenerasi anak buah saya. Mereka memang minat mengajar dan tidak memilih profesyen perguruan kerana terpaksa dan tidak ada kerja lain.

Tentang Amerika, mereka memang mencari dan mengintai peluang peluang pada negara negara yang ada "Islam" sedikit atau banyak. Mereka takut kita kuat. Apa yang perlu kita buat adalah bersatu. Tidak ada pilihan lain.

Semuga kemulut politik atasan yang sedang berlaku akan segera berlalu. Kita rakyat biasa boleh melalui hari hari kita dengan apa yang kita semua biasa lakukan. InsyaAllah.

Sedingin Salju said...

Tapi sayang, arab dikuasai oleh si jahanam ini. Dan, sayang jugak, orang arab dari dulu hingga kini, tidak serik. masih hendak bercakaran sesama sendiri.

cheguman said...

Beberapa kawasan di Pahang juga bersetuju mengemukakan usul permuafakatan Melayu tanpa syarat. Doakan semoga berjaya.

Ayuh, teruskan perjuangan untuk perdamaian.

Sedingin Salju said...

Tapi kalau PAS masih nak bersyarat? Macammana?

zamspotte said...

Bersangka baiklah sesama kita... Supaya dipermudahkanNYA segala usaha... Insya ALLAH

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)