Tok Demang Waadat

Tok Demang Waadat
Menyingkap yang tersirat di sebalik yang tersurat

Kitab Ramuan & Petua Perubatan Herba

Thursday, August 21, 2008

Masjid Kampung Hulu



Sudah acap juga Demang melewati sebuah masjid lama di tengah bandar Melaka ini. Cuma baru2 ini Demang teringat untuk mengabadikannya untuk tatapan pengunjung blog Waadat.

Simpan lah foto ini untuk tatapan anak cucu kita nanti.

Kali ini Demang ingin berkesah tentang masjid bertuah ini.

Masjid Kampung Hulu. Inilah masjid pertama yang dibina selepas 209 tahun kesultanan Melaka runtuh.

Dibina pada tahun 1720 oleh seorang hartawan berbangsa Cina yang memeluk Islam.

Monumen ini menjadi bukti betapa dahsyatnya sebuah negarabangsa yang kehilangan kuasa.

Bayangkan, 209 tahun rakyat Melaka tidak mempunyai masjid.

Demang menolak pendapat yang mengatakan ada masjid-masjid lain semasa pemerintahan Portugis dan semasa separuh pertama pemerintahan Belanda, tetapi telah reput lantaran diperbuat daripada kayu.

Mana mungkin binaan yang dikunjungi lima kali sehari dan diselia sepanjang tahun boleh lenyap begitu sahaja dimakan anai-anai!

Jika ada pun bahagian-bahagian yang rosak atau usang dalam tempoh tersebut pastinya akan segera diganti dan dibaiki. Malah bahan-bahannya akan diubah mengikut zaman dan semakin utuh disokong kemajuan teknologi semasa.

Persoalannya, kemana semua tempat ibadat orang Islam itu menghilang?

Sebelum malapetaka 1511 tersebut berlaku, Melayu-Islam menguasai sepenuhnya Tanah Melayu ini. Dominasi tsbt musnah sebaik shj Kerajaan Melaka tewas kepada penjajah Portugis pada 1511.

Tersingkirnya sultan dan pembesar Melaka bukan setakat bertukarnya tampuk pentadbiran malah seluruh kehidupan rakyat turut berubah.

Melaka diperintah Portugis selama 130 tahun sebelum bertukar tangan kepada Belanda mulai 1641.

Terlalu sedikit maklumat yang kita ketahui tentang kehidupan orang Melayu setelah mereka kehilangan kuasa.

Dimakan anai-anai juga kah catatan sejarah orang Melayu?

Masjid Kampung Hulu menjadi bukti bahawa terdapat usaha terancang bagi menghapuskan Islam oleh pihak tertentu.

Maka tanggungjawab mempertahankan Islam terletak atas bahu umat Islam sendiri.

Sejarah membuktikan bahawa kuasa lah yang akan melindunginya.Sudah tentu Demang tidak menafikan takdir Tuhan.

Kepada pengunjung bukan Islam, fahamilah kekhuatiran orang Melayu dalam hal ini. Orang Melayu perlukan kuasa bukan untuk menindas kaum dan agama lain. Tidak pernah tercatat dalam sejarah dunia, umat Islam menghapuskan agama lain.

Orang Melayu mahu terus memegang kuasa politik bagi menjaga kesucian agama Islam: bagi memastikan kami dapat beribadat dengan sempurna, dapat makan makanan yang halal dan dapat mencari rezeki yang halal.

Konsep halal melingkungi seluruh kehidupan seorang muslim dan menjadi aset penting untuk berdepan dengan Allah di akhirat nanti.

Al Quran dengan tegas menyatakan "tiada paksaan dalam Islam". Yakni, orang bukan Islam tidak boleh dipaksa memeluk agama Islam.

Dalam Islam tidak ada konsep 'holly war'. Yang ada hanyalah jihad mempertahankan negara apabila diserang. Itupun dengan disertakan satu set undang-undang peperangan yang wajib dipatuhi.

Sejarah juga membuktikan kepimpinan Melayu amat bertolak ansur dengan kaum dan agama lain. Amalan ini diteruskan sehingga kini.

Justeru Demang ingin berkongsi satu maklumat yang agak sulit. Baru-baru ini sepasukan ahli akademik telah ditugaskan untuk menyemak dan membetulkan beberapa fakta dalam buku teks sejarah. Salah satu maklumat yang baru ditemui ialah: "Malayan Union asalnya dicadangkan oleh seorang pemimpin kaum Cina bagi menjaga kepentingan perniagaan mereka." Tak perlu lah Demang sebut namanya. (kumpulan tersebut adalah pakar sejarah dan terdiri daripada pelbagai kaum).

Namun, apabila naskah tersebut ditunjukkan kepada Paklah, beliau meminta agar perkara itu dibuang semula kerana tidak mahu menimbulkan kemarahan orang Melayu dan untuk menjaga hati kaum Cina.

Demikianlah budi Paklah. Kerendahan hati dan tolak ansurnya sering disalah tafsir. Malah dijadikan peluru untuk menembaknya semula.



Sekarang, Demang ingin bertanya: Perlu sangat kah perubahan kerajaan? Pasti kah segala-galanya akan bertambah baik selepas ini atau kita sekadar tidak peduli apapun yang akan menimpa asalkan hati puas?

Jika 30 ahli parlimen BN menyertai PR, kedudukan akan menjadi seperti berikut:
PR = 112 kerusi
BN = 110 kerusi

Kerajaan beginikah yang baik untuk negara kita? Bagaimana jika Ibrahim Ali (Bebas) menarik diri? Adakah semua YB PAS bersetuju dengan Anwar?

Satu lagi pertanyaan: teruk sangat kah rakyat selama di bawah BN? Negara Islam bagaimana yang PAS mahu? Keadilan bagaimana yang PKR kehendaki? 'Malaysian Malaysia' yang bagaimana DAP impikan?

Adakah agihan 30-40-30 dalam DEB itu berlebihan kepada orang Melayu? Atau kita mahu agihan seperti 1957 iaitu orang Melayu cuma ada 2% (DUA PERATUS) dalam ekuiti negara?

Ingat, Melayu-Bumputera memwakili 65% populasi Malaysia.

Jangan lah terlalu meminta.

9 comments:

Conspiracy Theorist said...

Bro Chegu Man,

Kupasan & pendapat yg brnas sekali.. apo nak dikato.. Melayu mudah lupa..heheh..(",) sepatut nya kita perbetulkan kerajaan yg sedia ada bukan menukar kerajaan lain yg entah boleh memberi kestabilan kaum & politik pada rakyat atau tidak..sama sama le kita doakan semoga Negara kita pulih seperti semasa zaman Tun M dulu..insyaallah..

SAY NO TO NWO!! SAY BYE TO AnWar!!

man_helang said...

erm ade benarnya...tp...

Sedingin Salju said...

Tahniah cikgu kerana kupasan ini. Mengapakah melayu mesti mudah lupa?

Faizal Zakaria's Blog said...

Antara Anwar dan Hadi, saya pilih Hadi :)

Kalau jadi ;)


Jemput masuk ke blog saya ;)
http://teampemudaumno.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com

azlan said...

Terbaca di blog Dunia Tiger, Dato' Dr Malek Munip berpendapat Portugis hanya menawan bandar pelabuhan Melaka, sama dgn Goa dan Macao.

Mungkin juga ada kebenarannya tapi Melaka ialah pusat pentadbiran pada masa itu. Keadaan ini menyebabkan kesultan Melaka terpaksa berhijrah ke tempat lain. Dari segi moralnya pasti menimbulkan suatu pandangan yang negatif dikalangan jajahannya, apabila kehilanan pusat pemerintahan. Berbeza dgn Macau dan Goa, kedua-duanya bukan pusat pentadbiran dan tidak memberikan kesan terhadap kedaulatan pemerintah masing-masing.

Begitu juga kes Pulau Pinang dan Singapura. Kesultan Kedah dan Johor cuma kehilangan wilayah, bukan kehilangan kerajaan.

Sekadar pandangan orang biasa yang mengikuti perkembangan sejarah....

Danielle_Corleone said...

Saya sukakan binaan masjid ini. penuh nilai.

cheguman said...

Komen Azlan:
"Terbaca di blog Dunia Tiger, Dato' Dr Malek Munip berpendapat Portugis hanya menawan bandar pelabuhan Melaka, sama dgn Goa dan Macao."

Terima kasih. Demang setuju. Malah Belanda juga sekadar menguasai kawasan yg kecil dlm Melaka.

British pula cuma berjaya campur tangan dlm pentadbiran, bukan mengambil alih. Tu sebab diorg nak Malayan Union supaya pegangan ke atas Tanah Melayu lebih kukuh.

Anonymous said...

Cikgu man, tahu tak sebenarnya yang membina masjid ni iaitu Datuk Shamsudin Harun yang membina masjid ni bukanlah 100% cina tetapi ibundanya ialah seorang melayu jati. Maka, bukankah dia juga dikira melayu? Kecik hatila org yg ada darah ½ cina kalau cikgu ckp mcm ni.. seolah-olah mrk tidak setara dgn melayu 100%. Semasa penjajahan portugis pula, mereka berusaha nak hapuskan rumah ibadat orang bukan kristian.. maka, banyaklah masjid-masjid di melaka ketika itu musnah. Ketika penaklukan belanda pula, pihak belanda mengamalkan dasar kepelbagaian anutan.. jadi, byk masjid2 dibina ketika itu. Usaha membina masjid oleh kaum bukan melayu atau separa melayu tidak perlu dijadikan isu sebenarnya. Mana yang lebih diutamakan jika diberi pilihan, melayu atau Islam? Bagi saya Islam.. kenapa jika Pak Syeikh dari Arab beragama Islam membina masjid diterima oleh masyarakat melayu sedangkan jika orang Cina beragama Islam membina masjid dipertikaikan?




p/s: melayu-bumiputera 65% dari populasi malaysia tapi berapa ramai Islam? Bayangkan, umum mengetahui majoriti penduduk malaysia timur bumiputera adalah bukan islam jadi berapa ramaikah yang islam untuk keseluruhan Malaysia? tentunya kurang dari 65%...

YB Raz said...

dah lama saya tak singgah ke sana..masa study di melaka ada juga 2 3 kali pergi masjid kg hulu..

Ramuan & Petua untuk anda

Blog Mesti Jengah

Apa kata anda?

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD

apartmen utk percutian keluarga di Bukit Merah atau Tiara Beach PD
ctc: 019 6000 654 (Yusra)
Kadar mampu sewa untuk kita sama kita


Hubungi: 017 236 9686 atau 019 6000 654 (Puan Yusra: owner)